Anda di halaman 1dari 9

DINAMIKA KELOMPOK

(KKG 2013)
MODUL : TEAM BUILDING
DISEDIAKAN OLEH :

SITI HAMIZAH BT ROBIAN D20071028888


NURUL AINA BT MOHD YAAKUB D20071028900

DISEDIAKAN UNTUK :
EN. MOHD HAFIZ BIN ABU BAKAR

Masa: 08.00pm – 10.00pm


Hari : Rabu
Tempat : Makmal 2

FAKULTI SAINS KOGNITIF DAN PEMBANGUNAN MANUSIA


UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
35900 TANJONG MALIM
PERAK

MODUL LATIHAN

1
DINAMIKA KELOMPOK BERSTRUKTUR
TEMA : TEAM BUILDING

1.0 KUMPULAN SASARAN

Aktiviti modul ini sesuai untuk semua golongan. Modul ini bertujuan untuk menguji
peserta dalam memahami dan meningkatkan kemampuan diri dari segi membuat keputusan
dan semangat bekerjasama, perkongsian idea di antara ahli kumpulan untuk menyelesaikan
setiap konflik yang dihadapi. Setiap ahli perlu melakukan pengorbanan demi mencapai
kejayaan. Ia juga bertujuan untuk membina semangat berpasukan dalam diri setiap ahli. Hal
ini kerana aktiviti pertama melibatkan aras pemikiran yang agak tinggi untuk diselesaikan.
Sementara itu, aktiviti kedua pula melibatkan pemikiran dan idea yang kreatif daripada setiap
ahli dalam kumpulan.

2.0 SINOPSIS

Mendedahkan para pelajar kepada sikap bekerjasama, toleransi dan bersatu dalam
kumpulan. Mereka juga didedahkan untuk memegang rasa tanggungjawab dalam setiap
keputusan yang diambil dengan sempurna dan mantap bagi mencapai sesuatu matlamat dalam
kumpulannya. Hal ini juga dapat mencerminkan peristiwa sebenar kepada mereka semua
apabila berdepan dengan pelbagai rintangan dan cabaran dalam dunia yang sebenar. Hal ini
kerana, sikap bekerjasama amat penting dalam mencapai sesuatu matlamat yang akan
dirancang. Mereka juga akan didedahkan dengan kemahiran dalam membuat perancangan
yang sempurna bagi mencapai sesuatu matlamat yang telah ditetapkan.

Selain itu, kumpulan akan lebih kukuh dan sebarang aktiviti modul dapat berjalan dengan
lebih lancar sekiranya terdapat kepercayaan dan rasa tanggungjawab yang ditanggung
bersama dalam suasana sukar dan senang. Sokongan, galakan dan kata semangat di antara
setiap ahli juga sangat penting dalam aktiviti. Kesemua faktor ini secara langsung menjadikan
kumpulan itu lebih dinamik, produktif dan sentiasa bersaing untuk menempuh kejayaan demi
kejayaan dalam sebarang aktiviti yang mereka lakukan. Di samping itu, modul ini bertujuan
untuk menguji peserta dalam memahami dan meningkatkan kemampuan diri dari segi
membuat keputusan dan semangat bekerjasama, perkongsian idea di antara ahli kumpulan
untuk menyelesaikan setiap konflik yang dihadapi. Setiap ahli perlu melakukan pengorbanan

2
demi mencapai kejayaan. Ia juga bertujuan untuk membina semangat berpasukan dalam diri
setiap ahli.

3.0 OBJEKTIF KESELURUHAN

Dalam menjalankan modul bertemakan `kerjasama berpasukan”, kami telah menggariskan


beberapa objektif yang mana ianya amat diperlukan bagi mengelakkan kami daripada lari atau
terpesong dari matlamat modul kami. Antara objektif-objektif kami ialah:

• Membina semangat `kekitaan” untuk saling bekerjasama bagi meningkatkan prestasi


melalui sikap persaingan secara positif.
• Mengekalkan hubungan yang sedia ada dan seterusnya menjadikannya lebih erat.
• Menguji daya kreativiti peserta dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi.
• Untuk mengukuhkan kejelikitan dalam kelompok dengan cara bertukar-tukar
pendapat, idea, pengalaman dan kemahiran.
• Untuk melihat sikap toleransi, bekerjasama, percambahan fikiran, pemikiran kreatif
dan konsep kendiri peserta.

4.0 Kaedah :

1. Perbincangan
2. Kerjasama dalam ahli kumpulan
3. Gerak langkah
4. Menyiapkan tugasan dan pelaksanaan

Aktiviti Sampingan

Pelaksanaan Aktiviti :

Langkah 1: Fasilitator akan mengarahkan pelajar-pelajar untuk melakukan senaman


ringan dan aktiviti memanaskan badan.
• Menggunakan muzik iringan iaitu “Chicken Dance”.

3
Langkah 2: Fasilitator akan membahagikan pelajar-pelajar kepada tiga kumpulan
dengan mengarahkan mereka bergerak ke dalam kumpulan masing-masing
mengikut nama binatang yang diberikan:

• Ayam, 4 orang
• Kambing, 4 orang
• Kucing, 5orang

Langkah 3: Fasilitator akan meminta setiap kumpulan terbabit membuat trademark


kumpulan masing-masing mengikut bunyi dan gaya binatang tersebut.

Langkah 4: Kemudian, setiap kumpulan akan mendemostrasikan trademark kumpulan


masing-masing.

5.0 Alatan :

1. Bola
2. Moultine Board
3. Straw
4. Kerusi
5. Kertas A4
6. Masking Tape
7. Belon
8. Penanda Buku
9. Laptop

6.0 Masa : 1 jam 30 minit

Aktiviti sampingan : 20 minit


Aktiviti 1 : 25 minit
Aktiviti 2 : 25 minit

4
7.0 Pelaksanaan aktiviti

Tajuk Aktiviti 1

TAJUK : Perjalanan Mencapai Kemenangan

SASARAN : Semua ahli dalam kelompok

MASA : 25 Minit

ALAT / BAHAN : Bola


: Moultine board
: Straw

OBJEKTIF :

• Ahli kumpulan dapat mempraktikkan kerja secara berkumpulan


• Ahli kumpulan dapat belajar bersaing secara sihat untuk menjayakan rancangan yang
diatur.
• Ahli kumpulan dapat memupuk semangat toleransi dalam berkongsi idea dan
cadangan yang dikemukan di dalam kumpulan.
• Ahli kumpulan dapat menghayati interaksi antara budaya atau latar belakang dalam
kumpulan serta dapat memupuk nilai kemesraan sesama mereka.
• Mewujudkan budaya kerjasama dan bertolak ansur serta saling faham-memahami di
antara satu sama lain dalam kalangan ahli kumpulan.
• Ahli kumpulan dapat meningkatkan lagi kerjasama sesama ahli di dalam kumpulan
serta mengeratkan perpaduan sesama ahli.
• Menggalakkan proses komunikasi yang berkesan.
• Melahirkan pelajar yang berpandangan jauh dan berfikir secara matang, rasional dan
tenang.
• Menjana minda pelajar supaya mampu berfikir secara kreatif dan inovatif dalam
melihat sesuatu permasalahan.

5
• Membantu pelajar untuk lebih berani dan berkeyakinan untuk melaksanakan sesuatu
tugas yang mencabar dengan melihat sesuatu permasalahan dari perspektif yang
berbeza.

Langkah-langkah :

Langkah 1 : Fasilitator akan mengarahkan setiap pelajar mengambil sebuah kerusi dan
membentuk satu bulatan U dengan jarak yang sama.

Langkah 2 : Kemudian, fasilitator akan mengarahkan setiap pelajar berada dalam


kumpulan masing-masing.

Langkah 3 : Seterusnya, fasilitator akan menyediakan sebiji bola, moultine board dan
straw kepada setiap kumpulan.

Langkah 4 : Kemudian, semua ahli kumpulan diarahkan untuk mengangkat sebiji bola
beramai-ramai menggunakan straw dan kemudian meletakkan bola tersebut
di atas moultine board dengan syarat mereka tidak dibenarkan menyentuh
bola tersebut dengan tangan.

Langkah 5 : Setelah bola diletakkan di atas moultine board, mereka kemudiannya diarah
supaya mengangkat bola yang diletakkan diatas moultine board tersebut
dan membawanya dalam satu pusingan dengan jalan yang mempunyai
beberapa halangan berliku sambil menyanyikan lagu “Fikirkan Boleh” secara
beramai-ramai.

Langkah 6 : Fasilitator diminta memerhatikan tingkah laku peserta secara terperinci dan
melihat kerjasama antara mereka sama ada positif mahupun negatif.

Falsafah :

1) Kerjasama amat penting untuk mencapai sesuatu kejayaan.

2) Perancangan yang teliti akan menghasilkan sesuatu kerja yang baik.

6
3) Daya kreativiti yang tinggi akan membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi.

4) Perancangan aktiviti amat penting untuk memastikan matlamat tercapai.

5) Setiap perancangan dan kerja akan menghasilkan kejayaan apabila mendapat


sokongan dan kerjasama daripada semua ahli kumpulan.

Tajuk Aktiviti 2

TAJUK : Menara Bata

SASARAN : Semua ahli dalam kelompok

MASA : 25 Minit

ALAT / BAHAN : Kertas A4


: Masking Tape
: Belon
: 5 Bongkah Batu-bata

OBJEKTIF :

• Dapat mengadakan perbincangan dengan ahli-ahli dalam kumpulan.


• Membina kumpulan, menguatkan fizikal, menggalakkan pencapahan minda dan
keseronokkan.
• Menggalakkan persepakatan dan perpaduan sesama ahli dalam kumpulan.
• Mewujudkan semangat kerjasama sesama ahli kumpulan.
• Mewujudkan rasa tanggungjawab dalam diri setiap ahli untuk menyelesaikan tugasan

7
Arahan :

1. Setiap kumpulan diberi 4 keping kertas A4.

2. Dalam masa 10 minit, setiap kumpulan dikehendaki membina sebuah binaan yang
kukuh mengikut kreativiti mereka sendiri.

3. Syaratnya, kertas A4 tersebut tidak boleh direnyukkan.

4. Selain itu, binaan tersebut mestilah boleh menampung berat sekurang-kurangnya 5


bongkah batu-bata..

5. Kumpulan yang gagal akan diberi dendaan sementara yang menang juga mendapat
habuan.

6. Selesai melakukan aktiviti tersebut, ahli kumpulan diberi peluang untuk menyatakan
pengalaman dan perasaan mereka sepanjang berada dalam kumpulan dan menjalani
aktiviti tersebut.

Tips :

 Denda akan diberi kepada kumpulan yang kalah dengan meniup belon sehingga pecah setiap
seorang satu biji belon.
 Pemenang tidak dibiarkan menjadi penonton sebaliknya diminta untuk membuat sebarang
bunyi atau bertepuk tangan sebagai sokongan kepada kumpulan yang kalah.

Falsafah :

1) Kemampuan manusia mampu digembleng untuk mendapatkan yang terbaik.

2) Setiap manusia mempunyai kekuatan dan kelemahan yang tersendiri.

3) Kehidupan manusia tidak semesti seperti yang diharapkan umpama " disangka hujan
sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari ".

4) Sikap berjimat menjamin keberkesanan pengajaran.

8
________________________________________________________________________

“RENUNGAN”

“Tidak ada orang yang berjaya dalam keadaan dirinya tidak pernah bersedia untuk
berjaya, kalau dia ‘berjaya’ itu bukan kejayaan tapi kebetulan”.

“Mempercayai diri kita lemah, sebelum betul-betul terbukti kita lemah adalah kelemahan
kita yang paling lemah”.

Anda mungkin juga menyukai