Anda di halaman 1dari 2

ICE BREAKING (SLOT 1)

(9.00 malam - 10.00 malam)

Masa : 1 jam

Bahan : Manila Kad, Mahjung & Marker pen.

Objektif :

 Menanamkan sifat kepimpinan dan potensi dalam diri peserta.

 Melatih bagaimana bermesyuarat, membuat keputusan yang rasional dalam


membuat perancangan.

 Menimbulkan nilai-nilai murni.

Kaedah

 Peserta dibahagikan ke dalam beberapa kumpulan.

 Peserta dikehendaki
1. Melukiskan logo dan nama kumpulan yang bertema nilai-nilai murni di kad manila yang
telah disediakan. Logo itu hendaklah dilukis seperti Setem.

2. Wujudkan ketua kelompok


3. Menyenaraikan peraturan kumpulan (Kertas Mahjung)

 Fasilatator meminta membentangkan hasil kerja peserta.


ICE BREAKING (SLOT 2)
(10.00 malam - 11.00 malam)
Aktiviti 2 : Beg Kendiri

Masa : 1 jam

Bahan : Kertas Mahjong, pen marker, gam, gunting, majalah dan akhbar lama.

Objektif :

1. Meningkatkan keyakinan diri ahli kumpulan.

2. Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan diri setiap kumpulan.


3. Mengenal pasti tanggungjawab sebagai murid sekolah.

Kaedah :

1. Setiap kumpulan mendapat dua helai kertas mahjong.

2. Fasi dikehendaki memecahkan kumpulannya kepada 2 kumpulan kecil.

3. Dengan daya kreativiti masing-masing, setiap kumpulan diminta membuat


sebuah beg.
4. Fasi mengarahkan peserta menggunting gambar / huruf / perkataan di dalam akhbar
lama yang berkaitan dengan peranan dan tanggungjawab serta kelemahan dan
kekuatan sebagai seorang murid.
5. Gambar / Huruf / Perkataan yang menggambarkan kekuatan dan tanggungjawab
ditampal di luar beg manakala gambar / huruf / perkataan yang menunjukkan kelemahan
disimpan di dalam beg.

Perbincangan :

1. Ahli kumpulan diminta menerangkan tentang beg kumpulannya.


2. Fasi menggalakkan ahli kumpulan bertanya soalan.

Rumusan :

1. Kekuatan dan tanggungjawab seorang pengawas boleh dilihat dan ditonjolkan.

2. Kelemahan seorang pengawas perlu disimpan dan diperbaiki.

3. Tanggungjawab berpunca daripada kekuatan dan kelemahan seorang


pengawas.

Anda mungkin juga menyukai