Anda di halaman 1dari 8

LDK 1

*Para pelajar hendaklah duduk dalam kumpulan masing-masing.


*Dimulakan dengan pengenalan dalam kumpulan bersama fasi dalam masa 15 minit.

MODUL 1
Tajuk : Susun Sampai Panjang
Tema : Bersatu Kita Teguh, Bercerai Kita Roboh
Tempoh Masa : 15 minit
Peralatan yang diperlukan : Barang yang ada pada diri pelajar (ketika
itu)
Objektif / Resolusi :
1. Memupuk semangat kerjasama dalam kalangan ahli kumpulan.
2. Mengeratkan hubungan dan membentuk kesefahaman dalam
kalangan kawan sekumpulan.
3. Mewujudkan rasa selesa ketika pertama kali melakukan aktiviti di
dalam kumpulan.
Perlaksanaan :
1. Para pelajar hendaklah bekerjasama menyusun semua barang
yang ada pada diri mereka pada ketika itu dalam satu barisan
memanjang (contoh : tali pinggang, pen, pembaris, sapu tangan)
2. Setiap barang tersebut mestilah disusun secara bersambung dan
tanpa ruang antara barang tersebut.
3. Kumpulan yang berjaya menyusun barang terpanjang dalam
masa 5 minit diberi markah sebanyak 5 mata.
4. Kemudian, para pelajar diberi masa 5 minit lagi untuk mengemas
semua barang yang disusun seperti dalam keadaan asal.
Kumpulan yang berjaya mengemas semua barang dalam masa
terpantas akan diberi markah sebanyak 5 mata.

MODUL 2

Tajuk : Percaya Ke Tak ?


Tema : Bersatu Kita Teguh Bercerai Kita Roboh
Tempoh masa : 15 minit
Peralatan yang diperlukan : Pen, tali, botol

Objektif / Resolusi :
1. Memupuk semangat kerjasama dalam kalangan ahli kumpulan.
2. Mengeratkan hubungan dan membentuk kesefahaman dalam
kalangan kawan sekumpulan.
3. Mewujudkan rasa selesa ketika pertama kali melakukan aktiviti di
dalam kumpulan.

Perlaksanaan :
1. Fasi setiap kumpulan akan mengikat pen pada tali pada ukuran
yang ditetapkan.
2. Beberapa orang daripada ahli kumpulan perlu memegang tali
tersebut.
3. Apabila aktiviti dimulakan, pelajar yang memegang tali tersebut
perlu menstabilkan tali yang dipegang agar pen masuk ke dalam
botol.
4. Pelajar diberi masa selama 5 minit untuk memasukkan pen ke
dalam botol. Mereka boleh bertukar giliran sesama ahli kumpulan
untuk memegang tali.
5. Kumpulan yang berjaya memasukkan pen ke dalam botol diberi
markah sebanyak 5 mata.

MODUL 3

Tajuk : Penghulu Penghuluwati Harapan Bangsa


Tema : Pemuda Pemimpin Masa Hadapan
Tempoh masa : 60 minit
Peralatan yang diperlukan : tiada

Objektif / Resolusi :
1. Membuka mata pelajar bahawa pemilihan pemimpin hendaklah
dibuat dengan sebaik mungkin dengan mengambil kira potensi
diri dan kebolehan yang ada pada seseorang.
2. Menerapkan sifat keberanian dalam kalangan pelajar untuk
menjadi pemimpin.
3. Menilai tahap keyakinan diri para pelajar.

Perlaksanaan :
1. Setiap kumpulan dikehendaki memberi nama beberapa orang
calon (sekurang-kurangnya seorang) untuk menjadi penghulu /
penghuluwati dalam kalangan kawan-kawan sekumpulan
mereka.
2. Pelajar yang namanya telah dicalonkan hendaklah pergi ke
hadapan untuk sesi taaruf dan hendaklah meyakinkan fasi dan
kawan-kawan yang lain bahawa dia mampu untuk memimpin.
(bercakap dalam masa 3 minit / seorang)
3. Pemilihan pelajar yang layak menjadi penghulu/penghuluwati
dinilai oleh beberapa orang juri dalam kalangan fasi.
4. Pelajar yang layak menjadi penghulu / penghuluwati akan
menyumbangkan markah sebanyak 10 mata kepada
kumpulannya. Manakala bagi pelajar yang tidak berjaya, mereka
pula akan menyumbang markah sebanyak 5 mata kepada
kumpulan mereka. Kumpulan yang tidak menghantar wakil dikira
tiada mata.

MODUL 4
Tajuk : Barang Amanah
Tema : Amanah Tanggungjawab Kita Bersama
Tempoh masa : 5 minit
Peralatan yang diperlukan : Telur (sebiji setiap kumpulan)
Objektif / Resolusi :
1. Melahirkan rasa tanggungjawab dalam kalangan ahli kumpulan
untuk bersama-sama menjaga barang amanah.
2. Memupuk nilai tolong-menolong dan kerjasama dalam diri para
pelajar.

Perlaksanaan :
1. Fasi akan memberikan sebiji telur kepada setiap kumpulan.
2. Semua ahli kumpulan bertanggungjawab untuk menjaga telur
tersebut supaya ianya selamat sehingga ke hari akhir kem ini.
3. Telur tersebut wajib dibawa sepanjang program berlangsung
kecuali ketika explorace.
4. Sekiranya para pelajar meletakkan telur tersebut merata-rata
pihak fasi/pengurusan berhak mengutip telur tersebut dan
kumpulan tersebut dianggap tidak amanah terhadap
tanggungjawab yang diberikan.
5. Kumpulan yang berjaya menjaga barang amnah sehingga ke
akhir program akan diberi markah sebanyak 10 mata.

LDK 2
MODUL 5
Nama : Ikon Gemilang
Tema : Membina Legasi Terbilang
Tempoh Masa : 90 minit (1 jam setengah)
Peralatan yang diperlukan : kertas mahjung, marker pen
Objektif / Resolusi :
1. Melatih pelajar menguruskan masa dan menyiapkan tugasan
pada waktu yang telah ditetapkan.
2. Melatih pelajar supaya berkongsi idea dan berfikir secara kreatif.
3. Menerapkan kepentingan bekerja sebagai satu pasukan dalam
kalangan ahli kumpulan.
Perlaksanaan :
1. Setiap kumpulan dikehendaki mencipta satu nama, logo, slogan,
dan cheers untuk kumpulan masing-masing.
2. Pelajar diberi masa selama 40 minit untuk menyiapkan task yang
diberikan.
3. Kemudian, setiap kumpulan dikehendaki membentangkan hasil
kerja mereka di hadapan fasi dan semua pelajar.
4. Setiap kumpulan diberi masa 5 minit untuk proses
pembentangan.
5. Mana-mana kumpulan yang tidak berjaya menyiapkan task yang
diberikan atau bentang lebih daripada tempoh masa yang
diberikan akan ditolak 5 markah.
6. Kumpulan yang membentangkan hasil kerja yang paling kreatif,
menarik dan berjaya menarik perhatian juri akan diberi markah
sebanyak 5 mata.

LDK 3
MODUL 6

Nama : Menara Impian ( Golongan Kurang Upaya )


Tema : Pemimpin Cemerlang Tonggak Kejayaan
Tempoh masa : 60 minit
Peralatan yang diperlukan : Barang-barang yang boleh dikitar semula,
kad manila 2 keping, senaskhah surat khabar ,pita pelekat, marker &
gunting

Objektif / Resolusi :
1. Melatih pelajar dalam kemahiran memberi arahan sebagai
seorang ketua.
2. Melatih pelajar melaksanakan tugas / tanggungjawab yang
diberikan walau dalam apa jua keadaan.
3. Memupuk semangat saling membantu antara ketua dan anak
buah dalam sesebuah kumpulan.
4. Melatih pelajar berkongsi idea, pengalaman, dan kemahiran
dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diarahkan.
5. Para pelajar dapat memperlihatkan bakat kepimpinan dalam
merancang dan melaksanakan tugas yang diberikan.

Perlaksanaan :
1. Semua ahli kumpulan terdiri daripada orang kurang upaya
dimana ada antara mereka yang pekak (hanya memahami
bahasa isyarat / tulisan), bisu (ditutupkan mulut) , buta
(ditutupkan mata) dan patah tangan (tangan diikat).
2. Hanya ketua kumpulan merupakan manusia yang sempurna dan
ketua kumpulan haruslah memberi arahan dengan sebaik

3.

4.
5.
6.

mungkin kepada ahli kumpulan dalam mendirikan menara


tersebut.
Aspek yang dinilai ialah kekukuhan menara, pengurusan masa,
keunikan menara yang dibina, kerjasama antara ahli kumpulan,
dan kemahiran ketua dalam memberikan arahan kepada
golongan kurang upaya.
Kumpulan diminta menamakan menara yang dibina dan hasilnya
akan dipertandingkan.
Masa yang diberikan untuk proses mendirikan menara ialah
selama 40 minit.
Kumpulan yang berjaya memenuhi krateria yang ditetapkan akan
diberikan markah sebanyak 5 mata.

LDK 4
MODUL 7

Nama : Inovasi Spontan


Tema : Menjana Kreativiti Insani
Tempoh masa : 120 minit
Peralatan yang diperlukan : Plastik hitam, barang-barang misteri

Objektif / Resolusi :
1. Melatih pelajar untuk berfikir secara kreatif dan kritis dalam
mengolah sesuatu idea.
2. Melatih pelajar untuk bekerjasa dan berkongsi idea dalam
menjayakan sesuatu tugasan.

Perlaksanaan :
1. Setiap kumpulan dikehendaki memilih satu plastik hitam yang
mengandungi barang misteri di dalamnya.
2. Pelajar tidak boleh membuka plastik hitam tersebut kecuali
setelah arahan diberikan.
3. Setiap kumpulan dikehendaki membuat satu persembahan
( cerita pendek, lakonan ) yang menggunakan barang misteri
tersebut dalam pelbagai fungsi.
4. Pelajar diberi masa selama 40 minit untuk berbincang mengenai
inovasi yang akan dipersembahkan.

5. Persembahan setiap kumpulan pula adalah selama 5 minit.


Setiap persembahan akan dinilai mengikut daya kreativiti yang
dipersembahkan dan juga kerjasama antara ahli kumpulan.
6. Kumpulan yang berjaya dalam aktiviti ini akan diberi markah
sebanyak 5 mata.

Anda mungkin juga menyukai