Anda di halaman 1dari 8

KERTAS KERJA MEMOHON DANA

SUMBANGAN PERUNTUKAN KEWANGAN


UNTUK PROJEK BILIK PENGURUSAN
KEHIDUPAN,
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI, SK
BERAPIT, TIKAM BATU KEDAH
1. PENDAHULUAN
Bilik Pengurusan Kehidupan merupakan sebuah bilik khas yang ingin dibangunkan
oleh PPKI SK Berapit bagi kegunaan guru – guru dan murid – murid masalah
pembelajaran. Asal bilik ini merupakan sebuah bilik darjah yang diguna pakai oleh
murid – murid dialiran perdana. Namun begitu, bilik ini telah diberikan kepada PPKI
SK Berapit untuk dibangunkan pada tahun 2016 bagi kegunaan dan menampung
keperluan yang amat terdesak seperti ruang pembelajaran dan aktiviti.

Bilik Pengurusan Kehidupan ini akan dibahagikan kepada 3 bilik kecil iaitu;

a) Bilik Mini Perpustakaan / Rekreasi


Bilik ini akan menempatkan peralatan seperti rak – rak buku, buku,bacaaan
peralatan muzik, lcd, meja bacaan dan komputer.

b) Bilik Pengurusan Diri


Bilik ini akan menempatkan peralatan perabut seperti almari pakaian, meja
solek dan katil.

c) Bilik Pendidikan Jasmani dan Kemahiran Hidup


Bilik ini akan menempatkan peralatan dan rak – rak pendidikan jasmani dan
kemahiran hidup.

Tujuan kertas kerja ini dikemukakan adalah untuk memohon sumbangan peruntukan
kewangan bagi merealisasikan impian pihak sekolah kepada murid – murid
pendidikan khas ini agar mereka juga mendapat kebaikan melalui proses
pembelajaran yang berkesan bagi membantu diri mereka menghadapi dunia
sebenar. Bilangan murid seperti di bawah ;

BIL DIAGNOSA JUMLAH


1 Lembam 13
2 Learning Disability 4
3 Sindrom Down 4
4 Disleksia 2
5 Lewat pertuturan 1
6 Intelectual Impairment ( Disability ) 1
7 Autisme 2
8 ADHD 1
9 Epilepsy 1
10 Penglihatan 1
11 Mid Mental Retardation 1
Jumlah 31

BIODATA SEKOLAH

NAMA SEKOLAH : SK BERAPIT, TIKAM BATU

KOD SEKOLAH : KBA 3039

DAERAH : KUALA MUDA / YAN

STATUS : SEKOLAH KERAJAAN

BIL. GURU PPKI : 6 ORANG

( 1 – PENOLONG KANAN PENDIDIKAN KHAS)

( 5 – GURU BIASA)

BIL. PPM : 2 ORANG

BIL. PELAJAR : 31 ORANG

SESI : PAGI
2. Objektif Projek
Cadangan pelaksanaan projek membina dan mengubah suai kelas sedia ada
menjadi Bilik Pengurusan Kehidupan berdasarkan pertimbangan berikut:

2.1 Keadaan kelas yang sedia ada tidak dapat menampung keperluan

pembelajaran murid - murid

2.2 Kelas yang sedia ada, terlalu padat dan sempit untuk sebarang aktiviti

2.3 Untuk menampung peralatan dan barangan yang sedia ada

2.4 Risiko keselamatan adalah tinggi kerana kelas terlalu sempit

3. Skop dan Komponen Projek


Cadangan projek pembinaan ini melibatkan pembinaan dan ubahsuai kekal kelas
yang sedia ada menjadi bilik pengurusan kehidupan, seperti berikut;

3.1 Memasang Grill pintu dan tingkap

3.2 Ubah suai lantai kelas kepada lantai berjubin

3.3 Membina pembahagi kelas atau partition

3.4 Wayering

3.5 LCD

3.6 2 Set Komputer

4. Anggaran Kos

Bil Perkara Anggaran Kos

1. Grill pintu dan tingkap RM 1 ,700.00


2. Lantai mozek RM 4, 700.00
3 Pembahagi kelas / Partition RM 2, 730.00
4 Wayering RM 400.00
5. LCD RM 4, 500.00
6. 2 set computer RM 3, 000.00
Jumlah Keseluruhan RM 17,030.00
5. Jusfikasi Projek
Rasional pengubahsuaian kelas sedia ada kepada Bilik Pengurusan

Kehidupan adalah seperti berikut :

5.1 Membuktikan bahawa Kementerian prihatin dan serius terhadap pendidikan

golongan pelajar berkeperluan khas.

5.2 Sebagai persediaan untuk keselesaan pelajar dalam pembelajaran dan aktiviti

5.3 Meningkatkan kualiti kemudahan dengan mengutamakan keselamatan dan

keselesaan pelajar dan melancarkan lagi Pdpc guru – guru PPKI.

5.4 Menyediakan keperluan sebenar mengikut sukatan pembelajaran pengurusan

Kehidupan iaitu pengurusan diri, dan kemahiran manipulatif.

6. Output dan Faedah yang dijangka dari Projek


Pelaksanaan projek ini akan dapat memenuhi keperluan seperti berikut ;

6.1 Mampu menjamin keselamatan dan keselesaan guru dan pelajar.

6.2 Menyediakan satu tempat pengurusan kehidupan bagi menjalankan aktiviti

berkaitan dengan pengurusan diri dan kemahiran manipulatif pelajar

6.3 Dengan adannya sudut mini perpustakaan ppki, .dapat memupuk minat

membaca dikalangan pelajar dalam menguasai kebolehan 3M.

6.4 Proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lebih kondusif

dan sistematik.

6.5 Mampu menjimatkan masa dalam menguruskan pelajar di dalam satu masa
7. SWOT, ASSUMPTION & RISK

Kekuatan ( Strengths) Kelemahan ( Weaknesses)


 Projek mendapat sokongan  Murid tidak bersedia untuk
daripada pentadbir, guru – guru mengikuti pengajaran dan
dan ibu bapa pembelajaran
 Mempunyai guru yang terlatih dan  Murid hilang focus dan kurang
berpengalaman mendisiplinkan diri untuk hadir ke
 Mendapat bilik darjah yang sesuai sekolah
untuk diubahsuai kepada bilik  Kemahiran pengurusan diri yang
pengurusan kehidupan lemah
Peluang ( Opportunity ) Ancaman ( Threats)
 Sokongan kuat daripada PIBG  Tingkah laku murid yang negatif
 Ibu bapa memberikan sokongan ketika berada di bilik pengurusan
dan kerjasama dalam setiap kehidupan iaitu merosakkan
program sekolah barang – barang di dalam bilik
 Mendapat kerjasama guru – guru tersebut.
di arus perdana  Tidak mengikut arahan dan
 Dapat menyediakan satu bilik bertindak agresif
khas untuk tujuan pengajaran dan 
pembelajaran merangkumi
pelbagai pembelajaran
Andaian ( Assumptions) Risiko ( Risk)
 Bilik pengurusan kehidupan  Peralatan mudah hilang jika bilik
diwujudkan adalah untuk tidak dipasang grill besi di pintu
memenuhi keperluan pengajaran dan tingkap
dan pembelajaran murid – murid
selain di kelas, mereka juga diberi
peluang merasai suasana yang
berbeza . Sudut – sudut dan
peralatan yang akan dibina dan
disediakan mampu menarik minat
mereka untuk fokus semasa
proses pembelajaran dan
pengajaran dijalankan. Secara
tidak langsung, pelbagai terapi
dapat dijalankan semasa berada
di bilik ini, contohnya terapi muzik,
terapi petuturan, terapi cara kerja
dan lain – lain. Semua aktiviti
yang berlaku di dalam bilik ini
mengikut tahap kognitif dan
keperluan murid – murid.
8. Hasil yang diharapkan

8.1 Mewujudkan tempat pengajaran dan pembelajaran yang selesa

8.2 Dapat menarik minat murid untuk datang ke sekolah bagi mengikuti

pembelajaran

8.3 Melahirkan murid yang dapat meningkatkan kemahiran psikomotor kasar

dan psikomotor halus

8.4 Tempat yang sesuai untuk murid berinteraksi sesama rakan, guru dan

keluarga serta masyarakat

8.5 Bilik yang serba guna untuk kegiatan dan aktiviti, misalnya latihan

persembahan, aktiviti program NILAM, dan aktiviti terapi.

9. PENUTUP

Kami berharap pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan kami ini.


Sesungguhnya bantuan dan kerjasama dari pihak tuan akan amat kami hargai dan
didahului dengan ribuan terima kasih.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

--------------------------------- ------------------------------
( Mohd Illyas bin Ismail ) ( Fauziah bt Yusoff )
Penolong Kanan Guru Besar
Program Pendidikan Khas Integrasi SK Berapit, Tikam Btu
SK Berapit, Tikam Batu Kedah
Kedah

Anda mungkin juga menyukai