Anda di halaman 1dari 1

Norhasimah bt Yahaya (BDK 1)

AKTIVITI : PENEROKAAN KENDIRI


TAJUK

: CERMIN DIRI

MASA

: 30 MINIT

KUMPULAN SASARAN

: TAHUN 4

ALATAN

: KERTAS A4, PENSIL/PEN

OBJEKTIF

1. Murid dapat mengenal kekuatan dan kelemahan diri sendiri


2. Memupuk kekuatan diri dan berusaha mengatasi kelemahan diri

LANGKAH:
1. Guru meminta murid duduk dalam satu bulatan
2. Guru mengedarkan kertas A4 kepada setiap murid dan meminta mereka
melipat dua kertas tersebut.
3. Guru meminta murid memikir dan mencatat sifat-sifat positif yang ada pada
dirinya di ruang sebelah kiri kertas.
4. Guru meminta murid memikir dan mencatat sifat-sifat negatif yang ada pada
dirinya di ruang sebelah kanan kertas.
5. Murid menomborkan sifat-sifat positif mengikut keutamaannya.
6. Guru membimbing perbincangan kelompok mengenai hanya satu sifat positif
paling utama pada setiap peserta. Perbincangan meliputi reaksi peserta
terhadap sifat kekuatan yang dinyatakan dan memberi cadangan bagaimana
kekuatan tadi boleh digunakan dengan sebaik-baiknya.
7. Guru membawa fokus perbincangan kepada:
Setaip individu mempunyai kekuatan dan kelemahan diri
Memberi keinsafan pada diri dan berusaha untuk memperbaiki
kelemahan diri.

Anda mungkin juga menyukai