Anda di halaman 1dari 5

CADANGAN LDK

ICE BREAKING
1st: Aktiviti 3 – Akukah itu? (kenal diri)
2nd: Aktiviti 2 – Dunia ku Dunia baru (pecah kumpulan)
Tempat: Dewan Terbuka

*pembahagian fasi (dlm setiap kump)


⁃ beri kad (aktiviti 2) secara random
⁃ kump yg dh ada pergi kpd fasi mereka
*pemasangan khemah (fasi pantau kump masing2)

LDK 1
⁃ spongebob
⁃ refleksi

SLOT Kem Komandan (backup)


⁃ radio rosak

LDK 2
⁃ tarikan kasih
⁃ bahtera pelayaran

BARANG AMANAH
⁃ lilin kecik
LDK 1:
Aktiviti 3: Akukah itu?
Masa : 30 minit
Alatan :Kertas A4 dan pen/pensel
Objektif : 1. Peserta mengenal diri mereka yang sebenar.
2. Peserta akan dapat menyedari keadaan diri mereka.
3. Timbul keinginan untuk meneroka keadaan diri sendiri.
Langkah :
1. Peserta diminta untuk melukis gambar mereka sendiri mengikut kebolehan masing-masing.
(Kecantikan lukisan itu tidak penting)
2. Peserta diminta tidak duduk terlalu dekat (jarak antara peserta) semasa melakukan tugas
ini.
3. Letakkan tanda yang mudah untuk kenal pasti lukisan masing-masing. Tetapi jangan tulis
nama pada lukisan tersebut..
4. Masa diberikan antara 5 – 7 minit untuk menghasilkan lukisan tersebut..
5. Ketua akan mengumpul semua lukisan yang telah siap dan kemudian menyerahkan semula
kepada peserta. Tetapi kena pastikan bahawa lukisan yang dibuat itu tidak diserahkan kepada
empunya lukisan.
6. Peserta diminta untuk mengenal pasti tuan empunya lukisan gambar tersebut dengan hanya
menunjukan sahaja apabila diminta oleh ketua tanpa bergerak atau bangun dari kerusi.
7. Bagi peserta yang salah meneka , ketua akan cuba bertanya mengapakah susah untuk
mengenal pasti empunya lukisan gambar tersebut dan bagi yang meneka dengan betul ketua
akan menanyakan sebab mereka bolah meneka dengan betul.
Pengajaran/Rumusan :
1. Susah untuk mengenal pasti seseorang itu dengan hanya melihat
pada luaran sahaja kerana mungkin apa-apa yang dilihat tidak sama
dengan sikapnya yang sebenar.
2. Orang tidak akan dapat mengenal diri kita jika sekiranya kita sendiri
tidak kenal siapa diri kita

Aktiviti 2: Dunia ku dunia baru


Masa: 30 Minit
Alatan: Tiada
Objektif :
1. Memberi peluang kepada peserta berkenalan antara satu sama lain dalam suasana yang
menyeronokkan.
2. Mengurangkan rasa malu, rendah diri dan takut apabila berada dalam kelompok yang
belum dikenali.
Langkah:
1. Peserta diberi kad yang masing-masing bernombor 1 –6.
2. Setiap nombor akan mewakili satu gerakan tertentu.
3. Peserta lelaki dan perempuan diminta berbaris sebelum kad diedarkan kepada mereka.
4. Ketua menyatakan bahawa peserta berada dalam dunia baru. Di dunia ini tiada siapa yang
boleh bertutur. Mereka hanya boleh melakukan gerakan yang tertentu. Mereka semua perlu
mencari rakan yang sama jenis untuk membentuk satu perkampungan.
- Jenis pertama aksi menangis
- Jenis kedua aksi burung terbang
- Jenis ketiga aksi ketawa
- Jenis keempat aksi garu kepala
- Jenis kelima aksi bunyi motor
- Jenis keenam aksi bunyi kucing
5. Apabila bertemu dengan jenis yang sama mereka perlu mengangguk dan cari rakan lain
yang sama jenis.
6. Ketua memastikan peserta tidak bercakap selain bunyi tertentu.
7. Jika ada jenis yang tidak menemui jenis yang sama. Maka mereka perlu buat gerakan itu
dan rakan mereka hendaklah menjemput mereka masuk kelompok.
Perbincangan:
1. Bagaimanakah perasaan peserta menjalankan aktiviti
2. Bagaimana cara berinteraksi apabila tidak boleh bertutur.
Pengajaran:
Untuk berkenalan dengan seseorang, kita perlu mempunyai sifat peramah, sedia menghampiri
dan tidak menunggu ditegur oleh orang lain.
LDK 1 - Tarikan Kasih 

Objektif; 

-melatih kerjasama antara ahli kumpulan 


-membentuk sikap sabar dan berhati-hati dalam diri peserta 
-melatih sifat kepimpinan peserta 

Kaedah; 

-setiap kumpulan akan dibekalkan secawan air dan setiap ahli kumpulan akan mendapat
seutas tali 
-setiap peserta dikehendaki mengikatkan tali masing-masing pada cawan tersebut 
-setiap kumpulan dikehendaki bergerak dari garisan permulaan hingga ke garisan
penamat sambil membawa caawan yang berisi air tersebut dimana setiap peserta akan
menarik hujung tali masing-masing 
-permainan akan dinilai berdasarkan isipadu air yang masih terdapat dalam cawan
tersebut

LDK 2 -Telefon rosak 

Objektif; 

-melatih sifat peka dalam diri peserta 


-membentuk kerjasama antara ahli kumpulan -melatih kreativiti peserta dalam berfikir 

Langkah; 

-setiap kumpulan akan diberikan satu frasa ayat 


-peserta pertama yang menerima frasa tersebut dikehendaki memberitahu frasa tersebut
kepada peserta yang berikutnya dan akan berterusan hingga kesemua ahli kumpulan
mengetahui frasa tersebut 
-peserta yang terakhir dikehendaki menterjemahkan frasa tresebut dalam bentuk lukisan

LDK 4 - Menaiki Rakit 


Tajuk : ‘Menaiki Rakit’ 

Sasaran : Semua Golongan 

Objektif Aktiviti : 

1. Melahirkan semangat kekitaan dikalangan peserta. 


2. Meningkatkan kesedaran bahawa perlunya semangat kerjasama. 
3. Membina sikap saling perlu memerlukan bila keadaan terdesak. 

Senarai Peralatan : Kertas Suratkhabar 

Jangka Masa : 45 minit 

Langkah- Langkah : 

1. Fasilitator membentangkan kertas surat khabar di atas lantai. 


2. Semua peserta dikehendaki berdiri di atas surat khabar tersebut. 
3. Fasilitator mengoyakkan kertas surat khabar tersebut sedikit demi sedikit sehingga
menjadi     kecil. Peserta tidak dibenarkan meletakkan kaki di tempat yang tiada surat
khabar di atas lantai. 

4. Peserta akan berpaut antara satu sama lain agar tidak jatuh. 
5. Peserta yang terjatuh dari 'rakit' dikira batal dan terkeluar. (Asingkan peserta lelaki dan
perempuan) 

Falsafah : 

1. Menyedarkan peserta bahawa kerjasama adalaha penting.   


3. Tidak mementingkan diri sendiri dalam saat kesusahan bak kata pepatah berat sama
dipikul, ringan sama dijinjing. 
3. Hidup ini banyak dugaan dan cabaran. 
4. Perlunya kita berganding bahu untuk mempertahankan maruah dan akhlak kita.

Anda mungkin juga menyukai