Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA CADANGAN

PENAMBAHBAIKAN UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING MRSM ARAU

PENGENALAN

Relaksasi merupakan satu teknik intervensi yang digunakan dalam sesi kaunseling
terhadap warga MRSM yang mengalami tekanan emosi dan stres. Kepelbagaian teknik yang
digunakan ternyata memberi kesan yang baik terhadap warga MRSM dalam proses pemulihan
dan membantu perkembangan emosi yang positif. Menjadi tanggungjawab Unit Bimbingan dan
Kaunseling dalam proses tersebut memandangkan unit ini merupakan satu tempat tumpuan
bagi pelajar berjumpa dengan kaunselor. Justeru, Unit Bimbingan Dan Kaunseling merasakan
wajar untuk menambahbaik unit bimbingan dan melengkapkan alatan yang sesuai digunakan
dan mudah digunakan pada bila-bila masa untuk semua warga MRSM Arau khususnya para
pelajar.

Selain itu, unit Bimbingan & kaunseling juga sewajanrya mengikut kriteria unit yang
sepatutnya seperti kemudahan Bilik Kaunseling kelompok, kaunseling Individu, sudut kerjaya
dan lain-lain bagi memastikan keberkesanan proses bimbingan dan kaunseling sekolah. Oleh
itu, bagi memastikan kecemerlangan emosi selari dengan kecemerlangan akademik, maktab
sewajarnya menyediakan satu unit yang dapat membantu & menyokong para pelajar dari segi
emosi terutamanya.

OBJEKTIF

1. Menambahbaik unit bimbingan kaunseling mengikut kriteria unit yang ditetapkan.


2. Menjadikan unit bimbingan daj kaunseling menjadi bilik yang menyediakan kemudahan
kaunseling individu, kaunseling kelompok dan sudut kerjaya
3. Menjadikan Unit Bimbingan dan Kaunseling satu tempat yang selesa dan digemar iuntuk
dikunjungi oleh semua pelajar, staff dan guru
4. Menjadikan tarikan kepada pelajar, staff dan guru untuk mendapatkan perkhidmatan
daripada Unit Bimbingandan Kaunseling

JUSTIKASI

Permohonan penambahbaikan ini dibuat berdasarkan justifikasi berikut:

1. Setiap Unit bimbingan dan kaunseling memerlukan kriteria tertentu bagi menyediakan
perkhidmatan kepada warga maktab dan berfungsi secara optimum. Oleh itu,
penambahbaikan unit kaunseling dipohon berdasarkan spesifikasi MARA seperti
lampiran 1
2. Selain itu, penarafan dan penilaian unit bimbingan kaunseling meliputi aspek keceriaan
Bilik Bimbingan Kaunseling, pelaksanaan sesi/program dan dokumentasi.
3. Unit Bimbingan Kaunseling merupakan satu unit yang memainkan peranan yang penting
dalam mengedalikan emosi pelajar, tempat rujukan kerjaya dan juga mendapatkan
bimbingan dan sesi kaunseling

SPESIFIKASI YANG DIPOHON

Bil Bilik/ Ruang Unit Saiz


1 Kaunseling Individu 1 8 ft x 11 ft
2 Kaunseling Kelompok 1 10 ft x 16 ft
3 Ruang Kerjaya 1 18’½ ft x 13 ft
4 Bilik Kaunselor 2 8 ft x 11 ft
5. Pintu 4 -
6 Cermin 3 -

Layout cadangan pengubahsuaian di lampiran 2

PENUTUP

Semoga dengan adanya penambahbaikan unit bimbingan dan kaunseling ini akan memberi
faedah yang berguna kepada pelajar tentang pengendalian emosi yang stabil dan membantu
perkembangan pelajar. Sehubungan dengan itu, melalui usaha yang dianjurkan oleh Unit
Bimbingan dan Kaunseling MRSM Arau akan merealisasikan aspirasi MRSM untuk melahirkan
pelajar yang cemerlang dalam akademik melalui pengurusan emosi yang baik.

Disediakan oleh,

……………………………….
(NUR SYARIMA BINTI SHAFIEE)
Kaunselor
Maktab Rendah Sains MARA Arau

Disokong oleh

……………………………….
(IDI MOHD. SHAR BIN AB TALIB)
Timb. Pengetua Pembangunan Pelajar
Maktab Rendah Sains MARA Arau

Diluluskan Oleh :

……………………………….
( ABDUL RAHIM BIN ABDUL WAHAB)
Pengetua
Maktab Rendah Sains MARA Arau
Lampiran 2
18 ½ft

7 ft
13 ft

RUANG KERJAYA

11 ft

16 ft
Bilik kaunseling
Bilik kaunseling
5 ft kelompok
8 ft

Individu

Bilik Kaunselor 2
8 ft

10 ft

Petunjuk:
RUANG TAMU
Pintu
8 ft

Bilik kaunselor 1
cermin

Anda mungkin juga menyukai