Anda di halaman 1dari 5

SEKOLAH KEBANGSAAN

KAMUNTING,
34600, PERAK.

KERTAS CADANGAN SENAM AEROBIK BULAN KECERGASAN NEGARA

ANJURAN :

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMUNTING

DAN

GURU PELATIH AMBILAN JANUARI 2012

TARIKH :

10 OKTOBER 2015 ( SABTU )

MASA:

8.00 PAGI - 9.00 PAGI

TEMPAT:

PADANG SK KAMUNTING
1.0 TAJUK PROGRAM
SENAM AEROBIK BULAN KECERGASAN

2.0 PENDAHULUAN

Bulan Kecergasan Kementerian Pelajaran Malaysia ( KPM ) telah dijalankan mulai tahun
2007 dimana KPM berhasrat untuk melibatkan seramai mungkin warga sekolah dan murid
untuk menyertai aktivitiaktiviti kecergasan seiring dengan Dasar Sukan Negara yang
merangkumi Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan. Dasar KPM dalam
1Murid 1Sukan ( 1M 1S ) juga dapat dilengkapkan dan selaras dengan hasrat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan modal insan yang holistik dan produktif untuk
pembangunan Negara. Oleh itu, Program Senam aerobik bulan kecergasan diadakan bagi
memenuhi kehendak KPM sejurus melibatkan para murid mengamalkan gaya hidup sihat
setiap hari seperti pemakanan yang sihat, senaman, menjaga berat badan dan penjagaan
kesihatan yang sempurna bagi meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan diri.

Senam aerobik bulan kecergasan merupakan landasan bagi sekolah melaksanakan


aktiviti senamrobik di sekolah sebagai aktiviti amalan sepanjang tahun di semua sekolah
seluruh Negara. Aktiviti senamrobik ini juga boleh dilakukan dalam program bulan
kecergasan di sekolah kerana ianya dapat membangunkan modal insan melalui penyertaan
yang menyeluruh dari kalangan guru dan murid dalam kegiatan sukan sekaligus dapat
memupuk budaya bersukan di kalangan murid sekolah agar menjadi ahli masyarakat yang
mengamalkan gaya hidup sihat.

Selain itu, aktiviti senaman ini juga dapat mengekalkan lajakan berterusan
pelaksanaan Dasar 1 Murid 1 Sukan. Aktiviti senamrobik dapat dipraktikkan di dalam
kehidupan seharian murid-murid sejak dari kecil sehingga dewasa dan seterusnya
menjadikan amalan gaya hidup sihat dan aktif kepada semua masyarakat. Akhir sekali
adalah diharapkan guru dan murid dapat melibatkan diri dalam aktiviti sukan secara
menyeluruh dan bersepadu bagi menjayakan dasar 1 Murid 1 Sukan Kementerian Pelajaran
Malaysia.

3.0 OBJEKTIF
a. Meningkatkan kecergasan dan tahap kesediaan murid dan guru untuk bersenam.
b. Melibatkan penyertaan semua murid dan guru.
c. Mengamal dan mempraktikkan gaya hidup sihat dan cergas.
d. Mengamalkan aktiviti kecergasan fizikal dengan cara yang betul.
4.0 TEMPAT

PADANG SK KAMUNTING
5.0 TARIKH DAN MASA

Tarikh : 10 Oktober 2015 ( Sabtu )

Masa : 8.00 Pagi 9.00 Pagi

6.0 SASARAN/PESERTA

Murid tahun 4,5 dan 6

7.0 TENTATIF PROGRAM

7.00 pagi 7:30 pagi : Murid-murid berkumpul di tapak perhimpunan.

7:30 pagi 8:00 pagi : Taklimat ringkas daripada Pengerusi program.

8:00 petang 8:45 pagi : Regangan

: Memanaskan badan

: Senamrobik 1 Murid 1 Sukan

: Cooling Down

8:45 pagi 9:00 pagi : Penutup dan Bersurai

8.0 AHLI JAWANTANKUASA PENGELOLA

Ahli Jawantankuasa Induk

Pengerusi : En. Zulkifli Bin Yaacob


Naib Pengerusi : Pn Hairul Hazlina Binti Abdul Ghani (GPK Kokurikulum)
En. Suhaimi Bin Ismail (GPK Pentadbiran)
Setiausaha : Cik Nurul Atiqah Bt. Mustafa
Penyelaras : En. Muhammad Arif Bin Alias
Pen. Penyelaras : En. Muhammad Abdul Muiz bin Abd Rahman

9.0 ANGGARAN PERBELAJAAN

Tidak memerlukan sebarang perbelajaan kerana alatan diperoleh daripada stor


sukan dan siaraya sekolah.

10.0 Penutup

Diharapkan Senam Aerobik Bulan Kecergasan dapat meningkatkan budaya bersukan


dikalangan semua warga pendidikan dan murid sekolah dari semasa ke semasa. Senam
aerobik ini juga merupakan satu platform bagi warga pendidikan memulakan amalan atau
budaya bersukan dengan cara yang mudah dan menyeronokkan. Sesungguhnya individu
yang cergas dan sihat bukan sahaja memberi manfaat kepada diri sendiri, tetapi ia turut
memberi manfaat kepada keluarga, masyarakat, organisasi dan seterusnya kepada Negara.

PERAKUAN GURU PENOLONG KANAN KOKURIKULUM

Saya telah berbincang dengan guru/ penyelaras yang berkenaan dan


bersetuju/ tidak bersetuju untuk memperakui perlaksanaan program ini seperti
berikut :

___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________

Disokong oleh :

______________________

(PUAN HAIRUL HAZLINA Bt. ABDUL GHANI)


Guru Penolong Kanan Kokurikulum,
Sekolah Kebangsaan Kamunting.
PENGESAHAN PENASIHAT PROGRAM

Saya telah berbincang dengan jawatankuasa program ini dan bersetuju/ tidak
bersetuju supaya program ini dilaksanakan seperti berikut :

___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
__________________________________________________________________

Tandatangan,
_________________

(ENCIK ZULKIFLI BIN YAACOB)


Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Kamunting.

Anda mungkin juga menyukai