Anda di halaman 1dari 2

Verbatim Sesi Kaunseling

Kaunselor/ Dialog Nama Justifikasi


Klien Kemahiran Penggunaan
Kemahiran
Kaunselor Assalamualaikum En Umar. Terlebih
dahulu, saya ucapkan terima kasih
kepada En. Umar kerana sudi datang
sesi kita pada hari ini. Saya perkenalkan
nama saya Munirah Binti Mansor, boleh
panggil saya cik Munirah, jadi awak
selesa saya panggil apa ye?

Klien Boleh panggil saya umar je…

Kaunselor Umar apa khabar hari ini?

Klien Alhamdulillah, sihat..

Kaunselor Saya nak tanya Umar, pernahkah Umar


terlibat dengan mana-mana sesi
kaunseling sebelum ini?

Klien Tidak pernah lagi, ini merupakan sesi


pertama saya.

Kaunselor Owh, ini kali pertama lah ye? Okey


Baiklah saya ceritakan sedikit
perjalanan sesi kita pada hari ini ya.

Klien Boleh cik.


Kaunselor Saya Munirah merupakan kaunselor
Umar pada hari ini, saya sedia bersama-
sama dengan Umar untuk sama sama
mendengar, memahami dan membantu
apa-apa perkara yang Umar ingin
kongsikan dengan saya dan saya harap
Umar boleh berikan kerjasama yang
baik dalam sesi ini. Sesi kita ini akan
berjalan selama 20 minit dan selama
tempoh ini, Umar boleh ceritakan apa
saja yang ingin Umar kongsikan dengan
saya. Segala perkongsikan Umar pada
hari ini adalah tanggungjawab saya
untuk merahsiakan apa yang Umar
ceritakan kepada saya. Sebelum kita
mulakan sesi kita pada hari ini, Umar
ada apa apa persoalan yang ingin
ditanyakan?
Klien Setakat ini, tiada lagi.

Kaunselor Baiklah, apa yang Umar ingin Perbualan Mendorong klien


kongsikan dengan saya hari ini? sosial berkongsi
(social pengalamannya
talk) dengan lebih
mendalam
Klien Ermmm.. saya sebenarnya menghadapi
tekanan.

Kaunselor Tekanan?

Klien Ye, saya menghadapi tekanan dalam


pembelajaran saya.

Kaunselor Umar boleh jelaskan dengan lebih


terperinci lagi?

Klien Sebab, sekarang ini saya belajar ‘online’


dari rumah, Kadang-kadang internet di
rumah saya sangat slow, ditambah lagi
pula dengan assignment sekarang yang
semakin berganda-ganda. Jadi, masa
saya sekarang semakin padat sebab saya
kena menghabiskan masa saya tengok
recording pastu buat assignment. Pastu
saya kena prepare untuk exam. So ini
memberikan kesan kepada mental dan
fizikal saya.

Kaunselor Teruskan Dorongan Mendorong klien


minima untuk meneruskan
cerita.

Anda mungkin juga menyukai