Anda di halaman 1dari 4

KERTAS CADANGAN

KERTAS CADANGAN: CERAMAH DAN PAMERAN ANTIDADAH


TAHUN 2022
SJK(C) PUAY CHAI 2 2022

YANG BERBAHAGIA GURU BESAR PN TEE KIM HONG


TAJUK: CERAMAH DAN PAMERAN ANTIDADAH TAHUN 2022
2. PENGENALAN
Program Antidadah diadakan setiap tahun di sekolah selaras arahan
Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Unit Pendidikan Pencegahan Dadah untuk
menyokong Sambutan Hari Anti Dadah Peringkat Kebangsaan. Aspek pendidikan dan
pencegahan dadah amat penting memandangkan generasi pelapis negara khususnya,
kini berdepan dengan ancaman gejala dadah yang sangat serius. Oleh yang demikian
kesedaran tentang bahaya bahana dadah di peringkat sekolah rendah perlu diterapkan
dalam lapisan lapisan komuniti masyarakat.

Selain itu, menerusi aktiviti-aktiviti yang diatur, murid-murid diharap dapat


memanfaatkan peluang ini sebaik-baiknya untuk memberi impak terhadap penglibatan
murid-murid secara menyeluruh demi melahirkan modal insan yang berkualiti yang
mampu menjadi pemimpin dan menyumbang kepada pembangunan sosial negara
sekaligus memberikan kesejahteraan kepada komuniti dan masyarakat. Program ini
juga di buat selaras dengan Dasar dan Matlamat Pendidikan Pencegahan Dadah,
Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah merealisasikan “Sekolah Bebas Dadah” .

3. OBJEKTIF PROGRAM
3.1 Menanam semangat bencikan dadah.
3.2 Menyampaikan maklumat tentang bahayanya dadah.
3.3 Mendidik murid-murid tentang pencegahan dadah.
3.4 Mengamalkan hidup sihat dan bahagia tanpa dadah.
4. KUMPULAN SASAR
4.1 Semua murid Tahun 4
4.2 Semua murid Tahun 5
4.3 Semua murid Tahun 6

5. BUTIRAN PELAKSANAAN PROGRAM


5.1 Tarikh : 25 November 2022
5.2 Masa : 10.20 pagi – 12.20 tengah hari
5.3 Tempat : Dewan sekolah SJK(C) Puay Chai 2
5.4 Peserta : Semua murid Tahun 4, 5 dan 6
5.5 Pengelola : Unit Kokurikulum & Unit PPDa & Unit Bimbingan Kaunseling
5.6 Keperluan : Sijil

6. JAWATANKUASA PELAKSANA

NO PERKARA AJK TANGGUNGJAWAB


1. Penasihat Pn.Tee Kim Hong • Penasihat Perancang
2. Perancang En.Ting Hong Ang • Menyelaraskan urusan
• Menubuhkan jawatankuasa
• Mencari dan berhubung dengan
penceramah
3. Setiausaha Cik Ooi Rou Min • Membuat kertas kerja
• Menyelaraskan urusan dengan
perancang
4. Juruacara Cik Chong Siew Lee • Mengawal serta memimpin
perjalanan sepanjang program
5. Penceramah Persatuan Kebajikan • Menyediakan ceramah dan
Rumah Victory pameran
Malaysia • Membimbing murid sepanjang
program dilaksanakan
6. Siaraya Dan En.Yap Kong Yew • Menyediakan keperluan atau
PA Sistem En Tan Hong Sheng peralatan PA Sistem dan Siaraya
yang diperlukan.
• Memastikan peralatan mencukupi
dan berfungsi dengan baik.
• Mengurus PA Sistem dan Siaraya
sepanjang aktiviti dijalankan.
7. Jurugambar Pn. Kok Meei Ying • Pengambilan gambar sepanjang
Pn. Kee Lee Keat masa program dilaksanakan
8. Disiplin Semua guru kelas • Menjaga disiplin sepanjang
Tahun 4 dan 5 program dilaksanakan.
9. Laporan • Pelaksanaan laporan selepas
Cik Ooi Rou Min program
10. Sijil • Menyediakan sijil penghargaan
penceramah.

7. IMPLIKASI KEWANGAN
7.1 Anggaran Perbelanjaan PCG
BIL BUTIRAN KUANTITI HARGA JUMLAH (RM)
SEUNIT (RM)
1 Penceramah - RM 500.00 RM 500.00
JUMLAH RM 500.00

8. ULASAN JPN/PPD (sekiranya perlu)


Tiada
……………………………………………………………………………………………………

9. PENUTUP
Semoga program ini dapat dijalankan dengan jayanya dan mencapai objektif dan tujuan
seperti yang dihasratkan. Ceramah dan pameran ini diharap dapat menghasilkan
generasi muda yang bencikan dadah demi kejayaan negara dalam usaha membanteras
dadah pada masa akan datang. Sokongan dan kerjasama daripada semua pihak amat
diperlukan bagi menjayakan Program Antidadah ini.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

......................... ................................
(OOI ROU MIN) (TING HONG ANG)
GBKSM GPK KOKURIKULUM
SJK C PUAY CHAI 2 SJK C PUAY CHAI 2
KERTAS CADANGAN : CERAMAH DAN PAMERAN ANTIDADAH
TAHUN 2022
SJK(C) PUAY CHAI 2 2022

KEPUTUSAN PENGURUS SEKOLAH

Meluluskan Ceramah Dan Pameran Antidadah Tahun 2022


Anjuran Unit Kokurikulum & Unit PPDa & Unit Bimbingan Dan
Kaunseling

Atau

Tidak meluluskan Ceramah Dan Pameran Antidadah Tahun 2022


Anjuran Unit Kokurikulum & Unit PPDa & Unit Bimbingan Dan
Kaunseling

Ulasan :

……………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………

…………….……
(TEE KIM HONG)
GURU BESAR
SJK C PUAY CHAI 2
Tarikh :

Anda mungkin juga menyukai