Anda di halaman 1dari 8

KERTAS KERJA TERAPI AIR

KE MERBAH ECO-RESORT, BENUT, PONTIAN JOHOR.

1.0 PENGENALAN
Program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran, SK Seri Setia terdiri
daripada murid-murid istimewa dari pelbagai kategori seperti Sindrom Down, Autism,
Terencat Akal dan Slow Learner.
Pihak Sekolah sentiasa berusaha mengadakan aktiviti luar atau lawatan sambil
belajar bagi memenuhi program persekolahan. Aktiviti seperti ini amat perlu untuk
murid-murid ini bagi memperkembangan diri mereka dari aspek jasmani, rohani, dan
intelek disamping dapat memupuk perasaan bangga dan lebih dihargai walaupun
mengalami kekurangan. Bagi menjayakan program ini,kerjasama dan sokongan dari
semua pihak amatlah diharapkan.

2.0 MATLAMAT
Meningkatkan keyakinan terhadap air di samping mengeratkan hubungan antara murid
dan guru serta sesama murid.
3.0 OBJEKTIF
1. Memenuhi keperluan individu yang mempunyai pelbagai tahap keupayaan ke
arah kehidupan yang lebih bermakna selaras dengan kehendak Falsafah
Pendidikan Khas.
2. Memberi peluang kepada murid-murid istimewa berkomunikasi dengan
masyarakat sekeliling dan persekitaran.

3. Melahirkan perasaan yakin dan mewujudkan perasaan gembira pada muridmurid istimewa.
4. Murid murid dapat didedahkan dengan persekitaran dunia luar supaya mereka
dapat menyesuaikan dalam apa jua keadaan.
5. Memupuk perasan bangga dan rasa dihargai dikalangan murid-murid istimewa
walaupun mengalami kekurangan.
6. Terapi ini juga bertujuan mendapatkan kaedah rawatan susulan agar murid boleh
mengawal pernafasan serta menguatkan otot-otot mereka. Disamping supaya
murid-murid dapat menyeimbangi keperluan intelektual dan rohani.

4.0

PENGLIBATAN

Terapi Air ini dijayakan oleh:


Murid-Murid

: 6 Orang

Guru-Guru

: 3 Orang

Pembantu Pengurusan Murid

: 1 Orang

Jumlah

: 10 Orang

5.0 AGENDA LAWATAN


Tarikh

19 April 2015

Hari

Ahad

Tempat

Merbah Eco Resort, Benut.

Sasaran :

Murid-murid program Pendidikan Khas Integrasi SKSS

6.0 ANGGARAN PEMBELANJAAN

BIL
1

PERKARA
Pengangkutan

KOS INDIVIDU
2 buah kereta x RM

JUMLAH KOS
RM40.00

20.00
2
3
4

Makan pagi
Makan Tengahari
Bayaran Kolam Renang

Disediakan oleh ibu bapa


6 orang x RM 5.00
RM35.00
6 orang x RM 10.00
RM60.00
JUMLAH
RM 135.00

7.0 ATURCARA TERAPI AIR KE MERBAH ECO-RESORT

19 APRIL 2015
MASA
7.30 Pagi
8.30 Pagi
9.00 Pagi
9.30 Pagi
10.00 Pagi
11.00 Pagi
11.30 Pagi
12.00 tengahari

AKTIVITI
Berkumpul di sekolah, dan bersarapan pagi
Bertolak Ke Mebah Eco Resort
Tiba di Mebah Eco Resort
Taklimat dari Instruktor Renang, dan Langkah-Langkah Keselamatan
Aktiviti Renang dimulakan
Rehat dan makan
Bertolak balik
Tiba di Sekolah Kebangsaan Seri Setia

8.0 JAWATANKUASA INDUK TERAPI AIR KE MERBAH ECO-RESORT

PENGERUSI
EN. MOHD SIHHOLHAFIS BIN MOHD RUKIBAN (GURU BESAR)

TIMBALAN PENGERUSI
PN. HJH. SITI KHADIJAH BINTI SHAHID
NAIB PENGERUSI I
TN. HJ. MISRAN BIN SURAT
NAIB PENGERUSI II
EN. MOHD RAYA BIN PADIMAN
SETIAUSAHA
EN. MOHD NASIR BIN ALI
BENDAHARI
CIK LILI FARHANA BINTI MD YASIN
JAWATANKUASA KERJA
URUSETIA
PN. SYAHIDAH BT SULAIMAN
Kawalan Murid
CIK LILI FARHANA BT MD. YASIN
Dokumentasi
EN MOHD NASIR BIN ALI
Makanan
EN. HAIRUDIN BIN AHMAD
Keselamatan & Displin
EN. NASIR BIN ALI
Pengangkutan
9.0 PENUTUP
Adalah diharapkan bahawa program ini dapat berlangsung dan mendapat sokongan daripada
pelbagai pihak supaya murid-murid berkeperluan khas dapat peluang yang sama rata dengan
murid-murid biasa serta dapat mendapat meningkatkan keyakinan murid berada dalam air

sekaligus meningkatkan keupayaan motor halus dan motor kasar murid-murid melalui terapi air
ini.

Disediakan oleh:

Disokong oleh:

.................................................

.....................................................

(MOHD NASIR BIN ALI)


Penyelaras
Program Pendidikan Khas Integrasi
SK Seri Setia

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI


SEKOLAH KEBANGSAAN SERI SETIA
KG PERMATANG DUKU
82200 BENUT, PONTIAN JOHOR.
FAX: 09 4863039

Tarikh

: 6 April 2015

Guru Besar
SK Seri Setia,
Kg Permatang Duku,
82200 Benut, Pontian Johor.
Tuan,
TERAPI AIR DI MERBAH ECO RESORT, BENUT.
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
2.
Sukacita dimaklumkan bahawa guru-guru Program Pendidikan Khas, Bermasalah
Pembelajaran, Sek. Keb. Seri Setia, ingin menganjurkan program Terapi Renang di Merbah Eco
Resort. Butiran untuk aktiviti tersebut adalah seperti berikut:
Tarikh
Hari
Masa
Peserta

:
:
:
:

15 April 2015
Rabu
7.30 pagi 12.00 tengahari
10 Orang (murid dan guru)

3.
Untuk pengetahuan pihak tuan/puan, tujuan lawatan ini ialah untuk memberi peluang
kepada murid agar dapat menyeimbangi keperluan intelektual dan rohani di samping memenuhi
tuntutan fizikal.
4.
Sehubungan itu,kami amat berharap pihak tuan/puan dapat mempertimbangkan
permohonan ini. Segala kerjasama dan keperihatinan tuan sangat kami hargai.
Sekian,terima kasih.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Yang menjalankan tugas,

Mohd Nasir Bin Ali


Penyelaras PPKI
SK Seri Setia.
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI
SEKOLAH KEBANGSAAN SERI SETIA
KG PERMATANG DUKU,
82200 BENUT, PONTIAN JOHOR.
FAX: 09-4863039
Tarikh

: 6 April 2015

Pengurus,
Merbah Eco Resort,
822000 Benut, Pontian, Johor.
U.P ( En.)
Tuan/Puan,
TERAPI AIR DI MERBAH ECO RESORT
Dengan segala hormatnya,perkara di atas adalah dirujuk.
2.

Sukacita dimaklumkan bahawa Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah


Pembelajaran, Sek. Keb. Seri Setia akan menganjurkan program Terapi Renang di Merbah Eco
Resort. Butiran mengenai lawatan tersebut adalah seperti berikut:
Tarikh
:
15 April 2015
Hari
:
Rabu
Peserta
:
10 Orang (murid termasuk guru)
3.
Untuk pengetahuan pihak tuan/puan, murid-murid ini terdiri daripada kanak-kanak yang
mempunyai Masalah Sindrom Down, Autisma, Terencat Akal dan Slow Learner. Aktiviti ini
bertujuan untuk memberi rawatan susulan yang seimbang dari segi intelektual jasmani dan
rohani, selain dapat menguatkan otot-otot murid-murid dan membantu pernafasan mereka.
4.
Sehubungan itu, kami memohon jasa baik tuan/puan agar dapat membantu memberi
penerangan mengenai langkah-langkah/peraturan keselamatan serta membantu mengawasi
mereka. Pihak kami juga berharap agar pihak tuan dapat mengurangkan pembayaran ke atas
murid kami yang tergolong di dalam golongan Orang Kurang Upaya (OKU).
Sekian, terima kasih.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Yang Menjalankan Tugas,

.
Mohd Nasir Bin Ali
Penyelaras PPKI SK Seri Setia

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI SETIA


KG PERMATANG DUKU, 82200 BENUT,
PONTIAN, JOHOR.

KERTAS CADANGAN
PROGRAM TERAPI AIR
DI MERBAH ECO-RESORT

TARIKH:
19 April 2015

TEMPAT:
Merbah Eco-Resort, Benut. .

ANJURAN:
Jawatankuasa Kelas Pendidikan Khas Integrasi
Sekolah Kebangsaan Seri Setia

Anda mungkin juga menyukai