Anda di halaman 1dari 8

SEKOLAH KEBANGSAAN KG.

TUN RAZAK

BUKIT KATIL, 75450 MELAKA

TEL: 06-2310804

FAX: 06-2310859

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI

(MASALAH PEMBELAJARAN)

KERTAS CADANGAN
PROGRAM TERAPI RENANG (HIDRO)

TARIKH : 16 Fabruari 2016


HARI : Selasa
TEMPAT : Bayou Lagoon Park Resort
TERAPI RENANG (HIDRO)

Pemilihan program rekreasi renang/hidroterapi bagi murid-murid Program Pendidikan


Khas adalah bagi memberi peluang kepada murid-murid bermasalah pembelajaran
menjalani aktiviti dan program yang sama seperti murid-murid normal yang lain.
Program yang dirancang biasanya merupakan program awalan atau permulaan renang.
Murid diajar berenang dan bermain air di dalam kolam yang cetek. Kawasan yang
paling dalam di kolam tersebut berukuran 1 meter.

Terapi renang di lihat sesuai untuk perkembangan fizikal kerana kombinasi


pergerakan motor kasar dan halus serta mental murid dapat dirangsang secara
serentak. Pergerakan dalam air didapati lebih mudah dan bebas serta tidak dibebani
oleh keperluan alatan sokongan selain daya apungan air sahaja.

Rangsangan air yang secara semulajadi dapat membantu murid tenang


walaupun pada permulaannya sesetengah murid akan berasa takut untuk masuk ke
dalam air. Perkara ini dapat diatasi dengan membawa murid ke kawasan cetek sebelum
berpindah ke kawasan yang lebih dalam. Secara tidak langsung ianya telah melatih
membina keyakinan diri murid-murid "water confidence". Melalui terapi seumpama ini,
ianya dapat memantapkan perkembangan fizikal dengan aktiviti-aktivi seperti regangan
seterusnya melembutkan sendi dan meningkatkan daya ketahanan jantung dan otot-
otot rangka.

TUJUAN TERAPI RENANG

Aktiviti berenang dapat memberi keseronokan dan menggembirakan murid-murid


bermasalah pembelajaran ketika berada di dalam kolam atau air di samping dapat
membentuk sikap kerjasama dengan rakan-rakan mereka. Ia juga membolehkan murid-
murid bermasalah pembelajaran memperolehi kemahiran renang sama seperti murid-
murid normal. Selain itu, renang juga merupakan salah satu terapi (Hidroterapi/Terapi
Air) bagi murid istimewa.
KONSEP

Terapi Renang didapati sesuai untuk perkembangan fizikal dan pergerakan motor kasar
dan motor halus serta mental murid-murid berkeperluan khas di mana segala otot-otot
dan otak mereka dapat dirangsang, pergerakan dalam air lebih mudah dan bebas,
serta tidak dibebani seperti keperluan alat sokongan yang menghadkan pergerakan.
Imbangan dalam air bukanlah masalah utama.
Oleh itu lebih banyak pergerakan dapat dilakukan dan daya penumpuan individu
dapat dipertingkatkan dan masalah tingkahlaku didapati tidak seperti lazimnya. Ini
disebabkan oleh ransangan air secara semulajadi.

Walaubagaimanapun, murid berkeperluan khas mungkin mengalami sedikit rasa


takut dengan air. Di sinilah guru memainkan peranan membantu dalam membina
keyakinan diri. Hasilnya murid-murid akan dapat membina konsep diri yang positif
melalui aktiviti hidroterapi ini. Melalui terapi air juga, ianya dapat memantapkan
perkembangan fizikal melalui pelbagai aktiviti seperti regangan, melembutkan sendi-
sendi, meningkatkan daya ketahanan otot-otot dan jantung. Banyak aktiviti dan
pergerakan yang tidak dapat dilakukan di darat dapat dipraktikkan di dalam air.

Dalam hubungan ini, hidroterapi dapat meneroka pergerakan-pergerakan


yang boleh dilakukan oleh murid. Bagi sesetengah murid, mereka didapati lebih
berkeyakinan di air berbanding di darat. Kejayaan sesuatu program pengajaran
bergantung pada prosedur pengajaran yang jelas, sokongan dan garis panduan yang
diberi. Walau bagaimanapun garis panduan adalah sama untuk semua, hanya
penyesuaian dan modifikasi diperlukan terhadap individu berkeperluanyang unik ini.

KEPENTINGAN TERAPI RENANG


Terapi Renang merupakan suatu bidang yang agak luas bertujuan untuk
mengembalikan, memelihara dan memulih keadaan emosi, fizikal, psikologi dan
spiritual kepada keadaan yang lebih baik atau normal. Antara kepentingan
hidroterapi ini ialah:
1. Menghilangkan tekanan.
2.Keupayaan berkomunikasi.
3. Simulasi sistem otak.
4. Bina keyakinan diri.
5. Kreativiti.
6. Kawalan diri.
7. Latihan ‘Social skill’.
8. Merangsang pertuturan.
9. Melatih sikap bekerjasama.
10. Meningkatkan kesabaran.
11. Pengamatan.
12. Latihan koordinasi badan dan anggota badan yang lain.
13. Latihan daya kepimpinan.
14. Manipulasi tangan dan jari-jemari.
15. Daya konsentrasi.
16. Pembentukan ‘body image’.
17. Peningkatan ‘self-esteem.

PANDUAN KESELAMATAN

Sebelum menjayakan aktiviti renang untuk murid-murid berkeperluan khas ini, faktor
yang paling penting dan perlu diambil kira adalah faktor keselamatan. Kita melihat
faktor keselamatan ini dalam sudut ketidakupayaan fizikal dan tahap ketidakupayaan
intelektual murid-murid tersebut.

i. Ketidakupayaan Fizikal
Guru hendaklah berada di dalam air dan bersedia untuk menerima murid ke
dalam kolam. Semasa berada di dalam air hendaklah dalam kedudukan berdiri
dengan kaki terbuka dan kepala berada di atas paras air. Gunakan bahagian
atas badan untuk mengawal imbangan dan sentiasa apungkan badan. Elakkan
daripada menunjukkan perasaan bimbang kepada murid sewaktu berada di
dalam air kerana ini boleh menyebabkan mereka menjadi bimbang dan takut.
Guru perlu sentiasa bercakap dan memberi galakkan kepada murid semasa
mereka hendak masuk ke dalam air. ‘Eye Contact’ boleh membantu membina
keyakinan murid. Latihan hendaklah dimulakan dengan memasuki kawasan
sudut kolam yang cetek.

ii. Ketidakupayaan Intelektual


Ketidakupayaan intelek juga dialami di mana tahap tumpuan yang singkat
menyebabkan maklumat yang diberi tidak dapat disimpan dengan sempurna.
Oleh itu, penjelasan guru perlulah ringkas dan tepat. Terdapat murid
berkeperluan khas yang kurang persepsi kemahiran motor dan persepsi
mengenai jarak atau kedalaman kolam renang. Maka persepsi yang tepat dan
betul perlu disampaikan kepada mereka. Harus diingat bahawa murid-murid
berkeperluan khas tidak mempunyai pencapaian kemahiran yang sama, namun
pada satu keadaan atau ketika mereka mungkin boleh menguasainya.

PENGANJUR

Program Pendidikan Khas Integrasi Sekolah Kebangsaan Kg. Tun Razak.

SASARAN

Semua murid Program Pendidikan Khas Integrasi Kg. Tun Razak.

PENGIRING

Guru-guru PPKI, guru-guru praktikal dan Pembantu Pengurusan Murid Program


Pendidikan Khas Integrasi SK Kg. Tun Razak
BUTIRAN AKTIVITI

Tarikh : 16 Februari 2016

Hari : Selasa

Masa : 8.00pagi – 1.00 petang

Tempat : Bayou Lagoon Park Resort, Melaka

JAWATANKUASA PROGRAM LAWATAN & PENDIDIKAN LUAR

Pengerusi : En. Mohd Shaipul Rizal bin Kadir

Bendahari : Pn. Norafnizan binti Zakair

AJK :
En. Mohd Shaipul Rizal bin Kadir (Ketua Aktiviti)
Pn. Norafnizan binti Zakair (Pengangkutan)
Pn. Nur Azeeyatty binti Hj. Abd. Rahim (Gambar & Dokumentasi)
Cik Siti Aishah binti Safiee (Pengiring)
Cik Nur Hanisah binti Maseroo (Pengiring)
Pn. Zainoryanty Akmar binti Zainal Abidin (Makanan & Kawalan Murid)

ATURCARA PROGRAM

MASA AKTIVITI
Bergerak ke Golden Screen Cinema, AEON
9.00 – 10.00 PAGI
Bandaraya, Melaka.
Aktiviti membeli tiket dan persediaan sebelum
10.00 – 10.45 PAGI
masuk.
10.45 – 12.45 TGH Aktiviti Terapi Minda dan Audio Visual.
12.45 – 1.15 PTG Bertolak pulang semula ke sekolah.
1.15 – 2.00 PTG Bertolak pulang ke sekolah Kg. Tun Razak .
ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA JUMLAH JUMLAH JUMLAH


SEUNIT (RM) PESERTA KESELURUHAN
(RM)
1 Sewa 1 van 60.00 14 orang 60.00
( 8 murid)
(6 guru)
2 Makanan murid 3.00 8 murid 24.00

3. Kos tiket wayang 8 murid


JUMLAH RM

Sumber Kewangan :

Wang peruntukan PCG P.Khas RM

JUMLAH RM

PENUTUP

Adalah diharapkan agar program ini mencapai objektifnya dan meninggalkan


pengalaman paling bermakna dalam diri murid-murid berkeperluan khas ini. Diharapkan
juga program ini dapat mencapai semua objektif yang telah disasarkan bagi
merangsang minda dan emosi serta meningkatkan koordinasi audio visual murid-murid
Pendidikan Khas.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

…………………………………………… ……………………………
(MOHD SHAIPUL RIZAL BIN KADIR) (AISAH BT JOHAR)
Penyelaras Program Pendidikan Khas Integrasi Guru Besar,
(Bermasalah Pembelajaran), Sekolah Kebangsaan Kampung Tun Razak,
Sekolah Kebangsaan Kampung Tun Razak, Bukit Katil,
Bukit Katil, 75450 Melaka.

75450 Melaka.

Anda mungkin juga menyukai