Anda di halaman 1dari 5

LAPORAN

SESI LIBAT URUS BERSAMA-SAMA AGENSI AWAM/SWASTA


BERKAITAN KURIKULUM PENDIDIKAN KHAS

1. TARIKH:
19 September 2022 ( Isnin )

2. MOD:
Bersemuka

3. TEMPAT:
Dewan Serbaguna, Aras 9 ,Blok E12 , K P M

4. ANJURAN:
Unit Masalah Pembelajaran, Sektor Pendidikan Khas,
Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK),
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Aras 4, 6-8, Blok E9, Kompleks E 
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 
62604 Putrajaya, Malaysia

5. TUJUAN
Sesi libat urus kurikulum ini merupakan perbincangan dan pendedahan berkaitan
kurikulum Pendidikan khas secara tidak langsung bertujuan untuk memberi kefahaman
dan mendapatkan input serta pandangan daripada semua yang hadir tentang
pelaksanaan kurikulum di peringkat sekolah rendah dan menengah pendidikan khas
yang sedang dilaksanakan. Di samping itu, kita dapat mengenal pasti isu-isu yang
berkaitan dengan pendidikan khas serta persediaan kita untuk kurikulum pendidikan
khas di masa hadapan.

6. OBJEKTIF

6.1 Mendapatkan input serta pandangan daripada semua yang hadir tentang
pelaksanaan kurikulum di peringkat sekolah rendah dan menengah pendidikan khas
yang sedang dilaksanakan
6.2 Mengenal pasti isu-isu yang berkaitan dengan pendidikan khas serta persediaan kita
untuk kurikulum pendidikan khas di masa hadapan.

7. PELIBATAN

7.1 Panel Guru Sekolah Rendah


terlibat semasa perbengkelan.

7.2 Panel Guru Sekolah Menengah


terlibat semasa perbengkelan.

7.3 Panel Pensyarah


terlibat semasa perbengkelan.

7.4 Panel Ngo dan Ibu Bapa


terlibat semasa perbengkelan.
8 HASRAT/PENCAPAIAN

8.1 Aktiviti ini memenuhi SKT 2022 sektor dalam fungsi menyediakan bahan sokongan
kurikulum. Bengkel terlibat diadakan bertujuan untuk menghasilkan aplikasi digital
dalam bentuk bahan pengintegrasian digital yang menarik dan berkesan dalam PdP
dan pentaksiran di sekolah.Umumnya, bahan / modul dan akan membantu guru2 dlm
pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc).

8.2 Sesi bengkel pengintegrasian digital dalam pengajaran dan pembelajaran (PDP) bagi
kurikulum standard sekolah rendah pendidikan khas tahap 1 (bil.1/2022) ini dapat
menggarap idea dan menghasilkan kumpulan digital yang menghasilkan bahan
sokongan untuk PdPc dan pentaksiran mengikut standard yang sesuai dalam
Pendidikan.

8.3 Pencapaian untuk sesi ini adalah, kumpulan peserta bengkel telah menghasilkan
bahan sokongan PdP dan pentaksiran secara digital Tahun 1

8.4 Peserta telah menghasilkan karektor dan bahan modul asas yang boleh diguna
pakai dalam Pendidikan semasa dan akan datang. Sokongan dan bimbingan yang
berusaha Prof. Madya. Ts. Dr. Muhammad Helmi Norman sangat membantu dalam
menghasilkan idea, cadangan karektor, informasi dan bahan sokongan pendidikan
yang sesuai, tetapi perlu di tambah baik dan dimurnikan di sesi kedua nanti.

8.5 Semoga usaha murni kumpulan ini bagi dipermudah dan disokong secara total oleh
KPM, seiring dengan tujuan asal iaitu menghasilkan bahan sokongan kurikulum yang
sesuai dengan keperluan dan perkembangan semasa pendidikan.

9. DOKUMENTASI BERGAMBAR (Lampiran 2)

Disediakan oleh, Disemak oleh,

......................................................... .........................................................
ZULFIKAR ALMI BIN JAMALUDDIN CIK PAIZAH BINTI ZAKARIA
Ketua Penolong Pengarah Ketua Penolong Pengarah
Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) (Ketua Unit Pendengaran)
Kementerian Pendidikan Malaysia Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK)
Kementerian Pendidikan Malaysia

Disahkan oleh,

.........................................................

Lampiran 1
SENARAI PESERTA
SESI LIBAT URUS BERSAMA-SAMA AGENSI AWAM/SWASTA
BERKAITAN KURIKULUM PENDIDIKAN KHAS
Lampiran 2

DOKUMENTASI BERGAMBAR
SESI LIBAT URUS BERSAMA-SAMA AGENSI AWAM/SWASTA
BERKAITAN KURIKULUM PENDIDIKAN KHAS

Lokasi berbengkel di dewan serbaguna Aras 9, Blok E12 , terdiri daripada guru guru sekolah rendah dan
sekolah memengah Pendidikan khas

Penerangan dan ucaptama dari Timbalan Pengarah Sektor Pendidikan Khas Yang Berusaha Tuan Haji
Dr. Kashry Bin Ab Rani.

Sesi suaikenal, berkongsi pengalaman dalam dunia Pendidikan khas berkaitan isu-isu kurikulum
DOKUMENTASI BERGAMBAR
SESI LIBAT URUS BERSAMA-SAMA AGENSI AWAM/SWASTA
BERKAITAN KURIKULUM PENDIDIKAN KHAS

Sesi penerangan Kurikulum dan Kurikulum Pendidikan Khas oleh Yang Berusaha Tuan Haji Dr. Kashry
Bin Ab Rani dan CIk Paizah Binti Zakaria Ketua Unit Pendengaran

Delegasi sedang khusyuk mendengar penerangan yang disampaikan

Wakil NGO memberi pandangan dan cadangan yang diutarakan oleh Timabalan Pengarah Pendidikan
Khas

Anda mungkin juga menyukai