Anda di halaman 1dari 4

1:

LUKISKAN APA BENDA ITU


OBJEKTIF : MENINGKATKAN KEMAHIRAN KOMUNIKASI
SAIZ KUMPULAN : 4 ORANG KE ATAS (BILANGAN GENAP)
PERALATAN : KERTAS KOSONG DAN PENSEL
MASA : 20 MINIT KE ATAS

TATACARA PERMAINAN :

1. Pemain dalam kumpulan berdua dikehendaki membelakangi antara satu sama lain.
2. Setiap pemain akan mendapat satu ayat pembayang dan perlu menggambarkan secara
lisan kepada pasangan pemain.
3. Pemain yang mendengar akan melukiskan gambar di atas sehelai kertas daripada apa
yang dia dengar dari pasangan yang tadi.
4. Apabila selesai, mereka akan mengambil giliran dan melakukan perkara yang sama.
5. Gambar lukisan tersebut akan dibandingkan pada akhir permainan – Siapakah yang
lebih baik dalam memberi penerangan?

RUMUSAN : Bagaimana seseorang itu akan bertindak balas apabila mereka tidak dapat
berkomunikasi secara bersemuka? Bincangkan.

LAMPIRAN GAMBAR :
2:
YANG MANA SATU?
OBJEKTIF : MENGENALI SESAMA SENDIRI, BERAMAH MESRA
SAIZ KUMPULAN : 6 ATAU LEBIH, LEBIH RAMAI LEBIH BAGUS
PERALATAN : TIADA PERALATAN
MASA : BOLEH UBAH, SEKURANG-KURANGNYA 5 MINIT

TATACARA PERMAINAN :

1. Lukis atau bayangkan satu garisan di atas lantai dan semua peserta berdiri di atas
garisan tersebut.
2. Apabila soalan ditanyakan, setiap peserta perlu memilih untuk berada di sebelah mana
garisan tersebut.
3. Contoh soalan yang boleh ditanya adalah :
a. Anda mahu kaya atau cantik?
b. Anda mahu terkenal kerana Anugerah Nobel atau Oscar?
c. Anda pilih Kpop atau Bollywood?
d. Anda mahu tinggal di Bandar atau Kampung?
e. Pulau/Pantai atau Gunung-ganang?
f. Melancong berkumpulan atau pergi sendirian?
4. Aktiviti ini melibatkan kesemua ahli kumpulan dan amat menyeronokkan serta
melucukan dengan melihat pilihan ahli kumpulan lain yang mungkin tidak dijangka.

RUMUSAN : Setiap orang itu unik dan berbeza serta mempunyai pilihan masing-masing.
Kita tidak boleh memaksa dan memandang orang lain pelik sekiranya mereka tidak sama
dengan kita.
3:
AHLI PALING SEMPURNA
OBJEKTIF : KERJASAMA, MENGUKUH SEMANGAT
SAIZ KUMPULAN : 4 ATAU LEBIH
PERALATAN : SEHELAI KERTAS MAHJONG, PEN MARKER DAN PEN
MASA : 30 MINIT

TATACARA PERMAINAN :

1. Letakkan sehelai kertas mahjong di atas lantai dan lukiskan bentuk orang di atas
kertas tersebut.
2. Ini akan mewakili “AHLI PALING SEMPURNA” bagi setiap kumpulan itu.
3. Setiap ahli dalam kumpulan akan berbincang dan berkongsi pendapat mengenai ciri-
ciri dan kekuatan mereka yang terbaik untuk membantu kumpulan mereka.
4. Ciri-ciri yang dibincangkan tadi akan dituliskan di atas kertas mahjong tadi mengikut
turutan dengan menggunakan pen marker atau pen.
5. Apabila semua ciri-ciri telah ditulis, ahli kumpulan perlu berbincang tentang
bagaimana “orang” ini boleh merangkumi ciri-ciri ahli yang sempurna dan
bagaimana ianya dapat membantu kumpulan tersebut.

RUMUSAN : Apakah perasaan setiap ahli kumpulan tersebut apabila berbincang mengenai
kekuatan masing-masing? Adakah mereka mendapat pujian? Apakah kekuatan yang ada pada
diri anda yang tidak diketahui?
4:
MENARA KERTAS
OBJEKTIF : PEMIKIRAN KRITIKAL, KERJA BERKUMPULAN
SAIZ KUMPULAN : 4 ATAU LEBIH
PERALATAN : BEBERAPA KEPING KERTAS/ SURAT KHABAR LAMA
MASA : SEHINGGA 20 MINIT

TATACARA PERMAINAN :

1. Edarkan kertas sama banyak kepada setiap kumpulan.


2. Mereka perlu bersaing membina satu menara kertas yang paling tinggi dalam masa
yang telah ditetapkan, contohnya 5 minit.
3. Mereka hanya boleh menggunakan kertas yang diberikan untuk membina menara
kertas tersebut.
4. Menara kertas yang perlu dibina mestilah mempunyai ciri-ciri seperti tinggi dan
kukuh.

RUMUSAN : Apakah jenis kemahiran bekerjasama yang kumpulan tersebut perlu buat untuk
membina sebuah menara yang kukuh? Bagaimana mereka boleh lakukan dengan lebih baik
lagi?

Anda mungkin juga menyukai