Anda di halaman 1dari 1

Aktiviti 2 : Beg Kendiri

Masa : 1 jam

Bahan : Kertas Mahjong, pen marker, gam, gunting, majalah dan akhbar lama.

Objektif :

1. Meningkatkan keyakinan diri ahli kumpulan.


2. Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan diri setiap kumpulan.
3. Mengenal pasti tanggungjawab sebagai pengawas.

Kaedah :

1. Setiap kumpulan mendapat dua helai kertas mahjong.


2. Fasi dikehendaki memecahkan kumpulannya kepada 2 kumpulan kecil.
3. Dengan daya kreativiti masing-masing, setiap kumpulan diminta membuat sebuah beg.
4. Fasi mengarahkan peserta menggunting gambar / huruf / perkataan di dalam akhbar lama
yang berkaitan dengan peranan dan tanggungjawab serta kelemahan dan kekuatan sebagai
seorang pengawas.
5. Gambar / Huruf / Perkataan yang menggambarkan kekuatan dan tanggungjawab ditampal di
luar beg manakala gamabar / huruf / perkataan yang menunjukkan kelemahan disimpan di
dalam beg.

Perbincangan :

Ahli kumpulan diminta menerangkan tentang beg kumpulannya.


Fasi menggalakkan ahli kumpulan bertanya soalan.

Rumusan :

Kekuatan dan tanggungjawab seorang pengawas boleh dilihat dan ditonjolkan.


Kelemahan seorang pengawas perlu disimpan dan diperbaiki.
Tanggungjawab berpunca daripada kekuatan dan kelemahan seorang pengawas.

Anda mungkin juga menyukai