Anda di halaman 1dari 11

KERTAS KONSEP

PROGRAM TERAPI HIDRO (TERAPI AIR), PPKI FAMILY DAY &


SAMBUTAN HARI JADI
SEMPERNA MINGGU PENDIDIKAN KHAS
ANJURAN
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PEMBELAJARAN)
SEKOLAH KEBANGSAAN AIR MOLEK
BAGI TAHUN 2015

1.0

PENDAHULUAN
Program TERAPI HIDRO (TERAPI AIR) , PPKI FAMILY DAY & MAJLIS SAMBUTAN HARI
JADI merupakan projek julung kalinya yang dirancang oleh Program Pendidikan Khas Integrasi
(Pembelajaran) SK Air Molek bagi melengkapkan sukatan matapelajaran Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan murid-murid dari program ini serta julung julung kali di adakan. Program ini
dirancang bertujuan untuk merapatkan ukhuwah dan silaturahim di antara murid murid PPKI, ibu
bapa dan guru guru PPKI.

2.0

OBJEKTIF
2.1

Mengeratkan hubungan silaturrahim antara murid murid, ibu bapa dengan para guru
PPKI

3.0

2.2

Merapatkan jurang antara murid murid, ibu bapa dengan para guru PPKI

2.3

Menggalakkan penglibatan murid - murid dalam aktiviti-aktiviti luar yang dijalankan

2.4

Mengamalkan Terapi dalam Pendidikan Khas secara.

2.5

Memberi pendedahan sosial kepada murid murid PPKI

TARIKH DAN TEMPAT


Nama program

: Splish Splash, Lets Get Wet !!

Tempat

: Bayou Lagoon, Ayer Keroh, Melaka

Tarikh

: 4 November 2015 (cadangan)

Hari

: Rabu (cadangan)

4.0 PESERTA SASARAN


34 Orang Murid PPKI SK Air Molek
5.0 AJK PELAKSANA
Sila rujuk lampiran 1
6.0 ATURCARA PROGRAM
Sila rujuk lampiran 2

7.0 ANGGARAN PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN


Sila rujuk lampiran 3
8.0

PENUTUP
Diharapkan agar program ini dapat memberikan impak yang positif kepada jalinan hubungan murid

murid, ibu bapa dengan para guru PPKI SK Air Molek. Sehubungan itu, kerjasama dan sokongan
daripada semua pihak amat perlu agar objektif yang telah digariskan berjaya dicapai.
ANAK ISTIMEWA TANGGUNGJAWAB BERSAMA

Disediakan oleh,
................................
(PN NURAZLINA BT ZAMRAN)
Guru Penyelaras Program TERAPI HIDRO (TERAPI AIR)
Program Pendidikan Khas Integrasi Pembelajaran
SK Air Molek, Melaka

Disemak oleh : ....................................


(PN NORSUFIANA BINTI SAUPIAN)
Pengerusi
Guru Penolong Kanan PPKI
SK Air Molek, Melaka

Disahkan oleh :...........................................


(PN HJH NORAISAH BINTI MUHAMMED)
Guru Besar
SK Air Molek, Melaka

LAMPIRAN 1
AJK PELAKSANA
PROGRAM TERAPI HIDRO (TERAPI AIR) , PPKI FAMILY DAY & MAJLIS SAMBUTAN HARI JADI
Penaung
PN HJH NORAISAH BINTI MUHAMMED
Guru Besar
SK Air Molek, Melaka
Pengerusi
PN NORSUFIANA BINTI SAUPIAN
Guru Penolong Kanan PPKI
SK Air Molek, Melaka
Naib Pengerusi
En Asari bin Osman
Guru Penolong Kanan 1, SK Air Molek
Pn Hjh Noraini bt Abd Jalil
Guru Penolong Kanan HEM, SK Air Molek
Pn Umi Kalsom bt Buang
Guru Penolong Kanan Kokurikulum, SK Air Molek
Setiausaha
Pn Nurhudah bt Matsa
Bendahari
Pn Tuan Norsaliza bt Tuan Long & En Mohd Ali bin Salleh (Penjaga)
Penyelaras PPKI Family Day

: Pn Tuan Norsaliza bt Tuan Long

Penyelaras Program Terapi HIDRO

: Pn Nurazlina binti Zamran

Penyelaras Majlis Sambutan Hari Jadi

: Pn Nurhudah bt Matsa

Pengacara Majlis

: Cik Nurfazillah Laily bt Omar & En Suhairi (Penjaga)

Bacaan Doa

: Hj Roslee bin Jamaludin (Penjaga)

PA Sistem

: En Halim bin Jantan & En Asri (Penjaga)

Biro Logistik

: En Halim bin Jantan

Biro Dokumentasi / Buku Program

:Pn Nurhudah bt Matsa


Pn Wan Norazimah bt Wan Kemarulzaman

Biro Aktiviti

: Pn Tuan Norsaliza bt Tuan Long (K)


Pn Siti Nor Aminah binti Hassan
Pn Nurazlina binti Zamran
En Halim bin Jantan
Pn Nurhudah binti Matsa
Cik Nurfazillah Laily binti Omar

Biro Keselamatan, Kecemasan &


Kawalan disiplin

: Pn Suraya bt Razali
Pn Marina binti Abd Wahab
Pn Salmah bt Kamarudin

Biro Pendaftaran & Sambutan

: Pn Norsufiana bt Saupian
Pn Suhaida bt Ali

Biro Makanan & Persiapan Tempat

: Pn Nur Shaprina bt Bahari (K)


Pn Siti Saidatul Zakiah bt Azmi
Pn Noor Haslinda (Penjaga)

Biro Hadiah & Cenderahati

: Pn Nurhudah bt Matsa
Pn Suhaida bt Ali
Pn Kartini bt Sukri (Penjaga)

LAMPIRAN 2
ATURCARA PROGRAM
PROGRAM TERAPI HIDRO (TERAPI AIR) , PPKI FAMILY DAY & MAJLIS SAMBUTAN HARI JADI
4 November 2015 (RABU)
7.30a.m

: Pendaftaran murid - murid PPKI

7.45a.m

: Ketibaan penasihat dan para guru PPKI

8.30a.m

: Kata-kata aluan oleh Pn Nursufiana bt Saupian (GPK PPKI, SK Air Molek)

8.35a.m

: Ucapan Pn Hjh Noraisah bt Muhamed (Guru Besar, SK Air Molek)

8.45a.m

: Sarapan pagi

9.00a.m

: PPKI FAMILY DAY


TERAPI HIDRO - AKTIVITI REKREASI RENANG/HIDROTERAPI-( sila rujuk Lampiran 4 )
SAMBUTAN HARI JADI

1.30 p.m

: Penyampaian cenderamata

2.00 p.m

: Majlis Bersurai

LAMPIRAN 3
ANGGARAN PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN
PROGRAM TERAPI HIDRO (TERAPI AIR) , PPKI FAMILY DAY & MAJLIS SAMBUTAN HARI JADI
A.PENDAPATAN
YURAN PESERTA
PERUNTUKAN
SUMBANGAN LUAR/ TAJAAN

Kadar (RM)

Bilangan

RM

RM

50

34 MURID
13 GURU & STAF
34 PENJAGA

1,700.00
650.00
1,700.00

1,700.00
650.00
1,700.00
4,050.00

Harga per unit


(RM)

Bilangan

RM

RM

200
200

1 (BAS)

200
200

200
200

JUMLAH PENDAPATAN

B.PERBELANJAAN

1.

2.

3.

Logistik/ Peralatan
a) Pengangkutan
b) Peralatan
Makanan
a)

Sarapan pagi

5.00

81 orang

405.00

405.00

b)

Makan Tengahari

15.00

81 orang

1,215.00

1,215.00

c)

Kek

250.00

250.00

30.00
940.00

30.00
940.00

810.00

810.00

250

Cenderahati
a)
b)

Perasmi & VVIP


Hadiah Hari Jadi

20

c)

Door gift

10

JUMLAH PERBELANJAAN

3 orang
47 orang
(Murid & Staf
PPKI)
81 orang

4,050.00

LAMPIRAN 4
TERAPI HIDRO
Terapi hidro di lihat sesuai untuk perkembangan fizikal kerana kombinasi pergerakan motor kasar dan
halus serta mental murid dapat dirangsang secara serentak. Pergerakan dalam air didapati lebih mudah
dan bebas serta ti dak dibebani oleh keperluan alatan sokongan selain daya apungan air sahaja.
Rangsangan air yang secara semulajadi dapat membantu murid tenang walaupun pada permulaannya
sesetengah murid akan berasa takut untuk masuk ke dalam air. Perkara ini dapat diatasi dengan
membawa murid ke kawasan cetek sebelum berpindah ke kawasan yang lebih dalam. Secara tidak
langsung guru-guru telah melatih membina keyakinan diri murid-murid "water confidence". Melalui terapi
seumpama ini, ianya dapat memantapkan perkembangan fizikal dengan aktiviti-aktivi seperti regangan
seterusnya melembutkan sendi dan meningkatkan daya ketahanan jantung dan otot-otot rangka.
5.1. PENGENALAN
Pemilihan program rekreasi renang/hidroterapi bagi murid-murid Program Pendidikan Khas Pembelajaran
(PPKI) adalah bagi memberi peluang kepada murid-murid bermasalah pembelajaran menjalani aktiviti dan
program yang sama seperti murid-murid normal yang lain. Program yang dirancang biasanya merupakan
program awalan atau permulaan renang. Murid diajar berenang dan bermain air di dalam kolam yang
cetek. Kawasan yang paling dalam di kolam tersebut berukuran 1 meter.
5.2. OBJEKTIF
Aktiviti berenang dapat memberi keseronokan dan menggembirakan murid-murid bermasalah
pembelajaran ketika berada di dalam kolam atau air di samping dapat membentuk sikap kerjasama dengan
rakan-rakan mereka. Ia juga membolehkan murid-murid bermasalah pembelajaran memperolehi kemahiran
renang sama seperti murid-murid normal. Selain itu, renang juga merupakan salah satu latihan latihan
terapi (Hidroterapi/Terapi Air) bagi murid-murid PPKI ini.
5.3. DEFINISI DAN KONSEP
Hidroterapi didapati sesuai untuk perkembangan fizikal dan pergerakan motor kasar dan motor halus serta
mental murid-murid berkeperluan khas di mana segala otot-otot dan otak mereka dapat dirangsang,
pergerakan dalam air lebih mudah dan bebas, serta tidak dibebani seperti keperluan alat sokongan yang
menghadkan pergerakan.
Imbangan dalam air bukanlah masalah utama. Oleh itu lebih banyak pergerakan dapat dilakukan dan daya
penumpuan individu dapat dipertingkatkan dan masalah tingkahlaku didapati tidak seperti lazimnya. Ini
disebabkan oleh ransangan air secara semulajadi.
Walaubagaimanapun, murid-murid PPKI mungkin mengalami sedikit rasa takut dengan air. Di sinilah guru
memainkan peranan membantu dalam membina keyakinan diri. Hasilnya murid-murid akan dapat membina
konsep diri yang positif melalui aktiviti hidroterapi ini. Melalui hidroterapi juga, ianya dapat memantapkan
perkembangan fizikal melalui pelbagai aktiviti seperti regangan, melembutkan sendi-sendi, meningkatkan
daya ketahanan otot-otot dan jantung. Banyak aktiviti dan pergerakan yang tidak dapat dilakukan di darat
dapat dipraktikkan di dalam air.

Dalam hubungan ini, hidroterapi dapat meneroka pergerakan-pergerakan yang boleh dilakukan oleh muridmurid PPKI ini. Bagi sesetengah murid, mereka didapati lebih berkeyakinan di air berbanding di darat.
Kejayaan sesuatu program pengajaran bergantung pada prosedur pengajaran yang jelas, sokongan dan
garis panduan yang diberi. Walau bagaimanapun garis panduan adalah sama untuk semua, hanya
penyesuaian dan modifikasi diperlukan terhadap individu berkeperluanyang unik ini.
5.4. KEPENTINGAN HIDROTERAPI
Hidroterapi merupakan suatu bidang yang agak luas bertujuan untuk mengembalikan, memelihara dan
memulih keadaan emosi, fizikal, psikologi dan spiritual kepada keadaan yang lebih baik atau normal.
Antara kepentingan hidroterapi ini ialah:
i. Menghilangkan tekanan
ii. Keupayaan berkomunikasi
iii. Simulasi sistem otak
iv. Bina keyakinan diri
v. Kreativiti
vi. Kawalan diri
vii. Latihan Social skill
viii. Merangsang pertuturan
ix. Melatih sikap bekerjasama
x. Meningkatkan kesabaran
xi. Pengamatan
xii. Latihan koordinasi badan dan anggota badan yang lain
xiii. Latihan daya kepimpinan
xiv. Manipulasi tangan dan jari-jemari
xv. Daya konsentrasi
xvi. Pembentukan body image
xvii. Peningkatan self-esteem
5.5. PANDUAN KESELAMATAN
Sebelum menjayakan aktiviti renang untuk murid-murid PPKI ini, faktor yang paling penting dan perlu
diambil kira adalah faktor keselamatan. Kita melihat faktor keselamatan ini dalam sudut ketidakupayaan
fizikal dan tahap ketidakupayaan intelektual murid-murid tersebut.
i. Ketidakupayaan Fizikal
Guru hendaklah berada di dalam air dan bersedia untuk menerima murid ke dalam kolam. Semasa berada
di dalam air hendaklah dalam kedudukan berdiri dengan kaki terbuka dan kepala berada di atas paras air.
Gunakan bahagian atas badan untuk mengawal imbangan dan sentiasa apungkan badan. Elakkan
daripada menunjukkan perasaan bimbang kepada murid sewaktu berada di dalam air kerana ini boleh
menyebabkan mereka menjadi bimbang dan takut. Guru perlu sentiasa bercakap dan memberi galakkan
kepada murid semasa mereka hendak masuk ke dalam air. Eye Contact boleh membantu membina
keyakinan murid. Latihan hendaklah dimulakan dengan memasuki kawasan sudut kolam yang cetek.

ii. Ketidakupayaan Intelektual


Ketidakupayaan intelek juga dialami oleh murid PPKI di mana tahap tumpuan yang singkat menyebabkan
maklumat yang diberi tidak dapat disimpan dengan sempurna. Oleh itu, penjelasan guru perlulah ringkas
dan tepat. Ada murid-murid PPKI yang kurang persepsi kemahiran motor dan persepsi mengenai jarak
atau kedalaman kolam renang. Maka persepsi yang tepat dan betul perlu disampaikan kepada mereka.
Guru juga harus ingat bahawa murid-murid PPKI tidak mempunyai pencapaian kemahiran yang sama,
namun pada satu keadaan atau ketika mereka mungkin boleh menguasainya.
5.6 AKTIVITI REKREASI RENANG/HIDROTERAPI
i. Pendahuluan
Memanaskan badan dan meregangkan otot.
Mengenakan jaket keselamatan.
ii. Isi Pelajaran
Bermain-main di tepi air.
Murid masuk ke dalam kolam dengan bantuan guru dengan cara yang betul
Guru membantu murid mengadakan aktiviti-aktiviti ampungan.
Melakukan aktiviti berjalan di dalam kolam dengan bantuan guru.
Aktiviti renang dengan bantuan guru.
Aktiviti renang bebas menggunakan bola dengan pemerhatian guru.
Murid keluar daripada kolam dengan menggunakan kaedah tertentu.
iii. Penutup
Aktiviti kelonggaran dan regangan tangan dan kaki.
Mengemaskan dan membersihkan dir

LAMPIRAN 3
A )PENDAPATAN
BAYARAN PENYERTAAN/
PERUNTUKAN/SUMBANGAN
LUAR/ TAJAAN

KADAR (RM)
100.00
70.00

BILANGAN
34 ORANG MURID PPKI
13 STAF & 34 PENJAGA

JUMLAH PENDAPATAN

RM
3,400.00
3,290.00
6,690.00

B)PERBELANJAAN
LOGISTIK
KHEMAH
CORDLESS MICROPHONE
KEK
HADIAH HARI JADI
PERALATAN & PERMAINAN
TELEMATCH
(KANAK-KANAK)
PERMAINAN WATERPARK
(KANAK-KANAK)
MAKANAN
(KANAK-KANAK)
JUMLAH PERBELANJAAN

KADAR (RM)
280.00
450.00
80.00
250.00
10.00

RM
280.00
450.00
80.00
250.00
470.00

20.00

BILANGAN
1
1
1
1
34 ORANG MURID + 13
ORANG STAF
34 ORANG MURID PPKI

16.00

34 ORANG MURID PPKI

544.00

28.00

34 ORANG MURID PPKI

952.00

680.00

3,706.00

C)PERBELANJAAN
PERALATAN & PERMAINAN
TELEMATCH
(DEWASA)
PERMAINAN WATERPARK
(DEWASA)
MAKANAN
(DEWASA)
CENDERAHATI PERASMI
DOOR GIFT
JUMLAH PERBELANJAAN
JUMLAH PENDAPATAN (RM)
6,690.00

KADAR (RM)
20.00

BILANGAN
13 STAF & 34 PENJAGA

RM
940.00

22.00

13 STAF & 34 PENJAGA

1,034.00

28.00

13 STAF & 34 PENJAGA

1,316.00

10.00
5.00

3 ORANG
81 ORANG

30.00
405.00
3,725.00

JUMLAH PERBELANJAAN
B+C
3,706.00 + 3,725.00 =
7,431.00

KEKURANGAN
-741.00

Anda mungkin juga menyukai