Anda di halaman 1dari 2

Bidang : Pembangunan Diri

Tajuk : Asas Komunikasi / Kemahiran Mendengar

Objektif : Pada akhir aktiviti mentee dapat:


1. berkomunikasi dengan berkesan
2. mengetahui halangan dalam komunikasi
3. Membuat pergerakan mengikut arahan yang diberikan
4. Sentiasa peka pada arahan atau maklumat yang diber

Masa : 30 minit
Bahan : kertas A4

Langkah :
1.Mentor bersoal jawab dengan mentee tentang maksud komunikasi.
2. Mentor mengedarkan kertas A4 kepada mentee.
3. Mentee diminta melukiskan berdasarkan apa yang di beritahu oleh mentor seperti berikut:-
( tanpa sebarang komunikasi dua hala , hanya mentor memberi arahan dan mentee melukis tanpa
bertanya )

Arahan
a. Lukis bulatan besar di bahagian tengah kertas
b. Di bawah bulatan besar lukis satu segiempat tepat secara menegak
c. Di kiri kanan segiempat tepat lukis 2 segitiga
d. Dalam bulatan besar lukis dua bulatan kecil di kiri dan kanan
e. Di bawah segiempat tadi, lukis 2 segiempat sama secara menegak
f. Lukis satu segitiga di bahagian atas bulatan besar.

4. mentee diminta menunjukkan hasil kerja mereka.


5. Mentor meminta mentee melukis semula gambar baru , dan mengulangi arahan yang sama
6. Mentee boleh bertanya secara terperinci tentang gambar , contoh ( bulatan kecil @ besar , jarak
antara lukisan dan sebagainya )
7. Setelah selesai , mentor menunjukkan lukisan yang sebenar , dan mentee membandingkan
lukisan yang pertama dan kedua .
8. Mentor dan mentee membuat kesimpulan berdasarkan aktiviti yang telah dijalankan.

Falsafah : malu bertanya sesat jalan


Bidang : Psikososial Dan Kesejahteraan Mental
Tajuk : Radio Karat

Masa : 30 minit
Bahan : Petikan Mesej (Lampiran)
Langkah :

1. Mentor bersoal jawab dengan mentee tentang, ”Apa itu komunikasi ?.”
2. Mentor menerangkan maksud komunikasi kepada mentee secara mudah.
3. Mentee bermain mengikut kumpulan @ lelaki VS perempuan ( mengikut kreativiti mentor )
4. Mentor menyerahkan satu petikan mesej (lampiran) kepada setiap mentee yang paling
hadapan dan meminta mereka mengingatinya secara senyap.
5. Kemudian kertas tersebut diserahkan semula kepada Mentor.
6. Mentee tersebut diminta untuk membisikkan mesej kepada mentee kedua. Kemudian
mentee kedua menyampaikan kepada mentee ketiga di dalam barisannya sehingga semua
mentee telah menerima mesej tersebut.
7. Mentee yang terakhir diminta untuk menulis semula mesej yang diterimanya di papan
putih.
9. Mentor meminta mentee tersebut membaca mesej Itu dengan kuat.
10. Mentor membandingkan mesej asal dengan mesej yang dibaca oleh mentee yang terakhir.
12. Mentor dan mentee membuat rumusan aktiviti yang telah dijalankan.

Falsafah : Berfikir dahulu sebelum berkata-kata. / setiap perkara yang disampaikan takkan
sama dengan cerita orang pertama yang menerima , kemungkinan cerita telah ditokok tambah
.

Lampiran : ( Mentor boleh memilih ayat yang sesuai mengikut tahap pelajar )

1. I scream, you scream, we all scream for icecream!


2. A big black bug bit a big black dog on his big black nose!
3. Four furious friends fought for the phone.
4. I thought, I thought of thinking of thanking you.
5. Two tiny tigers take two taxis to town.
6. Double bubble gum, bubbles double.
7. The big black bug bit the big black bear,
but the big black bear bit the big black bug back!
8. If you notice this notice,
you will notice that this notice is not worth noticing.
9. Si badang anak dagang, dia suka makan ikan parang dan pisang".
10. PAK ABU PESAN HATI-HATI ADA OBOR-OBOR NANTI GATAL-GATAL
11. Ahmad budak petah, ibunya bernama bedah, ahmad buat tak endah, akhirnya terima
padah.
12. Alang berenang bersama kerang di Pulau Redang sambil mengupas bawang.

Anda mungkin juga menyukai