Anda di halaman 1dari 6

FORMAT PENULISAN MODUL SLOT BAGI PROJEK SIMPOSIUM

A. MODEL FORUM

TAJUK AKTIVITI SEMBANG SANTAI – KAWAL MARAH


FOKUS SLOT Pengurusan Kemarahan
KEMAHIRAN PRS 1. Kemahiran Fasilitator
BESTARI TERLIBAT 2. Kemahiran LDK
3. Latihan PDK
TEMPOH MASA 1 jam 30 minit
BAHAN Bahan Sokongan/ Nota
OBJEKTIF AKTIVITI  PRS dapat mempelajari cara-cara mengawal
kemarahan secara positif.

PERSONALIA Moderator, Co moderator & ahli-ahli panel


LANGKAH Aktiviti akan dijalankan sebanyak 2 slot.
PELAKSANAAN
AKTIVITI Slot 1 (Pengurusan Marah)
1. Moderator membuat ucapan aluan dan menerangkan
topik secara ringkas.
2. Moderator memperkenalkan 4 orang ahli panel untuk
membincangkan topik berkaitan pengurusan marah.
3. Panel 1- Definisi Kemarahan & Tanda-tanda marah
4. Panel 2 – Punca kemarahan
5. Panel 3 – Kesan marah pada diri sendiri
6. Panel 4 – Mengapa kemarahan perlu dikawal?

Slot 2 (Perkongsingan Teknik & Tips Kawal Marah)


1. Co moderator memperkenalkan 4 ahli.
2. Panel 1 - Cara mengawal kemarahan
3. Panel 2 – Bagaimana meluahkan & menahan
kemarahan.
4. Panel 3 – Pengurusan Marah Saat Pandemik
5. Panel 4 - Langkah 3B
REFLEKSI/
RUMUSAN  PRS memahami lebih dalam berkaitan kemarahan.
 PRS dapat berkongsi informasi berkaitan kemarahan.
 PRS dapat berkongsi langkah & teknik mengawal
kemarahan.

FALSAFAH Sabar separuh daripada iman.

BAHAN SOKONGAN UNTUK FASILITATOR

Pengenalan Kawal Marah


Kemarahan terbina secara perlahan-lahan dan menyebabkan perubahan pada fisiologi
badan. Kemarahan juga merupakan satu masalah emosi utama akibat daripada stres jika tidak
dikawal. Marah mengakibatkan kesan emosi negatif kepada individu dan menjejaskan keupayaan
untuk berfungsi secara optimum. Kemarahan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja dan boleh berlaku
secara spontan atau perlahan-lahan.

Definisi Kemarahan
Kemarahan adalah perasaan semulajadi yang ada pada setiap individu. Kemarahan
merupakan kesan emosi akibat daripada:

i. Sakit hati / kecewa


ii. Ancaman / ugutan
iii. Penderaan fizikal
iv. Kehilangan

Tanda-tanda Marah
i. Fizikal
 Mengetap gigi
 Sakit / pening kepala
 Tangan berpeluh
 Muka merah padam

ii. Emosi
 Sedih
 Rasa bersalah
 Geram
 Gelisah
iii. Tingkah laku
 Menangis
 Menjerit
 Mengeluarkan kata-kata kesat
 Mengasingkan diri

Langkah 3B

i. B : Berhenti
 Kebolehan berhenti adalah penting supaya anda mempunyai masa untuk
mempertimbangkan situasi (melihat dan mendengar).
 Bertenang, contohnya kira sampai 10, tarik nafas dengan mendalam atau
membaca doa.
 Jika anda tidak dapat mengawal kemarahan, tinggalkan tempat kejadian
dengan serta merta.

ii. B : Berfikir
 Adalah baik jika boleh merancang pemikiran anda sebelum bercakap dengan
orang yang anda marah.
 Cuba kenal pasti dan selesaikan masalah tersebut.
 Jangan buat sesuatu yang merumitkan lagi keadaan.
 Kekal pada isu tersebut, jangan ungkit perselisihan lama dan jangan ambil
hati.

iii. B : Bertindak
 Daya tindak merujuk kepada usaha untuk mengatasi perkara yang
menimbulkan kemarahan.
PUNCA KEMARAHAN

 Keadaan tertekan dan tuntutan di luar kemampuan

 Dicederakan

 Ditipu

 Dipanggil dengan gelaran yang mengaibkan

 Tidak diendahkan

 Tidak boleh mengawal

APAKAH KESAN MARAH PADA DIRI SENDIRI?

Marah adalah suatu emosi yang normal apabila bertindak balas terhadap sebarang ancaman
dan ketidakselesaan.

Dalam situasi yang dirasakan memberi ancaman, kemarahan boleh menjadi di luar kawalan
untuk mempertahankan diri. Namun undang-undang dan etika sosial menjadi satu batasan
dalam meluahkan rasa marah.

Marah yang tidak terkawal boleh mencederakan diri sendiri dan orang lain secara fizikal dan
emosi.

Apabila kemarahan terpendam dalam diri , ia boleh mengakibatkan beberapa kesan:


 Bersifat negatif
 Suka mengkritik
 Suka mengejek/menyindir
 Bersifat ganas.

MENGAPAKAH KEMARAHAN PERLU DIKAWAL?

 Kemarahan yang tidak terkawal boleh mengakibat-kan kecederaan fizikal dan emosi
kepada kedua-dua pihak
 Anda akan merasa bersalah terhadap diri sendiri
 Menyebabkan orang yang anda marahi bertindak balas kepada anda dengan cara
mencederakan an-da (fizikal/emosi)
 Menyebabkan penyakit jantung, darah tinggi dan angin ahmar (strok)
CARA MENGAWAL KEMARAHAN :
1. Berhenti melakukan sebarang aktiviti
2. Cuba bertenang
3. Tinggalkan punca kemarahan
4. Berfikir sebelum bercakap
5. Gunakan kata ganti diri yang pertama ‘saya’
6. Mencari jalan penyelesaian
7. Dapatkan bantuan

BAGAIMANA MELUAHKAN KEMARAHAN

 Luahkan kemarahan dengan cara yang wajar (tegas (tetapi menghormati orang lain),
yakin dan terkawal)
 Kenalpasti cara untuk meluahkan, apakah kehendak anda dan bagaimana untuk
meluahkan tanpa mencederakan orang lain

BAGAIMANA MENAHAN KEMARAHAN

 Dengan tidak memikirkan hal berkaitan dan berfikiran positif terhadap perkara lain.
 Ini bertujuan untuk mengubah rasa marah kepada perilaku yang lebih membina.
 Seseorang yang memendam kemarahan boleh mengakibatkan penyakit jantung,
darah tinggi, gastrik dan juga kemurungan

Anda mungkin juga menyukai