Anda di halaman 1dari 5

ICE BREAKING (KELOMPOK BESAR)

Aktiviti 1 : Salam Mesra Masa


: 20 Minit
Alatan : Tiada
Objektif : 1. Mewujudkan suasana yang selesa di kalangan peserta.
2. Mengurangkan rasa tertekan, takut.
Langkah : 1. Buat bulatan besar ( asing lelaki dan perempuan )
2. Bilang 1. 2. 3. mengikut peserta.
3. Peserta angka ganjil buat bulatan di dalam. Peserta di luar ikut arah jam dan peserta di dalam
lawan arah jam.
4. Setiap peserta memperkenalkan diri kepada semua ahli dalam bulatan.
Perbincangan:
1. Apakah perasaan adik-adik… takut… tak selesa… malu…
2. Apakah respons rakan-rakan adik apabila bercerita tentang diri… suka…dll
Pengajaran :
1. Pengenalan diri akan mewujudkan perhubungan yang mesra dengan orang yang belum dikenali.
Aktiviti 2 : Dunia ku dunia baru
Masa : 30 Minit Alatan : Tiada
Objektif :
1. Memberi peluang kepada peserta berkenalan antara satu sama lain dalam suasana yang
menyeronokkan.
2. Mengurangkan rasa malu, rendah diri dan takut apabila berada dalam kelompok yang belum
dikenali.
Langkah :
1. Peserta diberi kad yang masing-masing bernombor 1 –6.
2. Setiap nombor akan mewakili satu gerakan tertentu.
3. Peserta lelaki dan perempuan diminta berbaris sebelum kad diedarkan kepada mereka.
4. Ketua menyatakan bahawa peserta berada dalam dunia baru. Di dunia ini tiada siapa yang boleh
bertutur. Mereka hanya boleh melakukan gerakan yang tertentu. Mereka semua perlu mencari rakan
yang sama jenis untuk membentuk satu perkampungan.
- Jenis pertama aksi menangis
- Jenis kedua aksi burung terbang
- Jenis ketiga aksi ketawa
- Jenis keempat aksi garu kepala
- Jenis kelima aksi bunyi motor
- Jenis keenam aksi bunyi kucing
5. Apabila bertemu dengan jenis yang sama mereka perlu mengangguk dan cari rakan lain yang
sama jenis.
6. Ketua memastikan peserta tidak bercakap selain bunyi tertentu.
7. Jika ada jenis yang tidak menemui jenis yang sama. Maka mereka perlu buat gerakan itu dan
rakan mereka hendaklah menjemput mereka masuk kelompok.
Perbincangan:
1. Bagaimanakah perasaan peserta menjalankan aktiviti
2. Bagaimana cara berinteraksi apabila tidak boleh bertutur.
Pengajaran :
Untuk berkenalan dengan seseorang, kita perlu mempunyai sifat peramah, sedia menghampiri dan
tidak menunggu ditegur oleh orang lain.
LDK (Kendiriku)
Aktiviti : Akukah itu?
Masa : 30 minit
Alatan :Kertas A4 dan pen/pensel
Objektif :
1. Peserta mengenal diri mereka yang sebenar.
2. Peserta akan dapat menyedari keadaan diri mereka.
3. Timbul keinginan untuk meneroka keadaan diri sendiri.
Langkah :
1. Peserta diminta untuk melukis gambar mereka sendiri mengikut kebolehan masing-masing.
(Kecantikan lukisan itu tidak penting)
2. Peserta diminta tidak duduk terlalu dekat (jarak antara peserta) semasa melakukan tugas ini.
3. Letakkan tanda yang mudah untuk kenal pasti lukisan masing-masing. Tetapi jangan tulis
nama pada lukisan tersebut..
4. Masa diberikan antara 5 – 7 minit untuk menghasilkan lukisan tersebut..
5. Ketua akan mengumpul semua lukisan yang telah siap dan kemudian menyerahkan semula
kepada peserta. Tetapi kena pastikan bahawa lukisan yang dibuat itu tidak diserahkan kepada
empunya lukisan.
6. Peserta diminta untuk mengenal pasti tuan empunya lukisan gambar tersebut dengan hanya
menunjukan sahaja apabila diminta oleh ketua tanpa bergerak atau bangun dari kerusi.
7. Bagi peserta yang salah meneka , ketua akan cuba bertanya mengapakah susah untuk
mengenal pasti empunya lukisan gambar tersebut dan bagi yang meneka dengan betul ketua akan
menanyakan sebab mereka bolah meneka dengan betul.
Pengajaran/ Rumusan :
1. Susah untuk mengenal pasti seseorang itu dengan hanya melihat pada luaran
sahaja kerana mungkin apa-apa yang dilihat tidak sama dengan sikapnya yang
sebenar.
2. Orang tidak akan dapat mengenal diri kita jika sekiranya kita sendiri tidak kenal siapa diri kita
TAJUK : “JAMBATAN” SASARAN : SEMUA PERINGKAT UMUR OBJEKTIF AKTIVITI :
1. Menggalakkan peserta untuk mengekspresikan diri
2. Mengeratkan hubungan antara para peserta
3. Melahirkan kesefahaman dan perpaduan antara peserta
4. Menyemai semangat bekerjasama dalam kumpulan
PERALATAN :
1. PVC (panjang = 10 kaki)
JANGKA MASA : 15 – 30 MINIT
LANGKAH-LANGKAH PELAKSANAAN:
1. Para peserta dikehendaki untuk membentuk kumpulan kecil (10 orang)
2. Semua kumpulan kecil akan dibekalkan sebatang PVC
3. Kemudian, kumpulan kecil ini akan membuat barisan lurus masing-masing (bahagian bahu
bersentuhan)
4. Setiap peserta dalam kumpulan kecil tersebut akan menggunakan jari telunjuk sahaja untuk
memegang (menyangkut) PVC yang telah dibekalkan.
5. PVC tersebut tidak dibenarkan daripada terjatuh daripada jari setiap ahli dalam kumpulan kecil
tersebut
6. Fasilitator akan menyuruh semua kumpulan kecil untuk turun mencangkung ke bawah bersama –
sama ahli kumpulannya masing-masing sambil memegang (menyangkut) PVC di jari.
7. Kumpulan kecil yang dianggap gagal ialah apabila PVC terjatuh ataupun paras ketinggian tidak
sama rata semasa mencangkung untuk turun ke bawah (tidak sekata).
FALSAFAH :
Kepentingan kerjasama dan kesefahaman dalam interaksi lisan mahupun bukan lisan dalam
kumpulan (pasukan) amat penting bagi melahirkan pasukan yang berkesan dan mampu mencapai
matlamat kerja berpasukan.
Tajuk: Mencari Pembunuh
Peserta: Minimum 10 orang
Waktu: 15 – 30 minit
Bahan:
Setiap peserta mendapat sekeping kertas yang dilipat. Salah satu kertas mempunyai perkataan
“MEMBUNUH” dan yang selebihnya kosong. Ruangan: Ruangan yang besar atau terbuka Petunjuk:
“Perhatian! Di antara kamu ada seorang pembunuh yang akan berusaha untuk membunuh kamu
satu persatu. Siapa yang berhati – hati akan selamat dari maut dan dapat menangkap si pembunuh
sebelum dia sempat membunuh semua peserta.
Sekarang berjalan – jalan di ruang ini. Salah seorang membahagikan secarik kertas kepada
setiap peserta. Seseorang yang mendapat kertas yang berisi perkataan “pembunuh” bererti si
pembunuh yang akan membunuh korbannya dengan kerdipan matanya. Kalau si pembunuh
mengerdipkan mata ke arah seseorang peserta, iaitu mangsanya, maka peserta tersebut harus jatuh
dan mati dalam masa 3 saat. Waktu 3 saat ini sangat penting, supaya si pembunuh tidak terus dapat
ditangkap.
Peserta yang mencurigai seseorang sebagai si pembunuh boleh melapor dan berkata: “ saya
mencurigai dia” dan menunjukkan orang yang ditekanya sebagai pembunuh. Kalau tekaannya benar,
maka pembunuh tertangkap dan permainan pun berakhir. Namun, kalau tekaan peserta salah maka
ia pun harus berhenti bermain.
Permainan ini berakhir kalau pembunuhnya tertangkap atau kalau si pembunuh telah berhasil
membunuh semua peserta lain.
LDK 2 Tajuk: hai..nasi goring Masa: 20 minit Alat: tiada Bilangan ahli: 20-30 orang Objektif:
menyegarkan minda supaya cergas. menyedarkan ahli supaya selalu cergas memberi penumpuan
apabila seseorang itu bercakap. Langkah: minta semua ahli berdiri. Terangkan kepada mereka supaya
mengikut apa yang dilakukan oleh fasilitator. fasilitator melakukan aktiviti dengan melafazkan ayat
berikut sambil menggunakan isyarat tangan: “saya” (tunjuk pada diri) suka (letak kedua tangan di
dada) makan (tunjuk mulut seperti makan) nasi (gunakan hujung jari seperti menggaul nasi) goring
(buat isyarat dengan tangan seolah-olah menggoreng), nasi (isyarat nasi) goreng (isyarat goreng) saya
(tunjuk pada diri) tidak (goncang tangan isyarat tidak) suka (isyarat).” mula-mula biarkan ahli
melakukan aktiviti ini dengan perlahan. Apabila mereka sudah selesa, minta mereka melakukannya
dengan cepat. Sesiapa yang teragak-agak atau salah menunjukkan isyarat, ahli tersebut diminta
keluar atau duduk. Lakukan aktiviti ini berulang-ulang sehingga tinggal hanya seorang atau
sekumpulan yang kecil. berikan penghargaan kepada ahli atau kumpulan yang berjaya melakukan
aktiviti ini tanpa sebarang kesilapan. fasilitator menggerakkan perbincangan dengan bertanya reaksi
ahli tentang aktivti ini. Minta ahli yang pertama keluar atau duduk tadi menerangkan mengapa
berlaku demikian.apakah perasaannya?mengapa ahli yang tetap tidak membuat silap, boleh berbuat
demikian. Kaitkan hasil aktiviti ini dengan objektif dan rumuskan dengan situasi sebenar yang
memerlukan mereka melakukan sesuatu tugas dengan penuh penumpuan. Jika tiada penumpuan
maka akan berlaku banyak kesilapan dalam tugas tersebut. Copy the BEST Traders and Make Money :
http://bit.ly/fxzulu Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu

Tajuk : ‘Menaiki Rakit’ Sasaran : Semua Golongan Objektif Aktiviti : 1. Melahirkan semangat kekitaan
dikalangan peserta. 2. Meningkatkan kesedaran bahawa perlunya semangat kerjasama. 3. Membina
sikap saling perlu memerlukan bila keadaan terdesak. Senarai Peralatan : Kertas Suratkhabar Jangka
Masa : 45 minit Langkah- Langkah : 1. Fasilitator membentangkan kertas surat khabar di atas lantai.
2. Semua peserta dikehendaki berdiri di atas surat khabar tersebut. 3. Fasilitator mengoyakkan kertas
surat khabar tersebut sedikit demi sedikit sehingga menjadi kecil. Peserta tidak dibenarkan
meletakkan kaki di tempat yang tiada surat khabar di atas lantai. 4. Peserta akan berpaut antara satu
sama lain agar tidak jatuh. 5. Peserta yang terjatuh dari 'rakit' dikira batal dan terkeluar. (Asingkan
peserta lelaki dan perempuan) Falsafah : 1. Menyedarkan peserta bahawa kerjasama adalaha
penting. 2. Tidak mementingkan diri sendiri dalam saat kesusahan bak kata pepatah berat sama
dipikul, ringan sama dijinjing. 2. Hidup ini banyak dugaan dan cabaran. 3. Perlunya kita berganding
bahu untuk mempertahankan maruah dan akhlak kita. Copy the BEST Traders and Make Money :
http://bit.ly/fxzulu Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu

Anda mungkin juga menyukai