Anda di halaman 1dari 32

DRAF

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN


(MASALAH PENGLIHATAN)

TAHUN SATU

2010

DRAF

KANDUNGAN
Rukun Negara Falsafah Pendidikan Kebangsaan Pendahuluan Matlamat Objektif Standard Kurikulum Berasaskan Tunjang Kurikulum Modular Berasaskan Standard Fokus Mata Pelajaran Objektif Mata Pelajaran Organisasi Kandungan Pelaksanaan Pentaksiran Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran 1 1 2 2 3 3 5 6 6 7 9 10 11 - 27

iii

DRAF

iv

DRAF
RUKUN NEGARA

BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita untuk mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil bagi kemakmuran negara yang akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaanya yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA `KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

DRAF
PENDAHULUAN Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Khas Masalah Penglihatan dibina selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan berlandaskan prinsip-prinsip pendekatan bersepadu, perkembangan individu secara menyeluruh, peluang pendidikan dan kualiti pendidikan yang sama untuk semua murid dan pendidikan seumur hidup. KSSR Pendidikan Khas Masalah Penglihatan adalah bersifat holistik, tidak terlalu akademik dan tidak membebankan murid, ini selaras dengan teras kedua Pelan Induk Pembangunan Pendidikan.

Bagi memenuhi keperluan individu,

proses pengajaran dan pembelajaran di Sekolah serta Program Pendidikan Khas Integrasi

Bermasalah Penglihatan dibentuk secara fleksibel dan ini bertepatan dengan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997, yang menyatakan guru-guru boleh mengubahsuai kaedah atau teknik pengajaran atau pembelajaran, masa bagi aktiviti dan susunan aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat Pendidikan Khas.

KSSR Pendidikan Khas Masalah Penglihatan dibina supaya pembelajaran yang diperolehi di dalam bilik darjah dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Kurikulum ini juga menyediakan pendidikan berkualiti secara optimum untuk murid bermasalah penglihatan supaya mereka menjadi insan yang seimbang, berdikari dan berjaya dalam kehidupan. MATLAMAT

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Khas Masalah Penglihatan digubal dengan matlamat untuk mengembangkan potensi murid secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu serta bersesuaian dengan tahap kefungsian murid. Perkembangan ini juga meliputi aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia.

DRAF
OBJEKTIF

KSSR Pendidikan Khas Masalah Penglihatan membolehkan murid: i. mengamalkan tingkah laku dan sikap positif dalam menguruskan kehidupan seharian yang lebih bermakna serta menjadi warganegara yang berguna; ii. iii. iv. v. mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran serta dapat berdikari dalam kehidupan seharian; menunjukkan kemahiran dan keterampilan ke arah kehidupan bekerjaya; mengamalkan penjagaan kesihatan dan keselamatan diri dengan sempurna; menggunakan kemahiran berbahasa untuk berkomunikasi, berinteraksi dan bersosialisasi dengan menepati tatasusila masyarakat majmuk; vi. vii. viii. ix. x. mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian bagi yang beragama Islam; mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian; melibatkan diri dalam aktiviti riadah; menghargai keindahan alam dan warisan budaya; menggunakan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi seiring dengan perkembangan semasa.

STANDARD KURIKULUM BERASASKAN TUNJANG

Organisasi Kurikulum Berasaskan Tunjang dibina bagi membangunkan modal insan yang berpengetahuan dan berketerampilan. Tunjang merupakan domain-domain utama yang saling menyokong antara satu sama lain bagi membentuk insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Domain bagi setiap tunjang adalah: i. ii. Komunikasi Kerohanian, Sikap dan Nilai

DRAF
iii. iv. v. vi. Kemanusiaan Sains dan Teknologi Perkembangan Fizikal dan Estetika Keterampilan Diri

Bentuk Kurikulum Transformasi

DRAF
KURIKULUM MODULAR BERASASKAN STANDARD

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Khas Masalah Penglihatan digubal dalam bentuk pernyataan Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran diorganisasikan dalam bentuk modular yang mengandungi elemen pengetahuan, kemahiran dan nilai.

5.1

Standard Kandungan Pernyataan spesifik tentang perkara yan murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai..

5.2

Standard Pembelajaran Satu penetapan kriteriaatau indikator kualiti Penglihatan dan pencapaian yang boleh diukur bagi Standard Kandungan.

DRAF
FOKUS MATA PELAJARAN

Fokus Kurikulum Standard Pendidikan Jasmani Suaian untuk murid Tahun Satu ialah membina kemahiran asas pergerakan dan kemahiran motor, memperkenalkan konsep kecergasan berdasarkan kesihatan, dan memupuk elemen keselamatan, tanggungjawab kendiri, dan interaksi sosial semasa melakukan aktiviti fizikal.

OBJEKTIF MATA PELAJARAN

Kurikulum Pendidikan Jasmani Suaian sekolah rendah bertujuan membolehkan murid mencapai standard pembelajaran berikut:

1. melakukan kemahiran asas dengan lakuan yang betul mengikut konsep pergerakan; 2. mengembangkan kebolehan dalam pergerakan dan kemahiran motor; 3. mengenal pasti kedudukan anggota badan yang betul semasa melakukan pergerakan; 4. mengenal pasti aktiviti meningkatkan kecergasan; 5. mengetahui kepentingan melakukan aktiviti fizikal secara berkala; 6. mempamerkan tanggungjawab kendiri semasa melakukan aktiviti fizikal; 7. melaksanakan aktiviti fizikal dalam suasana yang seronok dan selamat; 8. mematuhiperaturan dan mengamalkan langkah keselamatan semasa melakukan aktiviti fizikal; dan 9. mengamalkan gaya hidup sihat untuk kesejahteraan.

DRAF
ORGANISASI KANDUNGAN

Dokumen Kurikulum Standard Pendidikan Jasmani Suaian Sekolah Rendah Tahun 1 merupakan dokumen Penglihatan untuk satu tahun persekolahan. Kurikulum Standard Pendidikan Jasmani Tahun 1 dibina berasaskan lima standard iaitu:-

Standard 1 : Kecekapan Kemahiran Pergerakan

Murid menguasai pelbagai corak pergerakan dan kemahiran motor yang diperlukan untuk melakukan pelbagai aktiviti fizikal melalui:1. Konsep pergerakan 2. Pergerakan asas yang melibatkan pergerakan lokomotor, bukan lokomotor, manipulasi alatan dan pergerakan berirama 3. Gimnastik asas 4. Akuatik Asas 5. Rekreasi dan kesenggangan.

Standard 2 : Aplikasi Pengetahuan Dalam Pergerakan

Melalui standard 2, murid dapat mengaplikasikan pengetahuan mengenai konsep, prinsip dan strategi pergerakan dalam Penglihatan serta mengambangkan kemahiran motor dalam melaksanakan aktiviti fizikal yang melibatkan:1. Konsep pergerakan 2. Pergerakan asas yang melibatkan pergerakan lokomotor, bukan lokomotor, manipulasi alatan dan pergerakan berirama 3. Gimnastik asas 4. Akuatik Asas 5. Rekreasi dan kesenggangan.

DRAF
Standard 3 : Kecergasan Meningkatkan Kesihatan dan Prestasi Fizikal

Melalui Standard 3, murid berkeupayaan meningkatkan dan mengekalkan tahap kecergasan untuk kesihatan dan prestasi fizikal yang melibatkan:1. Konsep kecergasan 2. Komponen kecergasan berasakan kesihatan iaitu kapasiti aerobik, kelenturan, kekuatan dan daya tahan otot, dan komposisi badan 3. Pentaksiran Kecergasan Standard 4 : Aplikasi Pengetahuan Dalam Meningkatkan Kecergasan.

Melalui standard 4, murid dapat mengaplikasikan pengetahuan mengenai konsep, prinsip dan strategi meningkatkan kecergasan untuk kesihatan dan prestasi fizikal yang melibatkan: 1. Konsep kecergasan 2. Komponen kecergasan berasakan kesihatan iaitu kapasiti aerobik, kelenturan, kekuatan dan daya tahan otot, dan komposisi badan.

DRAF
Standard 5: Kesukanan.

Melalui standard 5 murid berkeupayaan mengukuhkan amalan Pendidikan Jasmani menerusi elemen keselamatan,konsep, sosiologi dan psikologi, prinsip dan strategi untuk melakukan aktiviti fizikal dengan berkesan yang melibatkan:1. Keselamatan dan pengurusan 2. Tanggungjawab kendiri 3. Interaksi sosial 4. Kumpulan dinamik.

Susunan standard-standard ini adalah bertujuan memudahkan kandungan kurikulum ini diorganisasikan. Setiap standard dalam dokumen Kurikulum Standard Pendidikan Jasmani Tahun 2 Suaian yang hendak dicapai dinyatakan dalam lajur pertama iaitu Standard Kandungan dan Standard Penglihatan. Lajur Standard Kandungan mengandungi kandungan yang perlu dipelajari oleh murid. Manakala lajur Standard Penglihatan menunjukkan apa yang murid perlu kuasai dan capai.

Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran

Kandungan dalam Kurikulum Standard Pendidikan Jasmani Suaian Tahun 1 adalah setara dengan pencapaian objektif psikomotor,kognitif dan afektif dalam pengajaran dan Penglihatan Pendidikan jasmani.

Bagi tujuan pengajaran Modul 1: Kemahiran, guru menggunakan Standard 1, Standard 2 dan Standard 5 secara serentak. Manakala untuk pengajaran Modul 2: Kecergasan, guru menggunakan Standard 3, Standard 4 dan Standard 5 secara serentak. Guru boleh membuat pilihan sama ada mengajar kemahiran atau kecergasan terlebih dahulu tanpa mengabaikan gabungan standard yang telah ditetapkan.

DRAF
Ringkasannya adalah seperti berikut:-

Standard 1 Modul 1: Kemahiran Standard 2 Standard 5 Standard 3 Modul 2: Kecergasan Standard 4 Standard 5

Kecekapan Kemahiran Pergerakan Aplikasi Pengetahuan dalam Pergerakan Kesukanan Kecergasan Meningkatkan Kesihatan dan Prestasi Fizikal Aplikasi Pengetahuan Dalam Meningkatkan Kecergasan Kesukanan

PENTAKSIRAN

Pentaksiran hendaklah dilaksanakan apabila sesuatu kemahiran selesai dijalankan berdasarkan pentaksiran berasaskan sekolah. Kaedah pentaksiran yang dicadangkan kepada guru adalah seperti senarai semak pemerhatian, senarai semak rating, dan ujian kecergasan.

10

DRAF

Standard 1 : KEMAHIRAN PERGERAKAN Menguasai corak pergerakan dan kemahiran motor yang diperlukan untuk melakukan pelbagai aktiviti fizikal yang melibatkan:STANDARD KANDUNGAN Konsep pergerakan. 1.1 Berkebolehan melakukan pelbagai pergerakan berdasarkan konsep pergerakan. STANDARD PEMBELAJARAN

1.1.1 1.1.2

Melakukan pergerakan yang melibatkan kesedaran tubuh badan. Melakukan pergerakan yang melibatkan kesedaran ruang diri, ruang am dan batasan ruang dalam pelbagai arah dan aras ruang yang berbeza. Melakukan pergerakan mengikut arah depan dan belakang, sisi kiri dan kanan berdasarkan isyarat. Menukar arah dari depan ke belakang dan kiri ke kanan mengikut tempo, irama dan isyarat. Melakukan pergerakan dalam laluan lurus, berlengkok dan zig- zag. Melakukan pergerakan yang berbeza kelajuan berdasarkan tempo, irama dan isyarat. Melakukan pergerakan yang berbeza antara perlahan dengan pantas, ringan dengan berat dan lembut dengan kuat.

1.1.3

1.1.4

1.1.5 1.1.6

1.1.7

11

DRAF

Standard 1 : KEMAHIRAN PERGERAKAN Menguasai corak pergerakan dan kemahiran motor yang diperlukan untuk melakukan pelbagai aktiviti fizikal yang melibatkan:STANDARD KANDUNGAN Pergerakan Asas Pergerakan lokomotor 1.2 Berkebolehan melakukan pelbagai pergerakan lokomotor asas dengan lakuan yang betul. STANDARD PEMBELAJARAN

1.2.1

Melakukan pergerakan berjalan, berlari, mencongklang (galloping), menggelongsor, melompat ,melompat sebelah kaki, berskip dan melonjak (leap). Melakukan pergerakan melompat dan mendarat dengan menggunakan kedua-dua belah kaki dengan lutut difleksikan selepas melompat dengan sebelah kaki dan kedua-dua belah kaki. Melakukan pergerakan lokomotor dalam pelbagai arah, aras, laluan, satah, dan kelajuan dengan rakan dan objek. Melakukan lompat tali yang diayun berulang-ulang oleh dua orang rakan. Melakukan pergerakan lokomotor mengikut irama.

1.2.2

1.2.3

1.2.4 1.2.5

12

DRAF

Standard 1 : KEMAHIRAN PERGERAKAN Menguasai corak pergerakan dan kemahiran motor yang diperlukan untuk melakukan pelbagai aktiviti fizikal yang melibatkan:STANDARD KANDUNGAN Pergerakan bukan lokomotor 1.3 Berkebolehan melakukan pelbagai pergerakan bukan lokomotor asas dengan lakuan yang betul. STANDARD PEMBELAJARAN

1.3.1

Melakukan pergerakan fleksi badan (membongkok), meregang, meringkuk, mengilas, memusing, menolak, menarik, mengayun, dan mengimbang. Melakukan pergerakan bukan lokomotor dalam pelbagai satah, aras, aliran dan daya dengan rakan dan objek. Melakukan pergerakan bukan lokomotor mengikut irama.

1.3.2

1.3.3 Kemahiran manipulasi alatan. 1.4 Berkebolehan melakukan kemahiran manipulasi alatan dengan lakuan yang betul.

1.4.1 1.4.2 1.4.3

Melakukan balingan bawah tangan. Melakukan balingan atas kepala. Menangkap atau menerima objek yang dilontar perlahan dengan lakuan yang betul. Menangkap bola berbunyi yang dilambung sendiri. Menendang bola berbunyi yang digolek.

1.4.4 1.4.5

13

DRAF

Standard 1 : KEMAHIRAN PERGERAKAN Menguasai corak pergerakan dan kemahiran motor yang diperlukan untuk melakukan pelbagai aktiviti fizikal yang melibatkan:STANDARD KANDUNGAN 1.4.6 1.4.7 STANDARD PEMBELAJARAN Menendang bola berbunyi dan seterusnya bergerak ke hadapan. Memukul belon berbunyi ke atas menggunakan tangan, lengan dan kaki berterusan. Memukul belon berbunyi ke atas menggunakan alatan. Menggelecek bola berbunyi ke depan menggunakan bahagian dalam kaki.

1.4.8 1.4.9

1.4.10 Menggelecek bola berbunyi berterusan menggunakan satu tangan. Kemahiran berirama 1.5 Berkebolehan melakukan pelbagai kemahiran pergerakan mengikut irama.

1.5.1

Meniru pergerakan pelbagai watak mengikut irama dan muzik.

14

DRAF

Standard 1 : KEMAHIRAN PERGERAKAN Menguasai corak pergerakan dan kemahiran motor yang diperlukan untuk melakukan pelbagai aktiviti fizikal yang melibatkan:STANDARD KANDUNGAN Gimnastik Asas Hambur dan pendaratan 1.6 Berkebolehan melakukan kemahiran hambur dan pendaratan dengan lakuan yang betul. Kawalan badan dan Sokongan 1.7 Berkebolehan melakukan Kemahiran hambur dan pendaratan dengan lakuan yang betul. Putaran 1.8 Berkebolehan melakukan kemahiran putaran dengan lakuan yang betul. STANDARD PEMBELAJARAN

1.6.1 1.6.2

Melakukan hambur menggunakan kaki. Melakukan hambur pelbagai arah menggunakan kaki.

1.7.1 1.7.2

Melakukan imbangan dan sokongan dengan bahagian badan secara statik. Melakukan imbangan dengan tiga, dua dan satu tapak sokongan bahagian badan.

1.8.1 1.8.2 1.8.3

Melakukan putaran menegak. Melakukan guling balak berterusan. Melakukan putaran telur.

15

DRAF

Standard 1 : KEMAHIRAN PERGERAKAN Menguasai corak pergerakan dan kemahiran motor yang diperlukan untuk melakukan pelbagai aktiviti fizikal yang melibatkan:STANDARD KANDUNGAN Asas Akuatik 1.9 Keyakinan dan Keselamatan dalam air. STANDARD PEMBELAJARAN

1.9.1 1.9.2

Mematuhi peraturan dalam air. Melakukan kemahiran keyakinan dalam air: masuk ke dalam air, berdiri, berjalan, bobbing, mengapung meniarap, meluncur (glide), dan berdiri dalam air dari posisi meniarap.

Rekreasi dan kesenggangan 1.10 Berkebolehan melakukan 1.10.1 Menggunakan kemahiran berlari,mengelak, melambung dan menyambut aktiviti rekreasi dan semasa melakukan permainan tradisional dan aktiviti kesenggangan yang melibatkan aktiviti pukul berapa Datuk Harimau dan batu seremban. kesenggangan. 1.10.2 Menggunakan kemahiran motor halus dalam permainan rekreasi yang melibatkan pasir dan mereka cipta objek menggunakan plastisin atau blok mainan.

16

DRAF

Standard 2 : APLIKASI PENGETAHUAN DALAM PERGERAKAN Mengaplikasi pengetahuan konsep, prinsip dan strategi pergerakan dalam pembelajaran serta mengembangkan kemahiran motor dalam melaksanakan aktiviti fizikal yang melibatkan:STANDARD KANDUNGAN Konsep pergerakan. 2.1 Mengenal pasti dan melakukan konsep asas pergerakan. STANDARD PEMBELAJARAN

2.1.1

Mengenal pasti kesedaran tubuh dari segi bentuk, imbangan, pemindahan berat badan, layangan dan pendaratan. Mengenal pasti ruang diri. Mengenal pasti ruang am. Mengenal pasti arah pergerakan kiri, kanan, depan, belakang, atas dan bawah.

2.1.2 2.1.3 2.1.4

Pergerakan Asas Pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor 2.2 Memahami dan membezakan pergerakan lokomotor dengan bukan lokomotor.

2.2.1 2.2.2

Menyatakan jenis pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor. Mengenal pasti postur yang betul semasa melakukan kemahiran lokomotor dan bukan lokomotor. Membezakan pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor mengikut tempo. .

2.2.3

17

DRAF

Standard 2 : APLIKASI PENGETAHUAN DALAM PERGERAKAN Mengaplikasi pengetahuan konsep, prinsip dan strategi pergerakan dalam pembelajaran serta mengembangkan kemahiran motor dalam melaksanakan aktiviti fizikal yang melibatkan:STANDARD KANDUNGAN Kemahiran manipulasi alatan. 2.3 Mengetahui konsep dan prinsip asas kemahiran manipulasi alatan. STANDARD PEMBELAJARAN

2.3.1

Mengenal pasti corak pergerakan yang melibatkan kemahiran balingan bawah tangan dan atas kepala. Menyatakan kedudukan badan semasa melambung alatan. Menyatakan peranan tangan yang tidak membaling sebagai imbangan kepada pergerakan. Menyatakan kedudukan jari dan tangan yang betul semasa menangkap atau menerima bola yang berbunyi. Mengenal pasti kedudukan kaki semasa menendang. Mengenal pasti pergerakan jari semasa menggelecek. Mengenal pasti kedudukan kaki semasa menggelecek. Mengenalpasti titik kontak atau sentuh pada objek yang dipukul.

2.3.2 2.3.3

2.3.4

2.3.5 2.3.6 2.3.7 2.3.8

18

DRAF

Standard 2 : APLIKASI PENGETAHUAN DALAM PERGERAKAN Mengaplikasi pengetahuan konsep, prinsip dan strategi pergerakan dalam pembelajaran serta mengembangkan kemahiran motor dalam melaksanakan aktiviti fizikal yang melibatkan:STANDARD KANDUNGAN Kemahiran berirama 2.4 Memahami konsep gerak edar mengikut irama. Gimnastik Asas Hambur dan Pendaratan 2.5 Memahami konsep hambur dan pendaratan. STANDARD PEMBELAJARAN

2.4.1

Mengenal pasti pergerakan yang ditiru daripada pergerakan pelbagai watak mengikut irama.

2.5.1 2.5.2

Mengenal pasti pergerakan serta-merta. Mengenal pasti lakuan mendarat yang betul.

Kawalan Badan dan Sokongan 2.6 Mengetahui konsep kawalan badan dalam pergerakan. Putaran 2.7 Memahami konsep putaran dalam pergerakan.

2.6.1

Mengenal pasti tapak sokongan.

2.7.1

Menyatakan bahagian anggota badan yang boleh digunakan untuk melakukan aktiviti putaran menegak. Mengenal pasti kedudukan badan semasa melakukan gulingan balak. Menyatakan kedudukan badan untuk menghasilkan putaran telur.

2.7.2 2.7.3

19

DRAF

Standard 2 : APLIKASI PENGETAHUAN DALAM PERGERAKAN Mengaplikasi pengetahuan konsep, prinsip dan strategi pergerakan dalam pembelajaran serta mengembangkan kemahiran motor dalam melaksanakan aktiviti fizikal yang melibatkan:STANDARD KANDUNGAN Asas Akuatik 2.8 Mengaplikasikan konsep keselamatan dalam air. STANDARD PEMBELAJARAN 2.8.1 2.8.2 2.8.3 2.8.4 Rekreasi dan kesenggangan 2.9 Menjana kreativiti dalam aktiviti rekreasi dan kesenggangan Mengenal pasti peraturan dalam air. Mengenal pasti lakuan bobbing yang betul. Mengenal pasti lakuan apungan tiarap yang betul. Mengenal pasti lakuan luncur yang betul.

2.9.1 Menjana idea kreatif semasa melakukan aktiviti melibatkan pasir dan mereka cipta objek menggunakan plastisin atau blok mainan. 2.9.2 Mengenal pasti cara bermain permainan tradisional.

20

DRAF

Standard 3: KECERGASAN MENINGKATKAN KESIHATAN. Membina dan mengekalkan tahap kecergasan untuk kesihatan dan prestasi fizikal STANDARD KANDUNGAN Konsep kecergasan 3.1 Berkebolehan melakukan aktiviti fizikal berpandukan konsep kecergasan. Komponen Kecergasan Kapasiti aerobik 3.2 Berkebolehan melakukan aktiviti yang membina kapasiti aerobik. Kelenturan 3.3 Berkebolehan melakukan aktiviti kelenturan 3.4 Kekuatan dan daya tahan otot Berkebolehan melakukan aktiviti meningkatkan daya tahan dan kekuatan otot STANDARD PEMBELAJARAN

3.1.1

Melakukan pelbagai jenis aktiviti seperti berjalan, berlari, dan regangan yang boleh meningkatkan suhu badan dan otot, kadar pernafasan, dan kadar nadi.

3.2.1

Melakukan aktiviti berterusan dalam jangka masa yang ditetapkan .

3.3.1

Melakukan aktiviti regangan dinamik dan statik pada otot-otot utama.

3.4.1 3.4.2

Mengekalkan posisi sedia tekan tubi dalam suatu jangka masa. Mengekalkan posisi separa cangkung (half squat) dalam suatu jangka masa. Melakukan pergerakan dari duduk ke berdiri tanpa sokongan.

3.4.3

21

DRAF

Standard 3: KECERGASAN MENINGKATKAN KESIHATAN. Membina dan mengekalkan tahap kecergasan untuk kesihatan dan prestasi fizikal STANDARD KANDUNGAN 3.4.4 3.4.5 3.4.6 3.4.7 Komposisi badan 3.5 Mengenal pasti komposisi badan. STANDARD PEMBELAJARAN Melakukan pergerakan dari baring ke duduk tanpa sokongan. Melakukan aktiviti bergayut dan meniti menggunakan tangan pada palang. Melakukan ringkuk tubi separa. Melakukan aktiviti untuk membina otot teras badan (core).

3.5.1

Mengukur ketinggian dan menimbang berat.

22

DRAF

Standard 4: APLIKASI PENGETAHUAN DALAM MENINGKATKAN KECERGASAN. Mengaplikasikan pengetahuan tentang konsep, prinsip dan strategi meningkatkan kecergasan untuk kesihatan dan prestasi fizikal. STANDARD KANDUNGAN Konsep kecergasan 4.1 Menguasai konsep kecergasan yang diaplikasikan semasa melakukan aktiviti kecergasan fizikal. STANDARD PEMBELAJARAN

4.1.1 4.1.2

Mengenal pasti aktiviti memanaskan dan menyejukkan badan. Mengetahui kedudukan dan urutan aktiviti memanaskan dan menyejukkan badan dalam melakukan aktiviti fizikal. Mengetahui keperluan memanaskan dan menyejukkan badan . Menyatakan keperluan air sebelum, semasa dan aktiviti fizikal. selepas melakukan

4.1.3 4.1.4

Komponen Kecergasan Kapasiti aerobik 4.2 Menguasai konsep asas kapasiti aerobik.

4.2.1 4.2.2

Mengetahui jantung sebagai organ yang penting dalam badan. Menyatakan hubungan antara melakukan aktiviti fizikal. jantung dengan paru-paru semasa

4.2.3

Menyatakan senaman yang boleh menguatkan jantung.

23

DRAF

Standard 4: APLIKASI PENGETAHUAN DALAM MENINGKATKAN KECERGASAN. Mengaplikasikan pengetahuan tentang konsep, prinsip dan strategi meningkatkan kecergasan untuk kesihatan dan prestasi fizikal. STANDARD KANDUNGAN Kelenturan 4.3 Menguasai konsep asas kelenturan. STANDARD PEMBELAJARAN

4.3.1 4.3.2

Mengetahui teknik regangan yang betul. Mengenali pelbagai pergerakan yang betul untuk meningkatkan kelenturan pada sesuatu kumpulan otot. Mengetahui bahawa aktiviti fungsi otot. regangan dapat meningkatkan kecekapan

4.3.3

Kekuatan dan daya tahan otot 4.4 Menguasai konsep asas kekuatan dan daya tahan otot.

4.4.1 4.4.2

Menyatakan otot yang kuat mampu menghasilkan daya yang tinggi. Menyatakan bahawa melakukan aktiviti secara berulang-ulang dapat meningkatkan daya tahan otot. Mengenal pasti otot utama pada bahagian badan aktiviti kekuatan dan daya tahan otot. semasa melakukan

4.4.3

24

DRAF

Standard 4: APLIKASI PENGETAHUAN DALAM MENINGKATKAN KECERGASAN. Mengaplikasikan pengetahuan tentang konsep, prinsip dan strategi meningkatkan kecergasan untuk kesihatan dan prestasi fizikal. STANDARD KANDUNGAN Komposisi badan 4.5 Mengetahui komponen badan. STANDARD PEMBELAJARAN

4.5.1

Mengenal pasti komponen dalam badan iaitu tulang, otot, organ, tisu dan lemak. Mengenal bentuk badan kurus, sederhana dan berlebihan berat badan.

4.5.2

25

DRAF

Standard 5: KESUKANAN Mengukuhkan amalan pendidikan jasmani menerusi elemen keselamatan, konsep sosiologi dan psikologi, prinsip dan strategi untuk melakukan aktiviti fizikal dengan berkesan. STANDARD KANDUNGAN Keselamatan dan pengurusan 5.1 Mematuhi dan mengamalkan elemen pengurusan dan keselamatan. STANDARD PEMBELAJARAN

5.1.1

Menyatakan dan membuat persediaan diri sebelum, semasa dan selepas melakukan aktiviti Pendidikan Jasmani. Menggunakan alatan bersama-sama dan menunggu giliran semasa menjalankan aktiviti. Mematuhi arahan guru dan mengenal peraturan keselamatan di tempat melakukan aktiviti.

5.1.2

5.1.3

Tanggungjawab kendiri. 5.2 Mempunyai keyakinan dan tanggungjawab kendiri semasa melakukan aktiviti fizikal.

5.2.1

Memperlihatkan rasa seronok melakukan aktiviti baru dalam pendidikan jasmani dan bersedia menerima cabaran. Menerima cabaran,kemenangan dan kekalahan dalam permainan.

5.2.2 Interaksi sosial 5.3 Berkebolehan berkomunikasi dalam pelbagai bentuk semasa

5.3.1

Berkomunikasi antara murid dengan murid semasa melakukan aktiviti fizikal.

26

DRAF

Standard 5: KESUKANAN Mengukuhkan amalan pendidikan jasmani menerusi elemen keselamatan, konsep sosiologi dan psikologi, prinsip dan strategi untuk melakukan aktiviti fizikal dengan berkesan. STANDARD KANDUNGAN Dinamika Kumpulan 5.4 Berkebolehan membentuk kumpulan dinamik dan bekerjasama dalam kumpulan tersebut. STANDARD PEMBELAJARAN

5.4.1 5.4.2

Melakukan aktiviti secara berpasangan. Memperlihatkan rasa seronok melakukan aktiviti dalam kumpulan.

27

Anda mungkin juga menyukai