Anda di halaman 1dari 7

SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG GAJAH

KERTAS CADANGAN
KEM JATI DIRI SK. PADANG GAJAH 2014
TEMPAT:
ESCAPE ADVENTUREPLAY
828, JALAN TELUK BAHANG, TELUK BAHANG, PENANG ISLAND 11050, MALAYSIA
HARI/TARIKH:
SABTU
BULAN OKTOBER
ANJURAN
UNIT KOKURIKULUM
SK PADANG GAJAH

1.0

PENGENALAN

Kokurikulum adalah salah satu saluran pendidikan luar bilik darjah yang amat berkesan
dalam usaha menangani segala bentuk masalah gejala sosial. Program ini secara tidak lansung
dapat membina jatidiri, sahsiah, mendidik pelajar percaya kepada diri sendiri dan sedar akan
kemampuan diri sendiri. Ia juga dapat mengasah kemahiran internal dan intrapersonal pelajar.
Pada tahun ini, Unit Kokurikulum diberi mandat oleh pihak pentadbir untuk mengintai aktivitiaktiviti luar yang dapat mendedahkan pelajar secara tidak langsung dengan persekitaran luar.
Melalui aktiviti-aktiviti yang disediakan, mereka akan didedahkan dengan suatu persekitaran
baru. Dengan semangat dan kepercayaan, adalah diharapkan program ini akan mencapai
objektifnya. Adalah sangat diharapkan agar program ini akan dapat memberikan peluang
kepada murid-murid menonjolkan kemampuan diri mereka. Disamping menimba pengalaman,
program ini nanti diharap dapat mengeratkan tali persaudaraan sesama murid dan juga guruguru. Seramai 36 orang murid dan 6 orang guru pengiring dijangka terlibat dengan program ini.
2.0

NAMA PROGRAM

KEM JATI DIRI SK Padang Gajah 2014


3.0

MATLAMAT
Antara matlamat program ini ialah seperti berikut:

i.

Mengukuhkan ilmu pendidikan luar yang telah dipelajari serta berkongsi pengalaman
bersama-sama rakan dan jurulatih.

ii.

Mengaplikasi teori-teori yang telah dipelajari di sekolah bersama-sama unit masingmasing.

iii.

Membina keyakinan diri pelajar apabila berhadapan dengan situasi mencabar.

iv.

Menanam sikap sukakan aktiviti luar sebagai suatu aktivti yang berfaedah.

v.

Menerapkan sikap hormat-menghormati sesama insan.

vi.

Menanam sifat ingin berdikari dalam kahidupan seharian dan berfikiran matang.

4.0

OBJEKTIF
Pada akhir program ini, para peserta akan dapat:

i.

Meluahkan rasa syukur dengan alam kurniaan yang Maha Esa.

ii.

Berdikari melalui aktiviti-aktiviti seperti memanjat pokok, Bungee Jumping, meneroka


gua dan sebagainya.

iii.

Menyatakan rasa seronok dengan mengikuti pelbagai aktiviti di sana.

iv.

Pendedahan dengan persekitaran yang baru.

v.

Mengasah kemahiran internal dan intrapersonal pelajar.

5.0

JAWATANKUASA INDUK
BENDAHARI

PENGERUSI

PN. HANAN BT. MOHD SAAD

EN. ISMAIL BIN YUSOF


PENYELARAS KOKURIKULUM
NAIB PENGERUSI
I.

PN. ZURAIDA BINTI OTHMAN

II.

En. HAKIMI

III.

PN. NORMAH BINTI NASIR

KETUA PROJEK (Kem Komandan)

PENYELARAS UNIT BERUNIFORM

PENYELARAS 1MURID 1SUKAN

PN. SARASWATHY A/P GOVNRASS


PENOLONG KETUA PROJEK

TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH

PN.SHARIZAN BT. MAT DAUD


SETIAUSAHA
EN. MOHAMAD AKMAL BIN YUNUS
6.0

AHLI JAWATANKUASA

AKTIVITI

PERALATAN

KESELAMATAN

MAKANAN DAN MINUMAN

PUTERI ISLAM

DOKUMENTASI

IBADAH

PENGANGKUTAN

HADIAH DAN CENDERAMATA

DISIPLIN PESERTA
7.0

BUTIRAN KEM JATI DIRI


Program tersebut akan diadakan seperti butiran berikut:

i.

Hari : Sabtu

ii. Tarikh :
iii. Tempat :

Escape Adventureplay, 828, Jalan Teluk Bahang, Teluk Bahang, Penang Island
11050, Malaysia

iv. Guru Pengiring : Guru-guru dari SK Padang Gajah, 34800 Trong, Perak
8.0

SASARAN PENYERTAAN

Mengikut cadangan, program ini mensasarkan kepada semua murid tahun 3,4,5 dan 6 yang
mengikuti Unit Kokurikulum Sekolah dan terhad kepada 36 orang murid sahaja.

9.0

BAYARAN PENYERTAAN

Setiap peserta dikenakan bayaran sebanyak RM 60 (enam puluh sahaja) bertujuan untuk
menampung perbelanjaan seperti:
i.

Bayaran masuk

ii.

Pengangkutan

iii.

Makan dan minuman (pagi, tengah hari dan petang)

v.

Pengurusan program

10.0

SENARAI TUGAS

KETUA PROJEK
a. Membentuk jawatankuasa
b. Mempengerusikan mesyuarat
c. Merujuk kepada penasihat
PENOLONG KETUA PROJEK
a. Membantu ketua menjalankan tugas-tugas ketua
SETIAUSAHA
a. Menjalankan tugas-tugas kesetiausahaan
b. Urusan surat menyurat dan borang.
BENDAHARI
a. Mengutip, menyelaras dan menyediakan penyata kewangan berkaitan program.
b. Memastikan segala perbelanjaan berjalan dengan lancar seperti yang sepatutnya.
PERALATAN
a. Merancang dan menentukan peralatan yang diperlukan untuk program.
b. Memastikan segala peralatan dibawa ke tapak perkhemahan dan dibawa pulang ke sekolah
dengan keadaan baik seperti asal.

KESELAMATAN

a. Menyediakan peti pertolongan cemas yang lengkap.


b. Memastikan keselamatan para peserta terjamin disepanjang aktiviti.
c. Mengambil tindakan awal dengan pantas sekiranya berlaku kecemasan.
MAKANAN DAN MINUMAN
a. Merancang dan menentukan menu makanan
b. Merancang jadual makan dan minum peserta, guru dan jurulatih
c. Memastikan urusan semasa makan berjalan dengan lancar.
DOKUMENTASI
a. Mencatat segala aktiviti yang berjalan.
b. mengambil foto untuk setiap aktiviti.
c. Menyediakan laporan perkhemahan dan dokumentasikan.
d. Berhubung dengan setiausaha untuk mendapatkan bahan-bahan untuk didokumentasikan.
IBADAH
a. Memimpin para peserta solat berjemaah.
b. Menjaga hal-ehwah berkaitan sahsiah dan sikap diri pelajar
PENGANGKUTAN
a. Menguruskan pengangkutan pergi dan balik para peserta.
HADIAH DAN CENDERAMATA
a. Menyediakan hadiah dan cenderamata program
DISIPLIN PESERTA
a. Mengawal disiplin para peserta sepanjang perkhemahan.
PENGESAHAN PENDAFTARAN
a. Memastikan para peserta sudah berada di Dataran Kejat sebelum bertolak.
b. Semak kehadiran murid berdasarkan nama yang akan diberikan oleh setiausaha.
11.0

ANGGARAN PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN

BIL

PENDAPATAN

Bayaran peserta

Bayaran Guru Pengiring

Sumbangan Unit Kokurikulum

Sumbangan PIBG

Sumbangan Individu

KUANTITI

JUMLAH

36 X RM 60

RM 2160

6 x RM 60

RM 360

CATATAN

RM 2520
BIL

PERBELANJAAN

KUANTITI

JUMLAH

Bas

1 buah

Tiket peserta/murid

36 x RM 36

RM1296

Tiket Guru Pengiring

6 x RM 48

RM 288

Insurans peserta/murid

36 x RM 1.50

RM 54

Insurans Guru Pengiring

6 x RM 3

RM 18

Makan dan Minum

42 x RM 24

RM1008

Bayaran Aktiviti/pengurusan

RM 300

RM 300

JUMLAH

Perbelanjaan yang tidak mencukupi RM 444

RM 2964

Sumbangan

Anda mungkin juga menyukai