Anda di halaman 1dari 4

SEK KEB AYER MOLEK

KM 10 AYER MOLEK

MELAKA

TEL 06- 2680169 KOD SEK: MBA 2010

LAPORAN DAN DOKUMENTASI


CERAMAH & BENGKEL INTERVENSI TERAPI MULTISENSORI

Tajuk : Ceramah & Bengkel Intervensi Terapi Multisensori sempena


Minggu Pendidikan Khas

Pengelola : Program Pendidikan Khas Integrasi (Pembelajaran)


Sekolah Kebangsaan Ayer Molek

Tarikh :29 September 2022 (Khamis)

Masa :7.40 pagi- 1.00 petang

Tempat : Dewan Sekolah Kebangsaan Ayer Molek

Sasaran : Semua Warga SK Ayer Molek

Pengenalan :

Dalam konteks kanak-kanak berkeperluan khas, pendekatan multisensori sesuai bagi mereka yang
mengalami disleksia khususnya membantu menguasai kemahiran membaca.

Selain masalah disleksia, terapi multisensori juga membantu kanak-kanak yang bermasalah seperti
autisme, epilepsi, pembelajaran, sindrom Down, hiperaktif dan kelengahan global.

Kaedah multisensori adalah pendekatan pengajaran dan pembelajaran serentak yang menjurus kepada
aplikasi visual, auditori dan kinestetik-taktil.
Malah kaedah terapi ini antara pendekatan berkesan untuk merangsang perkembangan minda kanak-
kanak berkeperluan khas menerusi lima rangsangan asas iaitu penglihatan, pendengaran, sentuhan,
bau, rasa dan rangsangan sendi.

Semoga program yang dirancang ini akan mencapai hasrat dan objektif, selari dengan kehendak
Falsafah Pendidikan Negara dan Falsafah Pendidikan Khas.

Objektif :
i. Memberi pendedahan kepada ibu bapa, murid MBPK dan warga sekolah tentang ilmu
terapi multisensori.
ii. Memberi ruang dan peluang kepada anak-anak istimewa untuk menyesuaikan diri
dengan aktiviti terapi.
iii. Membolehkan murid-murid ini mengaplikasikan kemahiran terapi dan bersosial yang
dipelajari di sekolah.

Pengisian / Tentatif :

MASA AKTIVITI

8.45 PAGI Ketibaan para tetamu

9.00 PAGI Sesi Bengkel Terapi Multisensori dijalankan

Rumusan :

1. Penyertaan:
36 orang peserta dari PPKI SKAM, 15 orang guru dan Pembantu Pengurusan Murid serta 18
orang penjaga murid.

Kekuatan
1. Kerjasama yang baik antara ibu bapa dan warga kelas pendidikan khas.
2. Tenaga kerja yang komited dalam melakukan tugasan dari semua pihak.

Kelemahan
1. “Sound system” yang kurang memuaskan.
2.
Cadangan penambahbaikan

1. Penyelenggaraan “Sound system” sebelum program berlangsung.


2. Mandatori kehadiran atau merit kepada setiap penjaga menghadiri aktiviti penganjuran
kelas PPKI.

DOKUMENTASI BERGAMBAR
Disediakan oleh: Disemak oleh:
……………………….……... …………………..…………………..
( PN NURAZLINA BINTI ZAMRAN ) ( PN NORSEHA BINTI HASSSAN )
(CIK NUR HANISAH FATHIAH BINTI HAMDAN)
Guru PPKI GPK Pendidikan Khas
SK Ayer Molek SK Ayer Molek

Disahkan oleh:

…………………………………….
(PN KHAIRULLAILA BINTI HJ MUKHTAR)
Guru Besar
SK Ayer Molek, Melaka

Anda mungkin juga menyukai