Anda di halaman 1dari 6

1.

PENGENALAN

Terapi Hidro merupakan suatu bidang yang agak luas bertujuan untuk mengembalikan,
memelihara dan memulih keadaan emosi, fizikal, psikologi dan spiritual kepada keadaan yang
lebih baik dan normal. Dengan ini, murid-murid bermasalah pembelajaran seperti ADHD,
Sindrome Down dan Serebral palsi berpeluang untuk menjalani aktiviti dan program yang
sama seperti murid-murid yang normal.

Pihak sekolah sentiasa berusaha mengadakan aktiviti luar atau lawatan sambil belajar
bagi memenuhi program persekolahan. Terapi Hidro akan diadakan 2 kali setahun supaya
murid-murid berkeperluan khas dapat berkembang khasnya dari segi fizikal mahupun mental.
Terapi Hidro dilihat sesuai untuk perkembangan fizikal kerana kombinasi pergerakan motor
kasar dan halus serta mental murid dapat dirangsang secara serentak. Aspek-aspek
keselamatan telah dipentingkan semasa aktiviti terapi hidro dijalankan. Dengan bantuan guru,
murid-murid dapat melatih membina keyakinan diri dan dapat memantapkan perkembangan
fizikal dengan aktiviti-aktiviti seperti regangan. Murid-murid juga dapat meningkatkan daya
ketahanan jantung dan otot-otot rangka.

2. TAJUK

Program Terapi Hidro

3. DIKELOLAKAN OLEH

Guru Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SK

4. ASAS PERTIMBANGAN

Program ini bertujuan untuk mematuhi keperluan akedemik murid-murid Bermasalah


Pembelajaran (Pendidikan Khas) yang telah ditetapkan oleh Bahagian Pendidikan Guru,
Kementerian Pendidikan Malaysia yang berkuatkuasa mulai Julai 2004.
5. RASIONAL

Berdasarkan sejarah, terapi air dipelopori paderi Bavaria Jerma, Sebastian Kneipp pada
awal abad ke-19 yang menghidap batuk kering. Dia percaya banyak penyakit boleh disembuhkan
dengan menggunakan air bagi menyingkirkan bahan kumuh dan toksik daripada badan. Terapi
hidro bermakna menggunakan air dalam sebarang bentuk untuk mengembalikan tenaga,
mengekal, menjaga kesihatan dan melegakan kesakitan otot. Terapi air yang dijalankan di kolam
renang mempunyai kelebihan tersendiri kerana ada pergerakan yang tidak boleh dilakukan di
atas tanah (darat) terutama bagi individu yang alami masalah kecederaan tulang belakang, strok
dan artritis boleh dilakukan dengan mudah di dalam air.

Rangsangan air secara semula jadi dapat membantu murid-murid untuk mempunyai
emosi yang tenang. Guru berperanan untuk membimbing murid-murid berkeperluan khas dalam
melancarkan terapi hidro ini. Menerusi terapi hidro, murid-murid dapat membina keyakinan diri
melalui aktiviti di dalam air. Selain itu, murid-murid juga diberi peluang untuk mengawal diri serta
merangsang pertuturan mereka supaya mereka dapat berkomunikasi secara berkesan. Murid-
murid boleh memupuk sikap bekerjasama apabila aktiviti kumpulan dijalankan. Aktiviti-aktiviti
yang dijalankan semasa proses terapi hidro merupakan salah satu kaedah di sekolah ini untuk
memulihkan murid-murid berkeperluan khas.

6. MATLAMAT

1. Melengkapkan keperluan akedemik Pendidikan Khas dan memberi pengalaman kepada


murid-murid berkeperluan khas.
2. Meningkatkan keyakinan terhadap air di samping belajar berkomunikasi antara satu sama
lain.

7. OBJEKTIF

1. Memberi pendedahan awal kepada murid-murid


2. Murid dapat menghilangkan tekanan dan menguatkan otot kaki untuk bergerak.
3. Melahirkan perasaan yakin dan mewujudkan perasaan gembira pada murid-murid
istimewa.
4. Murid dapat mendengar dan mengikut arahan yang diberi.
5. Murid-murid dapat melatih bertutur secara lancar dan membentuk sikap kerjasama
dengan rakan-rakan mereka.

6. Murid dapat didedahkan dengan persekitaran dunia luar supaya mereka dapat
menyesuaikan dalam sesuatu keadaan.

8. KUMPULAN SASARAN
Murid : 5 orang
Guru : 2 orang
PPM : 1 orang
JUMLAH : 8 orang

9. TARIKH
Ahad, 09 Februari 2020

10.0 TEMPAT
Kulim Golf & Country Resort, Persiaran Kulim Golf, Kulim Hi-tech Park, 09000 Kulim, Kedah

11.0 JAWATANKUASA TERAPI HIDRO

Penasihat : En. (Guru Besar)


Pengerusi : En. (Penolong Kanan Kokurikulum)
Pendaftaran : En (Guru PPKI)
Dokumentasi : Pn. (Guru PPKI)
Disiplin : En (Guru PPKI)
Kebajikan : Pn. (PPM)
Makanan : Pn. (PPM)
Pn. PPKI)
En (Guru PPKI)
13.0 TENTATIF PROGRAM

7.45 pagi : Berkumpul dan sarapan di kantin sekolah.

8.15 pagi : Bacaan doa oleh Ustaz Suffian

8.30 pagi : Bertolak ke Kulim Golf & Resort

9: 45 pagi : Tiba di Kulim Golf & Resort

10.00 pagi : Pendaftaran peserta & Taklimat ringkas

10.30 pagi : Terapi Hidro

12.30 tengahari : Makan tengahari

12:45 tengahari : Bertolak pulang

14.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA KUANTITI JUMLAH

1 Bayaran Penyertaan RM30.00 x 5 orang RM 150.00

RM 150.00
JUMLAH

Sumber Pendapatan : Peruntukan Pendidikan Khas Integrasi LPBT : RM 152.90


15.0 PENUTUP

Terapi Hidro ini mampu membantu murid-murid khas yang melatih fizikal mereka bergerak
dengan betul. Adalah diharapkan program ini dapat memberikan pendedahan kepada semua
murid Pendidikan Khas dengan secara langsung. Muird-murid akan mendapat kebebasan
bergerak di dalam air kerana kebanyakkan di antara mereka terbatas pergerakannya di darat.
Hal ini demikian kerana, semasa berada di dalam air suhu air yang sesuai akan membantu otot
menjadi lembut. Rintangan yang diberikan oleh air juga akan menjadikan otot mereka lebih kuat.

Terapi ini juga memerlukan nasihat daripada pakar untuk mematuhi teknik yang betul dan
efektif. Seteruanya, guru-guru perlulah mempunyai teknik yang betul sebelum membawa kanak-
kanak khas ini menjalani Terapi Hidro. Terapi hidro boleh dijadikan sebagai satu terapi berwajib
bagi murid-murid Pendidikan Khas sebagai latihan berasaskan fizikal, mental, emosi, intelaktual
dan sosial.

Semoga segala aktiviti yang telah dirancang dapat dijayakan dengan sokongan dan
kerjasama daripada semua pihak. Semoga program ini juga dapat memberi manfaat dan
pengalaman kepada murid-murid Pendidikan Khas di sekolah kami.

Disediakan Oleh: Disahkan Oleh

……………………………………… ………………………………………
( ) ( )
Penyelaras Pendidikan Khas Guru Besar
SK SK

Anda mungkin juga menyukai