Anda di halaman 1dari 1

LAMPIRAN D

LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU


(Borang ini disertakan sekali dengan borang maklumat peribadi Lampiran C)

Nama Klien: cordoba


Sesi : 1 Tarikh:15 Mac 2019 Masa: Jam 2 – 3 petang

1. Isu yang diketengahkan (Butiran masalah/ konflik, emosi, tingkah laku, dll)

Sesi dimulakan dengan klien berkongsi tentang latar belakang dirinya dan keluarga. Bapa klien telah
meninggal dunia beberapa tahun lalu manakala ibu klien meninggal dunia semasa klien di CCRC Papar. Klien
berasa sangat bersalah dan terkesan kerana tidak sempat menemui arwah ibunya dan untuk membuktikan
bahawa klien telah berubah. Ini merupakan kali pertama klien dimasukkan ke pusat pemulihan. Klien
sebelum ini bekerja sebagai servis dan pemasangan aircond. Klien tinggal bersama abangnya yang tidak
bekerja menyewa rumah di Kepayan, Kota Kinabalu. Klien pernah bertengkar mulut dengan abangnya
ekoran salah faham abang klien menegur sikap klien. Menurut klien juga, sebelum terjebak ke kancah
penagihan dadah dua tahun lepas, beliau terlebih dahulu bergelumang dengan minuman alkohol. Tragedi
paling meninggalkan kesan bagi klien sepanjang terlibat dengan alkohol adalah kematian rakan karib yang
terminum racun yang disangkakan alkohol. Kini, klien merasa pulih sepenuhnya dan telah merancang untuk
memulakan hidup baru setelah keluar nanti. Bagi mengelakkan terjebak lagi ke kancang dadah ekoran
hasutan rakan, klien sanggup berhijrah ke Semenanjung dan bekerja disana demi hidup yang baru bebas
dadah.

2. Matlamat Kaunseling (Matlamat, sasaran semasa atau jangka panjang. dll)

Memandangkan klien berada dalam situasi tahap preparation (persediaan), kaunselor membantu klien untuk
meningkatkan motivasi agar keluar dari CCRC dengan azam baru dan tidak relaps. Tragedi dan episod duka
sepanjang klien menagih dadah membuatkan klien tekad untuk berubah.

3. Maklumat Penilaian (Penggunaan Ujian Psikologi)

Emosi klien terkesan apabila kehilangan ibunya semasa klien ditahan di CCRC dan kehilangan kawan baik
semasa sama-sama terjebak dengan alkohol.

4. Tahap Proses Kaunseling

Proses membina hubungan secara ringkas bagi membina kepercayaan agar sesi kaunseling lebih terapeutik.
Kaunselor merespon setiap isu yang dikongsi klien sehinggakan klien merasa selesa untuk bercerita.
Kaunselor turut meneroka permasalahan klien dan membantu klien menangani setiap permasalahan yang
dihadapi.

5. Tindakan (Perancangan rawatan, Pelaksanaan Rawatan, sesi susulan, dll)

Kaunselor turut menjalankan proses penyelesaian masalah (evokasi dan perancangan) dengan membuat
klien celik akal. Kauselor membantu klien mengenalpasti situasi pencetus (trigger) agar tidak relaps dan
situasi untuk menanganinya. Selain itu, kaunselor turut memfokuskan kepada kejayaan dan kekuatan klien
untuk berubah selama ditahan di CCRC lebih kurang 11 bulan seterusnya mampu bebas daripada
penagihan. Kaunselor turut membincangkan realiti sebenar kehidupan klien sebagai bekas penagih terhadap
pandangan dunia luar setelah klien dibebaskan.

6. Refleksi Kaunselor

Kaunselor menggunakan gaya Kaunseling Motivasi (MI) dalam membantu klien dengan memfokuskan
kepada kemahiran OARS, Spirit (Collaboration, Acceptance, Evocation, Compasion) dan Proses (Engaging,
Focusing, Evoking, Planning). Kaunselor merespon setiap isu yang diceritakan oleh klien dan turut
mengajukan soalan terbuka.

Tandatangan : ............................... Tarikh: ......................................


JS-SPADA6@UMS

Anda mungkin juga menyukai