Anda di halaman 1dari 5

SEK KEB AYER MOLEK

KM 10 AYER MOLEK

MELAKA

TEL 06- 2680169 KOD SEK: MBA 2010

LAPORAN DAN DOKUMENTASI


PROGRAM INKLUSIF SENAMROBIK
&
SUKANEKA BERSAMA MURID PRASEKOLAH

Tajuk : Program Inklusif Senamrobik & Sukaneka Bersama Murid Prasekolah


sempena Minggu Pendidikan Khas

Pengelola : Program Pendidikan Khas Integrasi (Pembelajaran)


Sekolah Kebangsaan Ayer Molek

Tarikh :27 September 2022 (Selasa)

Masa :7.40 pagi- 10.00 pagi

Tempat : Tapak Perhimpunan, SK Ayer Molek

Sasaran : Murid Berkeperluan Pendidikan Khas PPKI SK Ayer Molek

Pengenalan :

Pembelajaran boleh ditakrifkan sebagai perubahan tingkahlaku yang agak tetap. Pembelajaran berlaku
apabila ransangan yang diproses oleh otak individu untuk menjadi pengalaman. Pembelajaran juga
membawa maksud sebagai satu proses memperolehi ilmu pengetahuan, kemahiran sikap dan nilai
yang baru secara berterusan yang mengakibatkan perubahan tingkahlaku individu

Program Inklusif Senamrobik & Sukaneka merupakan program pembelajaran yang tidak formal.
Pembelajaran melalui pendekatan pengalaman iaitu konsep didik hibur atau bermain sambil belajar
amat digalakkan kerana menggunakan deria pendengaran, penglihatan, sentuhan, menghidu dan deria
rasa. Melalui aktiviti ini boleh membantu murid-murid meningkatkan naluri ingin tahu, membuat
kajian, analisis dan meneroka tentang sesuatu perkara. Aktiviti ini akan mengukuhkan ingatan yang
terhasil dari interaksi dan pendedahan seseorang murid dengan masyarakat dan alam sekitarnya.

Aktiviti juga mampu memupuk sikap positif dan keyakinan diri di kalangan murid-murid berkeperluan
pendidikan khas (insan istimewa) dengan mengenepikan perasaan rendah diri, rasa cemas dan was-
was sehingga mereka berani mengatasi segala masalah dan kesulitan, akhirnya mereka boleh berdikari.
Semoga program yang dirancang ini akan mencapai hasrat dan objektif, selari dengan kehendak
Falsafah Pendidikan Negara dan Falsafah Pendidikan Khas.

Objektif :
i. Murid dapat mendengar arahan dengan baik.
ii. Memberi ruang dan peluang kepada anak-anak istimewa untuk menyesuaikan diri
dengan suasana baharu dan rakan – rakan baharu.
iii. Membolehkan murid-murid ini mengaplikasikan kemahiran bersosial yang dipelajari
di sekolah.
iv. Dapat menanamkan kepercayaan kepada ibu bapa bahawa anak-anak mereka boleh
berdikari dan tidak perlu dikongkong.
v. Murid - murid diberi pendedahan untuk mengutamakan keselamatan diri sendiri dan
rakan-rakan.

Pengisian / Tentatif :

MASA AKTIVITI

7.40 PAGI Murid hadir ke sekolah seperti biasa

7.45 PAGI Senamrobik

8.00 PAGI Sukaneka bersama murid Prasekolah

10.00 PAGI Program selesai

Rumusan :

1. Penyertaan:
30 orang peserta dari PPKI SKAM, 15 orang guru dan Pembantu Pengurusan Murid serta 20
orang murid Prasekolah. Maklumat peserta sukaneka adalah seperti berikut:
Kekuatan
1. Keseronokan peserta melakukan aktiviti senamrobik & sukaneka bersama rakan - rakan.
2. Aktiviti sukaneka yang bersesuaian dan mudah bagi peserta MBPK dan Prasekolah.

Kelemahan
1. Aktiviti yang dirangka tidak melibatkan semua murid – murid Pendidikan Khas.

Cadangan penambahbaikan
1. Menggalakkan murid MBPK (Murid Berkeperluan Pendidikan Khas) sentiasa positif dan
mencuba sesuatu aktiviti baharu.
2. Sentiasa membimbing murid serta menggalakkan mereka untuk cuba bersosial dan bersaing
secara sihat dengan rakan-rakan.

DOKUMENTASI BERGAMBAR
Disediakan oleh: Disemak oleh:
……………………….……... …………………..…………………..
( PN NURAZLINA BINTI ZAMRAN ) ( PN NORSEHA BINTI HASSSAN )
(CIK NUR HANISAH FATHIAH BINTI HAMDAN)
Guru PPKI GPK Pendidikan Khas
SK Ayer Molek SK Ayer Molek

Disahkan oleh:

…………………………………….
(PN KHAIRULLAILA BINTI HJ MUKHTAR)
Guru Besar
SK Ayer Molek, Melaka

Anda mungkin juga menyukai