Anda di halaman 1dari 11

ICE BREAKING ( MARI MENGHITUNG) MASA : 20 MINIT PERALATAN: KERTAS A4, KOTAK, PEN MARKER DAN KERTAS MAHJUNG

OBJEKTIF : 1. Menggalakkan peserta menggunakan akal yang diberikan dengan baik. 2. Melatih peserta berfikir sebelum bertindak dalam apa jua perkara yang dilakukan. 3. Melatih peserta menghargai diri dan berusaha untuk menjadi yang terbaik. PERLAKSANAAN AKTIVITI 1. Peserta diminta untuk berdiri dan membentuk satu bulatan besar. 2. Setiap peserta dikehendaki menghitung secara bergilir nombor bermula angka 1 hingga 80. (bergantung kepada jumlah peserta) 3. Ketika menghitung, peserta dikehendaki mematuhi peraturan ini, iaitu, setiap angka 7 dan gandaan 7, angka tidak disebut, melainkan digantikan dengan menepuk tangan, bergaya bebas serta menyebut namanya. 4. Apabila peserta salah melaksanakan tugasnya, maka permainan akan dimulakan dari awal. Peserta tersebut juga perlu dikenakan denda. 5. Ulangi proses ini sehingga 3 atau 4 pusingan.

6. Ketua fasi juga boleh mengarahkan pelajar untuk mengira secara mengundur bermula dari angka 80 hingga 1. Peraturan yang ditetapkan juga sama iaitu,setiap angka 7 atau gandaan 7, maka angka itu tidak disebut. FALSAFAH 1. Kita harus peka dan menggunakan nikmat pancaindera, iaitu penglihatan dengan sebaik-baiknya agar perkara yang kita lakukan tidak terpesong daripada objektif yang ingin dicapai. 2. Jika kita tahu kelemahan yang wujud dalam diri kita, kita haruslah berusaha membaiki kelemahan tersebut disamping berusaha meningkatkan potensi diri. 3. Elakkan daripada pentingkan diri sendiri. Kita perlu sentiasa mengambil berat akan perihal yang berlaku di sekeliling kita. 4. Berfikir baik buruk dalam setiap perkara yang dilakukan. Kesannya sangat tinggi kepada diri, keluarga dan masyarakat.

ICE BREAKING (TALI PERTEMUAN) MASA : 15MINIT PERALATAN : TALI RAFIA DAN ALAT TULIS OBJEKTIF 1. Merapatkan hubungan dalam kalangan peserta dan fasilitator. 2. Membentuk kumpulan dan memupuk semangat dalam kumpulan peserta. 3. Menggalakkan pertukaran idea dalam ahli kumpulan. PERLAKSANAAN AKTIVITI 1. Pegang kedua-dua hujung tali sebelum membenarkan setiap ahlinya menarik salah satu hujung tali tersebut. 2. Ketua kumpulan pastikan ahlinya dapat menarik manamana 1 hujung tali tersebut. 3. Gunakan sebelah tangan dan tidak dibenarkan melepaskan tali masing-masing ketika menguraikan tali tersebut. 4. Apabila berjaya menguraikan tali, setiap ahli akan mendapat seorang pasangan. 5. Peserta perlu berkenalan dengan pasangan masingmasing. 6. Kemudian, fasilitator akan meminta beberapa orang peserta untuk memperkenalkan pasangan mereka. FALSAFAH DAN PENGAJARAN 1. Tali mewakili hidup kita yang selalu terikat dengan cabaran dan dugaan. kita terpaksa terima dengan cara

positif untuk menguraikan ikatan tersebut dalam hati kita. 2. Menyedarkan kita bahawa tidak ada satu cara yang terbaik untuk selesaikan masalah yang timbul, kita perlu sentiasa mencuba dan mendapat jalan penyelesaian yang sesuai untuk diri kita. 3. Mengetahui bahawa setiap individu itu adalah unik dan mempunyai personaliti yang berbeza.

LDK 1 (KAMI MAHU BERUBAH) MASA : 30 MINIT PERALATAN : KERTAS A4, CAWAN KERTAS, CELLOTAPE, GUNTING, SURAT KHABAR, STRAW OBJEKTIF 1. Memberi gambaran kepada peserta betapa pentingnya mempertahankan hak dan maruah diri. 2. Melatih peserta agar celik minda terhadap isu yang diberikan dan melatih mereka berfikir dan berhujah secara spontan. PERLAKSANAAN AKTIVITI 1. Peserta diminta untuk mengenalpasti watak atau sikap salah seorang rakan dalam kumpulan. Contohnya, rakan tersebut seorang rockers. Watak tersebut perlulah mendapat persetujuan daripada semua ahli. 2. Apabila watak tersebut telah dipersetujui oleh semua ahli, maka kumpulan tersebut perlu memilih seorang ahli untuk digayakan (model) seperti mana watak yang dipilih. Contohnya, seorang rockers perlulah memakai baju T, topi dan seluar koyak di lutut. 3. Untuk menggayakan model tersebut, mereka perlulah menggunakan peralatan yang dibekalkan oleh fasilitator. Barang-barang tersebut akan diletakkan diatas meja dan akan dijaga oleh seorang fasilitator sebagai pengawas.

4. Untuk memperoleh barangan tersebut, setiap ahli perlulah berkelakuan baik dan menghormati fasilitator semasa ingin mengambil barang tersebut sehinggalah fasilitator berpuas hati. 5. Barang yang diberikan akan digunakan mereka untuk mencipta sebagaimana yang mereka inginkan. FALSAFAH DAN PENGAJARAN 1. Setiap kekurangan kita mampu atasi jika ada keyakinan dan keberanian 2. Jangan selalu memandang rendah pada diri sendiri, sentiasa anggap diri kita hebat tetapi tidak bongkak. 3. Ilmu yang kita ada jika tidak diamalkan akan luput dan hilang begitu sahaja. 4. Latih diri untuk buang pendangan negatif terhadap diri sendiri dan orang lain, Dont Judge Books By Its Cover. 5. Setiap daripada kita memiliki pendapat masingmasing. Oleh itu, kita perlulah berani mengeluarkan pendapat tersebut. 6. Menjadi lumrah alam, sikap hormat menghormati perlu ada dalam diri sendiri dan kadang-kala tidak salah untuk kita mengalah tetapi biarlah kena pada tempatnya.

LDK 1 (MI CASA) MASA : 30 MINIT PERALATAN : SURAT KHABAR, GUNTING, STRAW DAN CELLOTAPE OBJEKTIF 1. Melatih peserta agar sentiasa merangsang minda untuk belajar dengan lebih bersungguh-sungguh. 2. Menggalakkan peserta agar berani untuk meluahkan idea dan pendapat sendiri. 3. Meningkatkan sikap bertanggungjawab terhadap tugasan yang diberi. PERLAKSANAAN AKTIVITI 1. Fasilitator mengagihkan setiap kumpulan beberapa naskah surat khabar atau straw. 2. Peserta diminta untuk membuat binaan (rumah/bangunan) yang menepati kriteria seperti kukuh, tinggi,kemas dan cantik. 3. Fasilitator mengagihkan setiap kumpulan satu gunting dan cellotape. 4. Terdapat satu syarat untuk membuat binaan tersebut iaitu peserta perlulah menggunakan sebelah tangan sahaja. 5. Peserta perlu mempamerkan dan membentangkan binaan mereka di hadapan. 6. Kumpulan lain dibenarkan untuk bertanya dan memberi pendapat.

FALSAFAH DAN PENGAJARAN 1. Setiap individu harus bersyukur dengan nikmat pancaindera yang diberikan. Berbanding dengan pelajar kurang upaya, anda masih beruntung kerana boleh menulis dan bermain dengan baik. Jadi, tonjolkan kemampuan yang anda miliki. 2. Berfikir di luar kotak adalah satu elemen yang penting untuk mengatasi dunia yang mencabar ini. 3. Kita perlu bergaul dengan ramai orang untuk mendapatkan ilmu sebanyak mungkin. 4. Bukan semua tugasan yang kita terima kita mampu melakukannya sendirian. Kita sangat perlukan keluarga, rakan-rakan dan guru untuk membimbing kita kea rah kesempurnaan diri. 5. Hidup sebagai pelajar memerlukan kita untuk mencari kawan ke arah yang lebih baik. Kawan yang baik mampu membawa kejayaan kepada diri kita. 6. Sepertimana kukuhnya bangunan yang dibina, seperti itu jugalah kukuhnya pendirian kita untuk menjadi seorang yang lebih baik daripada orang lain.

LDK 1 ( P- BREAK) MASA : 20 MINIT PERALATAN : KAD MANILA OBJEKTIF 1. Melatih peserta menghormati dan menerima pandangan yang diutarakan oleh rakan terhadap sesuatu perkara. 2. Menggalakkan percambahan idea dalam kalangan ahli kelompok. PERLAKSANAAN AKTIVITI 1. Fasilitator akan memberikan kepingan kata-kata hikmah yang telah digunting kepada beberapa bahagian kepada setiap kumpulan. 2. Peserta dikehendaki mencantumkan cantum semula kepingan tersebut. 3. Kemudian, wakil setiap kumpulan perlu mengulas katakata hikmah tersebut. FALSAFAH DAN PENGAJARAN 1. Setiap individu perlu berperanan dan berfungsi dalam sesebuah kumpulan atau organisasi agar segala kerja yang dilakukan berjalan dengan sempurna. 2. Jangan selalu memandang rendah pada diri sendiri, sentiasa anggap diri kita hebat tetapi tidak bongkak. 3. Setiap individu mempunyai tahap pemikiran yang berbeza. Oleh itu, yang pandai perlulah membantu

yang lemah dan tidak bersikap antagonis dan emosional. Perlu sentiasa berkongsi untuk berjaya. 4. Berfikir sebelum bertindak, merancang sebelum bergerak. Setiap perkara yang dilakukan, kita perlu jelas akan kebaikan dan keburukannya jika tidak mahu menyesal di kemudian hari. 5. Berputus asa bukanlah satu jalan yang harus dipilih tetapi harus dibuang daripada minda semua pelajar.

LDK 1 (TELUR DI HUJUNG TANDUK) MASA : 20MINIT PERALATAN : - Bola Ping Pong - Benang - Getah gelang - Cawan kertas / Cawan Polisterin OBJEKTIF 1. Melatih peserta agar sentiasa merangsang minda untuk berfikir secara positif. 2. Untuk meningkatkan kesedaran kendiri dalam kalangan peserta. PERLAKSANAAN AKTIVITI 1. Fasilitator mengedarkan bahan-bahan kepada setiap kumpulan. 2. Beberapa utas benang diikat pada satu gelang getah. (Bergantung kepada bilangan pelajar) 3. Cawan kertas itu di telangkupkan terlebih dahulu. Getah yang telah diikatkan dengan benang tadi di ikat pula pada cawan kertas (tanpa memegang cawan kertas itu) 4. Bola ping pong diletakkan di atas bekas cawan kertas. 5. Benang yang telah diikat tadi di tarik bagi mengimbangi dan seterusnya dapat mengangkat bola ping pong yang berada diatas cawan kertas tersebut. 6. Cawan kertas yang dapat diangkat tanpa menjatuhkan bola ping pong tersebut dianggap berjaya.

FALSAFAH DAN PENGAJARAN 1. Apa pun yang berlaku di muka bumi ini tiada pun yang mustahil. 2. Memastikan ukhwah mampu direalisasikan segenap segi dan bijak dalam menyelesaikan masalah. 3. Dalam apa jua kejayaan yang dilakukan, fokus dan matlamat adalah sangat penting. Apa jua pekerjaan, jika dibuat sambil lewa pasti tidak akan membuahkan hasil yang diinginkan. 4. Amanah dan kepercayaan yang diberikan perlulah dilaksanakan sebaik mungkin. 5. Kita harus sabar dalam setiap dugaan yang menimpa diri kita dan perlu berusaha untuk menyelesaikannya. Elakkan daripada berputus asa.

LDK 2 (PILIHLAH DAKU) MASA : 30MINIT PERALATAN : KERTAS A4 OBJEKTIF 1. Melatih peserta membuat keputusan rasional walaupun berada dalam apa jua situasi. 2. Memberi gambaran kepada peserta betapa pentingnya mempertahankan hak dan maruah diri. 3. Menetapkan pendirian dalam membuat sesuatu keputusan yang penting. 4. Menggunakan akal fikiran dalam menyelesaikan sesuatu perkara dan bukan menggunakan emosi PERLAKSANAAN AKTIVITI 1. Fasilitator mengarahkan setiap kumpulan membahagikan ahli kumpulan mereka kepada 4 kumpulan kecil. 2. Setiap kumpulan kecil dikehendaki melantik seorang ketua kumpulan. 3. Setiap kumpulan kecil perlu mewakili Shah Rukh Khan, Amir Khan , Jackie Chan dan Stephan Chow 4. Fasilitator membacakan dan menceritakan sinopsis cerita 5. Setiap kumpulan kecil perlu mempertahankan dan mencari alternatif agar kumpulan mereka dipilih berdasarkan cerita.

6. Fasilitator membuat kesimpulan. FALSAFAH DAN PENGAJARAN 1. Keputusan yang dibuat perlulah dibuat berdasarkan logik akal bukan berasaskan emosi. 2. Menjadi lumrah alam, sikap hormat menghormati perlu ada dalam diri sendiri dan kadang-kala tidak salah untuk kita mengalah tetapi biarlah kena pada tempatnya. 3. Keyakinan dalam berhujah kadang-kala mampu menarik minat orang yang mendengar walaupun isi yang diutarakan adalah tidak tepat. Oleh itu, penampilan diri sebagai pelajar perlulah ditampilkan dengan sebaiknya 4. Setiap kekurangan kita mampu atasi jika ada keyakinan dan keberanian 5. Jangan selalu memandang rendah pada diri sendiri, sentiasa anggap diri kita hebat tetapi tidak bongkak. 6. Ilmu yang kita ada jika tidak diamalkan akan luput dan hilang begitu sahaja.

PILIHLAH DAKU Di dalam sebuah kampung tinggal empat orang individu yang bernama Shah Rukh Khan, Amir Khan, Jackie Chan dan Stephan Chau. Shah Rukh Khan seorang yang petani, beliau rajin untuk bercucuk tanam. Di kebunnya,beliau sering bersiul dan menyanyi ketika sunyi. Beliau tidak mempunyai masa yang tetap untuk ke kebunnya. Beliau akan pergi sama ada pagi , tengah hari atau petang dan ikut suka hatinya. Amir Khan pula seorang nelayan. Beliau sering ke laut untuk menangkap ikan. Beliau akan ke laut pada pukul 6 pagi dan akan pulang pada pukul 5 petang. Semasa dilaut, beliau sering menyanyikan lagu mohabbatein kerana itu lagu kegemarannya dan itu sahaja lagu yang diingatinya. Jackie Chan merupakan seorang pekedai. Beliau menjual pelbagai barangan di kedainya. Namun, harga barangan di kedainya agak mahal. Walau bagaimanapun, orang masih ramai datang ke kedainya untuk membeli kerana tiada pilihan lain. Semasa di kedainya, beliau sering menyanyi kerana menyanyi adalah kelebihannya sejak dari kecil. Stephan Chow seorang buruh di sebuah tapak binaan. beliau sering membanting tulang untuk membantu ibu bapa dan keluarganya. Kehidupannya yang susah menyebabkan beliau terpaksa berdikari. semasa waktu lapang, beliau sering menyanyi untuk menghilangkan letih di badannya. Pada suatu hari, mereka telah pergi untuk ujibakat nyanyian untuk program Malaysian Idol di Kuala Lumpur. Mereka berharap dengan memasuki bidang nyanyian dan dengan kelebihan suara yang mereka miliki, mereka mampu untuk merubah masa hadapan. Shah Rukh Khan, Amier Khan, Jackie Chan dan Stephan Chow telah diujibakat oleh M. Nasir. Kesemua mereka mempunyai suara yang merdu, namun M. Nasir hanya inginkan seorang penyanyi sahaja untuk menjadi anak muridnya. Selain bakat nyanyian yang diambil kira,terdapat juga kelebihan lain yang perlu diteliti. Siapakah yang wajar untuk dipilih sebagai penyanyi ?

LDK 2 (PULAU IMPIAN) MASA : 30MINIT PERALATAN : PEN MARKER, KERTAS MAHJUNG OBJEKTIF 1. Menanamkan sifat bertanggungjawab terhadap amanah yang diberikan. 2. Membolehkan ahli-ahli mengambil pengalaman lepas sebagai satu pengajaran dalam kehidupan seharian agar dapat memotivasikan diri. 3. Menyedarkan ahli-ahli bahawa untuk membina sesebuah perhubungan bukannya senang, kita harus menghargai hidup dan orang-orang tersayang terutamanya kedua ibu bapa kita. 4. Meletakkan target atau sasaran yang ingin dicapai. 5. Supaya ahli-ahli lebih bersemangat dan mempunyai matlamat yang jelas dalam hidupnya. 6. Mewujudkan sifat tolak ansur dalam diri peserta. PERLAKSANAAN AKTIVITI 1. Fasilitator memberikan marker pen dan kertas mahjung kepada setiap kumpulan. 2. Fasilitator meminta wakil seorang peserta daripada setiap kumpulan untuk melalui halangan dan melihat peta yang telah disediakan dalam masa 10 saat. Peserta tersebut perlu mengingat peta dan kembali ke dalam kumpulan masing-masing melalui halangan yang sama seperti sebelumnya.

3. Dalam masa 2 minit, peserta tersebut perlu menceritakan kepada ahli dalam kumpulan tentang peta yang telah dilihat tanpa melukis peta tersebut. Hanya ahli lain dalam kumpulan yang boleh melukis peta berdasarkan gambaran yang disampaikan. 4. Tamat 2 minit, marker pen mesti diletakkan di atas kertas mahjung. Seterusnya, fasilitator akan meminta wakil kedua daripada setiap kumpulan untuk melihat peta dan perlu melalui halangan yang sama. Peserta yang telah melihat peta dilarang memegang marker pen untuk melukis peta sehingga aktiviti tamat. 5. Aktiviti diulang dan berakhir dengan peserta ketiga. FALSAFAH DAN PENGAJARAN 1. Pelajar yang cemerlang ialah pelajar yang sangat menghormati dan memberi perhatian ketika guru atau rakan menyampaikan ilmu. 2. Setiap manusia dianugerahkan oleh Tuhan akal untuk berfikir. Gunakan anugerah tersebut sebaik mungkin dalam merangka strategi bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi. 3. Amanah yang diberikan perlu dijaga dengan sebaik mungkin. Jangan sesekali abaikan tanggungjawab jika mahu melihat diri dan rakan-rakan berjaya dalam hidup. 4. Kejayaan yang dicapai sekiranya kita menggunakan strategi dan kaedah yang betul. Dalam pembelajaran, kaedah belajar berbeza mengikut subjek, minat, kemampuan dan sebagainya.

5. Menyedarkan kita bahawa hubungan antara manusia terutamanya keluarga tidak akan terputus dan terpisah sampai ke akhir hayat. 6. Dalam apa jua pekerjaan yang dilakukan, fokus dan matlamat adalah sangat penting. Apa jua pekerjaan, jika dibuat sambil lewa, pasti tidak akan membuahkan hasil yang diinginkan. 7. Memberi peluang kepada para peserta untuk bermuhasabah diri agar menjadi insan yang lebih cemerlang dan berwawasan selepas sesi ini. 8. Menyedari kesilapan yang pernah dilakukan oleh para peserta terhadap orang yang paling menyayangi kita dan kita pula asyik menyakiti mereka serta tidak memberi kegembiraan kepada mereka.