Anda di halaman 1dari 10

FAKULTI SAINS KOGNITIF DAN PEMBANGUNAN MANUSIA

DINAMIKA KELOMPOK
(KKG 20I3)
MODUL KOMUNIKASI

DI SEDIAKAN OLEH :

KASMIZA BINTI IBRAHIM


D20051021063
SALHANA MUSA
D20051021063

KUMPULAN:B
TEMPAT: MAKMAL KAUNSELING TUJUH
WAKTU:10.00-12.00 A.M

PENILAIAN OLEH: PUAN NOR JUNAINAH BINTI MOHD ISA


1.0 Tajuk Modul

Modul ini bertemakan komunikasi.

2.0 Sinopsis

Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi ketiga, komunikasi ialah perhubungan
secara langsung atau dengan perantaraan surat, radio, telefon dan lain-lain. Komunikasi
yang baik sangat penting bagi sesebuah perhubungan. Tanpa komunikasi yang baik,
sesuatu hubungan tidak akan berkekalan. Setiap manusia memerlukan komunikasi kerana
manusia tidak dapat hidup keseorangan. Hal ini kerana manusia diciptakan berpasangan
oleh Allah S.W.T. Menurut Shannon dan Weaver, 1948 komunikasi ialah satu minda
mempengaruhi minda lain melalui tulisan, muzik, seni, lukisan, teater, tarian dan semua
pertuturan manusia. Manakala menurut Sillars, 1988 komunikasi ialah penghantaran,
penerimaan atau pertukaran maklumat, pendapat dan tulisan, percakapan atau imej, visual
atau lain-lain dengan difahami oleh setiap yang terlibat.
Komunikasi dan kemahiran mendengar saling berkaitan diantara satu sama lain.
Untuk berkomunikasi dengan baik, kita perlu menjadi pendengar yang baik. Cara untuk
menjadi pendengar yang baik ialah ialah berhenti bercakap untuk mendengar apa yang
ingin diperkatakan oleh kawan kita, elakkan diri dari mengganggu dan menyampuk, beri
tumpuan yang secukupnya, memahami maksud yang sebenar, mengajukan soalan,
pernyataan dan kemusykilan jika perlu dan memberikan maklum balas kepada orang
yang menyanpaikan maklumat. Di antara ciri-ciri komunikasi yang baik ialah jelas dan
khusus, hormat menghormati diantara pemberi dan penerima, tidak bercakap serentak,
mendengar dengan aktif, memberi sepenuh tumpuan dan jangan membuat kesimpulan
sendiri. Komunikasi berlaku atas dasar bagaimana maklumat disampaikan iaitu cara
melafazkan maklumat, nada suara, penggunaan tatabahasa ayat, frasa dan rangkai kata,
bahasa tanpa lisan, ekspresi wajah, kontak mata, gerak kepala, tangan dan kaki dan yang
terakhir ialah posisi tubuh. Kesemua ini mempengaruhi cara penyanpaian, kefahaman,
penerimaan dan menginterpretasi maklumat.
Komunikasi akan menjadi tidak sempurna sekiranya terdapat halangan-halngn
dlm berkomunikasi iaitu seorang yang pemarah, orang yang kurang sopan, orang yang
pendiam tetapi menyimpan kemarahannya, orang yang sentiasa mendesak, orang yang
sentiasa mengkritik, orang yang bermulut murai, orang yang suka berbalah dan yang
terakhir ialah orang yang enggan mendengar apa yang ingin disampaikan. Oleh itu,
secara kesimpulannya, proses komunikasi mempengaruhi minda, perasaan dan tingkah
laku seseorang, kepentingan kemahiran adalah penting untuk mewujudkan komunikasi
yang baik, cuba mengenalpasti punca, halangan atau breakdown dalam komunikasi untuk
melahirkan komunikasi yang baik.

3.0 Sasaran
Sasaran modul ini adalah pelajar tingkatan 4 bagi sekolah berasrama.

4.0 Matlamat
Ia bertujuan untuk mewujudkan interaksi dan komunikasi yang baik dikalangan pelajar
yang kebanyakkannya merupakan pelajar baru.

5.0 Objektif Umum


1.Memberi kesedaran kepada ahli tentang kepentingan komunikasi yang baik dalam
kehidupan seharian
2.Memberi kefahaman kepada ahli pentingnya kemahiran mendengar dalam komunikasi
3.Ahli dalam kelompok dapat mengenali ahli kelompok yang lain dengan lebih rapat lagi

6.0 Kaedah
1.Kaedah pertama ialah kaedah pendedahan kendiri.
Ahli dalam kelompok mendapat pasangan dan mereka menceritakan beberapa perkara
mengenai diri mereka kepada pasangan mereka dan pasangan mereka menceritakan apa
yang mereka tahu mengenai pasangannya. Kaedah ini kami gunakan dalam kaedah yang
pertama. Dalam keadah ini, kami menggunakan tali rafia
2. Kaedah yang kedua ialah kaedah perbincangan
Peserta dikehandaki duduk berselerakkan dan mendengar arahan dari kami tanpa
berkomunikasi dengan kawan dan mereka dikehendaki duduk dalam bulatan dan
mendengar arahan dari kami dan boleh berbincang dengan kawan. Dalam kaedah ini,
peserta diberikan kertas A4

7.0 Alat atau bahan


1.Laptop
2.Pembesar suara
3.Tali Rafia
4.Kertas A4
5.Pen

8.0 Masa
Masa yang diperuntukkan untuk melaksanakan modul ini ialah selama 60 minit. Bagi
aktiviti yang pertama, kami memperuntukkan masa selama 30 minit dan aktiviti yang
kedua selama 30 minat.
9.0 Perlaksanaan aktiviti

9.1 Aktiviti 1

Tajuk : Coupler

Masa : 30 minit

Alat : Tali rafia

Objektif :
1. Supaya peserta dapat mengenali ahli kelompok dengan lebih rapat lagi
2. Mewujudkan perasaan saling mempercayai antara ahli-ahli kelompok

Langkah-langkah :
1. Ahli kumpulan diminta untuk duduk dalam satu bulatan dan fasilitator
menanyakan perasaan masing-masing.
2. Kemudian untuk memulakan aktiviti, fasilitator menggunakan tali rafia (6 utas
tali rafia) dan memegang di bahagian tengah tali rafia tadi
3. Setiap peserta memegang erat hujung tali rafia tersebut dengan menutup mata
dan menariknya. Fasilitator melepaskan pegangan tali rafia itu.
4. Apabila ahli telah mendapat pasangan masing-masing, fasilitator meminta
mereka duduk bersama dengan pasangan masing-masing
5. Fasilitator memberi 3 minit kepada peserta untuk menerangkan 2 perkara
seperti berikut :
i. Latar belakang keluarga
ii. Selepas tamat alam persekolahan, mereka nak jadi apa
6. Pasangan akan mencari tempat yang sesuai untuk berbincang
7. Selepas 3 minit semua pasangan masuk balik dalam kelompok besar. Setiap
ahli akan menceritakan berkenaan pasangan masing-masing. Jika malumat itu
tidak tepat, boleh diperbetulkan.
Perbincangan
1. Fasilitator mendapatkan maklum balas tentang perasaan awal pelajar sewaktu
pertama kali ditempatkan di dalam kumpulan yang baru dibentuk.
2. fasilitator membimbing pelajar semasa berinteraksi bersama pasangan agar
matlamat atau tujuan asal aktiviti.
3. Fasilitator bertanyakan perasaan peserta mengenai pengalaman bertukar-tukar
maklumat latar belakang diri masing-masing.

Falsafah
1. Kita perlu banyak dan seniasa bertanya untuk mengenali orang lain dengan
lebih mendalam.
2. Komunikasi itu amat penting untuk mendapatkan maklumat.
3. Sesetengah individu tidak/sukar untuk mencritakan tentang dirinya sekiranya
tidak ditanya.
4. Cara untuk mendapatkan maklumat berbeza antara individu.
5. Setiap individu memberikan reaksi yang berbeza terhadap sesuatu perkara
atau pertanyaan individu lain.
9.2Aktiviti 2
Tajuk : Bersama-sama

Masa : 30 minit

Alatan : Kertas A4

Objektif khusus :
1. Memahami konsep komunikasi sehala dan dua hala
2. Menyedari konsep kepentingan komunikasi dua hala
3. Menyadari bagaimana pentingnya komunikasi melalui penggunaan perkataan
yang betul dan gerak-geri yang sejajar
4. Memahami pentingnya kemahiran mendengar dalam komunikasi

Langkah-langkah :
1. Semua peserta duduk dalam bulatan
2. Setiap peserta diberi dua helai kertas
3. Fasilitator memberi arahan. Peserta dikehendaki duduk secara berselerakkan
mengikut jarak yang dibenarkan. Arahan diulangi 2 kali sahaja.
a) Lukis satu segitiga
b) Dalam segitiga itu, lukis 2 bulatan kecil dan satu garisan dibawahnya
c) Di kiri dan kanan segitiga, buat 2 garisan panjang yang selari dan satu bulatan
di hujungnya.
d) Di bawah segitiga tadi, lukis 1 segiempat sama
e) Di bawah segiempat sama, lukis 2 pasang garis panjang ke bawah selari dan 2
bulatan di hujung 2 pasang garis panjang tadi
4. Di atas kertas lain, peserta diminta melukis kali kedua dengan arahan yang sama
tetapi dibenarkan bertanya.
Perbincangan
Peserta diminta untuk membandingkan kedua-dua lukisan mereka dan
membincangkan apa kebaikan dan keburukan komunikasi sehala dan komunikasi 2
hala.

Falsafah
1. Kesukaran berkomunikasi sehala-menerima tanpa memberi kesempatan menyoal
boleh menimbulkan berbagai-bagai perasaan negatif
2. Komunikasi sehala boleh menyebabkan mesej berubah dan tidak tepat mengikut
tafsiran sendiri
3. Pentingnya mendengar respon yang menggalakkan komunikasi.

10.0 Pengajaran

Berdasarkan aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan dalam modul-modul ini, banyak


pengajaran yang telah diperolehi oleh para peserta.
Antaranya, melalui aktiviti pertama, pelajar dapat meningkatkan kemahiran
berkomunikasi dengan rakan yang baru dikenalinya. Pelajar dapat mempelbagaikan
kemahiran mereka dalam berinterak si untuk mendapatkan maklumat dan latar
belakang rakan agar perhubungan yang baru di bina itu menjadi lebih akrab. selain
itu, pelajar dididik untuk melupakan perasaan malu untuk bertanya agar dapat
diaplikasikan dalam alam persekolahan dan juga di dalam aktiviti sehariannya sebagai
inisiatif untuk memperolehi apa jua yang dimilikinya.
Seterusnya, bagi aktiviti kedua pelajar dapat belajar tentang pentinya komunikasi
dua hala dalam apa jua kerja atau tugasan yang dilakukan. maklumbalas yang
diterima daripada pihak lain menjadikan pelajar berasa lebih selesa dan mudah untuk
meneruskan matlamat yang sebenar. melalui berkomnikasi ini juga, pelajar dapat
menghargai betapa pentinya tindakbalas serta kebolehan berinteraksi dngan pihak
lain agar kita tidak rasa keseorangan dan kesepian dalam mengharungi dugaan dan
cabaran yang mendatang pada masa mendatang.
Disamping itu, pelajar dapat menjadikan muzik dan hiburan itu sebagai medium
untuk melepaskan tekanan dan masalah yang dihadapinya melalui aktiviti yang
ketiga. melalui penghayatan dan mengambil iktibar dalam lirik lagu tersebut juga
secara tidak langsung mampu memberikan motivasi kepada pelajar untuk
menguangkan dan seterusnya mendapat celik akal untuk menyelesaikan masalah yang
dihadapinya.
secara kesimpulannya, komunikasi itu berlaku setiap masa dalam kehidupan kita.
Berjaya atau tidak sesuatu komunikasi itu bergantung kepada individu itu sendiri
untuk mempelbagaikannya serta menggunakan kemahiran-kemahiran tertentu agar
komunikasi itu berlangsung dengan lenuh lancar dan menyeonokkan.

Anda mungkin juga menyukai