Anda di halaman 1dari 12

SEKOLAH KEBANGSAAN CHERAS JAYA

Jalan CJ15, Taman Cheras Jaya


43200 CHERAS, SELANGOR
No Pejabat: 03 90754929
FB: Ppki serasa TW:ppkiserasa IG: ppkiserasa
Email: serasappki@gmail.com

KERTAS KERJA

BILIK SNOEZELEN
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

PENDIDIKAN DI MALAYSIA ADALAH SATU USAHA BERTERUSAN KE ARAH


MEMPERKEMBANGKAN LAGI POTENSI INDIVIDU SECARA MENYELURUH DAN
BERSEPADU UNTUK MEWUJUDKAN INSAN YANG SEIMBANG DAN HARMONIS DARI
SEGI INTELEK, ROHANI, EMOSI DAN JASMANI. USAHA INI ADALAH BAGI MELAHIRKAN
RAKYAT MALAYSIA YANG BERILMU PENGETAHUAN, BERAKHLAK MULIA,
BERTANGGUNGJAWAB, BERKETRAMPILAN DAN BERKEUPAYAAN MENCAPAI
KESEJAHTERAAN DIRI SERTA MEMBERI SUMBANGAN TERHADAP KEHARMONIAN
DAN KEMAKMURAN KELUARGA, MASYARAKAT DAN NEGARA.

MOTO SEKOLAH
BERWAWASAN, BERILMU, BERAKHLAK

VISI SEKOLAH
SKBR UNGGUL, PENJANA GENERASI CEMERLANG

MISI SEKOLAH
MEMBANGUN POTENSI INDIVIDU MELALUI PENDIDIKAN DAN SAHSIAH
BERKUALITI

FALSAFAH PENDIDIKAN KHAS

FALSAFAH PENDIDIKAN KHAS MELIPUTI SEMUA ASPEK PENDIDIKAN YANG


MENYEDIAKAN PERKEMBANGAN OPTIMA BAGI KANAK-KANAK DENGAN KEPERLUAN-
KEPERLUAN PENDIDIKAN KHAS AGAR MEREKA DAPAT BERFUNGSI SEBAGAI INDIVIDU-
INDIVIDU YANG BERKEMAHIRAN, BERHALUAN, BOLEH MERANCANG, BOLEH
MENGURUS KEHIDUPAN SENDIRI, DAPAT MENYEDARI POTENSI DIRI DAN BOLEH
MENYESUAIKAN DIRI DALAM MASYARAKAT.

MISI PPKI
PENDIDIKAN KREATIF DAN INOVATIF

VISI PPKI
“KE ARAH KECEMERLANGAN PPKI SKCJ”
PENGENALAN

Sekolah Kebangsaan Cheras Jaya, Cheras merupakan satu satunya sekolah rendah
Intergrasi Pendidikan Khas yang terdapat di kawasan Cheras, Selangor yang dibuka pada
tahun 2019. Murid –murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Sekolah Kebangsaan
Cheras Jaya, Selangor merupakan golongan murid yang dikategorikan sebagai ‘murid
istimewa’ yang menghadapi masalah seperti lembab, terencat akal ringan dan sederhana,
down syndrome, hyperaktif, hypoaktif, autistik, gangguan emosi dan tingkah laku, masalah
pertuturan, epilepsi dan multiple handicapped, Cerebal Palsy,Autisme,Dislesia. Bilangan murid
khas yang terdapat di Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) ini ialah seramai 21 orang
murid dengan seramai 3 orang guru dann 1 orang Pembantu Pengurusan Murid dan
mempunyai 2 kelas mengikut tahap keupayaan murid.

Kurikulum Kebangsaan diakui tidak dapat memenuhi keperluan murid-murid PPKI. Oleh
kerana tahap pencapaian pendidikan murid-murid PPKI secara amnya sangat rendah, maka
objektif yang terdapat di dalam kurikulum kebangsaan dianggap terlalu tinggi untuk murid
Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) menguasai kandungannya.

Oleh itu terdapat keperluan untuk membina kurikulum yang dapat menyediakan
pendekatan proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih fleksibel, menarik, berfokus dan
bersesuaian dengan keupayaan serta kebolehan murid PPKI. Selaras dengan visi sekolah
memberi pendidikan bertaraf dunia sepanjang hayat, Unit PPKI telah sebulat suara bersetuju
melaksanakan projek menaiktaraf kelas dan kemudahan untuk pengajaran dan pembelajaran
KKBP.

          Projek ini menekankan keperluan peralatan dan kelengkapan yang bersesuaian untuk
pengajaran murid PPKI. Sumber Kewangan untuk melaksanakan projek ini akan dikumpulkan
melalui sumbangan orang ramai dan syarikat-syarikat korporat yang berminat untuk
memberikan sumbangan. Selain kewangan, khidmat nasihat dan tenaga dari semua pihak turut
diperlukan bagi menjayakan projek ini.

         
RASIONAL

          Projek ini dirasakan perlu kerana kemudahan yang ada sekarang tidak lengkap dan tidak
mencukupi untuk melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang terdapat dalam
kurikulum PPKI. Selain itu, dengan adanya kemudahan dan peralatan yang diperlukan, guru-
guru dapat mempelbagaikan teknik pengajaran sekaligus memberikan pengajaran yang
bermakna kepada 21 orang murid PPKI SK Cheras Jaya, Cheras

1.0 BILIK TERAPI SENSORI

Bilik terapi sensori merupakan salah satu langkah untuk membantu kanak-kanak
istimewa mendapat bimbingan pembelajaran yang mampu meningkatkan daya
sensori. Pengajaran di bilik darjah semata-mata tidak mencukupi kerana pelajar
pendidikan khas memerlukan bimbingan tambahan bagi meningkatkan daya
tumpuan dan penggunaan deria. Bilik Terapi Sensori dikatakan sesuai untuk
membantu pelajar istimewa dari segi kecergasan mental dan fizikal seperti fokus
dalam pelajaran, memperbetulkan tingkah laku dan menenangkan fikiran menerusi
pelbagai aktiviti yang dipantau guru terlatih.

Setiap peralatan yang disediakan di sini mempunyai tujuan tersendiri dalam


meningkatkan fokus terhadap ruang, daya tumpuan, kecerdasan dan kewaspadaan.
Ia turut merangsang penggunaan deria khususnya penglihatan, bunyi dan rasa yang
membantu otak menyusun serta menterjemah maklumat.

2.0 SNOEZELEN

Projek Snoezelen merupakan bilik multisensori yang melibatkan penggunaan


dan rangsangan kelima-lima deria yang ada pada setiap individu. Ia termasuklah
rangsangan penglihatan (visual),pendengaran (hearing), sentuhrasa (touch), bau
(smell) dan rangsangan sendi (propriation). Snoezelen adalah konsep yang
melibatkan persekitaran dalaman sesebuah bangunan atau bilik yang direkacipta
bagi menyediakan keselesaan dan ketenangan dengan menggunakan peralatan
yang khusus.
Untuk menjalani terapi ini, satu bilik khas disediakan khusus untuk terapi ini. Bilik
terapi ini dilengkapi dengan pelbagai alatan yang akan merangsang minda
seseorang untuk berehat daripada segala tekanan. Media yang digunakan dalam
bilik terapi snoozelen ini adalah ,efek lampu, permukaan taktil, muzik lembut, dan
bau aroma yang harum. Snoezelen juga merupakan salah satu daripada cabang
terapi alternative yang dapat menggalakkan pemfokusan, tindak balas keyakinan
diri, relaksasi ketenangan otot, perubahan tingkah laku dan menggalakkan proses
perkembangan minda.

Memandangkan konsep snoezelen direka khusus untuk merangsang deria


murid-murid tanpa memberi sebarang tekanan intelektual dan ia berupaya untuk
mengawal persekitaran bagi membuatkan murid-murid berasa selamat dan lebih
tenang.

Oleh itu amat penting dua projek ini untuk direalisasikan di Sekolah Kebangsaan
Wan Ibrahim sebagai salah satu terapi bagi menggalakkan pemfokusan, tindak
balas keyakinan diri, relaksasi ketegangan otot-otot, perubahan tingkah laku dan
menggalakkan perkembangan minda kanak-kanak pendidikan khas.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Menyediakan terapi atau rangsangan yang mewujudkan suasana dalam


meningkatkan kesedaran murid-murid terhadap persekitaran mereka melalui
deria penglihatan dan pendengaran bagi mencapai ketenangan dan
menolong murid-murid mengalihkan perhatian daripada sebarang gangguan

3.2 Membolehkan murid-murid mengawal gangguan emosi mereka melalui


kesan cahaya, bunyian dan juga aroma yang terdapat di dalam bilik
snoezelen.

3.3 Memberikan peluang kepada murid-murid mengalami pengalaman yang


menyeronokkan melalui peralatan yang digunakan dan dapat mengaktifkan
pengawalan alat sensori murid-murid.
3.4 Menggalakkan relaxation, konsentrasi dan pemfokusan dalam kalangan
murid serta dapat meningkatkan keyakinan diri melalui interaksi yang berlaku
semasa proses terapi dilaksanakan

3.5 Dapat mengurangkan keresahan, agitasi dan masalah hiperaktif dalam


kalangan murid-murid

3.6 Boleh dimanfaatkan kepada semua individu contohnya kepada warga emas,
guru atau murid-murid dalam membantu mengawal emosi melalui peralatan
yang disediakan di dalam bilik sensori integrasi dan juga snoezelen.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Penyediaan bilik sensori integrasi dan snoezelen ini diwujudkan umumnya untuk
semua warga Sekolah dan masyarakat sekitar dan khususnya juga untuk murid-
murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Sekolah Kebangsaan Cheras
Jaya. Kumpulan sasarannya adalah seperti berikut:

4.1 Murid-murid yang mempunyai pelbagai ketidakupayaan fizikal dan mental


4.2 Murid-murid yang mengalami masalah perkembangan motor, kognitif bahasa
dan kemahiran interaksi sosial
4.3 Murid-murid yang mempunyai kesukaran penumpuan belajar atau
challenging behavior.
4.4 Murid yang mengalami kondisi psikiatrik seperti kemurungan, skizofrenia,
resah, tertekan dan bingung.

5.0 PENYEDIAAN BILIK SENSORI INTEGRASI DAN SNOEZELEN

5.1 Memastikan semua tingkap dan bukaan ditutup bagi memastikan tiada
cahaya luar memasuki bilik snoezelen.
5.2 Keseluruhan bilik dilengkapi permaidani bagi menjamin keselamatan murid
5.3 Keseluruhan bilik akan dicat berwarna putih bagi memastikan pantulan
cahaya yang lebih baik dan sempurna serta memberikan ilusi bilik yang lebih
luas.
5.4 Bilik-bilik ini dilengkapi dengan penghawa dingin untuk menjamin keselesaan
sepanjang proses terapi dijalankan dan juga untuk menjamin pemeliharaan
peralatan multi-sensori di dalam bilik tersebut.

6.0 KEWANGAN

Semua perbelanjaan bagi merealisasikan bilik sensori integrasi dan snozelen ini
memerlukan sumbangan daripada pelbagai pihak.

ANGGARAN KEWANGAN PERBELANJAAN PROJEK BILIK SENSORI


INTEGRASI DAN SNOEZELEN

Butiran Pendapatan Bil. Butiran Kuantiti


Sumbangan RM 80,000 1 Rompa Ball Bubble 1 x RM 13,000
Pihak Luar Tube
2 Padded base for 1 x RM 3000
Bubble Tube
3 Projector & Wheel 1 x RM 6000
Rotator
4 Mirror Ball 1 x RM 1500
5 Bendy Mirror 1 x RM 4000
6 Aromatheraphy Kit 2 x RM 1000
7 Edge Block 1 x RM 1800
8 PA System 1 x RM 2000
9 Penghawa Dingin 2 x RM 2500
10 Ball Pool 1 x RM 1000
11 Buaian platform 2 x RM 300
12 Flexidisc 5 set x RM 100
13 Sensory Cardio Kit 2 x RM 900
14 Resistance Tunnel 2 x RM 300
15 Trampolin 2 set x RM 350
16 Ballon Bluff 1 x RM 1500
17 Parachute 2 x RM 100
18 Half Moon Climber 2 x RM 200
19 Happy Wheel 2 x RM 200
20 Wave Slide 2 x RM 200
21 Sensory Walk Tactile 2 x RM 100
22 Balancing Bar 2 x RM 300
23 Pengubahsuaian bilik RM 20000
24 Penyeliaan Bilik dan RM 12800
lain-lain
Jumlah Jumlah RM 80 000

 
6.1 SUMBER KEWANGAN Sumbangan dari badan koprat

7.0 SEJARAH BILIK TERAPI SENSORI DAN SNOEZELEN

Pengurusan bilik multisensori telah dibangunkan sejak tahun 1970-an iaitu di


Belanda dengan konsep asal hanya untuk menyediakan persekitaran bagi kanak-kanak
cacat berehat dengan menggantung beberapa permainan di syiling. Selepas beberapa
bulan perkembangan positif dari segi emosi dan interaksi dapat dilihat dengan jelas.
Keadaan tersebut telah menarik minat ahli psikologi untuk membuat kaji selidik tentang
keberkesanan kaedah multisensory. Setelah dikaji selidik oleh beberapa ahli psikolofi
dari United Kingdom didapati ianya sangat berkesan dan sekarang menjadi satu
perkembangan baru dalam kaedah teknologi perawatan.

7.1 PENDEKATAN
Persekitaran multisensori direka khusus untuk merangsang kelima-lima deria
asas tanpa memberi sebarang tekanan intelektual dan sekaligus melegakan minda. Ia
merupakan terapi alternative bagi menggalakkan pemfokusan, tindak balas, keyakinan
diri, relaksasi, ketegangan otot-otot, perubahan tingkah laku dan menggalakkan proses
perkembangan minda.

7.2 INDIKASI

 Kanak-kanak yang mempunyai pelbagai kecacatan fizikal dan mental


 Kanak-kanak yang mempunyai kesukaran penumpuan belajar atau tingkah laku
mencabar
 Kondisi Psikiatrik seperti kemurungan,skizofrenia,resah stress, dan kebingungan
 Pesakit kronik dan juga ‘terminally ill’
 Warga tua
 Ibu-ibu keresahan bersalin
 ‘stressed corporate executive’
Disediakan oleh :

………….…………………………..
(ZULFIKAR ALMI BIN JAMALUDDIN)
Guru Penolong Kanan PPKI
SK Cheras Jaya.
HP:018 372 1577
Email: serasappki@gmail.com

LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai