Anda di halaman 1dari 10

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI

SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR TASIK SELATAN

KERTAS KERJA
TERAPI memanah TAHUN 2017

MASA : 8.00 11.00 PAGI


TARIKH : 29 SEPTEMBER 2017
HARI : JUMAAT
TEMPAT : SK BANDAR TASIK SELATAN

DISEDIAKAN OLEH
PN.NURUL AIN BINTI HASAN
1.0 PENGENALAN

Memanah adalah merupakan satu aktiviti yang telah wujud sejak beratus-ratus tahun

dahulu. Zaman dahulu manusia menggunakan kemahiran memanah untuk memburu

binatang dijadikan makanan ataupun berperang. Tetapi hari ini banyak negara

berlumba-lumba menguasai kemahiran ini adalah untuk melonjakkan nama dalam

arena sukan.

Sesuai dengan perkembangan dunia pendidikan masa kini yang semakin

mencabar dalam era menuju ke pendidikan global dan bertaraf dunia, seharusnya para

guru khususnya yang terlibat dalam dunia sukan diperlengkapkan dengan sebanyak

mungkin ilmu bagi memikul tanggungjawab mendidik, membimbing dan melatih anak-

anak murid kelainan upaya bagi mencapai visi dan misi Kementerian Pelajaran

Malaysia.

2.0 RASIONAL

Di peringkat Majlis Sukan Sekolah-Sekolah samada peringkat Kebangsaan

mahupun negeri telah wujud pertandingan dalam berbagai kategori namun dari segi

penyertaannya belum begitu meluas. Perkara ini mungkin didorong oleh kekurangan

jurulatih ataupun ketidakmampuan dari segi kos penyediaan alat.

Namun setelah dikaji, terapi memanah ini sangat penting buat murid-murid

kelainan upaya (OKU). Kekurangan dari segi kos mungkin boleh di atasi dengan agak

mudah jika kita ada kemahuan untuk memberikan yang terbaik buat murid-murid
bermasalah pembelajaran ini. Dalam menyediakan terapi yang dapat membentuk

perkembangan fizikal dan pergerakan motor kasar dan motor halus serta mental murid-

murid berkeperluan khas di mana segala otot-otot dan otak mereka dapat dirangsang,

terapi memanah adalah salah satu terapi yang bersesuaian dengan mereka.

Justeru itu, PPKI Bandar Tasik Selatan terpanggil untuk melaksanakan terapi

memanah. Atas keperluan inilah, PPKI SK Bandar Tasik Selatan akan menganjurkan

terapi memanah yang akan dijalankan pada 29 September tahun 2017.

Sukan memanah adalah sejenis sukan yang sesuai untuk semua golongan tanpa

mengira peringkat umur dan kekuatan fizikal. Jadi dengan adanya Terapi Memanah di

sekolah ini akan memberi peluang kepada murid-murid PPKI yang kurang kemampuan

dari segi fizikal untuk menyertai terapi berkenaan.

3.0 MATLAMAT

Adalah diharapkan Terapi Memanah ini akan memberi peluang kepada lebih

ramai murid-murid PPKI menerima pendedahan dalam kemahiran memanah. Secara

tidak langsung akan dapat melahirkan tenaga pengajar yang mempunyai pengetahuan

asas kemahiran memanah yang akhirnya akan dikembangkan dalam kalangan guru-

guru di sekolah.
4.0 OBJEKTIF

Adalah diharapkan dengan terlaksananya Terapi Memanah ini akan dapat :

1. Memberi peluang kepada murid murid, para guru dan PPM mendapat
pendedahan asas dalam kemahiran memanah.

2. Memperkenalkan serta mengembangkan sukan memanah dalam kalangan


guru di sekolah.

3. Membina kekuatan bahagian atas badan murid. Memegang busur dan


menarik anak panah memerlukan kekuatan fizikal. Memanah akan memberi
kekuatan unggul pada bahagian atas badan.

4. Melatih murid bersikap cermat dan mementingkan keselamatan orang lain.

5. Meningkatkan kekuatan mental dan penumpuan. Ia dapat mengawal minda


murid.

6. Meningkatkan kecerdasan emosi murid.

7. Memberi keseronokan dan meningkatkan keyakinan diri murid.

8. Merangsang sistem taakulan (membuat keputusan) otak kanak-kanak secara


seimbang dan holistik.

9. Meningkatkan fleksibiliti tangan, pergelangan tangan dan jari murid.

10. Membentuk disiplin diri yang tinggi dan membina keyakinan diri yang mantap
dalam kalangan murid.

11. Meningkatkan kemahiran koordinasi tangan dan mata murid.

12. Memanah sangat menitik beratkan body balancing. Jika emosi tertekan,
panahan akan tersasar. Ini melatih murid lebih bertenang dan menstabilkan
emosi.
5.0 PENGLIBATAN

Terapi Memanah ini melibatkan ;

Murid-Murid Pendidikan Khas : 48 Orang


Murid- murid arus perdana :
Guru-Guru : 15 Orang
Pembantu Pengurusan Murid : 4 Orang

Jumlah : Orang

(RUJUK LAMPIRAN 1)
7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil Pendapatan Jumlah Bil Perbelanjaan Jumlah

1. Kutipan bayaran 1. Sewa alatan


(termasuk jurulatih)
i.Murid PPKI
RM 15 x 48 orang RM 720 RM 1500

ii.Guru
RM 15 X 15 orang RM 225

iii.PPM
RM 15 X 4 PPM RM 60

iv. Murid arus perdana RM 495


RM 15 X 33 orang

JUMLAH RM 1,500 JUMLAH RM 1500

Disediakan oleh: Disemak oleh:

................................................. .....................................................
(NURUL AIN BINTI HASAN) (PUAN ZAITON BINTI YAHAYA)
Penyelaras Terapi Memanah GPK Pendidikan Khas
Program Pendidikan Khas Integrasi Program Pendidikan Khas Integrasi
SK Bandar Tasik Selatan SK Bandar Tasik Selatan

Disahkan oleh :

.................................................
(EN. AHMAD MUZIR BIN ABD. HALIM)
Guru Besar
SK Bandar Tasik Selatan
7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil Pendapatan Jumlah Bil Perbelanjaan Jumlah

1. Kekurangan peruntukan RM 1560 4. Alatan memanah

i. 4 set busur RM 800


(RM 200 X 4)

ii. Target Board RM 160


(RM 40 X 4)

iii. BackStop RM 600


Netting

JUMLAH RM 1560 JUMLAH RM 1560

Disediakan oleh: Disemak oleh:

................................................. .....................................................
(NURUL AIN BINTI HASAN) (PUAN ZAITON BINTI YAHAYA)
Penyelaras Terapi Akuatik GPK Pendidikan Khas
Program Pendidikan Khas Integrasi Program Pendidikan Khas Integrasi
SK Bandar Tasik Selatan SK Bandar Tasik Selatan

Disahkan oleh :

.................................................
(EN. AHMAD MUZIR BIN ABD. HALIM)
Guru Besar
SK Bandar Tasik Selatan
8.0 TENTATIF TERAPI MEMANAH

MASA AKTIVITI
8.00 pagi - 9.00 pagi Memanah murid PPKI
9.00 pagi - 9.30 pagi Rehat
10.00 pagi - 11.00 pagi Memanah murid arus perdana
11.30 pagi - 12.00 tengahari Majlis penutupan dan bersurai

9.0 JAWATANKUASA INDUK TERAPI MEMANAH

PENGERUSI : En. Ahmad Muzir bin Abd Halim (Guru Besar)


NAIB PENGERUSI : Pn. Zainab bt Mohamad ( GPK Kurikulum )
NAIB PENGERUSI : En. Zulkaunan BIN Mohamed (GPK HEM)
NAIB PENGERUSI : En. Romzi bin Che Din (GPK Ko-Kurikulum)
NAIB PENGERUSI : Pn. Zaiton bt Yahaya (GPK Pend.Khas)
NAIB PENGERUSI : En. Abdullah bin Abd Latif ( GPK Petang)
SETIAUSAHA : Pn. Nurul Ain bt Hasan (Penyelaras terapi)
BENDAHARI : Pn. Norainor bt Mustapa Kamal
JAWATANKUASA KERJA

AJK URUSETIA

Kawalan Murid
Semua guru-guru dan PPM

Dokumentasi
Pn. Nurul Ain binti Hasan

Jurugambar
Pn. Tuan Norehan bt Raja Othman
Cik Wan Marfuza bt Wan Mohd Fuat

Keselamatan & Displin


Pn. Siti Aisyah Ilyani bt Bahri
En. Syahirul Razafli bin Mat Zin
Pn. Nadasofa bt Rafiai
Pn. Noryati bt Ngah

Banner
Pn. Siti Zunaida bt Yusop
Pn. Siti Aisah bt Mohd Khani

Peralatan Memanah
Studio Archery
10.0 PENUTUP

Adalah diharapkan bahawa program ini dapat berlangsung dan mendapat sokongan
daripada pelbagai pihak supaya murid-murid berkeperluan khas mendapat peluang
yang sama rata dengan murid-murid biasa. Selain dapat meningkatkan keyakinan murid
dan menguatkan otot tangan semasa memanah,di harap terapi ini juga dapat
meningkatkan koordinasi mata dan tangan murid-murid PPKI.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

................................................. .....................................................

(NURUL AIN BINTI HASAN) (PUAN ZAITON BINTI YAHAYA)


Penyelaras Terapi Memanah GPK Pendidikan Khas
Program Pendidikan Khas Integrasi Program Pendidikan Khas Integrasi
SK Bandar Tasik Selatan SK Bandar Tasik Selatan

Disahkan oleh :

.................................................

(EN. AHMAD MUZIR BIN ABD. HALIM)


Guru Besar
SK Bandar Tasik Selatan

Anda mungkin juga menyukai