Anda di halaman 1dari 12

KERTAS KERJA 'PPKI FAMILY DAY & TERAPI HIDRO'

KERTAS KERJA
PROGRAM PPKI FAMILY DAY
ANJURAN
PERSATUAN SOKONGAN IBU BAPA & GURU PPKI
SK BUMIPUTERA, LUNDU

1.0

PENDAHULUAN

Program PPKI FAMILY DAY merupakan projek julung kalinya yang


dirancang oleh Persatuan Sokongan Ibu Bapa dan Guru PPKI SK
Bumiputera, Lundu dengan kerjasama para guru PPKI. Program ini
dirancang akan dilaksanakan selama satu hari di kawasan sekitar kawasan
Retreat Union. Program ini telah dibincangkan dalam Perjumpaan
Persatuan Sokongan Ibu bapa dan guru PPKI SK Bumiputera pertama bagi
sesi pertama 2013/2014. Program ini dirancang bertujuan untuk
merapatkan ukhuwah dan silaturahim di antara murid murid PPKI, ibu
bapa dan guru guru PPKI.

2.0

OBJEKTIF

2.1

Mengeratkan hubungan silaturrahim antara murid - murid PPKI

2.2
Merapatkan jurang antara murid - murid & ibu bapa PPKI
dengan para guru PPKI
2.3
Menggalakkan penglibatan murid - murid dalam aktiviti-aktiviti
luar yang dijalankan
2.4
Mengamalkan Terapi dalam Pendidikan Khas secara berkesan
bersama ibu bapa murid PPKI SK Bumiputera, Lundu.
2.5 Memberi pendedahan kepada ibu bapa tentang pentingnya Terapi
sebagai proses pemulihan bagi anak anak berkeperluan khas.

3.0

TARIKH DAN TEMPAT

Nama program

: PPKI Family Day

Tempat

: Retreat & Training Centre

Tarikh

: 06 Julai 2013

Hari

: Sabtu

4.0

PESERTA SASARAN

22 Orang Murid PPKI SK Bumiputera, Lundu

5.0

AJK PELAKSANA

Sila rujuk lampiran 1

6.0

ATURCARA PROGRAM

Sila rujuk lampiran 2

7.0

ANGGARAN PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN

Sila rujuk lampiran 3

8.0

PENUTUP

Diharapkan agar program ini dapat memberikan impak yang positif


kepada jalinan hubungan diantara murid, ibu bapa dan para guru PPKI SK
Bumiputera, Lundu. Sehubungan itu, kerjasama dan sokongan daripada
semua pihak amat perlu agar objektif yang telah digariskan berjaya
dicapai. Sejajar dengan tema program PPKI iaitu Kemenjadian murid
murid PPKI tonggak utama.

KEMENJADIAN MURID MURID PPKI TONGGAK UTAMA

Disediakan oleh,

................................
(CIK KASUMA BINTI MAJID)
Penyelaras

Program PPKI Family Day


SK Bumiputera, Lundu.

Disemak oleh : -

....................................
(HJH NORASIDAH MOHAMAD)
Pengerusi 2
Penolong Kanan PPKI
SK Bumiputera, Lundu

Disahkan oleh :-

...........................................
(EN ANNUAR B. HJ LAY)
Guru Besar
Sk Bumiputera , Lundu, Sarawak

LAMPIRAN 1
AJK PELAKSANA
PROGRAM PPKI FAMILY DAY
Penaung

: En. Annuar b. Hj Lay


Guru Besar
SK Bumiputera, Lundu.

Ex-Officio

: En. Bahrin b. Tahir ( Penolong Kanan Tadbir )


En. Hasli b. Pulit ( Penolong Kanan Ko Kurikulum )
Pn. Malati binti Hassan ( Penolong Kanan HEM )
SK Bumiputera, Lundu.

Pengerusi 1

: En. Jacquarry Mut

Yang Dipertua Pengerusi


Persatuan Sokongan Ibu bapa & guru PPKI
SK Bumiputera, Lundu

Pengerusi 2

: Hjh Norasidah Mohamad


Penolong Kanan PPKI

SK Bumiputera, Lundu
Penyelaras Program

: Cik Kasuma binti Majid

Pen. Penyelaras

: Hjh. Norasidah Mohamad

Setiausaha

: Cik Zufazela Mansuriwaty binti badar

Bendahari

: Pn. Suriany Iskandar Wong

Biro Logistik

: En. Abg. Keprawi Abg. Indie

Biro Makanan

: Pn. Atirisah @ Asiah Soudi

Biro Aktiviti

: Pn. Susilawati binti Sahari


Pn. Hayati binti Sahari

Biro Keselamatan

: En. Has bin Ahmat


Cik Norliah Hj. Wen
Ustazah Che Salmah Abd Razak

LAMPIRAN 2
ATURCARA PROGRAM
PPKI FAMILY DAY

06 JULAI 2013 (SABTU)


7.30a.m

: Pendaftaran murid - murid PPKI

7.45a.m

: Ketibaan penasihat dan para guru PPKI

8.30a.m

: Kata-kata aluan oleh Presiden PPKI

8.45a.m

: Sarapan pagi

9.00a.m

: TERAPI HIDRO - AKTIVITI REKREASI RENANG/HIDROTERAPI

( sila rujuk Lampiran 4 )

12.15a.m

: Makan Tengahari

12.30a.m

: Penyampaian cenderamata kepada Jurulatih Renang

1.00 p.m

: Majlis Bersurai

L
AMPIRAN 3

ANGGARAN PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN


PROGRAM PPKI FAMILY DAY
A.PENDAPATAN
Kadar (RM)

Bilangan

RM

RM

30

22

660

660

YURAN PESERTA
PERUNTUKAN
SUMBANGAN LUAR/ TAJAAN
JUMLAH PENDAPATAN

660

B.PERBELANJAAN
Harga per
unit (RM)

Bilangan

RM

RM

100

1 (Van)

100

100

57 orang

142.50

142.50

3 orang

60.00

60.00

1.

Logistik/ Peralatan

a)

,Pengangkutan

2.

Makanan

a)

Sarapan pagi

2.50

b)

Makan Tengahari

***Sendiri

3. Cenderahati

a)

Jurulatih Renang

JUMLAH PERBELANJAAN

LAMPIRAN 4
TERAPI HIDRO

20

302.50

Terapi hidro di lihat sesuai untuk perkembangan fizikal kerana kombinasi


pergerakan motor kasar dan halus serta mental murid dapat dirangsang
secara serentak. Pergerakan dalam air didapati lebih mudah dan bebas
serta ti dak dibebani oleh keperluan alatan sokongan selain daya apungan
air sahaja.

Rangsangan air yang secara semulajadi dapat membantu murid tenang


walaupun pada permulaannya sesetengah murid akan berasa takut untuk
masuk ke dalam air. Perkara ini dapat diatasi dengan membawa murid ke
kawasan cetek sebelum berpindah ke kawasan yang lebih dalam. Secara
tidak langsung guru-guru telah melatih membina keyakinan diri muridmurid "water confidence". Melalui terapi seumpama ini, ianya dapat
memantapkan perkembangan fizikal dengan aktiviti-aktivi seperti
regangan seterusnya melembutkan sendi dan meningkatkan daya
ketahanan jantung dan otot-otot rangka.

5.1. PENGENALAN

Pemilihan program rekreasi renang/hidroterapi bagi murid-murid Program


Pendidikan Khas Pembalajaran (PPKP) adalah bagi memberi peluang
kepada murid-murid bermasalah pembelajaran menjalani aktiviti dan
program yang sama seperti murid-murid normal yang lain. Program yang
dirancang biasanya merupakan program awalan atau permulaan renang.
Murid diajar berenang dan bermain air di dalam kolam yang cetek.
Kawasan yang paling dalam di kolam tersebut berukuran 1 meter.

5.2. OBJEKTIF

Aktiviti berenang dapat memberi keseronokan dan menggembirakan


murid-murid bermasalah pembelajaran ketika berada di dalam kolam atau
air di samping dapat membentuk sikap kerjasama dengan rakan-rakan
mereka. Ia juga membolehkan murid-murid bermasalah pembelajaran
memperolehi kemahiran renang sama seperti murid-murid normal. Selain
itu, renang juga merupakan salah satu latihan latihan terapi
(Hidroterapi/Terapi Air) bagi murid-murid PPKP ini.

5.3. DEFINISI DAN KONSEP

Hidroterapi didapati sesuai untuk perkembangan fizikal dan pergerakan


motor kasar dan motor halus serta mental murid-murid berkeperluan khas
di mana segala otot-otot dan otak mereka dapat dirangsang, pergerakan
dalam air lebih mudah dan bebas, serta tidak dibebani seperti keperluan
alat sokongan yang menghadkan pergerakan.
Imbangan dalam air bukanlah masalah utama. Oleh itu lebih banyak
pergerakan dapat dilakukan dan daya penumpuan individu dapat
dipertingkatkan dan masalah tingkahlaku didapati tidak seperti lazimnya.
Ini disebabkan oleh ransangan air secara semulajadi.

Walaubagaimanapun, murid-murid PPKP mungkin mengalami sedikit rasa


takut dengan air. Di sinilah guru memainkan peranan membantu dalam
membina keyakinan diri. Hasilnya murid-murid akan dapat membina
konsep diri yang positif melalui aktiviti hidroterapi ini. Melalui hidroterapi
juga, ianya dapat memantapkan perkembangan fizikal melalui pelbagai
aktiviti seperti regangan, melembutkan sendi-sendi, meningkatkan daya
ketahanan otot-otot dan jantung. Banyak aktiviti dan pergerakan yang
tidak dapat dilakukan di darat dapat dipraktikkan di dalam air.

Dalam hubungan ini, hidroterapi dapat meneroka pergerakan-pergerakan


yang boleh dilakukan oleh murid-murid PPKP ini. Bagi sesetengah murid,
mereka didapati lebih berkeyakinan di air berbanding di darat. Kejayaan
sesuatu program pengajaran bergantung pada prosedur pengajaran yang
jelas, sokongan dan garis panduan yang diberi. Walau bagaimanapun garis
panduan adalah sama untuk semua, hanya penyesuaian dan modifikasi
diperlukan terhadap individu berkeperluanyang unik ini.

5.4. KEPENTINGAN HIDROTERAPI

Hidroterapi merupakan suatu bidang yang agak luas bertujuan untuk


mengembalikan, memelihara dan memulih keadaan emosi, fizikal,
psikologi dan spiritual kepada keadaan yang lebih baik atau normal.
Antara kepentingan hidroterapi ini ialah:

i. Menghilangkan tekanan
ii. Keupayaan berkomunikasi
iii. Simulasi sistem otak
iv. Bina keyakinan diri

v. Kreativiti
vi. Kawalan diri
vii. Latihan Social skill
viii. Merangsang pertuturan
ix. Melatih sikap bekerjasama
x. Meningkatkan kesabaran
xi. Pengamatan
xii. Latihan koordinasi badan dan anggota badan yang lain
xiii. Latihan daya kepimpinan
xiv. Manipulasi tangan dan jari-jemari
xv. Daya konsentrasi
xvi. Pembentukan body image
xvii. Peningkatan self-esteem

5.5. PANDUAN KESELAMATAN

Sebelum menjayakan aktiviti renang untuk murid-murid PPKP ini, faktor


yang paling penting dan perlu diambil kira adalah faktor keselamatan.
Kita melihat faktor keselamatan ini dalam sudut ketidakupayaan fizikal
dan tahap ketidakupayaan intelektual murid-murid tersebut.

i. Ketidakupayaan Fizikal

Guru hendaklah berada di dalam air dan bersedia untuk menerima murid
ke dalam kolam. Semasa berada di dalam air hendaklah dalam kedudukan
berdiri dengan kaki terbuka dan kepala berada di atas paras air. Gunakan
bahagian atas badan untuk mengawal imbangan dan sentiasa apungkan
badan. Elakkan daripada menunjukkan perasaan bimbang kepada murid
sewaktu berada di dalam air kerana ini boleh menyebabkan mereka
menjadi bimbang dan takut. Guru perlu sentiasa bercakap dan memberi
galakkan kepada murid semasa mereka hendak masuk ke dalam air. Eye
Contact boleh membantu membina keyakinan murid. Latihan hendaklah
dimulakan dengan memasuki kawasan sudut kolam yang cetek.

ii. Ketidakupayaan Intelektual

Ketidakupayaan intelek juga dialami oleh murid PPKP di mana tahap


tumpuan yang singkat menyebabkan maklumat yang diberi tidak dapat
disimpan dengan sempurna. Oleh itu, penjelasan guru perlulah ringkas
dan tepat. Ada murid-murid PPKP yang kurang persepsi kemahiran motor
dan persepsi mengenai jarak atau kedalaman kolam renang. Maka
persepsi yang tepat dan betul perlu disampaikan kepada mereka. Guru
juga harus ingat bahawa murid-murid PPKP tidak mempunyai pencapaian
kemahiran yang sama, namun pada satu keadaan atau ketika mereka
mungkin boleh menguasainya.

5.6 AKTIVITI REKREASI RENANG/HIDROTERAPI

i. Pendahuluan

Memanaskan badan dan meregangkan otot.


Mengenakan jaket keselamatan.

ii. Isi Pelajaran

Bermain-main di tepi air.


Murid masuk ke dalam kolam dengan bantuan guru dengan cara yang
betul
Guru membantu murid mengadakan aktiviti-aktiviti ampungan.
Melakukan aktiviti berjalan di dalam kolam dengan bantuan guru.
Aktiviti renang dengan bantuan guru.
Aktiviti renang bebas menggunakan bola dengan pemerhatian guru.
Murid keluar daripada kolam dengan menggunakan kaedah tertentu.

iii. Penutup

Aktiviti kelonggaran dan regangan tangan dan kaki.

Mengemaskan dan membersihkan diri.

Anda mungkin juga menyukai