Anda di halaman 1dari 6

MODUL MOTVASI

NAMA AKTIVITI: AKUKAH ITU?


BIL
.
1.
2.

PERKARA

HURAIAN

Tujuan
Objektif

3.

Ringkasan aktiviti

4.
5.
6.

Jangka Masa/tempoh
Peralatan/kelengkapan
Hasil
Pembelajaran/pengajara
n
Langkah/kaedah
Pelaksanaan

Memberi kesedaran tentang motivasi diri peserta.


a) Mewujudkan kesedaran terhadap motivasi diri
peserta.
b) Memberi kefahaman kepada peserta tentang punca
kekurangan motivasi diri.
c) Mewujudkan rasa empati terhadap diri peserta.
Fasilitator memberi kisah pendek tentang dua orang
peserta (A & B) kepada peserta. Peserta diminta untuk
menyenaraikan perbezaan antara kedua peserta tersebut.
Setelah itu, peserta diminta untuk menyenaraikan
persamaan antara diri mereka dengan peserta A & B.
30 minit.
Kisah peserta A dan B (Lampiran A), kertas A4.
a) Peserta menyedari tentang motivasi dirinya.
b) Peserta menyedari tentang punca kurangnya
motivasi diri.
1. Fasilitator memberikan kertas yang mengandungi
kisah pendek tentang dua orang peserta kepada
peserta.
2. Beri arahan untuk menyenaraikan perbezaan antara
kedua-dua peserta tersebut.
3. Membuat senarai persamaan ciri antara diri peserta
dengan peserta tersebut.

7.

NAMA AKTIVITI: THE POWER OF BELIEVE


BIL
.
1.
2.

PERKARA

HURAIAN

Tujuan
Objektif

3.

Ringkasan aktiviti

4.
5.
6.

Jangka Masa/tempoh
Peralatan/kelengkapan
Hasil

Meningkatkan keyakinan diri peserta.


a) Mewujudkan kesedaran tentang kelebihan dan
kelemahan diri peserta.
b) Membina pemikiran positif atau positive thinking
dalam diri peserta.
c) Mewujudkan keyakinan diri peserta.
Meminta peserta menyenaraikan kelebihan dan kelemahan
diri peserta dan fokuskan terhadap kelebihan diri untuk
mencapai matlamat.
30 minit
Kertas A4
a) Peserta menyedari tentang kelebihan diri sendiri.

Pembelajaran/pengajara
n
7.

Langkah/kaedah
Pelaksanaan

b) Peserta mula berfikir secara positif terhadap diri


serta masa hadapan.
c) Peserta berasa yakin dengan diri sendiri.
1. Fasilitator meminta peserta menyenaraikan
kelebihan dan kelemahan diri masing-masing di
kertas yang berasingan.
2. Pilih beberapa orang wakil untuk memberitahu
tentang kelemahan dan kelebihan dirinya.
3. Fasilitator meminta peserta mengoyakkan kertas
yang mengandungi kelemahan diri masing-masing
sebagai tanda untuk menghapuskan perasaan
rendah diri dan pesimis diri peserta.
4. Fasilitator menerangkan tentang kepentingan untuk
fokus dalam kelebihan diri untuk mencapai
matlamat masing-masing (pesertaan).

NAMA AKTIVITI: READ BETWEEN THE LINES


BIL
.
1.
2.

PERKARA

HURAIAN

Tujuan
Objektif

3.

Ringkasan aktiviti

4.
5.

Jangka Masa/tempoh
Peralatan/kelengkapan

6.

Hasil
Pembelajaran/pengajara
n

7.

Langkah/kaedah
Pelaksanaan

Meningkatkan fokus peserta.


a) Mewujudkan kesedaran tentang kepentingan
mempunyai matlamat dalam diri peserta.
b) Membantu peserta untuk meningkatkan fokus
terhadap pencapaian matlamat.
Tugasan diberikan kepada peserta dan meminta mereka
untuk menyiapkannya dalam jangka masa yang ditetapkan.
15 minit
Puzzle (lampiran B) gunting quote menjadi kepingan
yang lebih kecil.
a) Peserta dapat menyedari tentang kepentingan
dalam mempunyai dan menentukan matlamat.
b) Membantu peserta untuk fokus terhadap matlamat,
bukannya ketakutan apabila matlamat tidak dapat
dicapai.
1. Fasilitator memberikan tugasan kepada peserta
(secara berpasangan atau tiga orang dalam satu
kumpulan) dan meminta untuk menyiapkannya
dalam masa 1 minit.
2. Bersama-sama dengan arahan tugasan, beritahu
kepada peserta bahawa jika mereka tidak dapat
menyiapkan tugasan, denda akan diberikan.
3. Setelah masa tamat, denda peserta yang tidak dapat
menyiapkan tugasan (jika ada masa).
4. Bertanya kepada peserta tentang pemikiran mereka

semasa menyiapkan tugasan. Adakah mereka fokus


terhadap menyiapkan tugasan, atau takut akan
didenda.
5. Fasilitator memberitahu tentang kepentingan fokus
terhadap matlamat, bukan akibat atau dendaan
yang akan dihadapi apabila tidak dapat buat
tugasan. Penting untuk tahu tentang akibat atau
dendaan (sebagai sumber motivasi), tetapi
fokuskan terhadap tindakan untuk mencapai
matlamat, bukan dendaan. Sertakan contoh.
NAMA AKTIVITI: KESAN DI SEBALIK LIPATAN
BIL
.
1.

PERKARA

HURAIAN

Tujuan

2.

Objektif

3.
4.
5.
6.

Ringkasan aktiviti
Jangka Masa/tempoh
Peralatan/kelengkapan
Hasil
Pembelajaran/pengajara
n

7.

Langkah/kaedah
Pelaksanaan

Membantu peserta untuk menyedari kepentingan hala tuju


atau perancangan untuk mencapai matlamat.
a) Mewujudkan kesedaran tentang pentingnya
mempunyai hala tuju.
b) Membantu peserta untuk membina perancangan
dalam usaha untuk mencapai matlamat.
Peserta diberi tugasan/matlamat tanpa arahan atau langkah.
15 minit
Kertas origami/kertas A4, kertas arahan (lampiran C)
a) Peserta
mengetahui
tentang
kepentingan
mempunyai hala tuju.
b) Peserta sedar akan pentingnya perancangan dan
persediaan untuk mencapai matlamat.
1. Fasilitator memberikan tugasan kepada peserta
(lampiran C) dan minta untuk siapkan tugasan
tersebut dalam masa 2 minit.
2. Fasilitator bertanya kepada peserta mengenai
pemilihan tugasan (1 atau 2) dan tanya mengapa
mereka memilih tugasan tersebut.
3. Beritahu peserta tentang kepentingan ada
perancangan untuk mencapai matlamat. Tanpa
perancangan, kita akan menangguhkan usaha untuk
mencapai matlamat.
4. Minta peserta tuliskan perancangan mereka dalam
usaha untuk mencapai keputusan yang lebih baik.
Tampalkan perancangan tersebut di tempat yang
boleh sentiasa dilihat.

LAMPIRAN A
Kisah Peserta A
A merupakan seorang peserta universiti yang kurang cemerlang dalam bidang akademik.
Beliau merasakan bahawa diri beliau mendapat tempat di universiti hanya disebabkan dirinya
bertuah, bukan kerana usaha. Beliau merasakan diri beliau bukanlah seorang yang pandai
kerana beliau sering gagal dalam peperiksaan-peperiksaan yang lepas. Kepercayaan bahawa
dirinya tidak pandai semakin kuat apabila kawan-kawannya mendapat keputusan yang lebih
baik berbanding dirinya dalam peperiksaan akhir semester lalu. Beliau selalu memberikan
alasan jika ditanya mengapa beliau tidak dapat keputusan yang cemerlang. Apabila ditanya
apakah matlamat beliau, beliau hanya menyatakan beliau tidak mahu hidup susah. Pada
semester ini, beliau memasang matlamat untuk mendapatkan keputusan yang lebih baik tetapi
beliau tidak tahu apa yang harus dibuat untuk mencapai matlamatnya itu. Akhirnya, beliau
sering bertangguh untuk mengulang kaji dan hanya menghabiskan masa dengan perkaraperkara yang tidak berfaedah.
Kisah Peserta B
B merupakan peserta di sebuah universiti. Semasa di sekolah, beliau kurang cemerlang dalam
bidang akademik. Apabila beliau diterima masuk ke universiti, beliau bersyukur dan percaya
bahawa dirinya bukanlah termasuk dalam golongan orang yang kurang bijak. Mulai saat itu,
beliau belajar dengan bersungguh-sungguh kerana beliau yakin dirinya boleh berjaya. Beliau
memasang matlamat untuk mendapat keputusan yang cemerlang bagi setiap semester, dan
mendapatkan pekerjaan di salah sebuah syarikat multinasional yang terkemuka. Untuk
mencapai matlamatnya itu, beliau berusaha untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang di
samping meningkatkan kemahiran-kemahiran yang penting seperti kemahiran berkomunikasi
dan lain-lain bagi meningkatkan kebolehpasaran dirinya selepas tamat pengajian nanti. Beliau
juga berusaha mencari maklumat mengenai kelayakan untuk bekerja di syarikat impiannya
itu. Beliau merancang perkara-perkara yang perlu beliau lakukan dan menulisnya di atas
kertas dan ditampal di dinding bilik sebagai peringatan kepada dirinya supaya beliau tidak
hilang fokus dan melaksanakan perkara yang telah dirancang.
1. Senaraikan perbezaan sikap peserta A dan peserta B.
2. Senaraikan persamaan (jika ada) cerita/sikap peserta A dan Peserta B dengan diri
anda.
3. Antara kisah peserta A dan B, kisah yang manakah lebih menggambarkan keadaan
diri anda sekarang?

LAMPIRAN B

LAMPIRAN C
Pilih salah satu origami di bawah dan laksanakannya dalam masa 2 minit.

1. Little Fox

2. cicada

Anda mungkin juga menyukai