Anda di halaman 1dari 7

KERTAS KERJA

BENGKEL PENGUCAPAN AWAM


SK SUNGAI GENAAN
2022

TARIKH :
HARI :
MASA :
TEMPAT :
ANJURAN : UNIT KURIKULUM SKSG
1.0 PENDAHULUAN
Program bengkel pengucapan awam ini amat diperlukan untuk melahirkan murid yang
mempunyai keyakinan yang tinggi serta keberanian dan petah bercakap dalam memberi
ucapan atau berpidato dengan lebih baik. Pendedahan yang diberikan diharapkan dapat
membina keyakinan murid untuk berhadapan dengan sesebuah majlis seperti pengacara,
pembentang dan pencerita yang memerlukan kemahiran berkomunikasi yang tinggi.

2.0 RASIONAL
Bengkel pengucapan awam ini adalah satu program yang dirangka untuk memberi
pendedahan awal kepada murid tentang betapa pentingnya menguasai teknik dan cara
pengucapan yang baik. Oleh itu, mereka perlu mengetahui tatacara dan teknik penyampaian
ucapan yang baik dan berkesan supaya dapat membina keyakinan diri dan keberanian yang
tinggi dengan harapan dapat menjadi pelapis kepada pemimpin di masa akan datang.
Maklumat dan pengetahuan dalam bidang ini diharapkan dapat membina keyakinan diri untuk
lebih berani dalam menyuarakan pandangan dan pendapat serta dapat menyampaikan
sesuatu ucapan dengan baik apabila diberikan tugas kelak.

3.0 MATLAMAT
Program ini bermatlamat untuk memberi informasi,pengetahuan dan maklumat serta
pendedahan mengenai teknik pengucapan awam kepada murid supaya dapat
menimbulkan minat, keyakinan dan keberanian yang tinggi untuk berucap di khalayak
ramai dengan ucapan yang baik dan berkesan.

4.0 OBJEKTIF

i) Melahirkan murid yang mempunyai keterampilan diri dan sahsiah yang tinggi,
berdisplin, rajin, kreatif, kritis dan berinovatif.
ii) Membimbing murid untuk mengenali bakat dan potensi diri yang ada pada diri
mereka bagi menjana minda dalam mencapai wawasan kecemerlangan.
iii) Membentuk sikap dan nilai positif murid dan bermatlamat tinggi ke arah
penonjolan imej kendiri yang bersesuaian .
iv) Memberi kesedaran kepada murid bahawa mereka berpotensi untuk menjadi
individu dan pemimpin yang cemerlang, gemilang dan terbilang di masa
hadapan.
5.0 TARIKH PELAKSANAAN

Tarikh :
Hari :
Masa :

6.0 TEMPAT PROGRAM

Bilik Sidang, SK Sungai Genaan

7.0 YURAN PENYERTAAN


Tiada

8.0 KUMPULAN SASARAN


Bengkel pengucapan awam ini mensasarkan seramai 16 orang murid Tahun 1 hingga Tahun 6
SK Sungai Genaan.

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA JUMLAH


1. Makan dan minum
2. Sumbangan untuk Penceramah

JUMLAH
10.0 AHLI JAWATANKUASA

10.1 AHLI JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi : En. Bala Anak Laja (Guru Besar)


Naib Pengerusi : Cik Doris Anak Jana (GPK Pentadbiran)
: Encik Apung Lahang (GPK Hal Ehwal Murid)
: Encik Johnatan Unggut Anak Jack Brodie (GPK Ko-kurikulum)
Setiausaha : Cik Angelina Anak Derong
Bendahari : Encik Syamsuri Bin Ekram
Penyelaras : Cik Angelina Anak Derong

10.2 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA


Juruacara : Cik Angelina Anak Derong
AJK Buku Program : Cik Freda Ernie Anak Undi
AJK Protokol : Cik Doris Anak Jana
Bacaan Doa : Encik Apung Lahang
AJK Persiapan Tempat : Puan Rabina Anak Sawang
AJK Teknikal : Encik Syamsuri Bin Ekram
AJK Poster dan Siaraya : Cik Sandy Anak Girang
AJK Makanan : Puan Lenyang Anak Jaman
AJK Fotografi dan Video : Cik Sandy Anak Girang
AJK Sijil dan Hadiah : Cik Freda Ernie Anak Undi
Cik Magaretta Anak Bena
AJK Dokumentasi : Cik Angelina Anak Derong
AJK Kebersihan : Puan Celia Anak Bajing
AJK Keselamatan : Encik Johnatan Unggut Anak Jack Brodie
11.0 SENARAI TUGAS
Bil Jawatan Spesifikasi Tugas

Juruacara  Bertanggungjawab mengacara majlis dari mula hingga akhir


1.
dengan lancar.
2. Pembaca Doa  Membaca doa pembukaan majlis.

3. AJK Buku Program  Menyediakan buku program

AJK Protokol  Memastikan program berjalan mengikut masa dan aturcara


4.
yang telah ditetapkan.
AJK Dokumentasi  Menyediakan laporan program selepas program tamat
5.
dilaksanakan.
AJK Persiapan  Bertanggungjawab dalam menyediakan tempat aktiviti yang
6. Tempat ingin dijalankan, susunan kerusi meja termasuklah alat tulis, ,
keperluan aktiviti, dan lain-lain lagi.
AJK Peralatan dan  Menyediakan peralatan LCD dan OHP dan memastikan ia
Teknikal dapat berfungsi dengan baik.
7.
 Bertanggungjawab sepenuhnya dalam menjaga dan
memastikan keselamatan semua peralatan
AJK Poster dan  Menghasilkan poster poster program
8.
Siaraya  Menghebahkan program di media soial (WhatsApp)
AJK Makanan  Menetapkan menu makanan
9.
 Menyediakan makanan mengikut peruntukan
AJK Fotografi dan  Merakam gambar dan video sepanjang program dilaksanakan
10.
Video
AJK Sijil dan  Menyediakan sijil kepada penceramah, AJK dan peserta
11.
Hadiah program
AJK Kebersihan  Memastikan kebersihan bilik dikawal dengan rapi.
 Memastikan kebersihan memuaskan di sepanjang program
12. dijalankan.
 Memastikan sampah dibuang dan dimusnahkan dengan cara
yang betul
13. AJK Keselamatan  Memastikan apakah tindakan untuk semua urusan
kecemasan
 Menyediakan kotak pertolongan cemas
 Memantau keselamatan dan disiplin peserta sepanjang
program dijalankan
12.0 JADUAL PROGRAM

Masa Aktiviti Tindakan AJK

13.0 PENUTUP
Diharapkan program ini dapat dijalankan dengan jayanya dan mencapai objektif seperti yang
disasarkan. Kerjasama dan komitmen semua pihak adalah disanjung tinggi dan semoga apa
sahaja sumbangan dan idea yang dicurahkan akan memberi kebaikan kepada semua khasnya
menyumbangkan kepada kemenjadiaan pembentukan modal insan murid-murid di SK Sungai
Genaan.
Disediakan oleh:
_____________________________
(CIK ANGELINA ANAK DERONG)
Penyelaras
Bengkel Pengucapan Awam
SK Sungai Genaan

Disemak oleh:
______________________
(CIK DORIS ANAK JANA)
Penolong Kanan Kurikulum,
SK Sungai Genaan

Disahkan oleh:
_______________________
(ENCIK BALA ANAK LAJA)
Guru Besar,
SK Sungai Genaan

Anda mungkin juga menyukai