Anda di halaman 1dari 7

MASA CUE ANN 1

3.00 ptg TN PENGARAH MASUK Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Encik Shaballah Bin Zainal Abidin,
KE DEWAN Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pulau Pinang.

Tuan-tuan dan Puan-puan, Hadirin dan hadirat dipersilakan duduk.

MASA CUE ANN 2

. Indah Berbalam Si Awan Petang


Berarak Di Celah Pepohon Ara
Pemanis Kalam Selamat Datang
Awal Bismillah Pembuka Bicara
SENARAI VVIP DAN
JEMPUTAN
Bismillahirrahmanirrahim.

Yang Berbahagia Encik Shaballah Bin Zainal Abidin


Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pulau Pinang

Yang Berusaha Pn. Chitartani a/p Rajalinggam


Timbalan Pengarah 1, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pulau Pinang

Yang Berusaha Puan Noor Lela Binti Saad


Pengetua Rumah Kanak-kanak Taman Kepala Batas

Yang Berusaha Encik Ahmad Shukor Bin Mohd Saad


Pengerusi Lembaga Pelawat Rumah Kanak-kanak Taman Kepala Batas bagi sesi 2016-
2018

1|Page
Ahli Lembaga Pelawat

Staf-staf Rumah Kanak-kanak Taman Bakti Kepala Batas

Tuan-Tuan dan Puan-Puan

MASA CUE ANN 3


,
Assalamualaikum W.B.T dan Salam Negaraku dan Salam Kebajikan.

Alhamdulillah terus dipanjatkan,


Setulus hati, seikhlas nurani, ke hadrat Illahi, Allah Yang Maha Agung dan Maha Tinggi
dapat dihimpun dan dipertemukan kita semua di Dewan Ibnu Batutta, Rumah Kanak-
kanak Taman Bakti Kepala Batas bagi menjayakan Majlis Penghargaan dan
Perlantikan Lembaga Pelawat Rumah Kanak-kanak Taman Bakti Kepala Batas.

ALU-ALUAN Saya bagi pihak Jawatankuasa Majlis mengalu-alukan kehadiran Yang Berbahagia
Encik Shaballah Bin Zainal Abidin, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri
Pulau Pinang ke Rumah Kanak-kanak Taman Bakti Kepala Batas.

Program ini diadakan bertujuan untuk menghargai jasa dan khidmat bakti Ahli Lembaga
Pelawat yang telah memberikan khidmat bakti mereka yang terbaik pada sesi yang lalu,
seterusnya juga, melantik ahli lembaga pelawat untuk sesi 2019-2021.

Majlis mengharapkan, dengan sedikit penghargaan yang diberikan ini, dapat menyuntik
semangat dan menghapuskan keringat tuan-tuan dan puan-puan, sepanjang penugasan
tuan-tuan dan puan-puan sebagai ahli lembaga pelawat Rumah Kanak-kanak Taman
Bakti Kepala Batas.

2|Page
MASA CUE ANN 4

BACAAN DOA Bagi memberkati majlis, dijemput Yang Berbahagia, Encik Mohd Yusoff Bin Khalid
untuk memimpin bacaan doa.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

SELEPAS BACAAN DOA Aamin, Ya Robbal ’Aalamiinn. Semoga pertemuan kita pada hari ini dipelihara,
Dilimpahkan sepenuh manfaat dan keceriaan, Dan Menambah tautan kemesraan.
Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia, Encik
Mohd Yusoff Bin Khalid atas pimpinan bacaan doa sebentar tadi.

MASA CUE ANN 5

UCAPAN ALU-ALUAN Tuan-tuan dan Puan-puan hadirin yang dikasihi sekalian.

Bukan rumput sebarang rumput


Rumput penghias tepi halaman
Bukan jemput sebarang jemput
Jemput memohon kata aluan

Majlis dengan ini mempersilakan


Yang Berusaha Pn. Noor Lela Binti Saad
Pengetua Rumah Kanak-kanak Taman Bakti Kepala Batas untuk menyampaikan
ucapan alu-aluan.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

SELESAI UCAPAN Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada


ALUAN Yang Berusaha Pn. Noor Lela Binti Saad atas ucapan alu-aluan yang telah
disampaikan sebentar tadi.

3|Page
MASA CUE ANN 6

UCAPAN MANTAN Majlis dengan ini mempersilakan


PENGERUSI LEMBAGA Yang Berusaha En. Ahmad Shukor Bin Mohd Saad
PELAWAT SESI 2016- Mantan Pengerusi Lembaga Pelawat Rumah Kanak-kanak Taman Bakti Kepala Batas
2018 bagi sesi 2016-2018, untuk menyampaikan ucapan beliau.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

SELESAI UCAPAN Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada


Yang Berusaha En. Ahmad Shukor Bin Mohd Saad atas ucapan yang telah
disampaikan sebentar tadi.

MASA CUE ANN 7

UCAPAN PERASMIAN Kini tibalah saat yang dinanti-nantikan iaitu Ucapan Perasmian Majlis Penghargaan
dan Perlantikan Lembaga Pelawat Rumah Kanak-kanak Taman Bakti Kepala Batas

Kalau tuan pikat kenari


Jangan patahkan batang jerami
Kepada tuan sembah diberi
Mohon rasmikan majlis kami

Majlis dengan ini mempersilakan Yang Berbahagia Encik Shaballah Bin Zainal
Abidin, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pulau Pinang untuk
menyampaikan ucapan perasmian Majlis Penghargaan dan Perlantikan Lembaga
Pelawat Rumah Kanak-kanak Taman Bakti Kepala Batas
Majlis dengan penuh takzim mempersilakan.

Makluman untuk Yang Berbahagia Tuan Pengarah untuk terus berada di atas pentas
bagi acara seterusnya.
Majlis dengan ini menjemput Yang Berusaha Pn. Noor Lela Binti Saad, Pengetua
Rumah Kanak-kanak Taman Bakti Kepala Batas tampil ke atas pentas untuk bersama

4|Page
Tuan Pengarah. Dipersilakan

MASA CUE ANN 8


PENYAMPAIAN SIJIL Bagi makluman Yang Berbahagia Tuan Pengarah, seramai 1 orang Pengerusi dan 8
PENGHARGAAN orang ahli Lembaga Pelawat telahpun dilantik dan berkhidmat sehingga taman tempoh
bagi sesi 2016-2018. Alhamdulillah, banyak perkara yang telah dilaksanakan sepanjang
sesi tersebut dan ianya memberikan impak yang positif kepada anak-anak di sini.

Dengan ini majlis mempersilakan Yang Berbahagia Tuan Pengarah, Encik Shaballah
Bin Zainal Abidin untuk menyampaikan sijil penghargaan dan cenderahati kepada
ahli lembaga pelawat sesi 2016-2018.

1. En. Ahmad Shukor Bin Mohd Saad - Pengerusi


2. Pn. Husnizah Binti Mohamed Husin - Setiausaha
3. Pn. Nor Hatina Bt. Md Salleh - Bendahari
4. Yb Shariful Azhar Bin Othman - Ajk
5. En. Pushpalingam A/L Pulliar - Ajk
6. Dr Angeline Yeoh Aing Chiee - Ajk
7. En. Mohd Asri Bin Salleh - Ajk
8. Pn. Yohana Binti Puteh - Ajk
9. En. Ismail Bin Awang - Ajk

PENYAMPAIAN SIJIL Bagi makluman Yang Berbahagia Tuan Pengarah, pihak Kementerian telah meluluskan
PERLANTIKAN syor untuk melantik 13 orang ahli bagi sesi 2019-2021 yang terdiri daripada 1 orang
pengerusi, dan 12 orang ahli.

Dengan ini majlis mempersilakan Yang Berbahagia Tuan Pengarah, Encik Shaballah
Bin Zainal Abidin untuk menyampaikan sijil perlantikan kepada ahli lembaga
pelawat.

5|Page
1. En. Ahmad Shukor Bin Mohd Saad
2. Pn. Nik Hasni Bt. Nik Hassan
3. Pn. Nor Hatina Bt. Md Salleh
4. Pn. Wan Anisha Binti Wan Mohammad
5. Pn. Azlina Binti Mohd Mydin
6. En. Ismail Bin Awang
7. En. Pushpalingam A/L Pulliar
8. Dr Marina Binti Othman
9. Dr Angeline Yeoh Aing Chiee
10. En. Yusri Bin Isahak
11. Pn. Fauziah Bt. Tahir
12. Dr Wan Nor Bt. Hassan
13. En. Shanmuganatan A/L V. Marimuthu

Terima kasih tuan pengarah diatas kesudian menyampaikan sijil dan cenderahati
kepada penerima.

MASA CUE ANN 9

FOOD GIMMICK Majlis akan diteruskan dengan Persembahan Gimik oleh Masterchef JR Rumah Kanak-
kanak Taman Bakti Kepala Batas.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Demikian tadi persembahan gimik oleh mastercef JR Rumah Kanak-kanak Taman Bakti
Kepala Batas. Untuk pengetahuan tuan pengarah, mastercef JR ini dianggotai oleh ___
orang kanak-kanak berusia antara ___ hingga ___ tahun dan mereka dibimbing
sepenuhnya oleh En Mohd Zaidi Bin Majid.

6|Page
MASA CUE ANN 10

Dengan itu maka selesailah sudah Majlis Penghargaan dan Perlantikan Lembaga
Pelawat Rumah Kanak-kanak Taman Bakti Kepala Batas

Kami bagi pihak majlis, memohon ampun dan maaf seandai sepanjang pengendalian
majlis ini, terdapat kesilapan tutur kata atau tersilap bicara kerana sesungguhnya yang
baik itu datangnya daripada Maha Pencipta dan yang serba kekurangan itu datangnya
daripada Yang dicipta.
Di atas dahan burung tempua,
Melihat rusa tepi perigi;
Salam perpisahan untuk semua,
Dilain masa bersua lagi.

Sekianwabilahitaufiqwalhidayahwassalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh

Yang Berbahagia Tuan Pengarah dan para hadirin sekalian dijemput untuk menikmati
juadah yang disediakan

7|Page

Anda mungkin juga menyukai