Anda di halaman 1dari 17

201 3

MODUL INDOOR
LATIHAN DALAM KUMPULAN (LDK) & STRESS MANAGEMENT
TERDAPAT 4 SET LDK & 1 SET STRESS MANAGENMENT YANG MANA MERANGKUMI SESI PERKENALAN (ICE BREAKING), TEAM BUILDING, MOTIVASI, PATRIOTIK & KESEDARAN NILAI JATI DIRI

aboi_taiping08 UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

MODUL: LDK 1 (ICE BREAKING UMUM & PEMBAHAGIAN KUMPULAN) MASA KESELURUHAN : 1 JAM
PERMAINAN 1 : MY PICTURE a. Masa b. Peralatan i. ii. i. ii. iii. iv. Pen Kertas kosong A4 : Semua peserta melukis potret wajah sendiri dengan menggunakan tangan berlawanan Peserta tidak dibenarkan menulis nama di atas kertas tersebut Setelah selesai, fasi akan mengutip semula kertas tersebut dan semua lukisan dicampur adukkan, Gambar-gambar tersebut akan di edarkan semula secara rawak dan peserta diminta mencari pemilik potret tersebut d. Objektif / matlamat i. bertanya PERMAINAN 2 : SIAPA SAYA a. Masa b. Peralatan i. ii. i. ii. iii. Pen Borang permainan (rujuk lampiran) : Semua peserta diberikan borang yang mengandungi beberapa soalan Peserta mesti mendapatkan tandatangan sahaja peserta lain yang menepati soalan dalam borang Setelah selesai, fasi meminta beberapa peserta mencari semula pemilik tandatangan d. Objektif / matlamat i. bertanya : Membiasakan peserta untuk bersuara dan bertanya serta membuang sifat malu : : 15 minit : Membiasakan peserta untuk bersuara dan bertanya serta membuang sifat malu : : 15 minit

c. Cara permainan

c. Cara permainan

LAMPIRAN MODUL LDK 1 ( PERMAINAN 2) BIL 1 2 3 4 5 6 7 8 7 8 9 10 11 12 13 14 16 17 18 19 20 PERKARA SAYA ANAK SULUNG DALAM KELUARGA NAMA SAYA ADA 10 HURUF SAHAJA SAYA PANDAI BERMAIN GITAR SAYA MENULIS DENGAN TANGAN KIDAL SAYA BOLEH MENGGULUNG LIDAH SAYA PERNAH MENAIKI KAPAL TERBANG SAYA PERNAH BERJUMPA DENGAN ARTIS SAYA TAHU BERENANG GAYA KUAK LENTANG SAYA TAHU MENARI SHUFFLE SAYA PEMINAT LAGU-LAGU ROCK KAPAK SAYA SUKA MAIN GAME ONLINE SAYA ADA LEBIH DARI SATU AKAUN FACEBOOK SAYA PELIHARA BINATANG YANG JARANG DIPELIHARA SEPRTI IGUANA / ULAR / MUSANG DLL SAYA PERNAH DIKEJAR HANTU SAYA TAKUT DENGAN KUCING SAYA KAKI BANGKU SAYA BOLEH LENTIKKAN IBU JARI SAYA SAYA PERNAH JATUH MOTOR SAYA ANAK TUNGGAL SAYA TAHU MASAK SPAGETTI SAYA TIDAK DILAHIRKAN DI MELAKA TANDATANGAN 1 TANDATANGAN 2

PERMAINAN 3 : MY CREW!! a. Masa b. Peralatan i. ii. iii. iv. i. : : 5 minit Tiada :

c. Cara Permainan

Peserta di minta beratur mengikut sekolah / kelas masing masing Peserta diminta mengira nombor badan 1 10 kemudian ulang semula dari 1 (bergantung kepada berapa kumpulan) seorang demi seorang Peserta kemudian di minta berkumpul mengikut nombor badan tanpa bersuara Kumpulan yang tidak cukup anggota akan didenda : Adakalanya dalam kehidupan, tidak semua perkara dapat disuarakan untuk mencapai matlamat. Kita haruslah menggunakan kreativiti dan berfikir di luar kotak untuk terus mencapai matlamat tanpa melanggar arahan dan peraturan.

d. Objektif / matlamat

PERMAINAN 4 : BANK DEPOSIT a. Masa b. Peralatan i. ii. : : 10 minit

Duit plastic RM 5, RM 10, RM 50, RM 100, RM 500 (jumlah bergantung kepada jumlah kumpulan) Setiap kumpulan akan dibekalkan seperti berikut : RM 5 4 keping RM 10 3 keping RM 50 3 keping RM 100 3 keping RM 500 1 keping total setiap kumpulan akan terima RM 1000

iii.

Fasi perlu sediakan duit plastic melebihi dari jumlah setiap kumpulan terima bertujuan untuk penambahan jumlah duit setiap kumpulan :

c. Cara permainan i. ii. iii. dipercayai

Fasi akan meminta setiap kumpulan menghantar ahli yang paling jujur dan boleh Wakil kumpulan tersebut akan bertanggungjawab memegang dan menguruskan duit deposit mereka sebanyak RM 1000 Fasi menerangkan bagaimana untuk menambah nilai duit tersebut dan bagaimana duit tersebut boleh susut dalam tempoh 2 hari program berlansung Tambah nilai Apabila kumpulan memenangi sesuatu atau fasi merasakan kumpulan telah mematuhi arahan dengan baik Apabila ada peserta di dalam kumpulan yang telah melaksanakan sesuatu dengan baik dan cekap Tawaran daripada kumpulan lain untuk ditukarkan dengan sesuatu yang dimiliki oleh kumpulan Susut nilai Apabila kumpulan kalah atau fasi merasakan kumpulan gagal mematuhi arahan Apabila ada peserta di dalam kumpulan yang telah melanggar arahan dan disiplin Menawarkan kepada kumpulan lain untuk ditukarkan dengan sesuatu yang diperlukan oleh kumpulan

iv. v.

Jumlah deposit akan dikira di penghujung program 2 hari Kumpulan dengan jumlah deposit tertinggi dianggap berjaya.

(baki 15 minit lagi bagi LDK ini adalah untuk pelantikan penghulu & ajk)

MODUL: STRESS MANAGEMENT MASA KESELURUHAN : 1 JAM


(BAGI SESI INI, KESEMUA PERMAINAN INI DIMAIN DALAM KEADAAN PANAS & LAPAR. SEELOKNYA SEBELUM MAKAN TENGAH HARI. SEPANJANG PERMAINAN INI, FASI AKAN MENAWARKAN AIR MINERAL YANG PERLU DIBAYAR DENGAN DUIT PLASTIK SEBANYAK RM 50)

PERMAINAN 1 : MENATANG MINYAK a. Masa b. Peralatan i. ii. iii. i. ii. iii. Kon Chopstick / pensil : Semua ahli kumpulan bersedia dalam keadaan mencangkung (saling menghadap dalam 2 barisan). Fasi memberi setiap seorang chopstick / pensil dan mengarahkan peserta memegang chopstick / pensil di hujung sahaja. Sebaik wisel ditiupkan, setiap kumpulan perlu mengangkat rod yang berada di atas lantai dan berdiri tegak sebelum bergerak bersama rod ke garisan penamat dan letakkan semula rod di atas lantai iv. v. Jika rod tersebut jatuh, kumpulan tersebut harus mula dari titik permulaan Sebaik selesai, kumpulan akan bergerak ke checkpoint seterusnya untuk permainan 2 d. Objektif / matlamat : i. Membentuk kerjasama berpasukan dalam mencapai matlamat dan juga membina komunikasi berkesan di antara ahli kumpulan : : 15 minit

Rod panjang (guna rod kotak yang terdapat di dalam gulung kain ela)

c. Cara permainan

PERMAINAN 2 : PILIH DAKU a. Masa b. Peralatan i. ii. iii. iv. v. vi. vii. i. ii. : : 30 minit

Kapur (untuk melukis bulatan) Bakul kecil / baldi Tali raffia ( 2 utas panjang untuk setiap kumpulan) Telur (sekiranya pecah peserta boleh dapatkan dari fasi dengan bayaran RM 10 sebiji) Bola tenis Bola ping pong Bola besar (bola rattle budak) Setiap kumpulan akan dibekalkan dengan 2 utas tali raffia yang sama panjang Setiap kumpulan dengan 2 ahli kumpulan menggunakan tali raffia berkenaan untuk memindahkan objek yang terdapat di dalam bulatan besar, tanpa memijak garisan bulatan atau menyentuh objek, ke dalam bakul kecil / baldi

c. Cara permainan :

iii. iv. v.

Sekiranya objek tersebut jatuh atau di sentuh, atau garisan bulatan dipijak, objek tersebut akan dimasukkan semula ke dalam bulatan Ahli kumpulan secara bergilir memindahkan objek Setelah selesai memindahkan semua objek, kumpulan bergerak ke checkpoint seterusnya untuk permainan terakhir

d. Objektif / matlamat : i. ii. Membina keyakinan dalam mengatasi tekanan secara positif dan memupuk sikap saling membantu & memerlukan dalam apa jua situasi & cabaran Membentuk kerjasama berpasukan dalam mencapai matlamat dan juga membina komunikasi berkesan di antara ahli kumpulan

PERMAINAN 3 : ADIDAS a. Masa b. Peralatan i. i. : : 45 minit

Kepingan jigsaw yang membentuk gambar di bawah (segi4 sama)

c. Cara permainan : i. ii. iii. Setiap kumpulan dibekalkan dengan 1 set jigsaw Setiap kumpulan diberikan klu iaitu ADIDAS Kumpulan yang selesai kesemua permainan dahulu boleh bersurai dan menikmati makan tengah hari d. Objektif / matlamat : i. Membina keyakinan dalam mengatasi tekanan secara positif dan memupuk sikap saling membantu & memerlukan dalam apa jua situasi & cabaran ii. Membentuk kerjasama berpasukan dalam mencapai matlamat dan juga membina komunikasi berkesan di antara ahli kumpulan iii. Melatih peserta supaya tidak iri hati sebaliknya membuang rasa malu untuk bertanya kepada orang lain bagaimana jalan penyelesaian untuk sesuatu masalah

MODUL: LDK 2 (ICE BREAKING GROUP) MASA KESELURUHAN : 1 JAM


PERMAINAN 1 : WHERES MY CREW?!! a. Masa b. Peralatan i. ii. : : 15 minit

Pengikat mata (kain bewarna hitam) Tali raffia (untuk border antara peserta perempuan dan peserta lelaki) :

c. Cara permainan i. ii. iii.

Setiap kumpulan diminta memilih sejenis binatang sebagai mascot kumpulan Setiap peserta di ikat dengan pengikat mata dan dicampur adukkan oleh fasi Peserta diminta untuk mencari ahli kumpulan dengan berpandukan kepada bunyi binatang / mascot mereka

iv.

Peserta lelaki & perempuan di asingkan (seeloknya ahli kumpulan tiada percampuran jantina)

d. Objektif / matlamat i.

Melatih peserta peka kepada persekitaran dan mengikiskan perasaan malu & rendah diri serta membentuk keyakinan untuk melakukan sesuatu lain dari kebiasaan atau mencuba benda baru

PERMAINAN 2 : KAMI a. Masa : 45 minit (20 minit untuk persiapan & 25 minit untuk pembentangan.

Pembentangan seeloknya semua kumpulan diberikan peluang untuk membentang) b. Peralatan i. ii. :

Kertas mahjong (2 keping untuk setiap kumpulan) Marker pen (biru, hitam, merah)

c. Cara permainan : i. Fasi memberi arahan untuk dilaksanakan oleh setiap ahli kumpulan

ii.

Setiap kumpulan harus melantik ketua kumpulan (penghulu dan ajk tidak dibenarkan menjadi ketua kumpulan)

iii.

Kemudia setiap kumpulan harus mencipta nama kumpulan (berunsur positif) logo (berilhamkan mascot mereka), motto, etika kumpulan dan sorakan / cheer kumpulan

iv.

Setiap kumpulan kemudiannya akan membentangkan tentang kumpulan mereka. Fasi dan peserta lain di galakkan bertanyakan soalan.

d. Objektif / matlamat : i. Mendidik peserta untuk menguruskan organisasi / kumpulan, memberi kesedaran tentang pentingnya ada peraturan dan etika dalam kehidupan ii. Membina keyakinan peserta untuk memberi ucapan umum (public speaking)

MODUL: LDK 3 (TEAM BUILDING / UJIAN MINDA) MASA KESELURUHAN : 1 JAM


PERMAINAN 1 : JAMBATAN KASIH a. Masa b. Peralatan : : 5 minit Tiada

c. Cara permainan : i. Fasi mengarahkan supaya setiap kumpulan membina barisan yang terpanjang dengan menggunakan apa sahaja barang peribadi yang ada pada mereka ketika itu seperti baju, tali pinggang, tali kasut etc d. Objektif / matlamat : i. Ada kalanya, untuk mencapai matlamat, kita perlu bersedia untuk berkongsi dengan orang lain seperti berkongsi ilmu, idea etc ii. Kejayaan tidak akan diperolehi jika kita bersikap berlagak dan enggan berkongsi sebab sharing is caring PERMAINAN 2 : MENARA KEJAYAAN a. Masa b. Peralatan i. ii. : : 15 minit (10 minit persiapan & 5 minit penilaian)

Straw (100 setiap kumpulan / satu bundle setiap kumpulan) Belon ( 3 keping )

iii. iv.

Pita pelekat Gunting / pisau :

c. Cara permainan i.

Setiap kumpulan diminta membina menara dengan menggunakan straw dan mestilah meletakkan ketiga-tiga belon pada menara mereka

ii.

Jika belon pecah, kumpulan boleh mendapatkan dari fasi dengan kadar RM 50 sekeping

iii.

Setelah tamat, fasi akan menilai keteguhan setiap menara.

d. Objektif / matlamat : i. Membina keyakinan dalam mengatasi tekanan secara positif dan memupuk sikap saling membantu & memerlukan dalam apa jua situasi & cabaran ii. Membentuk kerjasama berpasukan dalam mencapai matlamat dan juga membina komunikasi berkesan di antara ahli kumpulan

PERMAINAN 3 : KUNCI LIRIK a. Masa b. Peralatan : : 5 minit Tiada :

c. Cara permainan i.

Fasi akan memilih satu perkataan seperti kasih, sayang, ayu dll dan secara rawak meminta kumpulan untuk menyanyikan lagu yang mempunyai perkataan tersebut. Mana mana kumpulan yang tidak dapat menyanyikan lagu atau mengulangi lagu yang telah dinyanyikan oleh kumpulan lain di anggap kalah. Fasi juga boleh menggunakan perkataan bahasa inggeris.

ii.

Kumpulan yang tersingkir mestilah membayar denda dengan kadar ikut suka fasi.

d. Objektif / matlamat :

i.

Sekadar selingan hiburan bagi mengurangkan sedikit tekanan dan merehatkan sebentar minda peserta. Disamping itu, bertujuan untuk meningkatkan bonding antara fasi, urusetia dan peserta.

PERMAINAN 4 : VENI VEDI VENCI (3V) a. Masa b. Peralatan i. ii. : : 35 minit ( 15 minit persiapan & 20 minit untuk pembentangan)

Kertas mahjong ( 2 keping setiap kumpulan) Pen marker (biru, merah, hitam)

c. Cara permainan i. ii. Setiap kumpulan diminta membina sebuah Negara baru Setiap kumpulan diminta mengagihkan dana sebanyak RM 60 juta dalam proses membina kerajaan mereka. Kumpulan mestilah menyatakan perkara-perkara berikut: Bagaimana geografi Negara mereka (pulau, hutan, tanah besar, pergunungan, etc), sebab memilih kawasan tersebut, populasi etc

Nama Negara mereka, bendera Negara, mengapa? Pembahagian dana, bagaimana mewujudkan ekonomi yang kukuh, keselamatan etc

Jenis-jenis kementerian Kekuatan & kelemahan Negara mereka Bagaimana mahu membangunkan Negara mereka

d. Objektif / matlamat : i. ii. Memupuk sifat kepimpinan dan juga semangat patriotic serta cintakan Negara Memahami betapa sukarnya untuk menjadi pemimpin namun ianya tidak bermakna tidak boleh dilakuakan iii. Melatih peserta untuk saling berbincang, bermesyuarat, bermusyawarah dengan penuh adab dan sabar iv. Membina keyakinan peseta dalam melaksanankan pengucapan awam (public speaking) dan menyiapkan diri untuk berhadapan dengan provokasi dan kritikan secara tenang dan positif.

MODUL: LDK 4 (KESEDARAN / MOTIVASI) MASA KESELURUHAN : 1 JAM


PERMAINAN 1 : AKUKAH? a. Masa b. Peralatan : : 10 minit

i. Kertas A4 (setiap seorang) c. Cara permainan : i. Seorang fasi kendalikan satu kumpulan untuk menjimatkan masa dan tenaga ii. Minta setiap peserta lipatkan kertas kepada 3 bahagian dan buka semula kertas tersebut

iii. Di ruangan yang paling atas, minta peserta tuliskan satu saja binatang yang mereka suka seperti kucing, lembu, gajah, ular etc iv. Kemudian lipatkan kertas ke belakang / tidak boleh dilihat v. Di ruangan kedua, senaraikan kelebihan / kebaikan / sebab mereka suka binatang tersebut dan kemudian lipat kebelakang vi. Di ruangan ketiga senaraikan / kekurangan / kelemahan / benda yang manusia biasnya tidak suka tentang binatang tersebut dan kemudian lipatkan vii. Fasi kemudiannya meminta peserta membaca semula apa yang ditulis secara bergilir gilir. Syarat pembacaan ialah mereka mestilah menggunakan perkataan aku , contoh ; aku seekor kucing.aku adalah manja. Aku suka kencing meratarata. viii. Fasi membuat kesimpulan dengan mengaitkan karakter binatang tersebut dengan perwatakan peserta secara umum. Katakan, walaupun ada kalanya binatang tersebut di anggap kotor dan menyusahkan tetapi setiap makhluk ada kelebihan dan kita perlu berusaha tonjolkan kelebihan kita. d. Objektif / matlamat : i. Melatih peserta untuk bersifat terbuka dalam menerima kelebihan dan kekurangan diri ii. Membina keyakinan untuk berusaha mengatasi kekurangan dan memaksimakan kelebihan iii. Manusia saling memerlukan untuk saling melengkapkan begitu juga dengan hubungan kekeluargaan, persahabatan & komuniti / masyarakat / persekitaran di sekolah / kolej

PERMAINAN 2 : WARISAN a. Masa b. Peralatan i. ii. : : 20 minit (10 minit untuk LDK & 10 minit untuk lagu)

Kertas A4 (untuk setiap peserta) Video / slide lagu Sudirman warisan & anak kecil main api

c. Cara permainan : i. Fasi kendalikan satu kumpulan untuk menjimatkan masa

ii.

Fasi meminta setiap peserta menuliskan nama dan tentang peribadi mereka dalam hanya 10 perkataan sahaja.

iii.

Fasi meminta mereka menuliskan apa yang mereka mahukan dari masyarakat / keluarga / Negara dengan hanya 10 perkataan sahaja.

iv.

Fasi minta mereka tuliskan apa yang mereka mahu lakukan kepada masyarakat / keluarga / Negara dengan hanya 10 perkataan sahaja.

v.

Fasi minta mereka tuliskan apa yang TELAH mereka lakukan untuk masyarakat / keluarga / Negara dengan hanya 5 perkataan sahaja

vi.

Fasi minta mereka bincangkan tentang harapan dan sumbanga serta cabaran dalam menabur budi kepada masyarakat / keluarga / Negara

vii.

Fasi haruslah bijak memainkan emosi mereka supaya mereka rasa tercabar dan sedih / kesal sebab tidak menyumbang banyak sebaliknya terus menagih.

viii.

Peserta diminta kemudiannya diminta menghayati dan menyanyikan bersama lagu sudirman warisan & anak kecil bermain api (ini untuk semua kumpulan secara serentak.

d. Objektif / matlamat : i. Menyedarkan peserta walaupun cara mereka berbeza dan kita sudah tidak lagi berperang namun, kita perlu teruskan berjuang dan menyumbangkan bakti untuk mempertahankan kemerdekaan dan maruah bangsa Malaysia

PERMAINAN 3 : SOSIAL ATAU SO..SIAL? a. Masa b. Peralatan i. ii. iii. : : 20 minit

Video klip (hitam putih kehidupan pembuangan bayi) Video klip nick Video klip 9 month in the womb

c. Cara permainan : i. Peserta diminta menonton video-video klip sambil fasi memainkan peranan untuk memainkan emosi mereka (timnbulkan keinsafan dan rasa syukur) ii. Emosi mereka perlu di provokasi bagi persedian slot muhasabah diri selepas ini

d. Objektif / matlamat :

i.

Memngajak peserta merenungkan gaya hidup mereka yang agak bebas tanpa batasan boleh menyebabkan mereka terjebak dengan gejala social yang tidak sihat dan menjurus kepada seks sebelum nikah, buang bayi, pengambilan arak & dadah, ragut dan jenayah2 lain

ii.

Mendidik peserta supaya bersyukur dan tidak mudah putus asa kerana ada manusia yang tidak bernasib baik seperti mereka

iii.

Menunjukkan betapa kejadian Tuhan itu indah dan pengorbanan serta perasaan seorang ibu ketika mengandungkan mereka

PERMAINAN 4 : RE-BRANDING a. Masa b. Peralatan i. ii. iii. : : 10 minit

Kertas A4 (untuk setiap peserta) Bakul sampah ( x kira saiz 2 @ 3 biji) Video klip / slide faizal tahir - gemuruh

c. Cara permainan : i. ii. Fasi minta peserta lipat dua kertas A4 dan buka kembali Di ruangan atas, peserta di minta tuliskan nama ayah, ibu dan nama penuh mereka

iii.

Di ruangan kedua, peserta di minta senaraikan semua kesilapan / kesalahan / kejahatan / kekesalan yang pernah dilakukan

iv.

Kemudian fasi pilih beberapa orang secara rawak (cuba dapatkan yang paling banyak buat silap) dan minta mereka bacakan

v. vi.

Minta mereka fikirkan betapa kecewa dan malunya orang tua mereka Kemudian mintakan mereka koyakkan ruangan senarai kesilapan mereka, keronyokkan sekuat hati mereka dan campakkan ke dalam tong sampah

vii.

Fasi kemudian terangkan bahawa mereka adalah orang yang baru yang akan berubah kepada yang lebih baik

viii.

Peserta kemudiannya diminta menghayati dan menyanyikan bersama lagu Faizal Tahir - Gemuruh

d. Objektif / matlamat : i. Menyedarkan peserta bahawa mereka mampu re-branding semula diri mereka jika mereka ada kemahuan untuk buat perubahan ii. Menanamkan sifat dan semangat juang yang tinggi untuk berubah menjadi manusia yang lebih baik

Anda mungkin juga menyukai