Anda di halaman 1dari 4

SMK NYALAS

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI


PROGRAM TERAPI AUDIO VISUAL

1. PENDAHULUAN

Program Terapi Audio Visual PPKI Smk Nyalas merupakan acara tahunan dan merupakan
aktiviti pembelajaran selaras dengan elemen merentasi kurikulum dalam Kurikulum
Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia. Konsep Pembelajaran secara langsung
ini amat penting dalam proses kemenjadian pelajar yang berguna kepada agama, bangsa dan
negara. Melalui program seperti ini, para pelajar bekeperluan khas ini dapat melalui
pengalaman berguna yang telah menjadi rutin dalam kehidupan harian dalam kalangan
masyarakat Malaysia.

2. RASIONAL

Terapi seni visual merupakan salah satu kaedah terapi dalam pendidikan khas yang dapat
membantu murid-murid berkeperluan khas mencapai perkembangan yang memuaskan.
Murid-murid yang berkeperluan khas ini mempunyai kekurangan untuk mencapai
perkembangan dari segi kognitif, emosi, sosial atau psikomotor jika berbanding dengan
kanak-kanak yang biasa. Terapi ini menyebabkan kanak-kanak yang bermasalah
pembelajaran dapat melahirkan isi hati mereka sendiri melalui idea serta gubahan yang dibuat
oleh mereka dalam aktiviti seni visual.

Terapi ini juga dapat menyelesaikan konflik emosi yang dialami oleh kanak-kanak
pendidikan khas serta meningkatkan kesedaran dan semangat kendiri dalam diri setiap murid
pendidikan khas juga merupakan keperluan terapi seni dalam diri mereka. Kanak-kanak
berpendidikan khas dapat membina keupayaan diri dan keyakinan diri yang tinggi kerana
terapi ini boleh berfungsi sebagai pendorong atau motivasi kepada sesuatu yang lebih baik.
Mereka tidak akan mempunyai perasaan merendahkan diri kerana mereka berupaya
menyiapkan aktiviti seni visual dengan sendiri dan juga dapat belajar berdikari dan dapat
mengendalikan kehidupan seharian seperti orang biasa.

3. OBJEKTIF

3.1 Mendedahkah murid-murid berpendidikan khas kepada terapi seni visual.


3.2 Memberikan terapi seni visual kepada kanak-kanak berpendidikan khas untuk
membenarkan mereka mempunyai satu cara untuk meluaskan perasaan mereka.

3.3 Mengembangkan motor halus dan motor kasar kanak-kanak berpendidikan khas.

4. PENGANJUR

Program Pendidikan Khas Integrasi PPKI Smk Nyalas

5. KUMPULAN SASARAN

Semua pelajar pendidikan khas, guru-guru dan PPM Smk Nyalas

6. TEMPAT DAN TARIKH PELAKSANAAN

Tempat : Aeon Bandaraya Melaka

Tarikh : 23 April 2019

Masa : 09:00 PAGI

7. AHLI JAWATANKUASA

Pengerusi : Tn.Hj Abd Razak Bin Othman (Pengetua Smk Nyalas)

N/Pengerusi 1: En.Sarip Bin Jumaat (Penolong Kanan Pentadbiran)

N/Pengerusi 2: Pn.Hjh Sarina Bt Mat Saman (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)

N/Pengerusi 3: En Abd Kadir Bin Md Deh (Penolong Kanan Kokurikulum)

Setiausaha : En Mohd Faiz Azrol Bin Muhamad (Penyelaras PPKI)

AJK-AJK : Cik Nur Afiqah Bt Mat Aris

: En Razali Bin Chokarri

: Pn Nur Khaliesah Bt Mohd Yusoff

: Pn Noor Haffizah Bt Mohd Khalik

: En Mohd Rafiqi Bin Hasnul

: Pn Norhidayu Bt Bidin
8. TENTATIF PROGRAM

MASA PERKARA

09:30 pagi √ Tiba di AEON Bandaraya Melaka

10:00 pagi √ Makan Pagi di Medan Selera Aeon

12:00 tengahari √ Terapi Tayangan Movie

2.30 petang √ Bertolak pulang ke SMKN

9. SUMBER KEWANGAN

ANGGARAN PERBELANJAAN

PERUNTUKAN
10. PENUTUP

Pihak jawatankuasa kerja program terapi audio visual, warga PPKI SMKN amat berbesar hati
agar program ini dapat diluluskan dan mendapat sokongan daripada semua pihak. Adalah
diharapkan juga agar program ini akan mencapai matlamat dan objektif yang telah digariskan
selaras dengan hasrat dan kehendak Falsafah Pendidikan Khas Kebangsaan.

DISEDIAKAN OLEH DILULUSKAN/TIDAK DILULUSKAN

____________________ ___________________________

(NUR AFIQAH BT MAT ARIS) ( )

Anda mungkin juga menyukai