Anda di halaman 1dari 11

KERTAS KERJA

PROGRAM KEPIMPINAN

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (C) UNION,


CYBERJAYA, SELANGOR.

ANJURAN:
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
KERJASAMA UNIT DISIPLIN & UNIT PERPUSTAKAAN

SESI PERSEKOLAHAN 2023/24


1.0 PENGENALAN

Pelajar adalah golongan yang mempunyai kuasa besar untuk membentuk


masa hadapan negara. Mereka perlu dibimbing sebaik- baiknya, bukan sahaja dari
segi intelek tetapi juga dari segi rohani dan jasmani seperti yang dihasratkan oleh
Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pelajar menimba pengetahuan dan pelajaran
daripada guru, tetapi mereka belajar membina nilai dan sikap daripada rakan sebaya.
Oleh itu, dengan melatih pelajar dengan kemahiran memimpin maka diharapkan
mereka ini dapat membimbing serta mempengaruhi rakan ke arah yang positif atau
diingini. Dengan usaha melatih pelajar yang berpotensi menjadi pemimpin kepada diri
mereka dan pelajar lain, maka pelajar berkenaan akan dapat memajukan diri dan
rakan-rakan sekolah mereka yang lain. Semoga dengan usaha murni ini akan dapat
menyumbang kepada peningkatan tahap disiplin dan prestasi akademik serta bukan
akademik pelajar tersebut.

2.0 KONSEP
Membina potensi pelajar sebagai pemimpin yang berketerampilan dalam pelbagai
bidang.

3.0 RASIONAL
Pelajar sekolah memerlukan bimbingan untuk menjadi seorang pemimpin yang
berketerampilan serta bertanggungjawab.

4.0 OBJEKTIF
Melalui program ini, murid diharapkan dapat:

4.1 melahirkan pemimpin yang mempunyai daya kepimpinan yang tinggi dan
berwibawa.
4.2 membantu dalam mempertingkatkan sahsiah dan semangat kepimpinan.
4.3 menyedari tentang potensi diri dan kebolehan serta memupuk pelbagai
kemahiran.
5.0 SASARAN
Semua pengawas, pengawas perpustakaan, ketua kelas & penolong ketua kelas
Tahap dua.

6.0 TEMPAT
Auditorium, SJKC Union.

7.0 TARIKH

13 Mei 2022 (Sabtu)

8.0 MASA
7.30 pagi – 12.30 tengah hari (5 jam)

9.0 STRATEGI PELAKSANAAN


9.1 Perbincangan dengan pentadbir.
9.2 Menghasilkan kertas kerja
9.3 Membentuk AJK
9.4 Mengadakan mesyuarat dan taklimat bersama AJK
9.5 Menyenaraikan senarai nama pelajar terlibat kepada ketua unit kokurikulum

10.0 TENTATIF PROGRAM


Masa Aktiviti
7.30am – 8.00am Pendaftaran

8.00am – 8.30am Sarapan pagi

8.30am – 9.00am a. Pengenalan kepada program kepimpinan


b. Ice-breaking (Aktiviti 1 – Portrait wajah)

9.00am – 10.00am Taklimat bidang tugas


a. Pengawas
b. Pengawas perpustakaan
c. Pembimbing rakan sebaya
10.00am – 10.30am Rehat

10.30am – 11.00am Aktiviti 2 – Bom (Rujuk lampiran)

11.00am – 12.15pm Aktiviti 3 - Explore Race (Rujuk lampiran)

12.15pm - 12.30pm Penutup

11.0 JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi : Pn Lim Hong Lee


(Guru Besar)

Timbalan Pengerusi : En Tan Chun Lee


(GPK Hal Ehwal Murid)

Naib Pengerusi 1 : Pn Lee Ling Ling


(GPK Pentadbiran)

Naib Pengerusi 2 : Cik Ng Yee Ling @ Ng Eileen


(GPK Kokurikulum)

Setiausaha : Cik Lee Yen Jie

Bendahari : Cik Lee Yen Jie


Penyelaras Program : Cik Lee Yen Jie
Disiplin : Cik Wong Hung Cheng
Pendaftaran : Pn Ong Chuin Yin
Bahan program : Cik Hoo Jia Ling, Cik Low Khai Rou
Makanan : Pn Noraida Bt Samawi
Fotografi : Pn Farhana Binti Pakrurozee Saleh
Sijil / Hadiah : Cik Lee Yen Jie
Kebersihan : Semua Ahli Jawatankuasa
12.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
a. Memohon kewangan daripada PCG Unit Bimbingan dan Kaunseling

Bil. Perkara Harga Seunit x Bilangan Jumlah


1. Makanan
- Sarapan pagi RM 5.00 x 107 RM 428.00
2. Bahan Aktiviti* RM 50.00 RM 50.00
Jumlah Keseluruhan : RM 478.00

*Jumlah harga perbelanjaan adalah harga anggaran.

13.0 PENUTUP
Kesimpulannya, program ini adalah untuk melahirkan pemimpin yang
mempunyai daya kepimpinan yang tinggi dan berwibawa serta membantu dalam
mempertingkatkan semangat kepimpinan dan menyedarkan murid tentang potensi
diri dan kebolehan diri sebagai seorang pemimpin muda. Diharapkan program ini
dapat diluluskan dan dilaksanakan dengan lancar bagi mencapai matlamatnya.
Disediakan oleh, Disemak oleh,

__________________________
( CIK LEE YEN JIE ) ( EN TAN CHUN LEE )

Tarikh: 7 April 2023 Tarikh: 7 April 2022

Diluluskan oleh,

( PN LIM HONG LEE )


Tarikh: 7 April 2022
Lampiran
Aktiviti 1 – Portrait wajah

Objektif 1. Peserta mengenal diri sendiri.


2. Peserta peka terhadap diri sendiri dan rakan sekellingnya.
3. Mengeratkan hubungan dengan rakan sekeliling.
Masa 30 minit
Bahan Kertas A4 dan pensel
Langkah-langkah 1. Fasilitator mengedarkan kertas A4 kepada setiap peserta.
2. Peserta diminta melukis gambar wajah sendiri dalam masa 5
minit.
3. Fasilitator memungut semua gambar yang telah dilukis dan
diedarkan semula gambar tersebut kepada peserta yang
berlainan.
4. Setiap peserta menerima sekeping gambar wajah kawannya.
5. Dalam masa 10 minit setiap peserta mencari gambarnya yang
telah dilukis tadi sehingga dapat.
6. Peserta yang paling lambat akan dikenakan denda.

Aktiviti 2 – Bom

Objektif 1. Meningkatkan kesepakatan dalam kalangan ahli dalam kumpulan.


2. Mengiktiraf dan mengikut arahan ketua.
3. Kecekapan dan ketajaman fikiran.
Masa 30 minit
Bahan Tiada
Langkah-langkah 1. Fasilitator membahagikan peserta kepada kumpulan.
2. Ahli kumpulan berada dalam bulatan dan melantik seorang ketua.
3. Peserta juga diminta mencipta satu nama kumpulan berdasarkan
nama negara yang mempunyai dua suku kata.
4. Fasilitator memperkenalkan setiap kumpulan dengan nama yang
telah dipilih dan meminta setiap kumpulan menghafaz nama
kumpulan yang lain.
5. Fasilitator memulakan permainan dengan memilih satu kumpulan
untuk memulakan teriakan nama kumpulannya dan diakhiri
dengan perkataan “BOM”
6. Kumpulan yang namanya disebut akan menyahut dan membuat
teriakan nama kumpulannya sebanyak tiga kali dan diikuti dengan
satu nama kumpulan lain sebanyak sekali.
Contoh; “ China Bom 3 kali.... Cuba bom 1 kali “
7. Kumpulan yang namanya disebut akan menyahut dan membuat
teriakan ke arah kumpulan lain dan seterusnya.
8. Kumpulan yang lambat menyahut dikira kalah dan terkeluar dari
permainan.

Aktiviti 3 – Explore Race

Objektif 1. Mewujudkan kerjasama di antara ahli kumpulan


2. Meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah merangkumi
aspek kognitif, psikomotor, emosi, ikhtiar hidup, kepimpinan dan
kreativiti.
3. Melahirkan pemimpin yang mempunyai IQ dan EQ stabil
Masa 60 minit
Bahan Roti, sudu, kaya, pinggan kertas, kertas arahan, kertas A4, pensel,
ping pong & meja.
Langkah-langkah 1. Peserta akan diberikan barang amanah di setiap check point yang
perlu dibawa semula hingga ke penamat. Sebarang masalah
pada barang amanah peserta akan dikenakan penalti.
2. Aktiviti bermula dengan peserta mencari kertas arahan di sekitar
kawasan terbuka.
3. Peserta mencari check point pertama dengan arahan yang
diberikan dalam kertas.
4. Peserta mesti mengikut arahan seperti dalam kertas arahan di
check point yang diterima.
5. Peserta mesti menyiapkan tugasan dalam masa yang diberikan.
Penalti akan dikenakan sekiranya tidak dapat menyelesaikan
tugas.
PENALTI:
- Tolak 10 markah dalam markah keseluruhan.
6. Kumpulan yang dapat sampai ke destinasi yang paling cepat akan
mendapat markah yang lebih tinggi.
Kumpulan pertama: 50 markah, kumpulan yang sampai
seterusnya akan mendapat markah kurang 10 daripada kumpulan
yang sebelum itu.
7. Fasilitator membuat kesimpulan.
Check Point 1: Di tangan guru (10 minit)

 barang amanah: sudu


 Kumpulan dikehendaki membuat satu persembahan ringkas
 Guru boleh menentukan sama ada persembahan tersebut lulus ataupun gagal.
 Kumpulan mendapat kertas arahan ke check point seterusnya.

Check Point 2: Di lobi (15 minit)

 Barang amanah: roti


 Kumpulan dikehendaki menghasilkan satu logo untuk kumpulan yang boleh
melambangkan kumpulan mereka.
 Kumpulan perlu membuat pembentangan berkenaan logo yang dihasilkan.
 Kumpulan mendapat kertas arahan ke check point seterusnya.

Check Point 3: Di auditorium (10 minit)

 Barang amanah: pinggan kertas


 Kumpulan dikehendaki menyelesaikan masalah yang diberikan.
 Kumpulan mendapat kertas arahan ke check point seterusnya.

Check Point 4: Di Padang (5 minit)


 Barang amanah: roti
 Kumpulan dikehendaki menhantarkan 8 bola ping pong ke meja yang ditetapkan.
 Kumpulan mendapat kertas arahan ke check point seterusnya.

Check Point 5: Di kawasan terbuka

 Barang amanah: kaya


 Kumpulan dikehendaki mengeluarkan 3 barang sendiri untuk membuat pertukaran
dengan guru bagi mendapatkan barang amanah.
 Peserta diberitahu bahawa barang berkenaan tidak akan dipulangkan sebenarnya tidak.
 Kumpulan mendapat kertas arahan untuk balik ke tempat asal.
Ahli PRS

T4 Wong Shi Mei Nur Athira Batrisya


Chong Zhi Cheng Charmaine Choo Shin May
Pang Zi Qi Eng Jia Sheng
Chan Wei Lun Mishaa Tioe
T5 Lee Zhen Wei Kuee Yik Fann
Wong Yik Hang Justin Chong Zhi Jian
Lim Wan Yee Lysander
Nur Imanina Nadhirah Aina Zulaikha
T6 Wong Kay Den Lucas Kong Eu Young
Ang Gee Chuan Tay Yan Feng

Perpustakawan

Tahun 4 Tahun 5
1. Jowan Pan 1. TOH ZI YAN
2. Lee Shang En 2. YAP CHEE HIN
3. Cheong Jia Xi 3. LEE JUN KAI
4. Nadhira Dania Binti Ahmad Fariz 4. BEH JING XUAN
5. Brandon Lee Rui Wen 5. YAP SHUE YING
6. Cheong Jia Yi 6. ADRELIA FOONG YUE NING
7. Kristianne Lee Chandra Lingesh 7. NG YU QING
8. Amber Chang Anak Alex Robert 8. TEOH CHUN TAO
9. Zoe Ng Jo Xuan 9. GAN ZHEN YUAN
10. Nivashan Gunasekaran 10. Allycia Pung Yi Ning
11. Lee Rui Tong 11. Gan Jin Ger
12. Nur Arissa Sophea 12. Gan Zhen Zhou
13. Young Chou Qi 13. Wong Zhi Herng
14. Lee Kang Yong 14. Yew Jing Qi
15. Leong Yan Qi
Tahun 6
1. AMBERLEY LIM CHEUK YIN
2. ATHALEA CHONG KHE XIN
3. CHONG WEI QI
4. EVALYNN XUN RUO WEN
5. Joel Foo See Jay
6. Tan Qi Hern
7. Chan Fan Min
8. Lee Mynn Ze
Pengawas

10.0 Tentatif Program

Masa Aktiviti
1.20pm – 1.30pm Pendaftaran & Persediaan murid

1.30pm – 1.50pm a. Pengenalan kepada program kepimpinan


b. Ice-breaking (报数游戏)

1.50pm – 2.30pm Taklimat bidang tugas


d. Pengawas
e. Pengawas perpustakaan
f. Pembimbing rakan sebaya

2.30pm – 2.50pm Aktiviti 2 – Potrait wajah

2.50pm – 3.10pm Aktiviti 3 – Bom (萝卜蹲)

3.10pm – 3.20pm Penutup

Anda mungkin juga menyukai