Anda di halaman 1dari 7

PROGRAM INTEGRASI PENDIDIKAN KHAS

(BERMASALAH PEMBELAJARAN)
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN
MALIM,
BERTAM MALIM,
75250 MELAKA.

AKTIVITI TERAPI AIR


DAN
AKUATIK

1. PENDAHULUAN
Pendidikan di Malaysia merupakan satu usaha yang berterusan ke arah
memperkembangkan potensi diri individu secara menyeluruh, bersepadu dan
seimbang daripada aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Matlamat ini
adalah untuk semua kanak-kanak yang mengikuti program pendidikan negara ini
sama ada program pendidikan bagi kanak-kanak normal atau program
pendidikan untuk kanak-kanak istimewa yang dikenali sebagai Program
Pendidikan Khas.
Falsafah
Pendidikan
Khas
adalah
bermatlamat
untuk
memperkembangkan dan mempertingkatkan potensi kanak-kanak berkeperluan
khas berasaskan kepada keupayaan, kebolehan dan pencapaian mereka.
Ketiga-tiga aspek ini dilihat dari segi kognitif, psikomotor dan afektif. Dari sini
wujudlah program-program pendidikan yang mengambil kira keperluankeperluan kanak-kanak khas ini. Justeru itu, pendekatan, strategi, teknik dan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk mereka harusalah selaran dengan
kemampuan dan kebolehan mereka.
Pelajar-pelajar Program Integrasi Pendidikan Khas Bermasalah
Pembelajaran Sekolah Menengah Kebangsaan Malim ini adalah dikategorikan
sebagai pelajar yang mendapat perhatian warga sekolah ini untuk membina
minda mereka dalam menjalani rutin kehidupan seharian mereka.
2. WAWASAN PELAJAR ISTIMEWA
Terapi air dan akuatik adalah satu program dan aktiviti yang dirancang dengan
persetujuan ibu bapa dan pentadbir sekolah. Program ini memberi peluang
pelajar-pelajar mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran secara tidak
formal. Ia dirancang khusus untuk mereka yang telah dikenalpasti dan telah
disahkan oleh pakar professional klinikal sebagai mengalami kecacatan yang
mengganggu proses pembelajaran. Cadangan aktiviti ini adalah semata-mata
untuk membantu pelajar menguasai kemahiran tersebut dan diharapkan agar
dapat dimanfaatkan setelah pelajar ini menamatkan persekolahan mereka
setelah mencecah usia 19 tahun.
Program ini juga dirancang agar dapat memupuk minat pelajar dan
merupakan aktiviti yang menimbulkan keseronokan kepada pelajar dan
berkesan. Ia juga dapat membantu pelajar meningkatkan keyakinan diri dan
merasakan dirinya sebahagian daripada ahli komuniti masyarakat yang berguna
dan boleh memberi sumbangan kepada orang lain.

Melalui aktiviti ini, mereka dapat menimba pengalaman sebenar dan


daripada pengalaman ini ia menjadi ilmu sebagai bekalan mereka menjalani
hidup.
3. OBJEKTIF
3.1 Membina pengalaman hidup supaya pelajar dapat didedahkan dengan
keadaan di mana mereka merasa diterima dan boleh mengembangkan
kebolehan-kebolehan, mengakui akan had-had kebolehan mereka tanpa
rasa takut dengan alam sekeliling dan komuniti mereka.
3.2 Memberikan kebebasan kepada mereka terhadap pengalamanpengalaman di dalam kumpulan, di mana ketua dan ahli biasa akan
memainkan peranan di dalam kumpulan itu untuk menetapkan objektifobjektif dan dapat menyelesaikan masalah di dalam perhubungan di
antara manusia dengan manusia yang lain.
3.3 Meningkatkan keupayaan dan kebolehan psikomotor kasar dan halus.
3.4 Meningkatkan kemahiran imbangan.
3.5 Memberi pendedahan dan mengamalkan tatacara keselamatan di dalam
air.
3.6 Membina pembetukan postuer badan.
3.7 Membantu meningkatkan stamina badan dan kebolehan kardiocascular.
3.8 Membenarkan mereka mencuba dan mengalami kegiatan dan aktiviti
sukan walaupun berisiko.
3.9 Membina dan mewujudkan konsep berdikari.
3.10
Membantu pelajar itu belajar membuat sesuatu keputusan
berkenaan hari depan mereka dan persediaan di hari muka.
3.11 Membentuk emosi yang ceria dan sikap yang positif.
4. STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
4.1 Berstruktur dan dirancang mengikut langkah demi langkah secara
terperinci untuk membolehkan pelajar menguasai setiap peringkat
kemahiran yang ada.

4.2 Mempunyai unsur mudah-ubah bagi membolehkan penyesuaian aktiviti


dengan keupayaan setiap orang pelajar.
4.3 Dapat memberi pengukuhan terhadap kemahiran yang dipelajari oleh
setiap orang pelajar sehingga menjadi mantap.
4.4 Menentukan pencapaian ke tahap optima yang dapat dipelajari oleh
setiap pelajar untuk mengelakkan kekecewaan dan rasa jemu.
4.5 Memberi penekanan kepada ulangan dan rangsangan.
4.6 Menghadkan konsep atau kemahiran yang diajar dalam satu-satu masa
untuk memberi pengalaman kejayaan kepada pelajar.
4.7 Mengelakkan pelajar menjalankan tugas yang kompleks.
4.8 Berkait rapat dengan objektif pengajaran, masalah, situasi yang dapat
difahami dan persekitaran pelajar itu sendiri.
4.9 Sentiasa mempunyai aktiviti yang mengukuhkan koordinasi motor kasar
dan motor halus pelajar.
4.10
Memberi peluang kepada pelajar untuk menggunakan daya kreatif
mereka.
Peringkat asas untuk memulakan program renang ini diperkenalkan dulu
cara-cara asas renang. Tajuk-tajuk yang dicadangkan ialah:
Cara-cara memanaskan badan
Aktiviti fizikal:

pergerakan tangan

pergerakan kaki

pernafasan
Cara-cara asas berenang
Melampungkan badan
Mengenalkan beberapa jenis cara berenang
Cara-cara menjaga keselamatan ketika berenang
5. SASARAN
Pelajar lelaki dan perempuan yang berkeupayaan.

6. JADUAL AKTIVITI
Hari :
Masa :

Rabu ( dua minggu sekali )


10.00 12.00 tengahari

7. TENAGA PENGAJAR
Guru-guru Pendidikan Khas SMK Malim.
8. ANGGARAN PERBELANJAAN
8.1 Pakaian renang
8.2 Pengangkutan
8.3 Bayaran masuk

50 sen x 20 orang

RM 400.00
RM 300.00
RM 10.00 x 10 kali = RM 100.00

9. PENUTUP
Adalah diharapkan program ini dapat diberi perhatian dan penekanan
sewajarnya dan dapat dilaksanakan bersungguh-sungguh memandangkan
aktiviti ini banyak memberi kesan positif kepada pelajar khas kerana ia mampu
melatih menyeimbangkan badan, menguatkan otot-otot juga sebagai latihan
kepada sistem kardiovascular.
Disediakan oleh:
.
(PN. RABAISHAH BINTI AZIRUN)
Penyelaras
Program Integrasi Pendidikan Khas
Bermasalah Pembelajaran,
Sekolah Menengah Kebangsaan Malim,
Bertam Malim,
75250 MELAKA.
Disahkan oleh:
.
(TN. HJ. ROSTI BIN MISTAM)
Pengetua,
Sekolah Menengah Kebangsaan Malim,
Bertam Malim,
75250 MELAKA.

PROGRAM INTEGRASI PENDIDIKAN KHAS


(BERMASALAH PEMBELAJARAN)
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN
MALIM,
BERTAM MALIM,
75250 MELAKA.

BENGKEL
CUCI KERETA

Anda mungkin juga menyukai