Anda di halaman 1dari 1

AKTIVITI : SUAIKENAL

TAJUK : AKU
OBJEKTIF :
1. Kenalpasti kekuatan dan kelemahan diri sendiri.
2. Memupuk kekuatan diri dan berusaha mengatasi kelemahan diri.
MASA : 30 minit
Langkah:
1. Mentor meminta mentee duduk dalam satu bulatan.
2. Mentor mengedarkan kertas pendua kepada setiap mentee dan meminta mentee
melipat dua kertas pendua.
3. Mentor meminta mentee mencatat sifat-sifat negatif yang ada pada diri di ruang
kiri kertas.
4. Mentor meminta mentee mencatat sifatsifat positif yang ada pada dirinya di
ruang sebelah kanan kertas.
5. Mentee menomborkan sifat-sifat positif dan negatif diri mengikut keutamaan.
6. Mentee diminta meletakkan kertas ditengah bulatan.
7. Mentor memilih secara rawak sekeping kertas untuk dibincangkan bersama
8. Perbincangan meliputi reaksi mentee terhadap sifat kekuatan yang dinyatakan
dan memberi cadangan bagaimana kekuatan tadi boleh digunakan dengan
sebaik-baiknyanya.

RUMUSAN
RASIONAL AKTIVITI
1. Setiap individu mempunyai kekuatan dan kelemahan diri
2. Mengenali kelemahan dan kekuatan diri membolehkan individu merancangkan
untuk pembangunan diri
3. Setiap insan adalah unik kerana :
3.1 mempunyai kelebihan dan kekurangan
3.2 berkeupayaan untuk memperbaiki kekurangan dan memperkembangkan potensi
diri

Anda mungkin juga menyukai