Anda di halaman 1dari 88

IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN IPGM

MODUL PENDIDIKAN KHAS


MASALAH PENDENGARAN

PKU3033

INTERVENSI AWAL DAN KHIDMAT SOKONGAN


KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3,
BLOK 2200, PERSIARAN APEC,
CYBER 6, 63000 CYBERJAYA

BERKUAT KUASA: JUN 2011


EDISI SEPTEMBER 2014

1
MODUL INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR
YANG BERDAFTAR DENGAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU,
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM
PENSISWAZAHAN GURU (PPG) IJAZAH SARJANA MUDA
PERGURUAN.

Edisi September 2014


Institut Pendidikan Guru Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia

i
Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah


memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh
dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha
ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan
diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.

Falsafah Pendidikan Guru

Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan


saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung
warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu,
dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu,
demokratik, progresif, dan berdisiplin.

Cetakan September 2014


Kementerian Pendidikan Malaysia

Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak


ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa
mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel,
ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan
dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi,
mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis
daripada Rektor Institut Pendidikan Guru, Kementerian
Pendidikan Malaysia.

ii
KANDUNGAN
MUKA SURAT

Falsafah Pendidikan Kebangsaan i

Falsafah Pendidikan Guru ii

Panduan Pelajar iv

Pengenalan x

Tajuk Pembelajaran xi

Tajuk 1 Pengenalan Kepada Intervensi Awal 1–7


1.0 Sinopsis
1.1 Hasil Pembelajaran
1.2 Kerangka Tajuk
1.2.1 Konsep Intervensi Awal
1.2.2 Keperluan Intervensi Awal
1.2.3 Komponen-komponen dalam
intervensi Awal

Tajuk 2 Intervensi Awal mengikut kategori 8 – 23


kanak-kanak berkeperluan khas, Jenis
Masalah, komponen-komponen penting
dan pihak-pihak.
2.0 Sinopsis
2.1 Hasil Pembelajaran
2.2 Kerangka Tajuk
2.2.1 Kanak-kanak Bermasalah
Pembelajaran Spesifik
2.2.2 Kanak-kanak kerencatan mental
2.2.3 Kanak-kanak autisme
2.2.4 Kanak-kanak bermasalah fizikal
2.2.5 Kanak-kanak bermasalah
kesihatan

iii
2.2.6 Kanak-kanak bermasalah
pendengaran
2.2.7 Kanak-kanak bermasalah
penglihatan
2.2.8 Kanak-kanak bermasalah emosi/
tingkah laku
2.2.9 Kanak-kanak pelbagai kecacatan

Tajuk 3 Persediaan Alam Persekolahan bagi Kanak- 24 – 34


kanak Berkeperluan Khas
3.0 Sinopsis
3.1 Hasil Pembelajaran
3.2 Kerangka Tajuk
3.2.1 Perkembangan bahasa
3.2.2 Penggunaan dan Pemahaman
Bahasa
3.2.3 Kemahiran Sosial

Tajuk 4 Program Intervensi Awal 25 – 38


4.0 Sinopsis
4.1 Hasil Pembelajaran
4.2 Kerangka Tajuk
4.2.1 Penempatan Program
4.2.2 Bentuk Program

Tajuk 5 Khidmat Sokongan 39 – 56


5.0 Sinopsis
5.1 Hasil Pembelajaran
5.2 Kerangka Tajuk
5.2.1 Pengenalan
5.2.2 Pihak-pihak yang terlibat dalam
memberi khidmat sokongan dan
peranannya

iv
5.2.3 Jenis Khidmat Sokongan

Tajuk 6 Pemerhatian dan penilaian program-program 57 - 69


intervensi awal dan khidmat sokongan
6.0 Sinopsis
6.1 Hasil Pembelajaran
6.2 Kerangka Tajuk
6.2.1 Program untuk kanak-kanak autistik
6.2.2 Program untuk kanak-kanak palsi-
serebral
6.2.3 Program untuk kanak-kanak
bermasalah penglihatan (contoh :
MAB)
6.2.4 Program untuk kanak-kanak
bermasalah pendengaran
6.2.5 Program untuk kanak-kanak
kerencatan mental

Bibliografi 68

Panel Penulis Modul

Ikon Modul

v
PANDUAN PELAJAR

PENGENALAN

Modul pembelajaran ini disediakan untuk membantu anda menguruskan


pembelajaran anda agar anda boleh belajar dengan lebih berkesan. Anda
mungkin kembali semula untuk belajar secara formal selepas beberapa tahun
meninggalkannya. Anda juga mungkin tidak biasa dengan mod pembelajaran
arah kendiri ini. Modul pembelajaran ini memberi peluang kepada anda untuk
menguruskan corak pembelajaran, sumber-sumber pembelajaran, dan masa
anda.

PEMBELAJARAN ARAH KENDIRI

Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentang


pembelajaran anda. Anda perlu memahami corak dan gaya pembelajaran
anda. Adalah lebih berkesan jika anda menentukan sasaran pembelajaran
kendiri dan aras pencapaian anda. Dengan cara begini anda akan dapat
melalui kursus ini dengan mudah. Memohon bantuan apabila diperlukan
hendaklah dipertimbangkan sebagai peluang baru untuk pembelajaran dan ia
bukannya tanda kelemahan diri.

SASARAN KURSUS

Pelajar Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian yang mendaftar dengan


Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia (IPG KPM) di
bawah Program Pensiswazahan Guru (PPG).

JAM PEMBELAJARAN PELAJAR (JPP)

Berdasarkan standard IPG KPM dan MQA yang memerlukan pelajar


mengumpulkan 40 jam pembelajaran bagi setiap jam kredit. Anggaran
vi
peruntukan jam pembelajaran adalah seperti dalam Jadual 1:

Aktiviti-aktiviti Pembelajaran Agihan Jam pembelajaran


Mengikut Kredit Kursus
3 Kredit 2 Kredit 1 Kredit
Tanpa Ada Tanp Ada Tanp Ada
Amali Amali a Amali a Amali
(3+0) (2+1) Amali (1+1) Amali (0+1)
(1+2) (2+0) (0+2) (1+0)
(0+3)
Membaca modul pembelajaran
dan menyiapkan latihan / 70 60 70 62 70 65
tugasan terarah / amali
Menghadiri kelas interaksi
10 10 5 5 5 5
bersemuka (5 kali)
Latihan Amali* - 10 - 8 - 5

Perbincangan Atas Talian 7½ 7½ 5½ 5½ 5½ 5½

Kerja Kursus 20 20 20 20 15 15

Ulangkaji 10 10 10 10 5 5

Amali/Peperiksaan 2½ 2½ 2½ 2½ 2½ 2½

Jumlah Jam Pembelajaran 120 80 40

* Latihan amali akan dijalankan pada hari Ahad atau melalui kursus intensif
mengikut Garis Panduan Pelaksanaan Amali jika brkenaan .

SUSUNAN TAJUK MODUL

Modul ini ditulis dalam susunan tajuk. Jangka masa untuk melalui sesuatu
tajuk bergantung kepada gaya pembelajaran dan sasaran pembelajaran
kendiri anda. Latihan-latihan disediakan dalam setiap tajuk untuk membantu
anda mengingat semula apa yang anda telah pelajari atau membuatkan anda
memikirkan tentang apa yang anda telah baca. Ada di antara latihan ini
mempunyai cadangan jawapan. Bagi latihan-latihan yang tiada mempunyai
cadangan jawapan adalah lebih membantu jika anda berbincang dengan
orang lain seperti rakan anda atau menyediakan sesuatu nota untuk

vii
dibincangkan semasa sesi tutorial. Anda boleh berbincang dengan
pensyarah, tutor atau rakan anda melalui email jika terdapat masalah
berhubung dengan modul ini.

IKON

Anda akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian anda
agar pada sekali imbas anda akan tahu apa yang harus dibuat.

PEPERIKSAAN DAN PENTAKSIRAN

Anda juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir


kursus. Tarikh dan masa peperiksaan akan diberitahu apabila anda
mendaftar. Peperiksaan bertulis ini akan dilaksanakan di tempat yang akan
dikenal pasti.

Soalan peperiksaan akan meliputi semua tajuk dalam modul pembelajaran


dan juga perbincangan

Tip untuk membantu anda melalui kursus ini.

1. Cari sudut pembelajaran yang sunyi agar anda boleh meletakkan buku
dan diri anda untuk belajar. Buat perkara yang sama apabila anda pergi ke
perpustakaan.

2. Peruntukkan satu masa setiap hari untuk memulakan dan mengakhiri


pembelajaran anda. Patuhi waktu yang diperuntukkan itu. Setelah
membaca modul ini teruskan membaca buku-buku dan bahan-bahan
rujukan lain yang dicadangkan.

3. Luangkan sebanyak masa yang mungkin untuk tugasan tanpa mengira


sasaran pembelajaran anda.

4. Semak dan ulangkaji pembacaan anda. Ambil masa untuk memahami


pembacaan anda.

viii
5. Rujuk sumber-sumber lain daripada apa yang telah diberikan kepada
anda. Teliti maklumat yang diterima.

6. Mulakan dengan sistem fail agar anda tahu di mana anda menyimpan
bahan-bahan yang bermakna.

7. Cari kawan yang boleh membantu pembelajaran anda.

ix
PENGENALAN

Modul PKU3033: Intervensi Awal dan Khidmat Sokongan untuk kanak-kanak


berkeperluan khas ini memberi pendedahan dan pengetahuan kepada anda
yang sedang mengikuti Kursus Mod Pendidikan Jarak Jauh (PJJ). Modul ini
memberi garis panduan skop tajuk yang perlu anda pelajari sebelum
menghadiri jam interaksi dihujung minggu. Modul ini mengandungi tajuk-tajuk
berikut:

 Pengenalan Kepada Intervensi Awal


 Intervensi Awal mengikut kategori kanak-kanak berkeperluan khas,
Jenis masalah, komponen-komponen penting dan pihak-pihak yang
terlibat Perundangan Berkaitan Pendidikan Khas.
 Persediaan Alam Persekolahan bagi Kanak-kanak Berkeperluan Khas.
 Program Intervensi Awal
 Khidmat Sokongan
 Pemerhatian dan penilaian program-program intervensi awal dan
khidmat sokongan

Dalam setiap tajuk disertakan dengan soalan-soalan latihan. Pada akhir


modul ini akan diberi sekurang-kurangnya dua tajuk tugasan tutorial. Anda
dikehendaki melaksanakan tugasan tersebut untuk dibawa dalam
perbincangan bersama tutor pada waktu tutorial nanti. Anda digalakkan
mendapatkan maklumat tambahan daripada pelbagai sumber rujukan.

x
AGIHAN TAJUK

Kandungan modul ini dibagai kepada lapan tajuk. Jadual dibawah


menjelaskan agihan tajuk-tajuk interaksi bersemuka atau pembelajaran tidak
bersemuka.

(Agihan Tajuk Interaksi Bersemuka dan Modul Mengikut Jadual 3)

INTERAKSI
TAJUK JAM MODUL

2 1. Pengenalan Kepada Intervensi Awal 6

 Konsep intervensi awal


- Maksud intervensi awal
- Matlamat intervensi awal
- Kepentingan pengensanan masalah
di peringkat awal

 Keperluan intervensi awal


- Mengurangkan kesan masalah
- Mencegah berlakunya masalah
sampingan
- Menentukan kemahiran-kemahiran
yang perlu dipelajari dan memberi
latihan yang bersesuaian

 Komponen-komponen dalam intervensi


awal
- Penapisan, pengesanan awal dan
pentaksiran
- Aktiviti meneguh dan merangsang
perkembangan
- Tugasan-tugasan yang berurutan
- Aktiviti-aktiviti simulasi
- Penilaian tahap kefungsian

xi
INTERAKSI
TAJUK JAM MODUL

2 2. Intervensi Awal mengikut kategori kanak- 5


kanak berkeperluan khas, Jenis masalah,
komponen-komponen penting dan pihak-
pihak yang terlibat

 Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran


Spesifik (contoh – disleksia, dyscalculia,
dll)
 Kanak-kanak kerencatan mental
 Kanak-kanak autistik
 Kanak-kanak bermasalah fizikal
 Kanak-kanak bermasalah kesihatan
 Kanak-kanak bermasalah pendengaran
 Kanak-kanak bermasalah penglihatan
 Kanak-kanak bermasalah emosi /
tingkah laku
 Kanak-kanak pelbagai kecacatan
(contoh – buta dan pekak)

2 3. Persediaan Alam Persekolahan bagi 4


Kanak- kanak Berkeperluan Khas

 Perkembangan bahasa
- Pembinaan konsep
- Penguasaan konsep
- Peluasan konsep
- Perbezaan dan persamaan

 Penggunaan dan Pemahaman Bahasa


- Bahasa Lisan
- Bahasa Penulisan

 Kemahiran Sosial
- Kemahiran interaksi
- Kemahiran hidup berdikari
- Kemahiran urus diri

xii
INTERAKSI
TAJUK JAM MODUL

2 4. Program Intervensi Awal 4

 Penempatan Program
- Di pusat – kelebihan dan kekurangan
- Di rumah – kelebihan dan kekurangan

 Bentuk Program
- Individu / Berkumpulan
- Matlamat dan kekerapan
- Komponen-komponen program
- Tahap penglibatan ibu bapa dan
pakar

xiii
INTERAKSI
TAJUK JAM MODUL

2 5. Khidmat Sokongan 8

 Pengenalan
- Konsep khidmat sokongan
- Matlamat khidmat sokongan
- Kepentingan kolaborasi dalam
memberi khidmat sokongan

 Pihak-pihak yang terlibat dalam


memberi khidmat sokongan dan
peranannya
- Badan kerajaan
- Badan berkanun
- Badan bukan kerajaan (NGO)
- Lain-lain agensi

 Jenis Khidmat Sokongan

- Bantuan peralatan dan kewangan


- Latihan kemahiran mengikut
keperluan kanak-kanak
- Latihan dan bimbingan ibu bapa
- Perkhidmatan Perpustakaan (contoh :
toy library)
- Kemudahan Pengangkutan
- Perkhidmatan medikal dan para-
medikal
- Perkhidmatan Kesihatan Sekolah
- Perkhidmatan Bimbingan dan
Kaunseling
- Sokongan kerjaya
- Program rekreasi

xiv
INTERAKSI
TAJUK JAM MODUL

0 6. Pemerhatian dan penilaian program-


program intervensi awal dan khidmat
sokongan
 Program untuk kanak-kanak autistik
(contoh : NASOM)

 Program untuk kanak-kanak palsi-


serebral (contoh : Pusat Spastik Kanak-
kanak Wilayah Persekutuan dan
Selangor)

 Program untuk kanak-kanak bermasalah


penglihatan (contoh : MAB)

 Program untuk kanak-kanak bermasalah


pendengaran (contoh : Pusat YMCA)

 Program untuk Kanak-kanak Kerencatan


Mental (contoh: Pusat Kiwanis)

xv
PKU3033 Intervensi Awal Dan Khidmat Sokongan Individu Berkeperluan Khas

TAJUK 1 PENGENALAN KEPADA INTERVENSI AWAL

1.0 SINOPSIS

Tajuk ini akan memberi pengenalan umum tentang intervensi awal yang
dilaksanakan kepada kanak-kanak berkeperluan khas. Di dalam tajuk ini
perbincangan akan dibuat mengenai konsep, keperluan dan komponen-
komponen dalam intervensi awal untuk kanak-kanak berkeperluan khas.

1.1 HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir tajuk ini, anda akan dapat

a. Menjelaskan klasifikasi konsep dan keperluan untuk melaksanakan


intervensi awal kepada kanak-kanak berkeperluan khas.

b. Menerangkan tentang komponen-komponen dalam intervensi awal.

1.2 ISI KANDUNGAN

1.2.1 Pendahuluan

Tahun-tahun awal kelahiran kanak-kanak adalah jangka masa yang sangat penting.
Roopnarine dan Johnson (1993) menegaskan bahawa kanak-kanak perlu di beri
pendidikan seawal mungkin kerana sebelum berumur enam tahun, kanak-kanak
melalui perkembangan yang paling sensitif. Bloom (1964) dan Hunt (1961)
membuktikan bahawa perkembangan otak yang kritikal dan perkembangan
kecerdasan berlaku sebelum berusia lapan tahun. Tahun-tahun awal pendidikan ini
terutamanya pada tahap pra sekolah adalah tempoh asas kecerdasan seseorang
individu pada usia 18 tahun terbina 80 % pada umur sebelum enam tahun. Kanak-
kanak berkeperluan khas memerlukan satu program khas supaya masa belajar yang
begitu berharga tidak terbuang dan pengalaman untuk menerima intervensi hilang
begitu sahaja. Menurut Warnock Committee (1978) dalam Broadhead (1996)
1
PKU3033 Intervensi Awal Dan Khidmat Sokongan Individu Berkeperluan Khas

menekankan betapa pentingnya pendidikan intervensi untuk kanak-kanak


berkeperluan khas.

1.2.2 KONSEP INTERVENSI AWAL

Maksud intervensi awal

Intervensi awal adalah perkhidmatan yang diberikan dan usaha-usaha tersusun


yang disediakan untuk kanak-kanak yang mengalami ketidakupayaan dan masalah
kelewatan perkembangan bagi meningkatkan perkembangan bayi dan kanak-kanak
bermula selepas kelahiran hingga 36 bulan, ia juga melibatkan keluarga kanak-
kanak tersebut (Bowe, 2000). Intervensi awal bermaksud memberi perkhidmatan
rawatan, pemulihan, bimbingan dan khidmat nasihat kepada kanak-kanak dan juga
ibu bapa sebaik sahaja sesuatu kecacatan dikesan atau dikenal pasti dialami oleh
kanak-kanak (Kail, 2001). Perkhidmatan ini perlu diberikan seawal mungkin agar
kanak-kanak tersebut boleh diberikan bantuan dari pelbagai aspek seperti bahasa,
sosial, emosi dan psikomotor bagi memastikan perkembangan dalam aspek tersebut
tidak ketinggalan terlalu jauh dari aspek perkembangan umur dan fizikal
dibandingkan dengan kanak-kanak lain yang seusia.

Kanak-kanak harus menerima bantuan pada usia seawal yang mungkin.


Tujuan adalah untuk membantu mereka memperkembangkan potensi pada tahap
maksimum. Intervensi awal adalah peringkat pertama dalam proses persediaan
untuk kanak-kanak untuk hidup dalam masyarakat dan proses ini haruslah
berterusan. Sasarannya adalah kanak-kanak baru lahir sehingga pra sekolah
setelah mengenalpasti masalah kanak-kanak. Dunst (1996) menyifatkan intervensi
awalan sebagai “to a range of services provided to children, parents and families
during pregnancy, infancy and/or early childhood”. Hal ini juga ada dinyatakan dalam
PL 94 -142 dan dilanjutkan kepada PL 99 – 457.

Menurut Shonkoff dan Meisels (2000), perkhidmatan intervensi awal adalah


melibatkan perkhidmatan daripada pelbagai disiplin, merangkumi aspek pendidikan,
psikologi, perubatan, khidmat sosial, penjagaan kanak-kanak, patologi pertuturan

2
PKU3033 Intervensi Awal Dan Khidmat Sokongan Individu Berkeperluan Khas

dan komunikasi, terapi cara kerja, terapi fizikal, kejururawatan dan kesihatan.
Intervensi awal yang sistematik boleh mengurangkan kesukaran yang bakal dihadapi
oleh seseorang insan berkeperluan khas dalam suasana persekitaran sebenar. Ini
kerana kanak-kanak berkeperluan khas memiliki potensi, cabaran, masalah dan
keperluan yang berbeza-beza serta saling berkait antara satu sama lain. Oleh itu,
biasanya mereka memerlukan perkhidmatan melibatkan lebih daripada satu disiplin.
Sebagai contohnya, seorang pakar terapi pertuturan perlu mendapat kerjasama
daripada ibu bapa, guru ataupun pakar profesional lain dalam usaha untuk
mengembangkan kemahiran pertuturan kanak-kanak bermasalah pendengaran yang
menjadi tanggungjawabnya. Bentuk kerjasama seumpama ini adalah sangat penting
bagi membolehkan kesemua pihak mencapai objektif program intervensi awal yang
telah ditetapkan. Penglibatan ibu bapa dalam program intervensi awal dapat
membantu kedua-dua pihak iaitu kanak-kanak yang terlibat dan ibu bapa itu sendiri
untuk meningkatkan diri ke arah yang lebih baik.

The Warnock Report (DES, 1978 dalam Tilstone, 1995) telah menyatakan
bahawa kejayaan sesuatu program pendidikan untuk kanak-kanak dengan
keperluan khas bergantung kepada penglibatan sepenuhnya daripada ibu bapa
kanak-kanak tersebut. Hardman et.al (1996) menyatakan bahawa ibu bapa yang
mempunyai anak-anak khas memainkan peranan amat penting untuk menjalankan
latihan-latihan dan intervensi awal bagi mengelakkan ketidakupayaan sampingan
lain.Model tingkahlaku “parenting” yang baik dan cara menjaga anak-anak. Ibu bapa
biasanya mengalami kekejutan, kekecewaan dan keletihan. Intervensi awal
mengajar ibu bapa bagaimana menjadi agen yang berkesan dalam membesarkan
kanak-kanak cacat dan mengurangkan tekanan mempunyai anak cacat. Intervensi
awal merupakan suatu elemen yang sangat penting dalam pengenalpastian serta
pemberian perkhidmatan kepada seseorang insan berkeperluan khas.

1.2.3 Keperluan intervensi awal

Program intervensi awal bertujuan memberi bantuan kepada ibu bapa untuk
mengambil langkah tertentu supaya pengesanan dan rawatan lebih awal dapat
dilakukan dan mengurangkan keterukan ketidakupayaan, permasalahan atau

3
PKU3033 Intervensi Awal Dan Khidmat Sokongan Individu Berkeperluan Khas

kecacatan yang dialami oleh individu berkeperluan khas. Menurut Hallahan dan
Kaufman (2003), kebanyakan pendidik dan ahli sains sosial percaya bahawa lebih
awal kecacatan seseorang individu dikenal pasti dan diberi program pendidikan yang
bersesuaian atau rawatan tertentu, lebih baik penghasilan yang bakal diperolehi oleh
seseorang anak berkeperluan khas. Intervensi awal yang intensif bertujuan untuk
mengurangkan kesan sesuatu kurang upaya kepada pembelajaran dan
mengelakkannya menjadi lebih ketara apabila kanak-kanak memasuki alam
persekolahan.

Program intervensi awal juga dapat menyediakan sokongan kepada anak dan
keluarga dalam pencegahan kepada pertambahan masalah atau keterukan
kecacatan yang dialami (Kaiser 2000). Melalui program tersebut bantuan keluarga
membuat penyesuaian ke atas anak mereka dapat diberikan. Selain itu, program
intervensi awal juga memberi latihan kemahiran kepada ibu bapa yang sewajarnya
mengikut keperluan anak untuk dikendali di rumah bagi memantau pembelajaran
anak-anak dan membantu keluarga mengenal pasti khidmat sokongan tambahan
yang bersesuaian seperti kaunseling, pembantu perubatan atau peruntukan
kewangan. Program intervensi awal juga merupakan kaedah paling baik
mewujudkan kolaborasi antara ibu bapa dengan kumpulan pelbagai disiplin dan
komuniti (Cook, Tessier & Klein, 1992).

Selain daripada itu, intervensi awal juga mendidik kanak-kanak yang lewat
tumbesaran agar mencapai potensi yang maksima dan menyediakan kanak-kanak
lewat tumbesaran ke arah pendidikan formal. Di samping itu, menimbulkan
kesedaran dalam kalangan ibu bapa dan komuniti tentang kanak-kanak
berkeperluan khas serta memberi kesedaran kepada ibu bapa dan para profesional
lain tentang prosedur dan kepentingan memberi intervensi awal pada usia yang
seawal mungkin. Intervensi awal membantu dan menggalakkan perkembangan
pembentukan kumpulan sokongan dan penyertaan ibubapa yang mempunyai anak-
anak berkeperluan khas.

Intervensi awal memberikan maklumat dan Ibu bapa diajar dengan


kemahiran-kemahiran yang dapat mengukuhkan anak-anak mereka di rumah

4
PKU3033 Intervensi Awal Dan Khidmat Sokongan Individu Berkeperluan Khas

sebagaimana yang telah dipelajari di sekolah. Program intervensi awal juga


menyediakan kanak-kanak untuk memasuki sistem persekolahan formal di samping
memulakan proses integrasi daripada pra-sekolah khas kepada pra-sekolah normal.
Ibubapa dan masyarakat juga diberi pendedahan agar mempunyai kesedaran yang
lebih dan penerimaan yang lebih baik terhadap kanak-kanak yang mempunyai
perkembangan yang lambat. Ibubapa dan golongan profesional diberi kefahaman
tentang kepentingan memulakan intervensi terhadap kanak-kanak lambat
perkembangan bermula seawal mungkin

Kajian-kajian menunjukkan bahawa intervensi awal membawa kesan positif


kepada kanak-kanak kurang upaya dan yang berisiko tinggi dalam jangka masa
pendek dan jangka masa panjang. Di Amerika Syarikat perkhidmatan intervensi awal
(3 tahun ke bawah) diwajibkan untuk kanak-kanak yang mengalami perkembangan
lewat dan kanak-kanak berisiko tinggi (IDEA, 1990). Mengapa? Intervensi awal
memainkan peranan penting dalam melengkapkan kanak-kanak berkeperluan khas
dengan kemahiran asas sebelum mereka masuk ke sekolah rendah. Intervensi awal
yang komprehensif dan intensif adalah berfaedah kepada keluarga dan masyarakat.
Intervensi awal mempunyai impak yang positif kepada persekitaran terdekat kanak-
kanak berkeperluan khas. Atas sebab ini juga, setiap individu dalam sesebuah
komuniti perlu sedar akan tanggungjawab masing-masing ke atas kanak- kanak
berkeperluan khas (Lerner, 2003).

Intervensi awal dapat membantu perkembangan pelbagai kebolehan kanak-


kanak dan mengelakkan perkembangan yang lewat. Contohnya, seorang kanak-
kanak bermasalah pendengaran yang diajar menggunakan bahasa isyarat secara
tidak langsung dapat mempertingkatkan mindanya dan membuka peluang untuk dia
berinteraksi dengan kanak-kanak lain. Kejadian masalah lain yang terikat dengan
kesukaran awal boleh diatasi melalui perkhidmatan intervensi awal. Contohnya
kanak-kanak yang mengalami masalah penglihatan tetapi tidak diberi intervensi
awal, mungkin mengalami masalah emosi seperti perasaan kecewa. Intervensi awal
yang intensif dan berkesan mampu mengelakkan penambahan keterukan masalah
yang dihadapi dan mengurangkan beban penyediaan pendidikan khas pada
peringkat sekolah rendah dan menengah. Bilangan kanak-kanak yang memerlukan

5
PKU3033 Intervensi Awal Dan Khidmat Sokongan Individu Berkeperluan Khas

perkhidmatan pendidikan khas mungkin berkurangan.

Ringkasnya, intervensi awal boleh meningkatkan intelek, meningkatan


perkembangan fizikal dan meningkatkan penguasaan bahasa kanak-kanak
berkeperluan khas. Intervensi awal yang sistematik menghalang kewujudan masalah
lain, mengurangkan tekanan kepada keluarga, dan mengurangkan pembinaan
institusi khas. Dengan adanya intervensi awal yang teratur, keperluan untuk
pendidikan khas di peringkat persekolahan dapat dikurangkan dan ini menjimatkan
perbelanjaan negara yang dikhaskan untuk kemudahan penjagaan, kesihatan dan
pendidikan. Juga dapat mengurangkan kesan masalah dan mencegah berlakunya
masalah sampingan serta menentukan kemahiran-kemahiran yang perlu dipelajari
oleh kanak-kanak berkeperluan khas dan memberi latihan yang bersesuaian kepada
mereka.

Kelewatan intervensi akan menyebabkan pemerolehan pengalaman awal


yang terhad seterusnya menyebabkan sistem sensori tidak terangsang dan boleh
merosakkan sistem ini. Kelewat Intervensi boleh membawa kerencatan sistem
sensori. Sistem sensori seperti penglihatan bukan sahaja merosot akibat kurang
ransangan awal tetapi turut menjejaskan sensori yang lain seperti pendengaran.

6
PKU3033 Intervensi Awal Dan Khidmat Sokongan Individu Berkeperluan Khas

Berdasarkan maklumat yang telah dipelajari:

1. bincangkan apakah konsep intervensi awal yang perlu dalam


kalangan kanak-kanak berkeperluan khas.

2. Jelaskan kebaikan yang akan diperolehi daripada intervensi


awal, dan jelaskan kesan kelewatan intervensi awal terhadap
kanak-kanak berkeperluan khas

Berehat seketika

Anda masih mengikuti modul ini dengan penuh minat. Sekarang masa untuk
berehat dan minum secawan kopi. Kita sambung topik 2

7
PKU3033 Intervensi Awal Dan Khidmat Sokongan Individu Berkeperluan Khas

TAJUK 2 INTERVENSI AWAL MENGIKUT KATEGORI KANAK-


KANAK BERKEPERLUAN KHAS, JENIS MASALAH,
KOMPONEN-KOMPONEN PENTING DAN PIHAK-PIHAK
YANG TERLIBAT

2.0 SINOPSIS

Tajuk ini akan membincangkan tentang intervensi awal mengikut kategori


kanak-kanak berkeperluan khas, peranan NGO yang mewakili kerencatan
berkenaan, jenis masalah, komponen-komponen penting dan pihak-pihak yang
terlibat.

2.1 HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir tajuk ini, anda akan dapat

i. Menjelaskan intervensi awal mengikut kategori kanak-kanak


berkeperluan khas dari segi konsep, matlamat dan kepentingannya.

ii. Menghubungkaitkan peranan pihak-pihak yang terlibat dengan intervensi


awal mengikut kategori kanak-kanak berkeperluan khas yang diberikan

iii. Menganalisis jenis-jenis masalah intervensi awal mengikut kategori


kanak-kanak mengikut keperluan khas individu.

2.2 PENGENALAN

Intervensi awal didefinisikan sebagai usaha tersusun untuk meningkatkan


perkembangan bayi dan kanak-kanak yang mengalami tumbesaran lambat (Fatimah
Bivi, 2002). Dunst (1996) menyifatkan intervensi awal sebagai “to a range of services
provided to children, parents, and families during pregnancy, infancy and / or early
childhood”. Menurut IDEA, kanak-kanak sebaik sahaja disahkan mempunyai
keperluan khas, adalah diwajibkan mengikuti program Intervensi Awal supaya
kerencatan mereka dapat dielakkan dari menjadi bertambah teruk dan
mendatangkan secondary effect kepada individu tersebut. Intervensi awal bermula
dari 0 hingga 5 tahun atau selepas sahaja sesaorang itu disahkan sebagai

8
PKU3033 Intervensi Awal Dan Khidmat Sokongan Individu Berkeperluan Khas

berkeperluan khas. Intervensi awal ini dijalankan oleh NGO yang berkaitan dengan
masalah atau kerencatan yang dihidapi. Misalnya NASOM untuk kanak-kanak
Autistik, KIWANIS atau PSDM untuk kanak-kanak Down Sindrom, Pusat Sepastik
untuk kanak-kanak Cerebral Palsy atau kecacatan fizikal. MAB untuk masalah
penglihatan MFD untuk mereka yang bermasalah pendengaran. Di Malaysia sangat
banyak NGO yang ditubuhkan untuk membantu mereka yang berkeperluan khas.
Terdapat sebuah buku yang diusahakan oleh MALAYSIAN CARE bertajuk
„DIRECTORY FOR PEOPLE WITH DISABILITIES‟ yang ditaja oleh CIMB. Melalui
buku ini semua orang boleh merujuk nama dan alamat pertubuhan-pertubuhan yang
memberi perkhidmatan kepada OKU di Malaysia. Di pihak kerajaan pula kita ada
Unit Komprehensif di bawah Jabatan Paedeatrik di hospital-hospital kerajaan dan
swasta yang mana mereka juga memberi perkhidmatan intervensi awal. kerajaan
juga menubuhkan Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) di setiap daerah bagi memberi
perkhidmatan kepada OKU di seluruh Malaysia. Perkhidmatan yang diberi ada yang
khusus pada kecacatan tertentu dan ada juga yang pelbagai kecacatan.

2.2.1 Disleksia

Kanak-kanak Disleksia merupakan mereka yang mengalami kesukaran untuk


emmbaca kerana tidak dapat menterjemahkan lambang-lambang bertulis dengan
betul sama ada dalam bentuk huruf itu sendiri, dalam bentuk suku kata ataupun
dalam bentuk perkataan.

Antara ciri-ciri murid disleksia:


a) Masalah dalam ejaan
b) Masalah dalam ingatan
c) Masalah dalam membaca
d) Masalah dalam menyalin nota
e) Masalah visual motor

Antara teknik yang boleh dijalankan kepada kanak-kanak Disleksia adalah:


i) Bimbingan harian
Lakukan secara konsisten bimbingan harian se jam sehari secara individu kepada

9
PKU3033 Intervensi Awal Dan Khidmat Sokongan Individu Berkeperluan Khas

kanak-kanak disleksia dengan latihan membaca.

2.2.2 Diskalkulia

Diskalkulia didefinisikan sebagai masalah pembelajaran spesifik yang


mempengaruhi pemerolehan atau pembelajaran kemahiran aritmetik.
Punca-punca berlakunya diskalkulia:
a) Faktor genetic
b) Pendedahan awal matematik yang terdesak
c) Faktor pengajaran di sekolah

2.2.3 Kanak-Kanak Kerencatan Mental

Kategori kecacatan mental adalah pelbagai tetapi secara keseluruhannya memberi


kesan kepada kognitif. Misalnya Lembam bermaksud lembap, tidak cergas, lemah
(kemampuan murid menguasai sesuatu kemahiran atau menerima pelajaran). Murid
lembam mempunyai tahap keupayaan intelek sederhana atau rendah berbanding
dengan intelek murid normal. Mereka mempunyai kebolehan melihat tetapi
kekurangan kemahiran menerima, mengurus, menyusun, menyimpan, dan
mengingati dengan berkesan.

Ciri-ciri kanak-kanak lembam


a) Meninggalkan huruf, suku kata atau perkataan membaca dan menulis
b) Tidak dapat berkomunikasi seperti kanak-kanak biasa
c) Perbendaharaan kata yang terhad dan tatabahasa yang tidak tepat
d) Tahap intelek rendah
e) Pencapaian pelajaran atau akademik berbeza
f) Lambat sewaktu menulis, huruf dan perkataan ditulis tinggi atau rendah dan
tidak seragam
g) Pendiam, tidak aktif dan tidak banyak cakap
h) Sukar menerima arahan
Punca-punca kanak-kanak lembam
a) Baka

10
PKU3033 Intervensi Awal Dan Khidmat Sokongan Individu Berkeperluan Khas

b) Intelek yang rendah


c) Masalah emosi
d) Kekecewaan
e) Rasa rendah diri
f) Kematangan yang lambat
g) Lemah daya ingatan
h) Mudah terganggu tumpuan
i) Kurang rangsangan
j) Faktor-faktor kesihatan
k) Persekitaran
l) Amalan makanan
m) Kesan semasa mengandung
n) Penyakit semasa pembesaran selepas lahir
o) Ubat semasa mengandung
p) Kemalangan
q) Sosioekonomi

Usaha-usaha yang boleh diambil:


a) Merujuk kepada pegawai atau pakar perubatan
b) Mewujudkan suasana pembelajaran yang sesuai dan menyeronokkan di
sekolah
c) Guru merangka pengajaran dan pembelajaran berbentuk dari senang ke
susah dan konkrit ke abstrak
d) Menjalankan aktiviti kelas yang melibatkan seberapa banyak pancaindera
e) Guru perlu memperbanyakkan pengukuhan dan latih tubi dalam pengajaran
dan pembelajaran
f) Guru juga perlu menjauhi daripada mengenakan denda yang negatif
g) Sentiasa berinteraksi dengan kanak-kanak tersebut

Contoh NGO yang mengendalikan Kanak-Kanak Kerencatan Mental-KIWANIS


DOWN SINDROME

Apakah Sindrom Down?

11
PKU3033 Intervensi Awal Dan Khidmat Sokongan Individu Berkeperluan Khas

Sindrom ini mengambil nama seorang doktor Inggeris bernama Dr. Langdon Down,
orang pertama yang menjelaskan penyakit ini pada tahun 1866.Sindrom Down ialah
penyakit keturunan disebabkan oleh kromosom tambahan pada kromosom nombor
21 yang terdapat pada seseorang kanak-kanak.Kerencatan ini juga dikenali
sebagai Trisomy 21. Kanak-kanak yang terlibat lahir dengan ciri-ciri fizikal dan boleh
juga mempunyai masalah-masalah kesihatan yang berkaitan dengannya.

Apakah kekerapan terjadinya Sindrom Down?

Kadar kejadian keseluruhannya ialah satu pada setiap 800 kelahiran. Risiko menjadi
tinggi dengan bertambahnya umur ibu semasa hamil. Bagaimanakah Sindrom ini
disahkan? Pengesahan penyakit ini dilakukan dengan ujian darah kanak-kanak itu
bagi mengesan kehadiran kromosom tambahan kromosom nombor 21. Ujian juga
boleh dilakukan semasa kehamilan melalui ujian darah, pemeriksaan ultrasound
atau analisis cecair mentuban.

Ciri fizikal kanak-kanak SD.


• Hidung kemek
• Lidah tebal dan kerap terjelir
• Tapak tangan lebar
• Tapak tangan ada hanya satu lipatan
• Jari kelengkeng tangan melengkung
• Jarak ibu jari kaki dengan jari kedua, lebar
• Leher pendek dan besar
• Kelopak mata berlipat-lipat
• Otot lembik
• Sendi longgar

Masalah-Masalah Kesihatan yang Berkaitan Sindrom Down dan Rawatan

• Pertumbuhan yang lambat, kesukaran untuk belajar dan bertutur


• Penyakit jantung kongenital

12
PKU3033 Intervensi Awal Dan Khidmat Sokongan Individu Berkeperluan Khas

• Kecacatan pertumbuhan perut


• Mudah mendapat jangkitan
• Masalah pendengaran dan penglihatan
• Gangguan fungsi Tiroid
• Barah (kanser)

2.2.4 Kanak-Kanak Autistik

Autisme merupakan kecelaruan neurologi yang berlaku kepada kanak-kanak.


Bilangan kanak-kanak yang mengalami autisme dilihat semakin meningkat dari
tahun ke tahun. Autisme adalah sejenis kecelaruan neurologikal dimana otak
memproses maklumat dari persekitaran secara berbeza, menyebabkan tingkah laku
yang aneh. Masyarakat sering salah faham mengenai autisme kerana kanak-kanak
yang mengalaminya tidak mempunyai tanda fizikal maka mereka sering dilabel
sebagai nakal atau salah asuhan.

 AUTISME berasal daripada perkataan autos yang bererti diri sendiri dan
isme yang bermakna aliran. Jadi autisme bermaksud kanak-kanak yang
berada dalam dunianya sendiri.
 Gangguan perkembangan yang kompleks disebabkan oleh adanya
kerosakkan pada otak sehingga mengakibatkan gangguan pada
perkembangan komunikasi, tingkah laku, kemampuan sosialisasi dan belajar.
 Menghadapi kesukaran untuk melihat sesuatu dari perspektif individu lain
yang membuatkan kanak-kanak ini sukar untuk bersosial dengan kanak-
kanak lain.
 Leo Kanner (1943) menggunakan istilah autistic yang bermakna „lari dari
reality‟. Beliau membezakan autisme dalam tiga perkara iaitu :
 Mengasingkan diri secara melampau sejak dari kecil.
 Terlalu sayang pada sesuatu objek yang tertentu.
 Keinginan yang kuat untuk bersendirian.
 Terdapat kelainan pada Susulan Saraf Pusat (pertumbuhan sel otak yang
tidak sempurna) pada beberapa bahagian otak akibat virus jangkitan
Toksoplasma ,CVM, Rubela, Harpes semasa Hamil.

13
PKU3033 Intervensi Awal Dan Khidmat Sokongan Individu Berkeperluan Khas

 Autisme adalah satu ketidakupayaan yang kompleks dan para penyelidik


sendiri masih tidak dapat mengenal pasti punca sebenar berlakunya autisme.
Namun terdapat kajian yang dilakukan untuk mencari punca sebenar autism

Interaksi Sosial
 Tidak menghiraukan orang lain (tidak sensitif) seperti menjauhakan
diri.
 Tidak mahu bertentang mata apabila bercakap.
 Tidak suka pada sentuhan atau pelukan
 Susah berkerjasama
 Tidak suka bermain dengan rakan sebaya

Masalah Komunikasi
 Lambat bercakap atau gagap.
 Susah memahami percakapan orang lain.
 Bercakap dalam nada pelik.
 Suka bercakap sendirian dan sukar untuk diajak berbual.
 Mengulang perkataan yang sama tetapi tidak faham maksudnya.
 Kelihatan seperti bermasalah pendengaran dan tidak mengendahkan
perkara yang dikatakan oleh orang lain.

Pola Bermain
 Tingkah laku mereka agak aneh, dan berlainan daripada murid-murid
biasa.
 Akan leka bermain dengan sesuatu barang yang disukainya.
 Menunjukkan pelbagai reaksi apabila diganggu ketika bermain objek
yang disukainya.
 Suka objek yangg berputar.

Masalah Emosi
 Sangat sukar diramal dan berubah-ubah (menangis dan ketawa tanpa
sebab)

14
PKU3033 Intervensi Awal Dan Khidmat Sokongan Individu Berkeperluan Khas

 Menyerang atau meroasakkan apa sahaja yang berhampiran


dengannya jika emosi mereka terganggu.
 Ada kalanya mencederakan diri sendiri.
 Tiada rasa simpati dan tidak memahami orang lain.
 Mengamuk tanpa terkawal jika tidak menuruti kemahuannya atau
melarang keinginnya.
Gangguan Deria
 Sensitif pada sentuhan
 Tidak suka dipegang / dipeluk
 Sensitif dengan bunyi yang kuat dan menutup telinga
 Suka mencium dan menjilat mainan atau benda lain
 Kurang sensitif pada rasa sakit / takut

Tingkah laku
 Hiperaktif atau Hipoaktif
 Melakukan perbuatan / pergerakan yang sama berulang-ulang kali
 Tidak suka pada perubahan
 Dapat duduk dengan lama tanpa berbuat apa-apa dan reaksi

Contoh NGO yang mengendalikan Kanak-Kanak Kerencatan Autistik-


NATIONAL AUTISM SOCIETY OF MALAYSIA.

2.2.5 Kanak-Kanak Bermasalah Fizikal (CP)


Jenis kanak-kanak bermasalah fizikal:
a) Cerebral palsi
Pergerakan anggota badan yang tidak dapat dikawal sepenuhnya kerana
terdapat gangguan, kecederaan atau lumpuh di dalam otak.
b) Spastik
Bahagian pergerakan atau motor kehilangan kawalan terhadap otot-otot yang
boleh dikawal. Sejenis kecacatan atau ketidaksempurnaan anggota tubuh
badn, tidak mencapai objek yang ditunjukkan, tidak berupaya mengangkat
badan, tidak berupaya memegang objek dengan betul.
c) Atetosis

15
PKU3033 Intervensi Awal Dan Khidmat Sokongan Individu Berkeperluan Khas

Bahagian yang tidak dapat dikawal seperti bahu, muka, kaki, tangan dan
lengan.
d) Ataksia
Kerosakan pada bahagian cerebelum otak
Ciri-ciri kecacatan fizikal:
a) Intelektual
b) Kesihatan
c) Tingkah laku
d) Perkembangan sosial
e) Pendidikan

2.2.6 Kanak-Kanak Bermasalah Kesihatan

Masalah kesihatan yang dialami oleh kanak-kanak boleh mengganggu pelaksanaan


aktiviti harian mereka dan sudah tentu termasuk pengajaran dan pembelajaran di
sekolah.
Kanak-kanak yang menghidap penyakit tertentu seperti sawan, kencing manis,
cerebral palsi dan sebagainya mempunyai keperluan perubatan untuk membantu
mereka menjalani aktiviti harian.
Punca masalah kesihatan:
a) Faktor perwarisan
b) Faktor persekitaran
Jenis-jenis masalah kesihatan dalam kalangan kanak-kanak
- Asma
- Alahan
- Muscular Dystrophy
- Kencing manis
- Down Syndrome
- Haemophilia

2.2.7 Kanak-kanak Bermasalah Pendengaran

Masalah pendengaran atau cacat pendengaran terjadi apabila deria dengar

16
PKU3033 Intervensi Awal Dan Khidmat Sokongan Individu Berkeperluan Khas

seseorang terganggu atau terhalang daripada menerima atau mengamati sesuatu


bunyi, perbualan atau bisikan orang lain (Asiah, 2012). Dengan kata lain, deria
dengar tidak boleh berfungsi untuk kegunaan pendengaran biasa dalam kehidupan
harian.
Masalah pendengaran menjadi penghalang besar dalam mewujudkan
perhubungan yang sempurna dengan orang lain, selain mengakibatkan mereka
yang mengalami masalah ini mempunyai kekurangan dalam kemahiran bahasa dan
komunikasi secara lisan atau tulisan. Mereka ini kurang upaya untuk menyampaikan
apa yang difikirkan atau yang ingin diperkatakan serta sukar memahami apa yang
diperkatakan oleh orang lain.

CIRI-CIRI PELAJAR CACAT PENDENGARAN

• Perkembangan bahasa
- belajar bahasa dengan melihat
- lemah dalam percakapan, bacaan, kefahaman dan penulisan walaupun menguasai
bahasa isyarat dengan baik
- Biasanya faham konsep tunggal
• Perkembangan Intelek
- tanpa kecacatan lain, intelek adalah normal
- proses berfikir sama dengan individu biasa
• Perkembangan sosial
- sangat bergantung kepada orang
- sangat rapat sesama rakan sendiri
- kurang matang: malu, kurang pendedahan kepada peranan seks bagi yang
kehilangan pendengaran yang serius, lebih masalah emosi semasa remaja
• Pencapaian akademik
- pelajar yang mempunyai ibu bapa yang juga hilang pendengaran mempunyai
pencapaian akademik yang lebih baik
- lemah dalam banyak mata pelajaran kecuali Matematik, seni lukis, PJK. Amat
lemah dalam bahasa.
CONTOH NGO YANG MEMBERI PERKHIDMATAN KEPADA INDIVIDU
BERMASALAH PENDENGARAN- PDK KIU KG PANDAN.

17
PKU3033 Intervensi Awal Dan Khidmat Sokongan Individu Berkeperluan Khas

18
PKU3033 Intervensi Awal Dan Khidmat Sokongan Individu Berkeperluan Khas

2.2.8 Kanak-Kanak Bermasalah Penglihatan

DEFINISI MASALAH PENGLIHATAN


Definisi masalah penglihatan boleh dilihat dalam dua perspektif dari segi
perundangan dan pendidikan. Kedua-dua definisi di bawah telah dipetik daripada
laman web dpulih hasil keluaran Kementerian Pelajaran Malaysia
Dari Segi Perundangan
Definisi masalah penglihatan melibatkan penilaian ketajaman penglihatan dan
medan penglihatan seseorang. Bacaan ketajaman penglihatan akan membezakan
seseorang, sama ada dia buta atau kabur penglihatan

Dari Segi Pendidikan

Dari segi pendidikan masalah penglihatan bermaksud sekumpulan kanak-kanak


yang memerlukan pendidikan khas kerana masalah penglihatan.

Klasifikasi masalah penglihatan boleh dibahagikan kepada dua iaitu:

(a) Kategori low vision (penglihatan terhad)

Kategori low vision juga dikenali sebagai penglihatan terhad. Penglihatan kurang

19
PKU3033 Intervensi Awal Dan Khidmat Sokongan Individu Berkeperluan Khas

daripada 6/18 sehingga persepsi cahaya pada mata yang terbaik ataupun medan
penglihatan kurang daripada 10 darjah sesudah rawatan ataupun pembetulan biasa.
Individu dengan penglihatan terhad dapat melakukan tugas seharian menggunakan
deria penglihatan.

(b) Kategori blind (buta)

Biasanya penglihatan kurang daripada 3/60 pada mata yang terbaik, ataupun medan
penglihatan kurang daripada 10 darjah setelah menerima rawatan ataupun
pembetulan biasa.

Terdapat beberapa tahap masalah penglihatan yang membezakan antara buta


dengan penglihatan terhad ataupun low vision berdasarkan ujian visual akuiti dan
juga adaptasi pendidikan khas. Masalah penglihatan dapat dilihat dalam tahap
berikut:

(a) Sederhana

Masalah pada tahap sederhana masih membolehkan kanak-kanak melihat cahaya


dan menjalankan aktiviti melibatkan deria penglihatan dengan menggunakan alat
bantu khas seperti kanta.

(b) Teruk

Masalah pada tahap teruk menyebabkan kanak-kanak mungkin memerlukan lebih


banyak masa dan tenaga dalam menjalankan aktiviti malah mengalami kesukaran
melakukan aktiviti berkaitan penglihatan termasuk mobiliti, walaupun dengan
bantuan alat khas.

(c) Sangat Teruk

Masalah pada tahap sangat teruk mengakibatkan kanak-kanak menghadapi

20
PKU3033 Intervensi Awal Dan Khidmat Sokongan Individu Berkeperluan Khas

kesukaran melakukan aktiviti visual seperti membaca dan mobiliti serta perlu
bergantung pada deria-deria lain

2.2.9 Kanak-Kanak Bermasalah Emosi / Tingkah Laku

Tingkah Laku Normal


Tingkah laku normal adalah perangai, kelakuan, perbuatan dan gerakgeri
yag kebiasaanya dilakukan oleh setiap kanak-kanak mengikut peringkat-peringkat
perkembangan dan pencapaiannya yang berdasarkan kepada umur masing-masing
Melalui pemerhatian tingkah laku yang telah dibuat terhadap seseorang
kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran, maka dapat dilihat bahawa
tingkahlaku-tingkahlaku yang dipamerkan oleh mereka telah dianggap terpesong
dari tingkah laku yang di anggap normal .

Tingkah Laku Terpesong


Keseluruhan semua tingkah laku yng dilakuakn oleh kanak-kanak
bermasalah pembelajaran ini juga dilakukan oleh kanak-kanak normal yang lain .
Nmaun tingkah laku yang dilakuakn oleh kanak-kanak bermasalah pembelajaran ini
dianggap terpesong kerana perkara-perkara berikut :

1. Jangka Masa Tingkah Laku Berlaku

Tingkah laku yang dilakuakn oleh kanak-kanak beramsalh pembelajaran pada


kebiasaanya memakan tempoh masa yang agak lama dari kanak-kanak normal .
Contohnya , Saiful kalau ia menangis memakan masa untuk berhenti , malah
kadang-kadang denagn aktiviti-aktiviti yang lain kerana ia akan menjadi lebih marah
. Berbeza dengan kanak-kanak normal ia berlaku sekejap sahaja dan akan pulih bila
ia dipujuk atau bila telah tertarik dengan perkara-perkara lain .

2. Kekerapan Tingkah Laku Berlaku

Bagi kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran tingkahlaku-tingkahlaku yang


bersifat negatif telah kerap berlaku dari tingkahlau yang bersifat positif. Umpamanya

21
PKU3033 Intervensi Awal Dan Khidmat Sokongan Individu Berkeperluan Khas

kanak-kanak bermasalah pembelajaran lebih kerap mengalami „tantrum‟ dari kanak-


kanak normal . Ini disebabkan mereka tidak dapat mmbuat altenatif lain untuk
mengatasi sesuatu perkara yang berlaku ke atas dirinya . Terutama jika ia
merupakan sesuatu masalah kepada mereka . Bagi mereka ini merupakan jalan
atau cara yang berkesan dan mudah untuk berkomunikasi dengan orang lain .

3. Kesesuaian Dan Ketidaksesuaian Waktu Berlaku

Kanak-kanak bermasalah pembelajaran seringkali melakuakn tingkahlaku-


tingkahlaku ini bersesuaian dengan waktu, masa, ketika dan suasana . Contohnya
dalam situasi pembelajran yang berlaku sepatutnya saiful bolrh duduka beri tumpuan
keapda apa yang gurunya sampaikan . Tetapi adalah sebaliknya yang berlaku .
Ataupun dalam suasana yang gembira, riang dan seronok contoh ketika ada parti
hari lahir, tiba-tiba saja ia boleh menjerit dan menangis dan sebagainya . Kanak-
kanak ini tidak dapat mengadaptasikan tingkahlaku yang akan dilakukannya
deangna keadaan persekitarannya . Mereka akan melakukan tanpa menghiraukan
apa yang sedang terjadi di persekitarannya .

4. Tingkahlaku Tidak Selaras Dengan Umurnya

Didapati tingkahlaku yang ditunjukkan oleh kanak-kanak bermasalh pembelajaran ini


tidak selaras dengan umur mereka. Kebiasaanya walaupaun umur mereka telah
mencapai 7, 8 ,dan 9 tahun , tetapi mereka masih lagi menunjukkan sikap atua sifat
seperti kanak-kanak yang berusia dalam 4 tahun . Mereka masih lagi manja tidak
suka berdikari tiada perasaan marah ataiu bercakap sendiri dan sebagainya yang
sepatutnya tidak lagi dilakukan oleh mereka dalam usia sebegitu . Mereka juga
sering mengamuk bila kehendaknya tidak dituruti . Sepatutnya mereka telah dapat
membezakan antara yang baik dan yang buruk .

5. Lambat Memberikan Respon

Kanak-kanak bermasalah pembelajaran lambat memberikan respon kepada


rangsangan-rangsangan yang diberikan . Mereka tidak menunjukkan perasaan

22
PKU3033 Intervensi Awal Dan Khidmat Sokongan Individu Berkeperluan Khas

minat atua tertarik keapda sesuatu pada pandangan kali pertama. Walaupun ia
anggap menarik oleh mereka yang normal . Contohnya Saiful, ia tidak akan
memberikan perhatiannya kepada gurunya jika sekiranya gurunya tidak merangsang
dengan benda-benda yang diminatinya terlebih dahulu .
Keadaan ini berlaku kerana sistem saraf pusat iaitu tidak dapat berfungsi secara
optimum kerana telah mengalami masalah seperti kerencatan di bahagian yang
tertentu,berlainan dengan otak kanak-kanak yang normal. Oleh yang demikian ia
tidak dapat memberikan maklumat yang tepat kepada emosi dan tigkahlaku kanak-
kanak berkenaan

2.2.10 Kanak-Kanak Pelbagai Kecacatan

Menurut Nibedita (2003) kanak-kanak yang mempunyai kecacatan pelbagai adalah


mereka yang mempunyai dua atau lebih kecacatan seperti kecacatan mental disertai
masalah penglihatan, masalah pendengaran serta keadaan yang melumpuhkan.

Berehat seketika

Anda masih mengikuti modul ini dengan penuh minat. Sekarang masa untuk
berehat dan minum secawan kopi. Kita sambung topik 3

23
PKU3033 Intervensi Awal Dan Khidmat Sokongan Individu Berkeperluan Khas

TAJUK 3 PERSEDIAAN ALAM PERSEKOLAHAN BAGI KANAK-


KANAK BERKEPERLUAN KHAS

3.0 SINOPSIS

Tajuk ini akan membincangkan tentang Persediaan alam persekolahan bagi


kanak-kanak berkeperluan khas dari segi perkembangan bahasa, penggunaan
dan pemahaman bahasa, kemahiran sosial dan kemahiran urus diri.

3.1 HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir tajuk ini, anda akan dapat

1. Menjelaskan persediaan alam persekolahan dari aspek perkembangan


bahasa, penggunaan dan pemahaman bahasa.
2. Menerangkan kepentingan kemahiran sosial sebagai persediaan alam
persekolahan.
3. Menerangkan keperluan kemahiran urus diri sebagai persediaan alam
persekolahan.
4. Membading beza antara kemahiran sosial dengan kemahiran urus diri.

3.2 ISI KANDUNGAN

3.2 1 Pengenalan

Persediaan alam persekolahan bagi kanak-kanak berkeperluan khas


sepenuhnya merangkumi perkembangan bahasa yang membantu kanak-kanak
menguasai pembinaan, penguasaan, peluasan konsep bahasa serta perbezaan
dan persamaan bahasa. Kanak-kanak pada dasarnya belajar dan memperolehi
bahasa secara semulajadi tetapi masih ada dalam kalangan kanak-kanak yang
mempunyai masalah dalam menguasai bahasa. Mereka memerlukan pakar
profesional termasuklah pakar pertuturan, ahli psikologi dan guru -guru
pendidikan khas yang terlatih dan mahir. Menurut Martin dan Miller (1996), ciri-
ciri masalah bahasa merujuk kepada ketidakupayaan seseorang kanak -kanak
menguasai kemahiran berbahasa iaitu fonologi, morfologi , sintaksis, semantik
24
PKU3033 Intervensi Awal Dan Khidmat Sokongan Individu Berkeperluan Khas

dan aspek pragmatik. Pakar dalam bidang ini berpendapat kanak-kanak


bermasalah bahasa ini memerlukan satu cara atau teknik bahasa yang boleh
mereka gunakan dan difahami serta membantu mereka berkomunikasi.

Menurut Owen (1990), komunikasi adalah proses di mana seseorang itu


bertukar maklumat dan berkongsi idea. Pengirim dan penerima maklumat saling
bertukar maklumat dalam dua hala. Maklumat tersebut saling di terima dan
saling difahami. Walaupun komunikasi menggunakan pertuturan dan bahasa,
aspek lain perlu diambil kira seperti bentuk, intonasi penekanan suara dan gaya
pertuturan yang boleh menggunakan emosi dan sikap penutur yang memberikan
pelbagai makna. Komunikasi bukan sahaja menggunakan bahasa tetapi juga
boleh terjadi melalui gesture (tanda isyarat), bahasa badan, eye contact dan
ekspresi atau mimik muka.

3.2.2 PERKEMBANGAN BAHASA

Menurut Marilyn Friend (2005), masa yang paling kritikal dalam perkembangan
bahasa dan pertuturan kanak-kanak adalah peringkat awal kanak-kanak.
Seorang kanak-kanak mula menggunakan bahasa untuk berkomunikasi setelah
dia mula memahami dan mengelola dunia disekelilingnya. Tahap pengelolaan
dan kefahaman kanak-kanak itu terhadap dunianya akan dicerminkan melalui
penggunaan bahasanya. Bahasa juga digunakan untuk menerangkan sesuatu
kepada kanak-kanak dan untuk mendapatkan dan mengekalkan tumpuan dan
perhatiannya. Bahasa membantu kanak-kanak mengimbas semula pengalaman-
pengalaman mereka melalui bahasa. Mereka perlu memahami apa yang kita
katakan kepada mereka.

Masalah Komunikasi

Apakah yang dimaksudkan dengan masalah komunikasi? Menurut Van Riper:


” Masalah komunikasi terjadi apabila terdapat satu penyimpangan daripada
pendengaran pertuturan atau bahasa yang normal yang mengganngu
komunikasi, atau yang lebih menarik perhatian negatif terhadap individu yang

25
PKU3033 Intervensi Awal Dan Khidmat Sokongan Individu Berkeperluan Khas

mengalaminya atau menyebabkan individu itu menjadi segan (self concious)


atau merasa rendah diri dan kurang sesuai (maladjusted)”.

Kajian menunjukkan bahawa proses komunikasi muncul sebelum proses


dalam pertuturan. Pada mulanya kanak-kanak akan meluahkan dan
menunjukkan tindakbalasnya dengan mengkoordinasikan deria penglihatan,
sentuhan dan vokal. Secara beransur-ansur bentuk komunikasi ini akan menjadi
pertuturan kerana kanak-kanak memperolehi bentuk pertuturan dari
persekitaranya yang berbentuk linguistik. Bates (1976), mencadangkan bahawa
semantikl dan sintaksis berasal dari pragmatik.

Perkembangan semantik muncul daripada pengetahuan semantik.


Pragmatik melibatkan penggunaan bahasa dalam konteks. Kank-kanak
mempelajari cara-cara supaya mereka mengetahui fungsi komunikasi dan
mempraktikkannya. Oleh itu pada awal komunikasi ia menyediakan jangka
waktu perkembangan di mana komponen bahasa diperolehi.

Masalah Bahasa

Satu penyimpangan daripada pendengaran, pertuturan bahasa yang normal


yang mengganngu komunikasi dan menimbulkan persepsi negatif terhadap
individu yang mengalaminya. Language Pathlogy berpendapat bahawa
kemahiran berbahasa berkembang mengikut peringkat-peringkat tertentu iaitu
peringkat bahasa dalaman, penerimaan auditori (mendengar), pelahiran auditori
(bertutur), penerimaan visual (membaca), pelahiran visual (menulis).
Sekiranya kanak-kanak mempunyai masalah bahasa dan komunikasi dan
dia tidak dapat melalui peringkat perkembangan bahasa tersebut dengan baik.
Penulisan ini akan menumpukan kepada tiga peringakat iaitu peringkat bahasa
dalaman, penerimaan auditori dan pelahiran auditori.

Masalah Bahasa Dalaman

Bahasa dalaman adalah dirujuk sebagai tahap pertama dalam proses

26
PKU3033 Intervensi Awal Dan Khidmat Sokongan Individu Berkeperluan Khas

berbahasa iaitu keupayaan menyerap pengalaman tanpa kata-kata berlaku.


Sekiranya berlaku gangguan di peringkat ini seseorang kanak-kanakitu tidak
akan dapat mengasimilasi pengalaman-pengalamanya. Misalnya dia tidak dapat
mengaitkan bunyi kucing dengan kucing atau tidak dapat menyususn atau
mengklasifikasikan benda-benda mengikut kumpulannya.

Masalah Bahasa Penerimaan Auditori

Proses ini memahami lambang-lambang bahasa pertuturan. Masalah dalam


proses ini dipanggil juga sebagai ”Receptive Aphasi”. Masalah ini berpunca dari
diskriminasi npendengaran, lemah daya ingatan dan sukar menghubungkait
makna perkataan. Akibat dari daripada masalah ini, individu yang
mengalaminya akan sukar untuk mengikut arahan, bertindak balas, memahami
perkataan, menbentuk konsep. Memahami jenaka atau ‟gestures‟ dan sukar
mengikut pembelajaran lisan.

Masalah Bahasa Pelahiran Auditori

Proses menghasilkan pertuturan menyebut yang juga dikenali sebagai


”Expressive Aphasia”. Lain-lain istilah yang berkaitan ialah Dysnomia atau
Anomia. Ia melibatkan kesukaran mengigat dan menyebut perkataan atau
nama-nama objek. ”Apraxia” pula ialah kesukaran menghasilkan bunyi
perkataan kerana gangguan saraf dan alat artikulasi. Individu yang mengalami
masalah ini tidak dapat menggunakan perkataan di dalam pertuturan, menyebut
perkataan serta menyusun perkataan untun membentuk ayat ( Martin&Miller,
1996).

Sebab-sebab berlaku masalah komunikasi

Fonologi- bermasalah untuk mengeluarkan kata-kata, disebabkan oleh masalah


artikulasi, kognitif,masalah auditori atau sistem saraf mulut tidak normal.
Morfologi- tidak boleh menggunakan perkataan yang betul dalam pertuturan
seharian mereka. Mengalami masalah kelewatan didalam pemerolehan bentuk

27
PKU3033 Intervensi Awal Dan Khidmat Sokongan Individu Berkeperluan Khas

kata kerja yang betul.


Sintaksis_ gagal dalam memberikan maklumat yang dikehendaki. Kanak-kanak
akan dapat menguasai kemahiran ini apabila mereka masuk ke alam dewasa.
Semantik-kesukaran untuk memahami makna perkataan mengikut kategori,
kuantiti, ruang dan masa. mengalamai masalah kekuranagan perbendaharaan
kata secara kualitatif dan kunatitatif.
Pragmatik- Mengalami masalah menentukan giliran dalam perbualan.

Masalah Pertuturan

Kanak-kanak bermasalah bahasa mengalami kesukaran untuk mengeluar atau


menyebut sesuatu perkataan. dengan sebab itu, mereka lebih banyak
mendiamkan diri daripada bertanya dan tidak mahu bertindak balas atau
menjawab soalan-soalan yang berbentuk mencari maklumat, memberi
penerangan atau arahan. mereka akan terus mendiamkan diri kecuali kalau
dipaksa untuk menjawab soalan. Kanak-kanak ini akan mengambil masa yang
lama untuk memahami dan mengeluarkan pendapat apabila bercakap. Dalam
sesetengah kes kanak-kanak berkeperluan khas ada yang tidak mampu
langsung bercakap. Masalah pertuturan yang biasa ialah masalah artikulasi,
masalah suara, gagap dan masalah kelancaran
.
Masalah Artikulasi

Produksi bunyi-bunyi perruturan yang tidak tepat dan betul. Terdapat empat
kategori iaitu gantian (substitution), pengherotan (distortion), pengguguran
(omission) dan tambahan (addition). Alat-alat artikulasi terdiri dari bibir bawah,
bibir atas, gigi atas, gigi bawah, gusi, lelangit keras, lelangit lembut, anak tekak,
lidah, Epiglottis, pita suara, rongga tekak, rongga hidung, rongga mulut.

Masalah suara

Masalah yang berkaitan dengan kekuatan (volume) dan kualiti atau pic.
Terdapat dua kategori iaitu masalah fonasi (fonation) yang berpunca daripada

28
PKU3033 Intervensi Awal Dan Khidmat Sokongan Individu Berkeperluan Khas

pita suara (larynx) dan masalah resonants. Terdapat dua sebab masalah r
osanants berlaku. Jika terlalu banyak bunyi keluar dari kaviti hidung, maka
suara menjadi sengau. jika kurang bunyi keluar dari kaviti hidung, maka suara
kurang sengau. Sebarang ketidaksempurnaan struktur bahagian tekak,
mulut,kaviti hidung mungkin menyebabkan masalah rosanants.

Masalah kelancaran ( Fluency)

Merupakan masalah aliran sebutan yang tidak normal pada masa (rate) dan
rentak yang tidak normal. Biasanya masalah ini timbul akibat sekatan (blocking) ,
ulangan (repeating), memaanjang masa sebutan bunyi sukukata, perkataan dan
frasa. Msalah ini juga bermaksud seseorang mengalami masalah dalam
menghabiskan struktur perkataan yang diperkatakan. Sebab-sebab Masalah
Bahasa Dan Pertuturan adalah kerana Faktor-faktor neurologi, prenatal,
kerencatan kognitif, persekitan, kehilangan pendengaran, sejarah kesihatan
keluarga. Implikasi masalah komunikasi akan memberi kesan kepada kesihatan,
emosi, ekonomi, pembelajaran, sosial dan persepsi mesej.

3.2.2.1 Pembinaan konsep

Seawal usia 0 hingga enam bulan bayi mampu menghasilkan bunyi seperti
‟oooh‟ dan ‟aaah‟ untuk berkomunikasi dan mereka berupaya menggabungkan
bunyi dan mencantumkan vowel dan konsonan ”ba-ba-ba” , ”da-da-da”. Apabila
meningkat usia enam hingga dua belas bulan mereka mulai memahami bahasa
yang digunakan oleh orang sekeliling mereka dan berusaha untuk meniru
perkataan yang didengari mereka. Pada usia setahun hingga dua tahun mereka
sewajarnya berupaya menyebut perkataan pertama walaupun tidak jelas.

3.2.2.2 Penguasaan konsep

Ketika usia dua ke tiga tahun kanak-kanak boleh memahami sehingga 50 patah
perkataan dan faham serta mampu mematuhi arahan mudah yang diberikan. Oleh
itu, kanak-kanak ini cenderung berminat untuk berbual dan tahu ikut giliran bercakap

29
PKU3033 Intervensi Awal Dan Khidmat Sokongan Individu Berkeperluan Khas

dalam perbualan. Mereka juga mula meluahkan keinginan dengan menggunakan


perkataan tertentu bersama gerakan badan.

3.2.2.3 Peluasan konsep

Kanak-kanak berupaya memikir bahasa sebagai satu sistem. Perbendaharaan


kata bertambah hampir 4 kali sehingga sampai 40 ribu patah perkataan serta
mempelajari purata 20 perkataan baru setiap hari. Mereka juga mampu memberi
deskripsi konkrit untuk merujuk fungsi atau rupa. Bahasa gramatis yang
kompleks juga mampu dikuasai oleh mereka.

3.3 PENGGUNAAN DAN PEMAHAMAN BAHASA

Penggunaan dan pemahaman bahasa ialah kemampuan menggabungkan


keseluruhan kemahiran berbahasa, iaitu mendengar, bertutur (kecuali bagi mereka
yang mempunyai kecacatan kekal pendengaran dan pertuturan), membaca, menulis,
dan berfikir. Maka itu kanak-kanak pada usia awal persekolahan perlu didedahkan
kepada pengalaman membaca dan menulis yang sebenar secara bersepadu.

3.3.1 Bahasa Lisan

Penekanan terhadap aspek bacaan dilakukan pada peringkat awal persekolahan


lagi. Kanak-kanak diajarkan menghafal huruf A hingga Z dan dilatih tubi dengan
membaca carta huruf dan kad imbas supaya dapat menguasai bacaan berdasarkan
suku kata yang terkandung dalam bahasa Melayu. Penekanan kemahiran bacaan
secara ini tertumpu pada tahap mengenal huruf semata-mata, sehingga kanak-
kanak hanya mempunyai kemampuan menyebut perkataan yang ditunjukkan
menerusi carta atau kad imbas tersebut tanpa mengaitkan bahan yang dibacanya
dalam satu situasi yang lebih bermakna.

3.3.2 Bahasa Penulisan

30
PKU3033 Intervensi Awal Dan Khidmat Sokongan Individu Berkeperluan Khas

Kanak-kanak perlu diberikan peluang menyalurkan apa-apa yang terkandung dalam


pemikiran mereka dalam bentuk lisan atau penulisan dengan kemampuan yang ada
pada peringkat usia mereka sendiri. Sebahagian daripada hasil penulisan mereka itu
nanti berbentuk cakaran huruf yang tidak jelas, tidak tepat, dan tidak membawa
maksud yang tertentu, latihan begini perlu sebagai langkah awal bagi membina
pengalaman yang lebih kukuh pada peringkat yang lebih matang.

Kajian kes: NUR FARAH HIDAYAH ( DOWN SYNDROME)

Pemerhatian tentang perkembangan bahasa telah dilakukan ke atas murid ini


yang menghidapi masalah Down Syndrome. Dari pemerhatian juga didapati
murid ini mengalami masalah lewat perkembangan bahasa dari segi pertuturan
dan bahasa. Perkembangan bahasa mereka tidak seperti kanak-kanak normal
seusia mereka. Ini disebabkan kerencatan pada faktor-faktor yang disebut di
atas tadi dan menyebabkan kelewatan perkembangan bahasanya. Menurut
ibunya farah mula bertutur hanya bila berusia 7 tahun.

Cadangan intervensi untuk mengurangkan atau mengatasi masalah komunikasi


anak-anak down sindrom.
Fonologi:
 Menjilat lolipop menggunakan lidah
 meniup belon
 meniup lilin
 meniup kedalam air menggunakan straw
 menjilat aiskrim latihan pernafasan iaitu dengan menahan nafas di dalam
air.
 menggunakan perkataan (fonetik bingo)

Morfologi:
Kaedah ’reformulate perkataan’ dapat mengatasi masalah mengingat perkataan.
Contohnya guru memperkenalkan dengan pelbagai jenis perkataan dan
menerangkan makna perkataan tersebut. Dedahkan perkataan ini dalam situasi

31
PKU3033 Intervensi Awal Dan Khidmat Sokongan Individu Berkeperluan Khas

harian dan konteks yang betul agar kanak-kanak ini lebih memahami makna
perkataan dan senang nak ingat.

Sintaksis:
Guru menggunakan kaedah bercerita. Apabila guru menggunakan kaedah ini
sejam setiap hari murid mudah mengingat dan sekaligus dapat menguasai
perkataan. Aktiviti ini harus dilakukan secara berterusan.

3.4 Kemahiran Sosial

Kemahiran sosial melibatkan interaksi harian seperti perkongsian, mengikut


giliran dan membiarkan orang lain bercakap tanpa menyampuk. Selain daripada
itu, interaksi sosial juga melibatkan bagaimana kita menghadapi kawalan diri
seperti pengurusan kemarahan. Mereka juga diajar untuk menghormati orang
lain dan bagaiimana untuk mengambil giliran (turn taking). Kanak-kanak juga
dibawa melawat tempat-tempat rekreasi, kilang dan sebagainya dan melaui
aktiviti ini mereka dapat bergaul dengan orang lain.

3.4.1 Kemahiran Interaksi

Kemahiran sosial sangat penting sebagai persediaan untuk ke sekolah kerana


kanak-kanak perlu pandai bergaul atau bersosial dengan rakan-rakan, guru-
guru dan komuniti sekolah. Mereka perlukan kemahiran untuk berinteraksi
dengan orang lain. Dalam aktivi yang dijalankan semasa mereka berada di
pusat-pusat yang menyediakan perkhidmatan untuk kanak-kanak berkeperluan
khas mereka diajar bersosial melalui ‟circle time‟ di mana mereka ini digalakkan
untuk berinteraksi antara satu sama lain dan melahirkan pandangan dan
memberi pendapat. Walaupun penguasaan bahasa mereka tidak lancar tetapi
dibantu dengan gesture dan sebagainya.

3.4.2 Kemahiran Hidup Berdikari

Tujuan kemahiran hidup berdikari ini ialah membolehkan kanak-kanak menjalani

32
PKU3033 Intervensi Awal Dan Khidmat Sokongan Individu Berkeperluan Khas

kehidupan yang selesa serta dapat bersosial. Kemahiran hidup berdikari ini juga
membolehkan mereka mengamalkan gaya hidup yang bersih dan sihat serta
membantu kanak-kanak menjaga imej diri, kesihatan dan kebersihan diri. Antara
bidang kemahiran hidup berdikari yang sesuai bagi kanak-kanak ialah menjaga
kebersihan dan keselamatan diri, bilik darjah dan rumah serta kemahiran asas
untuk hidup berdikari. Terdapat pelbagai latihan yang disediakan di NGO atau
PDK untuk tujuan kemahiran hidup berdikari. Melalui aktiviti-aktiviti ini mereka
diajar untuk melakukan pelbagai aktiviti kemahiran hidup.

3.4.3 Kemahiran Urus Diri

Antara amalan kebersihan diri yang perlu diajar pada murid-murid adalah seperti
amalan kebersihan diri, rupa, badan, rambut,gigi, tangan dan kaki. Kemahiran
mengurus diri juga merangkumi amalan kebersihan dari aspek agama, ekonomi
dan sosial. Kanak-kanak diajar untuk menggosok gigi, mandi dan menggunakan
tandas secara berdikari. Mereka perlu menguasai kemahiran urus diri seperti
memakai pakaian sekolah, membutang baju, memakai tali pinggang, memakai
kasut dan sebagainya.

Peranan Ibu bapa:

Dalam program Intervensi Awal ibu bapa memainkan peranan yang sangat
penting. Terapi-terapi yang dilakukan oleh juruterapi atau pihak pemberi
perkhidmatan seperti NGO terbabit tidak dapat dijalankan setiap hari dan masa
yang diperuntukkan juga terhad. Jadi ibu bapa perlu melakukan apa sahaja
latihan yang diberi kepada anak mereka semasa anak berada di rumah. Ibu
bapa juga perlu belajar dan mencari maklumat-maklumat berkaitan
permasalahan anak mereka dan mencuba mencari penyelesaiannya. Sudah
terbukti pada hari ini di mana ibu bapa yang mempunyai anak kelainan upaya
yang komited dan bertanggungjawab dapat menjadikan anak mereka berjaya
dalam pelajaran atau kehidupan mereka. Sudah ramai anak-anak Autism
misalnya menempa kejayaan dalam bidang pendidikan dan berjaya melanjutkan
pelajaran sehingga ke universiti.

33
PKU3033 Intervensi Awal Dan Khidmat Sokongan Individu Berkeperluan Khas

34
PKU3033 Intervensi Awal Dan Khidmat Sokongan Individu Berkeperluan Khas

TAJUK 4 PROGRAM INTERVENSI AWAL

4.0 SINOPSIS

Tajuk ini memperihalkan tentang penempatan program sama ada di pusat


atau di rumah. Aspek kelebihan dan kekurangan setiap penempatan
dibincangkan. Fokus juga diberi kepada bentuk program dari segi
matlamat, komponen program serta tahap penglibatan ibu bapa dan pakar.

4.1 HASIL PEMBELAJARAN

Selepas mengikuti kursus ini anda akan dapat:

1. Menunjukkan komitment dalam meningkatkan kemahiran


penguasaaan KTBM dan KTBI untuk diri sendiri, di kalangan rakan
sejawat dan murid-murid bermasalah pendengaran

KERANGKA TAJUK-TAJUK

PROGRAM
INTERVENSI AWAL

Penempatan program Bentuk program

35
PKU3033 Intervensi Awal Dan Khidmat Sokongan Individu Berkeperluan Khas

4.2 ISI KANDUNGAN

4.2.1 Penempatan program

4.2.1.1 Di pusat

Program pemulihan OKU dijalankan di pusat Program Dalam Komuniti (PDK)


selama 4 jam sehari. OKU datang ke pusat PDK untuk menjalani program pemulihan

4.2.1.2 Di rumah

 Program Pemulihan dijalankan di rumah OKU yang tidak dapat hadir ke


PDK kerana masalah yang dialaminya ataupun masalah pengangkutan.

 Pekerja PDK akan ke rumah OKU untuk menjalankan latihan pemulihan dan
bertugas selama 4 jam sehari.

 Pelaksanaan PDK di rumah dapat dilaksanakan sekiranya lebih 15 orang


OKU yang tidak dapat hadir ke PDK kerana kecacatan atau masalah
pengangkutan.

4.2.2 Bentuk Program

4.2.2.1 Individu/berkumpulan

Jika program intervensi dilakukan di pusat ia dijalankan sama ada secara


individu atau berkumpulan. Aktiviti-aktivi tertentu ada dijalankan secara kumpulan
agar kanak-kanak dapat bersosialisasi bersama rakan yang lain. Aktiviti-aktiviti
intervensi yang dilakukan secara berkumpulan adalah seperti terapi cara kerja,
terapi hidro, terapi pertuturan dan terapi aroma. Manakala bagi aktiviti intervensi
seperti terapi fisio atau terapi pertuturan ada juga dilakukan secara individu.

36
PKU3033 Intervensi Awal Dan Khidmat Sokongan Individu Berkeperluan Khas

4.2.2.2 Matlamat dan kekerapan

Intervensi awal untuk bayi dan kanak-kanak memberi fokus terhadap dua
matlamat utama. Matlamat pertama adalah untuk membantu anak dan keluarga
dalam interaksi sosial. Matlamat kedua adalah untuk menyokong anak dan keluarga
agar anak tersebut dapat diintegrasikan sepenuhnya di dalam unit keluarga
tersebut. Kekerapan intervensi awal yang disediakan bergantung kepada keperluan
seseorang kanak-kanak dan ibu bapa tersebut.

4.2.2.3 Komponen-komponen program


i Latih urus diri
Antara aktiviti latihan urus diri adalah seperti berikut:
i. Menyikat rambut
i. Melipat baju
ii. Memberus gigi
iii. Mencuci tangan
iv. Cara penggunaan tandas
v. Cara makan beradab
vi. Latihan pravokasional
vii. Latihan vokasional
viii. Bengkel terlindung

4.2.2.4 Tahap penglibatan ibu bapa dan pakar

Setelah bertahun-tahun mengkaji tentang perkembangan kanak-kanak tipikal, Paul


& Whitelaw (2011) merumuskan bahawa pendidikan tidak formal yang diberikan
oleh ibu bapa kepada anak-anak memberi impak yang lebih besar terhadap
perkembangan pembelajaran secara menyeluruh berbanding dengan sistem
pendidikan formal. Meskipun ibu bapa adalah guru pertama dan paling penting
dalam hidup kanak-kanak, namun kebanyakan ibu bapa yang mempunyai anak
berkeperluan khas tidak mempunyai maklumat atau pengetahuan yang mencukupi
untuk membantu kanak-kanak tersebut. Oleh yang demikian, penglibatan dan

37
PKU3033 Intervensi Awal Dan Khidmat Sokongan Individu Berkeperluan Khas

perkongsian secara koperatif antara ibu bapa dan pakar adalah sangat kritikal.

Kajian tentang perkongsian kolaboratif antara ibu bapa dan pakar telah
menjelmakan beberapa tema yang berjaya : komunikasi, komitmen, kesamaan,
kemahiran, kepercayaan, dan penghormatan. Ibu bapa dan pakar seharusnya
menjadi rakan yang setara, dan maklumat daripada ibu bapa haruslah dihargai dan
dihormati. Di samping itu, ibu bapa menginginkan pakar yang cekap dan
berkemahiran.

Berdasarkan maklumat yang telah dipelajari:

1. Pada fikiran anda, apakah peranan yang patut dimainkan oleh ibu
bapa dalam sesuatu sesi intervensi awal?

Berehat seketika

Anda masih mengikuti modul ini dengan penuh minat. Sekarang masa untuk
berehat dan minum secawan kopi. Kita sambung topik 3

38
PKU3033 Intervensi Awal Dan Khidmat Sokongan Individu Berkeperluan Khas

TAJUK 5 KHIDMAT SOKONGAN

5.0 SINOPSIS

Tajuk ini akan membincangkan tentang Pengenalan kepada khidmat sokongan,


pihak-pihak yang terlibat dalam memberi khidmat sokongan dan peranannya
dan jenis-jenis khidmat sokongan.

5.1 HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir tajuk ini, anda akan dapat

i. Menjelaskan pengenalan kepada khidmat sokongan dari segi konsep,


matlamat dan kepentingannya.

iv. Menghubungkaitkan peranan pihak-pihak yang terlibat dengan khidmat


sokongan yang diberikan

v. Menganalisis jenis-jenis khidmat sokongan mengikut keperluan khas


individu.

5.2 PENGENALAN

5.2.1 Pengenalan

Cook & Friend, 1991 menyatakan khidmat sokongan sebagai satu gaya
perhubungan atau kolaborasi secara langsung sekurang-kurangnya antara dua
kumpulan yang bersetuju dalam membuat keputusan untuk mencapai matlamat
yang sama. Khidmat sokongan sepenuhnya merangkumi interaksi setiap anggota
dalam komuniti yang melibatkan antara pihak medikal, para medikal dan pihak-pihak
yang lain dengan ibu bapa kanak-kanak. fahaman tentang kanak-kanak khas bukan
hanya dapat membantu pihak yang terlibat seperti ibu bapa dan para profesional
dalam membantu mereka tetapi juga menghargai kewujudan mereka sebagai
sebahagian daripada anggota masyarakat.

Falsafah Pendidikan Khas;


39
PKU3033 Intervensi Awal Dan Khidmat Sokongan Individu Berkeperluan Khas

Pendidikan Khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan
insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya merancang dan menguruskan
kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli
masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan
Negara.

5.2.2 Apakah konsep khidmat sokongan?

Menjelang tahun 1980-an, khidmat sokongan mula mendapat perhatian dalam


pendidikan khas (Cook & friend, 1991). Beliau juga mendefinisikan , khidmat
sokongan sebagai satu gaya perhubungan secara langsung sekurang-kurangnya
antara dua kumpulan yang bersetuju dalam membuat keputusan untuk mencapai
matlamat yang sama.

5.2.3 Apakah matlamat khidmat sokongan?

Menurut Sher dan Baur (1991), khidmat sokongan sepenuhnya merangkumi


interaksi setiap anggota di sekolah yang melibatkan antara guru dengan ibu bapa
murid-murid khas, guru, ibu bapa dan murid-murid lain dalam kelas biasa.
Kefahaman tentang murid-murid khas bukan hanya dapat membantu pihak sekolah
membantu mereka tetapi juga menghargai kewujudan mereka sebagai daripada
anggota sekolah.

5.2.4 Apakah kepentingan kolaborasi dalam memberi khidmat sokongan?

 Bagi menjamin mutu dan pendidikan ini bersesuaian serta relevan dengan
keperluan dan tahap kemampuan murid-murid berkeperluan khas

 Menghasilkan mutu dan kualiti pendidikan yang selaras dengan keperluan


murid-murid khas tersebut.

40
PKU3033 Intervensi Awal Dan Khidmat Sokongan Individu Berkeperluan Khas

 Individu daripada kumpulan pelbagai disipilin adalah satu unit yang


berfungsi dalam penaksiran murid-murid khas yang mempunyai
kemahiran atau kepakaran dalam bidang-bidang tertentu. Kumpulan ini
akan bergabung tenaga dalam menyediakan perkhidmatan kepada murid-
murid berkeperluan khas (Reynolds & Elaine, 1990), Kumpulan pelbagai
disiplin adalah satu kumpulan yang berfungsi untuk mengenal pasti
masalah murid bagi memastikan keberkesanan program pendidikan
tersebut. Justeru itu, mereka bertanggungjawab dalam memastikan
keperluan, minat, emosi dan latar belakang mereka.

5.3 Pihak-pihak yang terlibat dalam memberi khidmat sokongan dan


peranannya;

5.3.1 Individu;

 Audiologi
 Jurupulih cara kerja
 Jurupulih fizikal
 Jurupulih pertuturan
 Psikologis
 Kaunselor
 Pakar perubatan
 Persatuan ibu bapa
 Rakan sebaya
 Pertubuhan bukan kerajaan
 Komuniti
 Jabatan Kebajikan Masyarakat
 Sukarelawan

5.3.2 Badan kerajaan

 Kementerian Pelajaran Malaysia;

41
PKU3033 Intervensi Awal Dan Khidmat Sokongan Individu Berkeperluan Khas

o Jabatan Pendidikan Khas


o Program Latihan pendidikan Khas
o Sekolah Pendidikan khas
o Sekolah Percantuman atau Integrasi
o Kelas inklusif
o Sekolah Vokasional

 Kementerian Kesihatan Malaysia;

o Program imunisasi
o Institut Kesihatan Umum
o Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarg

 Kementerian Wanita dan Masyarakat;

o Perkhidmatan pendaftaran orang berkeperluan Khas


o Program Pemulihan dalam Komuniti
o Pemberian geran kepada pertubuhan sukarela
o Pemberian elaun, geran pelancaran, alat anggota palsu kepada orang
berkeperluan khas
o Sukan bagi orang berkeperluan khas

5.3.3 Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO)

o TASPUTRA
o NURY
o Cleft Lip and Palate Association of Malaysia (CLAMPAM),
o Pusat Down Syndrome KIWANIS
o Persatuan Orang Buta Malaysia (POBM)
o Rumah Orang Cacat
o Malaysian Care
o Persatuan Kanak-Kanak Cacat
o MFD

42
PKU3033 Intervensi Awal Dan Khidmat Sokongan Individu Berkeperluan Khas

o NASOM – Persatuan Autisma Kebangsaan Malaysia


o WING‟s
o Malaysian Care
o Salvation Army
o Lions Club
o Rotary Club dan lain-lain lagi

5.3 PIHAK-PIHAK YANG TERLIBAT DALAM MEMBERI KHIDMAT


SOKONGAN DAN PERANANNYA

Selain daripada kemudahan pendidikan yang disediakan oleh pihak kerajaan, golongan
bermasalah pendengaran (telah mendaftarkan diri dengan pihak JKM), ibu bapa serta
majikan mereka juga turut berhak menikmati pelbagai kemudahan lain yang disediakan oleh
pihak kerajaan iaitu:
i. Pengecualian Bayaran Rawatan Perubatan - Kanak-kanak bermasalah
pendengaran dikecualikan daripada bayaran wad kelas tiga, bayaran khidmat pakar
dan kos ubat-ubatan.
ii. Kemudahan Pelepasan atau Pengecualian Cukai - Pelepasan atau
pengecualian cukai diberikan kepada ibu bapa yang mempunyai anak kurang upaya
berumur di bawah 18 tahun.
iii. Potongan cukai diberikan kepada pembayar cukai yang membeli peralatan khas
untuk kegunaan dirinya sendiri, anak ataupun untuk ibu bapanya yang kurang upaya.
iv. Majikan-majikan yang mengambil ataupun menawarkan pekerjaan kepada OKU
berhak mendapat potongan cukai.
v. Pelepasan tambahan diberikan untuk OKU sendiri dan isteri ataupun suaminya.
vi. Kemudahan Alat Ganti atau Alatan Sokongan Tiruan - Kesemua peralatan yang
direka khas untuk kegunaan OKU diberikan pengecualian duti import dan cukai
jualan.
vii. Kemudahan Peluang Pekerjaan - Kerajaan membuka peluang pekerjaan kepada
golongan OKU melalui Pekeliling Perkhidmatan Bil. 10/1988 iaitu 1 peratus peluang
pekerjaan di sektor awam akan diperuntukkan kepada golongan OKU.
viii. Kemudahan Membeli Kenderaan Nasional - OKU yang boleh memandu layak
memperolehi pengecualian cukai jualan sebanyak 50 peratus sekiranya mereka ingin
membeli kereta atau pun motosikal buatan tempatan. Mereka boleh membuat
permohonan terus kepada Kementerian Kewangan bagi tujuan tersebut.

43
PKU3033 Intervensi Awal Dan Khidmat Sokongan Individu Berkeperluan Khas

ix. Kemudahan Telekom Syarikat Telekom Malaysia juga turut menawarkan pakej
insentif kepada golongan istimewa yang dikenali sebagai “Pakej Penyayang” yang
merangkumi keistimewaan seperti berikut:
a. Pengecualian bayaran sewa bulanan.
b. Panggilan 103 (operator) dikecualikan daripada sebarang caj.
c. Menyediakan panggilan menunggu ataupun panggilan pindahan secara
percuma. Pakej ini adalah terhad kepada satu talian bagi setiap seorang
pelanggan kediaman sahaja. Permohonan boleh dibuat melalui TMpoint atau
Pejabat Jualan Telekom Tempatan.
x. Pengecualian Bayaran Dokumen Perjalanan - Pengecualian bayaran kos ke
atas perkhidmatan menyediakan dan memproses dokumen perjalanan (pasport
antarabangsa) diberikan oleh pihak Jabatan Imigresen kepada golongan OKU..
xi. Kemudahan Aktiviti Harian - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
menggalakkan usaha mewujudkan pelbagai kemudahan untuk keselesaan OKU
menjalani aktiviti harian serta membolehkan mereka bergerak bebas. Antaranya
ialah penubuhan Jawatankuasa Teknikal melalui urusetianya iaitu SIRIM telah
merangka Kod Amalan Akses bagi Orang Kurang Upaya ke Bangunan Awam yang
menghasilkan pindaan Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984 berkaitan
dengan kehendak-kehendak bangunan untuk OKU. Melalui kod amalan ini,
bangunan-bangunan baru diwajibkan memiliki akses kepada OKU..
xii. Kemudahan Pengangkutan Awam - Syarikat pengangkutan turut digalakkan
supaya memberi tambang konsesi kepada OKU. Justeru, pihak MAS atau Sistem
Penerbangan Malaysia telah mengambil insiatif memberi tambang murah 50
peratus bagi penerbangan dalam negeri. Manakala, pihak Keretapi Tanah Melayu
juga memberi tambang konsesi 50 peratus bagi semua perjalanan untuk semua
kelas perjalanan. Seterusnya, syarikat bas yang maju juga tidak ketinggalan
memberi tambang konsesi 50 peratus dan PUTRA-LRT turut mengambil langkah
yang sama.
xiii. Kemudahan Perumahan - Pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pula
menyediakan kemudahan kepada OKU dalam bentuk memberi pengurangan kadar
sewa bagi menyewa rumah kos rendah ataupun rumah pangsa.
xiv. Pencen Terbitan - Berhak menerima pencen terbitan. Kerajaan melalui Jabatan
Perkhidmatan Awam menyediakan pencen terbitan kepada anak atau tanggungan
penjawat awam yang meninggal dunia. Pencen terbitan ialah pencen yang berhak
diperoleh oleh anak seseorang individu yang telah meninggal dunia. Namun,

44
PKU3033 Intervensi Awal Dan Khidmat Sokongan Individu Berkeperluan Khas

dengan syarat individu yang meninggal dunia tersebut perlulah berkhidmat dengan
kerajaan semasa hayatnya.
xv. Kementerian Kesihatan - Kementerian Kesihatan juga berperanan menyediakan
perkhidmatan untuk kanak-kanak bermasalah pendengaran seperti:
a. Penilaian awal (Multidiscipline Team).
b. Pemulihan pertuturan.
c. Pemulihan pendengaran.
d. Rawatan susulan.
e. Rawatan psikologi (kanak-kanak ataupun remaja).

xvi. Jabatan Kebajikan Masyarakat - Jabatan Kebajikan Masyarakat di bawah


Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat menyediakan
beberapa bantuan dan perkhidmatan berikut kepada golongan bermasalah
pendengaran:
xvii. Pendaftaran dan Kad Kenal Diri OKU - Pendaftaran dibuat adalah bagi
tujuan mengumpul data serta stastistik untuk perancangan perkhidmatan atau
program pemulihan, latihan dan pendidikan serta intervensi awal. Kad Kenal
Diri OKU ini adalah merupakan suatu tanda pengenalan diri yang diberikan
kepada Orang Kurang Upaya (OKU) yang berdaftar dengan JKM supaya
kelak mereka mudah berurusan dengan pihak-pihak yang berkenaan. Kad
Kenal Diri OKU tersebut adalah terbahagi kepada enam warna mengikut
kategori ketidakupayaan dan warna ungu dikhususkan kepada OKU kategori
masalah pendengaran.

Tahukah Anda?

Kad Kenal Diri OKU terdiri daripada 6 warna mengikut kategori ketidakupayaan:
Penglihatan – Biru
Pendengaran – Ungu
Fizikal – Hijau
Cerebral Palsy – Merah Jambu
Masalah pembelajaran – Kuning
Lain-Lain (Pelbagai) – Oren
Rajah : Kad kenal diri OKU mengikut warna.

(b) Elaun Pekerja Cacat

45
PKU3033 Intervensi Awal Dan Khidmat Sokongan Individu Berkeperluan Khas

Bantuan ini diberikan sebagai insentif bagi menggalakkan orang kurang upaya
(OKU) untuk terus bekerja dan berdikari tanpa bergantung kepada orang lain.
Namun, mereka perlu memenuhi beberapa syarat untuk melayakkan mereka
menerima bantuan ini iaitu kecacatan yang dialami perlu disahkan oleh pakar
perubatan, mereka telah berdaftar dengan pihak JKM, berusia antara 18 hingga
55 tahun, mempunyai pekerjaan dan berpendapatan kurang daripada RM700.

(c) Perkhidmatan Penempatan


Perkhidmatan ini terdapat di setiap negeri untuk membantu individu OKU yang
terlatih mendapatkan pekerjaan sama ada di pasaran terbuka mahupun di
bengkel terlindung. Perkhidmatan ini diberikan kepada mereka yang tidak
berkemampuan bertanding di pasaran terbuka.

(d) Geran Pelancaran


Geran ini diwujudkan bagi membantu OKU yang memiliki pengetahuan dan
kemahiran tetapi tidak memiliki modal (kewangan) serta peralatan untuk
menjalankan projek jaya diri, perniagaan kecil mahupun pertanian. Skim
bantuan ini melatih golongan OKU bekerja sendiri. Kadar bantuan minimum
yang diberikan adalah sebanyak RM500 dan kadar maksimum adalah sebanyak
RM2000.

(e) Organisasi Penjualan

Organisasi ini diwujudkan sebagai satu bentuk galakan pada perkhidmatan


yang dilakukan oleh golongan OKU. Galakan diberikan dengan cara membantu
mereka sama ada yang bekerja di rumah atau di pusat. Ini dilakukan dengan
cara membeli dan mendapatkan bahan mentah untuk OKU yang bekerja di
rumah serta memasarkan barangan yang telah siap. Program ini disediakan
bagi golongan OKU yang tidak mampu bertanding di pasaran terbuka.

(f) Pemulihan Dalam Komuniti (PDK)


PDK adalah merupakan satu bentuk strategi dalam pembangunan komuniti bagi
golongan OKU untuk menjalani pemulihan dalam keluarga dan masyarakat
sendiri. PDK memberi peluang kepada OKU menjalani pemulihan, mengecapi
peluang yang saksama serta berpeluang untuk berinteraksi dengan ahli-ahli
masyarakat yang lain. Antara aktiviti yang dijalankan di PDK ialah seperti aktiviti
46
PKU3033 Intervensi Awal Dan Khidmat Sokongan Individu Berkeperluan Khas

perkembangan bahasa, perkembangan sosial, kemahiran motor kasar,


kemahiran motor halus, pengurusan diri, pra-3M, kreativiti, sukan dan rekreasi.

xviii. Kementerian Belia dan Sukan –


Pihak Kementerian Belia Dan Sukan turut sama mengorak langkah memberi
perhatian serta komitmen yang sewajarnya kepada penglibatan golongan OKU di
dalam bidang sukan. Terkini, dapat kita lihat pelbagai pengiktirafan demi
pengiktirafan telah diberikan oleh pihak kerajaan bagi menggalakkan penglibatan
golongan OKU di dalam bidang sukan sama ada di peringkat kebangsaan mahupun
antarabangsa.

Kesungguhan dan ketekunan atlet paralimpik kini tidak lagi dipandang sepi.
Kecemerlangan mereka kian diiktiraf dan buktinya Majlis Penganugerahan
Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan 2005 telah menyaksikan buat pertama
kali bermulanya kewujudan anugerah yang seumpama itu buat kategori olahragawan
serta olahragawati paralimpik terbaik negara. Atlit-atlit yang terdiri daipada golongan
berkeperluan khas juga terlibat dalam pelbagai kejohanan di peringkat kebangsaan
dan juga antarabangsa. Pelbagai usaha juga dilakukan oleh pihak Kementerian Belia
dan Sukan untuk meningkatkan dan mengiktiraf penglibatan atlit berkeperluan khas.

xix. Kementerian Sumber dan Tenaga Manusia –


Jabatan Tenaga Kerja di bawah Kementerian Sumber Dan Tenaga Manusia
menyediakan perkhidmatan berikut untuk golongan istimewa (termasuk
golongan bermasalah pendengaran):

a) Melaksanakan program promosi atau penggalakan pengajian orang


kurang upaya di sektor swasta melalui Jawatankuasa Penggalakan
Penggajian Orang Cacat.
b) Membantu mendapatkan pekerjaan untuk golongan OKU di sektor
swasta.

c) Bertanggungjawab menguatkuasakan Akta Kerja 1955 iaitu menerima


aduan dan menyelesaikan aduan berkaitan pekerjaan.

Non Governmental Organisation (NGO) atau badan bukan kerajaan adalah merupakan

47
PKU3033 Intervensi Awal Dan Khidmat Sokongan Individu Berkeperluan Khas

badan bukan kerajaan yang terlibat secara langsung dengan badan-badan kebajikan di
seluruh Malaysia. Antara perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak NGO untuk kanak-kanak
bermasalah pendengaran ialah:

a. Menyediakan pusat harian dan pusat latihan;

b. Pemulihan dalam komuniti


c. Program intervensi awal

d. Multidisiplin aktiviti dalam komuniti

e. Pendidikan atau latihan untuk berdikari

f. Bimbingan dan sokongan melalui laman web

g. Kumpulan sokongan ataupun kumpulan ibu bapa

h. Kaunseling

i. Kelab sosial

j. Pusat sumber

k. Rujukan

l. Kelas komputer

Pusat perkhidmatan ini biasanya ditubuh oleh sesuatu pertubuhan dan juga
orang perseorangan. Pusat ini menyediakan perkhimatan bimbingan dan juga
kanak-kanak mengikut sesuatu kecacatan tertentu. Pembiayaan kewangan
biasanya diusahakan sendiri oleh persatuan berkenaan melalui derma orang
ramai atau sumbangan pihak swasta dan juga individu. Pusat-pusat
perkhidmatan NGO ini biasanya tidak terikat dengan mana-mana syarat dan
peraturan oleh mana-mana pihak tetapi lebih kepada menyediakan perkhidmatan
yang diperlukan oleh klien atau orang ramai yang memerlukan sesuatu
perkhidmatan yang ditawarkan.

m. Bahasa isyarat – khidmat jurubahasa isyarat dan kelas bahasa isyarat.

5.4 JENIS-JENIS KHIDMAT SOKONGAN

48
PKU3033 Intervensi Awal Dan Khidmat Sokongan Individu Berkeperluan Khas

5.4.1 Bantuan peralatan dan kewangan

Khidmat sokongan bagi bantuan peralatan dan kewangan disediakan oleh Jabatan
Kebajikan Masyarakat. Ia meliputi kemudahan Bantuan Alat Tiruan / Alat
Sokongan(BAT/S). Pihak JKM juga memberi bantuan kewangan dengan
memberikan bantuan kadar sebenar alat tiruan. Tujuannya adalah untuk membantu
OKU yang tidak berkemampuan untuk membeli peralatan seperti kaki palsu, tangan
palsu, calipers, tongkat tangan/ketiak, kerusi roda, alat pendengaran, cermin mata
khas, kasut khas dan lain-lain peralatan yang disyorkan oleh doktor atau pakar
perubatan. Di samping itu, ia juga bertujuan untuk membolehkan OKU meningkatkan
keupayaan dan seterusnya menjalani kehidupan tanpa sepenuhnya bergantung
kepada orang lain. OKU yang berdaftar dengan JKM. Syarat-syarat kelayakan
adalah:
i. Disyorkan oleh doktor atau pakar perubatan.
ii. Mereka yang tidak mampu untuk membekalkan sendiri alat tiruan/alat
sokongan yang diperlukan.
iii. Kemudahan Alat Ganti atau Alatan Sokongan Tiruan
iv. Kesemua peralatan yang direka khas untuk kegunaan OKU diberikan
pengecualian duti import dan cukai jualan

5.4.2 Latihan kemahiran mengikut keperluan kanak-kanak

Latihan kemahiran untuk individu berkeperluan khas dilaksanakan melalui


Kementerian Pendidikan melalui program-program vokasional dan Kolej Komuniti,
Kementerian Sumber Manusia melalui pusat-pusat latihan kemahiran dan juga
Jabatan Kebajikan Masyarakat melui pusat pemulihan dalam komuniti dan bengkel
terlindung. Mereka juga dikecualikan daripada bayaran pendaftaran kemasukan
pelajar istimewa bagi mengikuti latihan kemahiran di institusi-institusi pengajian di
bawah kelolaan Kementerian Pelajaran serta turut menerima elaun sebanyak
RM300 sebulan.

5.4.3 Latihan dan bimbingan ibu bapa

49
PKU3033 Intervensi Awal Dan Khidmat Sokongan Individu Berkeperluan Khas

Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud “ Seseorang anak itu dilahirkan dalam
keadaan fitrah dan ibubapanya lah yang akan mencorakkan sama ada menjadi
seorang Yahudi, Nasrani atau Majusi” (Riwayat Muslim). Saranan ini menjelaskan
akan pentingnya peranan ibu bapa dalam membentuk anak-anak. Penglibatan ibu
bapa dalam perkhidmatan sokongan merupakan satu aspek yang amat penting
untuk menggalakkan pembinaan konsep kendiri yang positif (Field et al. 1994; Serna
& Lau-Smith 1995; Valenzuela & Martin 2005).

Latihan dan bimbingan kepada ibu bapa merupakan aspek penting dalam
perkhidmatan sokongan. Ini kerana:
i. Perhubungan dan tindakan ibu bapa dalam perkembangan dan
pembesaran anak-anak. Chang, 2005 – penglibatan dan peranan ibu
bapa boleh terdiri dalam bentuk kualiti dan kuantiti
ii. serta aktiviti fizikal terhadap pengalaman anak-anak.
iii. Coyote, 2007 – peranan dan penglibatan ibu bapa dalam pendidikan
formal dan tidak formal.
Penglibatan ibu bapa terdapat 2 jenis iaitu:
i. Berasaskan rumah – cth aktiviti adalah seperti membaca dengan anak,
mengajar pertuturan dan urus diri, memberi pengalaman bermakna kpd
anak, penting bagi program intervensi awal seperti menjalankan terapi dan
lain-lain
ii. Berasaskan sekolah – cth perbincangan dengan guru, PIBG dan lain-lain.

5.4.4 Perkhidmatan Perpustakaan (contoh : toy library)

Perpustakaan berperanan sebagai sebagai pusat kelangsungan hubungan


proses pengajaran dan pembelajaran serta merupakan gedung yang menempatkan
pelbagai koleksi bahan bercetak bagi keperluan individu. Malah kebanyakan
perpustakaan hari ini juga menyediakan perkhidmatan internet bagi kegunaan
pelajar bagi mendapatkan sumber rujukan secara on-line. Kai Wang (2007)
menyatakan perubahan drastik terhadap keperluan maklumat terkini menyebabkan
pelanggan sanggup membayar sejumlah wang bagi mendapatkan perkhidmatan
berkualiti. Justeru, perlu dikaji ukuran kecekapan kualiti perpustakaan di mana ia

50
PKU3033 Intervensi Awal Dan Khidmat Sokongan Individu Berkeperluan Khas

bukan sahaja diukur dari aspek saiz fizikal bangunan, bilangan koleksi dan jumlah
pinjaman bahan tetapi kepuasan pelanggan iaitu terhadap servis yang
disediakanPerustakaan berperanan sebagai pusat Perkhidmatan perpustakaan
utama yang memberi khidmat sokongan kepada individu kurang upaya adalah
seperti perkhidmatan JAWS untuk kanak-kanak kurang upaya penglihatan dan “Toys
Library”.

5.4.5 Kemudahan Pengangkutan

Golongan orang kurang upaya (OKU) merupakan sebahagian daripada masyarakat.


Oleh itu, mereka mempunyai kesaksamaan hak dan peluang untuk menjalani
kehidupan seperti anggota masyarakat yang lain. Pendekatan berasaskan hak atau
rights-based dan juga perlindungan wajar digunakan bagi menjamin kepentingan
dan kesejahteraan OKU.

Syarikat pengangkutan digalakkan supaya memberi tambang konsesi kepada


OKU. Justeru, pihak MAS atau Sistem Penerbangan Malaysia telah mengambil
insiatif memberi tambang murah 50 peratus bagi penerbangan dalam negeri.
Manakala, pihak Keretapi Tanah Melayu juga memberi tambang konsesi 50 peratus
bagi semua perjalanan untuk semua kelas perjalanan. Seterusnya, syarikat bas
yang maju juga tidak ketinggalan memberi tambang konsesi 50 peratus dan PUTRA-
LRT turut mengambil langkah yang sama. Pengecualian bayaran kos ke atas
perkhidmatan menyediakan dan memproses dokumen perjalanan (pasport
antarabangsa) diberikan oleh pihak Jabatan Imigresen kepada golongan OKU.

5.4.6 Perkhidmatan medikal dan para medikal

Pihak Medikal terdiri daripada pegawai-pegawai perubatan dan ahli-ahli terapi yang
terdiri daripada jurupulih pertuturan, audiologist, jurupulih cara kerja dan fisioterapist.
Mereka berperanan dalam:
 Pengesanan dan pengesahan

51
PKU3033 Intervensi Awal Dan Khidmat Sokongan Individu Berkeperluan Khas

 Menyediakan kepakaran dalam menilai, mencegah serta mengendalikan


masalah pendengaran dan komunikasi
 Menyediakan kelengkapan peralatan klinik yang canggih
 Contohnya di Jab. Audiologi dan Sains pertuturan UKM
 Merupakan klinik pendengaran dan pertuturan terawal ditubuhkan dan masih
merupakan pusat rujukan utama dalam negara

Program intervensi awal juga turut disediakan oleh pihak kerajaan biasanya di
hospital atau pusat perkhidmatan kanak-kanak di klinik. Ibu bapa yang mengesyaki
anak mereka mengalami masalah pendengaran boleh membawa anak mereka
menjalani ujian saringan melalui pelbagai jenis ujian pendengaran yang terdapat di
hospital-hospital kerajaan. Rawatan susulan mahupun program-program intervensi
untuk kanak-kanak bermasalah pendengaran seperti terapi pertuturan yang
dikendalikan oleh ahli terapi pertuturan bahasa yang berkelayakan juga boleh diikuti
selepas itu iaitu sebaik sahaja kanak-kanak tersebut disahkan oleh pakar mengalami
masalah pendengaran serta perlu menjalani program intervensi awal. Pengecualian
Bayaran Rawatan Perubatan golongan OKU dikecualikan daripada bayaran wad
kelas tiga, bayaran khidmat pakar dan kos ubat-ubatan.

5.4.7 Perkhidmatan Kesihatan sekolah

Kanak-kanak yang mengalami masalah pendengaran biasa tidak pekak


sepenuhnya (Stewart, 1996) biasanya kanak-kanak ini masih mempunyai sisa
pendengaran yang masih boleh digunakan. Oleh yang demikian kebiasaannya pihak
perubatan juga mencadangkan kanak-kanak ini menggunakan alat bantuan
pendengaran untuk membantu pendengaran mereka. Disamping itu, kanak-kanak ini
dibantu mempelajari pertuturan melalui sisa pendengaran yang masih ada dengan
bantuan penggunaan alat bantuan pendengaran. Terdapat juga pelbagai pihak atau
persatuan persendirian yang memberikan perkhidmatan bimbingan kepada ibu bapa
yang mempunyai masalah pendengaran. Biasanya persatuan-persatuan ini
dianggotai oleh ibu bapa yang mempunyai anak bermasalah pendengaran.
Pertubuhan seperti ini biasanya membantu ibu bapa berkongsi maklumat mengenai
masalah dan perkembangan anak-anak mereka.

52
PKU3033 Intervensi Awal Dan Khidmat Sokongan Individu Berkeperluan Khas

5.4.8 Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling dan Sokongan Kerjaya

Pada bulan November 2007, Akta Orang Kurang Upaya 2007 yang memberi hak
erundangan kepada golongan OKU telah diluluskan di Parlimen. Rang Undang-
Undang OKU tahun 2007 tersebut bertujuan mengadakan peruntukan bagi
pendaftaran, perlindungan, rehabilitasi,pembangunan, dan kesejahteraan golongan
OKU. Akta Orang Kurang Upaya ini mula dikuatkuasa pada 7 Julai 2008 dan adalah
perundangan pertama yang berlandaskan hak bagi OKU (Mohd Hafiz Abd Rahman,
2009).

Kaunselor juga perlu mempertimbangkan layanan kepada OKU dengan


memberi layanan yang sama kepada mereka, seperti layanan yang diberikan
kepada orang lain. Kaunselor juga boleh menggunakan bahasa dan teknik yang
bersesuaian dengan umur klien, memberi penekanan pada kekuatan yang dimiliki
oleh klien, dan menghormati nilai serta kepercayaan klien. M.J. Leahy dan E.M.
Szymanski (1993) menyarankan beberapa cadangan yang berguna dalam
menjalankan kaunseling untuk OKU. Kaunselor perlu berkomunikasi dengan jelas,
mengelak daripada menggunakan perkataan yang umum ataupun berhubung secara
abstrak. Kaunselor boleh menggunakan ayat yang pendek, ringkas, dan jelas.
Cadangan lain adalah kaunselor perlu bersedia kerana mungkin mereka akan
berhadapan dengan OKU yang kurang ataupun tiada keyakinan diri serta kurang
sokongan daripada keluarga. Kaunselor juga perlu mengawasi dengan dekat
perkembangan klien OKU sehinggalah mereka bersedia dan mampu menyesuaikan
diri dengan pekerjaan yang diceburi.

J.F. Kosciulek (2003) mencadangkan dua fasa dalam melaksanakan proses


kaunseling kerjaya bagi OKU. Fasa pertama melibatkan proses mengenal pasti
masalah ataupun matlamat klien, mengumpul data dan memahami, serta
membentuk hipotesis berkaitan tingkah-laku klien. Adalah penting bagi kaunselor
untuk cuba membentuk hubungan kerja yang berkesan dengan klien yang kurang
upaya. Kaunselor mengenal pasti dengan jelas serta memberi penjelasan tentang
hubungan dan tanggungjawab kaunselor serta klien dalam hubungan itu. Fasa

53
PKU3033 Intervensi Awal Dan Khidmat Sokongan Individu Berkeperluan Khas

kedua pula berkaitan dengan tindakan klien, pembentukan matlamat kerjaya dan
merancang tindakan, menilai keberkesanan kaunseling kerjaya, serta menamatkan
hubungan kaunseling kerjaya. Di tahap ini, kaunselor dan klien mengambil tindakan
untuk memajukan kerjaya yang positif dengan berfokuskan kepada keperluan,
kehendak, kemahiran, dan kelemahankelemahan yang ada pada klien (Kosciulek,
2003). Memandangkan bahawa kecacatan klien mungkin memberi kesan kepada
orang terdekat seperti keluarga, maka ahli-ahli keluarga boleh dijemput turut sama di
tahap ini. Apabila membentuk matlamat, klien perlulah digalakkan supaya
bertanggungjawab dalam mengumpul maklumat tentang diri sendiri, pekerjaan dan
pasaran kerja, menilai pilihan-pilihan yang ada, membuat keputusan dan
membentuk rancangan tindakan, serta mengimplimentasi rancangan kerjaya dan
menilai hasil yang diperoleh. Kaunselor perlu lebih kreatif dan terbuka untuk
disesuaikan dengan populasi OKU yang heterogenus. Untuk menjayakan proses
perkembangan kerjaya klien OKU, khidmat susulan adalah diperlukan.

Menurut R.M. Roth, D.B. Hershenson dan T. Hilliard (1970) lagi, kaunselor
juga perlu menyedari bahawa mereka sedang berurusan dengan Orang Kurang
Upaya (OKU). Oleh itu, segala keputusan atau alternatif yang dipilih hendaklah
selaras dengan keupayaan atau kemampuan golongan ini. Walau bagaimanapun,
kaunselor tidak perlulah terlalu terikat dengan kekangankekangan tertentu seperti
perasaan simpati yang melebihi perasaan empati sehingga menjejaskan kelancaran
proses kaunseling. Kaunselor perlulah bertindak secara realistik dan sedar bahawa
mereka sedang berurusan mengenai harapan, impian, perasaan, dan aspirasi
golongan ini; bukannya dengan kecacatan atau kekurangupayaan yang dialami oleh
mereka. Oleh itu, hak-hak mereka sebagai insan yang memiliki keinginan untuk
mencapai impian dan kebahagiaan (selaras dengan keupayaan mereka) tetap dapat
dipelihara (Roth, Hershenson & Hilliard eds., 1970).

Perkhidmatan kaunseling kerjaya untuk Orang Kurang Upaya (OKU)


bukanlah sesuatu yang mudah kerana cabarannya amat besar serta melibatkan
kepelbagaian kategori OKU yang mempunyai keperluan dan limitasi yang berbeza.
Kejayaan kaunselor dalam menjalankan kaunseling kerjaya untuk OKU adalah
bergantung kepada peranan, kecekapan, dan sikap kaunselor itu sendiri. Kaunselor

54
PKU3033 Intervensi Awal Dan Khidmat Sokongan Individu Berkeperluan Khas

yang berpengetahuan tentang OKU, selesa dengan OKU dan menerima tanpa
syarat, bersedia menjadi terbuka dan ikhlas, serta seorang yang kreatif dan proaktif
akan menjadikan proses kaunseling kerjaya untuk OKU lebih berjaya.

Untuk memastikan OKU mempunyai tempat di pasaran kerja, melalui


Pekeliling Perkhidmatan Bil.10/1988, kerajaan Malaysia telah memperuntukkan
kuota 1% jawatan di sektor awam untuk OKU. Pada tahun 2001 pula, kerajaan telah
melancarkan Kod Amalan Penggajian OKU di sektor swasta melalui kod amalan ini.
Kerajaan juga memberikan beberapa insentif seperti pelepasan cukai kepada
syarikat-syarikat swasta yang menggajikan OKU (Mohd Hafiz Abd Rahman, 2009).

5.4.10 Program rekreasi

Program rekreasi untuk OKU biasanya dilaksanakan melalui NGO-NGO yang


ditubuhkan. Contohnya Persatuan Sukan dan Rekreasi Orang Kurang Upaya Negeri
Pulau Pinang (PESRON) merupakan sebuah badan pengawalan sukan OKU
peringkat negeri (NGO) yang didaftarkan dengan Pesuruhjaya Sukan untuk memberi
peluang dan keselesaan kepada OKU bersukan di peringkat negeri. Penubuhan
persatuan PESRON bertujuan untuk memastikan bahawa pembangunan sukan
yang melibatkan golongan OKU itu dapat diperluas dan diperkukuhkan di peringkat
negeri.
Antara sukan yang diceburi oleh atlet-atlet OKU Pesron meliputi sukan-sukan
berikut:-
 Kejohanan Sukan Paralimpik Peringkat Kebangsaan
 Kejohanan Sukan Para ASEAN
 Sukan Paralimpik

Melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menggalakkan usaha


mewujudkan pelbagai kemudahan untuk keselesaan OKU menjalani aktiviti harian
serta membolehkan mereka bergerak bebas. Antaranya ialah penubuhan
Jawatankuasa Teknikal melalui urusetianya iaitu SIRIM telah merangka Kod Amalan
Akses bagi Orang Kurang Upaya ke Bangunan Awam yang menghasilkan pindaan

55
PKU3033 Intervensi Awal Dan Khidmat Sokongan Individu Berkeperluan Khas

Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984 berkaitan dengan kehendak-


kehendak bangunan untuk OKU. Melalui kod amalan ini, bangunan-bangunan baru
diwajibkan memiliki akses kepada OKU.

Berdasarkan maklumat yang telah dipelajari:

1. Huraikan kepentingan-kepentingan itu berdasarkan apa yang


telah anda faham.

2. Perkhidmatan sokongan terdiri daripada badan kerajaan dan


badan bukan kerajaan.
Namakan 5 daripada kumpulan badan kerajaan.

56
PKU3033 Intervensi Awal Dan Khidmat Sokongan Individu Berkeperluan Khas

PEMERHATIAN DAN PENILAIAN PROGRAM-


PROGRAM INTERVENSI AWAL DAN KHIDMAT
TAJUK 6
SOKONGAN

6.0 SINOPSIS

Tajuk ini akan memberi pendedahan secara amali kepada pelajar. Pelajar akan
di bawa melawat tempat-tempat intervensi awal.

6.1 HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir tajuk ini, anda akan dapat

i. Memberikan maklumat berkaitan tempat-tempat intervensi awal


yang dilawati.

vi. Membuat banding beza antara program.

TEMPAT LAWATAN

 Program untuk kanak-kanak autistik


(contoh : NASOM)

 Program untuk kanak-kanak palsi-serebral (contoh : Pusat Spastik Kanak-


kanak Wilayah Persekutuan dan Selangor)

 Program untuk kanak-kanak bermasalah penglihatan (contoh : MAB)

 Program untuk kanak-kanak bermasalah pendengaran (contoh : Pusat


YMCA)

 Program untuk Kanak-kanak Kerencatan Mental (contoh: Pusat Kiwanis)

57
PKU3033 Intervensi Awal Dan Khidmat Sokongan Individu Berkeperluan Khas

6.2 CONTOH 1: PERKHIDMATAN UNTUK KANAK-KANAK DOWN


SYNDROM
THE KIWANIS DOWN SYNDROME FOUNDATION (KSDF)

LATAR BELAKANG PENUBUHAN KDSF

 Ditubuhkan pada tahun 11 September 1989 di sebuah bungalow di Jalan


Gasing dengan 2 orang guru dan 12 orang murid.
 Disebabkan permintaan yang meningkat satu tanah baru telah dibeli yang
melibatkan kos pembinaan RM 600,000.
 Akhirnya bangunan Kiwanis baru didirikan di lot 13490 di Jalan Jenjarum di
Taman SEA, Petaling Jaya.
 Keluasan tanah adalah 31,000 sq.ft dengan kos pembinaan sebanyak RM 6
juta.
 Kiwanis Down Syndrome Foundation – National Centre juga dikenali sebagai
KDSF

SEJARAH PENUBUHAN KDSF…..


 Ditubuhkan pada tahun 1989, khusus untuk mendidik dan melatih kanak-
kanak Down Sindrom di bawah 7 tahun.
 Pada mulanya KDSF telah dimulakan oleh Kiwanis Club of Kuala Lumpur
(KCKL) bertujuan menyahut “CABARAN” memulakan perkhidmatan sokongan
masyarakat bagi jangka panjang dan dikenali sebagai KDSC.
 Disamping Yayasan Kebangsaan Kiwanis (KDSF ) terdapat beberapa lagi
yayasan kiwanis telah ditubuhkan sokongan padu ahli – ahli Kelab Kiwanis
serta permintaan tinggi daripada masyarakat.
MISI
The Kiwanis Down Syndrome Foundation is committed to the welfare of children with
Down Syndrome ; its main fokus being the education of these children with Down
Syndrome; children age 6 years old and below.

VISI
Yayasan Kiwanis Sindrom Down malaysia beriktibar demi kebajikan kanak-kanak
58
PKU3033 Intervensi Awal Dan Khidmat Sokongan Individu Berkeperluan Khas

Sindrom Down; Tujuan utama adalah mendidik kanak-kanak down sindrom berumur
6 tahun dan kebawah.

INFANT STIMULATION PROGRAMME (ISP)


Program yang direka khas untuk bayi dan kanak-kanak berumur dari 0 hingga 3
tahun. Aktiviti yang dijalankan adalah dalam bentuk kumpulan dan individu.

Bayi ( 0 hingga 18 bulan)


Sesi aktiviti bagi bayi adalah selama 45 minit. Aktiviti permainan pula dikendalikan
selama 1 hingga 11/2 jam. Antara kemahiran yang diajar adalah:
• Motor Kasar
• Motor Halus
• Kemahiran Pengamatan
• Kemahiran bahasa awalan
Kanak-kanak (18 bulan hingga 2 tahun)
Aktiviti dijalankan selama 1 hingga 11/2 jam. Antara kemahiran yang diajar adalah:
• Motor Kasar
• Motor Halus
• Lukisan
• Kemahiran bahasa awalan
• Permainan Air dan Pasir
Kanak-kanak ( 2 hingga 3 tahun)
Aktiviti dijalankan selama 1 hingga 11/2 jam. Antara kemahiran yang diajar adalah:
• Motor Kasar
• Motor Halus
• Lukisan
• Kemahiran bahasa awalan
• Kemahiran Pra-Sekolah
• Kemahiran Bercerita
• Kemahiran Muzik dan Pergerakan
• Permainan Air, Pasir dan Berenang

59
PKU3033 Intervensi Awal Dan Khidmat Sokongan Individu Berkeperluan Khas

REGULAR PROGRAMME

Program yang direka khas untuk bayi dan kanak-kanak berumur dari 4 hingga 6
tahun. Aktiviti yang dijalankan adalah dalam bentuk individu. Pengajaran dalam
bentuk kumpulan hanya untuk murid berumur 6 tahun.

Antara kemahiran yang diajar adalah:


• Motor Kasar
• Motor Halus
• Akademik Pra-Sekolah
• Kemahiran Bahasa
• Kemahiran Pengurusan Diri
• Kemahiran Sosial
• Kemahiran Mereka dan Melukis
Setiap kelas atau sesi adalah selama 2 1/2 jam yang dikendalikan dalam dua sesi
setiap hari, iaitu:
• 9.00 pagi hingga 11.30 pagi
• 1.00 tengah hari hingga 3.30 petang

STARATEGI DAN TEKNIK PENGAJARAN

Terdapat beberapa teknik dan kaedah pengajaran yang digunakan di Yayasan


Kiwanis bagi mendidik kanak-kanak Sindrom Down. Teknik pengajaran yang
digunakan adalah mengikut tahap umur kronologikal kanak-kanak tersebut (high
function - profound) . Antara teknik atau kaedah pengajaran adalah seperti berikut:-
Murid-murid dibahagikan kepada stesen-stesen pengajaran mengikut jumlah
kehadiran pada hari tersebut yang dikendalikan oleh seorang guru dan
seorang sukarelawan.
Pengajaran melalui kumpulan-kumpulan yang kecil antara 5 hingga 7 murid.
Pengajaran ”Thematic” atau berasaskan tema,bermaksud setiap bulan kanak-
kanak ini diajar satu tema yang telah ditentukan mengikut sukatan yang
selalunya direka dan diubahsuai dari buku ” A Curriculum Guide For Teaching
Young Mentally Handicapped Children” by Robert Deller.

60
PKU3033 Intervensi Awal Dan Khidmat Sokongan Individu Berkeperluan Khas

Bentuk pengajaran kebanyakkanya adalah dalam bentuk permainan kecil


dalam kumpulan serta ”story telling”.
Kaedah pengajaran banyak menekankan aspek simulasi dan dan
penggunanan bahan dan perlatan mengajar yang menarik minat murid.
Kaedah serta teknik-teknik yang digunakan di Yayasan Kiwanis ini banyak telah
membantu dalam perkembangan kanak-kanak Sindrom Down di sini. Buku rujukan
yang digunakan juga memberi banyak kaedah serta teknik yang amat sesuai untuk
diaplikasikan dalam proses pengajaran kanak – kanak ini.

TERAPI YANG DIJALANKAN DI KDSF

 TERAPI CARAKERJA
Terapi cara kerja, dibantu oleh ahli terapi cara kerja, adalah sejenis pemulihan untuk
memperbaiki kualiti hidup seseorang. Terapi cara kerja melibatkan penilaian fungsi
kognitif dan persepsi seperti cara berjalan, memakai baju, memegang pensil dan
sebagainya.
 TERAPI PERTUTURAN
Terapi ini sesuai untuk kanak-kanak Sindrom Down yang menghadapi masalah dari
segi pertuturan, sebutan, kognitif, suara, menelan (disfagia) dan rawatan pemulihan
atau pembetulan kecacatan fizikal serta kognitif yang menyebabkan kesukaran
bertutur dan menelan.
 TERAPI FIZIKAL
Terapi fizikal adalah lebih untuk membantu kanak-kanak sindrom Down yang
menghadapi masalah kecacatan fizikal seperti kesukaran berjalan, mengangkat
tangan, berlari dan sebagainya.

ALAT DAN BAHAN BANTU MENGAJAR

Kaedah pengajaran kanak-kanak Sindrom Down di Yayasan Kiwanis adalah melalui


stesen. Kaedah ini membolehkan murid-murid ini belajar melalui pengalaman dan
mengikut keupayaan serta masing-masing dalam satu kumpulan.
Antara pemilihan penting dalam bahan bantu mengajar ialah di sini:
 Bahan konkrit yang besar dan jelas

61
PKU3033 Intervensi Awal Dan Khidmat Sokongan Individu Berkeperluan Khas

 Bahan cetak yang berwarna warni


 Bahan multimedia
 Pelbagai bentuk alat bantu mengajar seperti
 Mudah diperolehi seperti berus gigi, ubat gigi, sikat, patung dan sebagainya.
 Bermakna (Besar/Jelas)
Terdapat banyak alatan dan bahan bantu mengajar digunakan di setiap stesen
dalam memudahkan aktiviti pengajaran. Ada di antara bahan tersebut dibeli oleh
pihak pengurusan dan ada yang diderma oleh badan-badan swasta seperti IKEA.
trdapat banyak bahan yang disediakan oleh cikgu mengikut stesen dan tahap kanak-
kanak Sindrom Down ini.
Peralatan dan bahan yan digunakan adalah dalam bentuk yang kemas dan tersusun
mengikut stesen masing-masing. Keadaan stesen juga sangat ceria dan menarik
minat untuk kanak-kanak ini bermain dan belajar.

6.3 CONTOH 2: Contoh Maklumat Lawatan Kerja Ke Persatuan Kanak-Kanak


Spastik Selangor & Wilayah Persekutuan.

Visi
“Menjelang 2005, pusat kami akan menyediakan perkhidmatan menyeluruh”
Misi
“Bersama sebagai sebuah kumpulan, kami menyediakan perkhidmatan berkualiti
dalam pendidikan, latihan dan kaunseling serta membina insan yang berkebolehan,
62
PKU3033 Intervensi Awal Dan Khidmat Sokongan Individu Berkeperluan Khas

berdikari dan menyumbang kepada bangsa dan negara”.


Kemudahan:
Mempunyai bangunan sendiri, kemudahan pengangkutan, pendidikan dan rawatan
percuma untuk lebih 300 orang kanak-kanak spastik setahun dan memerlukan
belanja 1.5 juta setahun .
Perkhidmatan
Ibu bapa digalakkan menghantar anak mereka yang mengalami masalah fizikal
(spastik) dari bayi lagi supaya program early intervention boleh dilakukan kepada
anak mereka. Kanak-kanak diusia persekolahan pula akan dimasukkan ke seksyen
persekolahan manakala kanak-kanak yang masih kecil dirawat sebagai pesakit luar.
Seksyen persekolahan mempunyai dua sesi, iaitu sesi pengajaran dan pembelajaran
serta sesi kokurikulum yang merangkumin aktiviti-aktiviti seperti sukan, konsert,
berenang, menunggang kuda, berkebun dan menjahit. Bagi golongan remaja
mereka akan diambil bekerja dibengkel yang terdapat di pusat ini. Persatuan turut
menyediakan beberapa kenderaan untuk perjalanan pergi dan balik bagi para
pelajar.
Jenis-Jenis Terapi
Terapi pertuturan
 Terapi pertuturan dikendalikan oleh terapis pertuturan dan dibantu oleh
beberapa orang pembantu dalam bidang yang sama di pusat ini.
 Dalam sesi terapi ini, pelajar akan diajar cara bertutur dan antara teknik yang
digunakan ialah pengulangan perkataan atau ayat.
 Terapi pertuturan yang dibantu oleh ahli patologi pertuturan, membantu
seseorang memperbaikinkebolehannya berkomunikasi; ini termasuk
pertuturan, iaitu bagaimana bunyi dibentuk, dan bahasa, yang melibatkan
pemahaman dan pemilihan perkataan yang sesuai.
Terapi cara kerja
 Pusat ini juga mengendalikan terapi carakerja di mana terapi ini merupakan
salah satu daripada bidang perubatan yang memberi fokus kepada
ketidakupayaan atau ketidakfungsian anggota seseorang
 Terapi ini memberi fokus kepada kebolehan pelajar untuk hidup secara
berdikari.sebagai contoh memegang pensel dan bekerja di dalam kumpulan.

63
PKU3033 Intervensi Awal Dan Khidmat Sokongan Individu Berkeperluan Khas

 Tiga aspek yang perlu dicapai oleh pelajar dalam menjalani terapi carakerja
adalah:
(1) berdikari dalam aktiviti kehidupan harian (ADL)
(2) menyumbang kepada produktiviti (work)
(3) melaksanakan dan mempelbagai aktiviti riadah (leisure)

FISIOTERAPI(PHISIOTHERAPY)
 Fisioterapi adalah satu kaedah sistematik bagi menilai fungsi tubuh badan
yang tidak sempurna terhadap sistem tulang,otot-otot dan sendi,sistem kardio
vaskular (jantung dan sistem pengaliran darah),sistem penafasan serta
sistem saraf termasuklah gejala sakit yang dialami oleh pesakit.
 Kaedah rawatan untuk mengendalikan atau menyelesaikan gejala atau
masalah yang dihadapi oleh pesakit ialah melalui 3 unsur utama iaitu:
(1) Pergerakan
(2) Rawatan manual
(3) Agen-agen fizikal.

HIDROTERAPI
 Pusat ini juga menjalankan hidro terapi kepada pelajar dalam usaha bagi
melembutkan otot-otot dan sendi yang kaku dengan menggunakan air
 Pelajar akan menjalani rawatan dengan cara berenang di dalam kolam
renang yang disediakan khas oleh pusat ini.
 Pelajar juga akan diberi latihan pergerakan dengan menggunakan alunan
muzik.
 Beberapa pergerakan tangan, kaki dan badan melalui rentak muzik akan
dipelajari seperti Good Morning, Flute Muzik, Long Long Ago, Ballet Muzik,
Mulberry Bush, Row Row Your Boat, Pussy Cat, Scott Joplin, Sing Song of
Six Pence, Music with Beat, Music Different, Hello Hello, Piano Scale dan
Sakura.
 Latihan ini bertujuan melatih pelajar melakukan pergerakan tangan, kaki dan
badan serta menguji kebolehan pelajar mengimbangi badan.

64
PKU3033 Intervensi Awal Dan Khidmat Sokongan Individu Berkeperluan Khas

Gambar-gambar di Pusat Spastik

65
PKU3033 Intervensi Awal Dan Khidmat Sokongan Individu Berkeperluan Khas

66
PKU3033 Intervensi Awal Dan Khidmat Sokongan Individu Berkeperluan Khas

67
PKU3033 Intervensi Awal Dan Khidmat Sokongan Individu Berkeperluan Khas

RUMUSAN

Secara keseluruhannya, kajian-kajian lepas jelas menunjukkan bahawa


intervensi awal membawa kesan positif kepada kanak-kanak kurang upaya dan yang
berisiko tinggi dalam jangka masa pendek dan jangka masa panjang. Di Amerika
Syarikat perkhidmatan intervensi awal (3 tahun ke bawah) diwajibkan untuk kanak-
kanak yang mengalami perkembangan lewat dan kanakkanakberisiko tinggi (IDEA,
1990). Intervensi awal memainkan peranan penting dalam melengkapkan kanak-
kanak berkeperluan khas dengan kemahiran asas sebelum mereka masuk ke
sekolah rendah. Intervensi awal yang komprehensif dan intensif adalah berfaedah
kepada keluarga dan masyarakat. Intervensi awal mempunyai impak yang positif
kepada persekitaran terdekat kanak-kanak berkeperluan khas. Atas sebab ini juga,
setiap individu dalam sesebuah komuniti perlu sedar akan tanggungjawab masing-
masing ke atas kanakkanak berkeperluan khas (Lerner, 2003). Intervensi awal dapat
membantu perkembangan pelbagai kebolehan kanakkanak. Contohnya, seorang
kanak-kanak bermasalah pendengaran yang diajar menggunakan bahasa isyarat
secara tidak langsung dapat mempertingkatkan mindanya dan membuka peluang
untuk dia berinteraksi dengan kanak-kanak lain. Kejadian masalah lain yang terikat
dengan kesukaran awal boleh diatasi melalui perkhidmatan intervensi awal.
Contohnya kanak-kanak yang mengalami masalah penglihatan tetapi tidak diberi
intervensi awal, mungkin mengalami masalah emosi seperti perasaan kecewa.
Intervensi awal juga menawarkan penjimatan wang bagi sesuatu masyarakat.
Intervensi awal yang intensif dan berkesan mengurangkan beban penyediaan
pendidikan khas pada peringkat sekolah rendah danmenengah. Bilangan kanak-
kanak yang memerlukan perkhidmatan pendidikan khas mungkin berkurangan.
Ringkasnya, intervensi awal boleh meningkatkan intelek, meningkatan
perkembangan fizikal dan meningkatkan penguasaan bahasa kanak-kanak
berkeperluan khas. Intervensi awal yang sistematik menghalang kewujudan masalah
lain, mengurangkan tekanan kepada keluarga, dan mengurangkan pembinaan
institusi khas. Dengan adanya intervensi awal yang teratur, keperluan untuk
pendidikan khas di peringkat persekolahan dapat dikurangkan dan ini menjimatkan
perbelanjaan negara yang dikhaskan untuk kemudahan penjagaan, kesihatan dan
pendidikan.

68
BIBLIOGRAFI

Turnbull, A., Turnbull, R., Wehmeyer, M.L., Shorgen, K. A. (2014).


Exceptional Lives:Special Education in Today’s Schools. Singapore :
Pearson

Smith, D.D. (2005). Introduction to special education teaching in an age of


opportunity. Fifth Edition. Allyn And Bacon.

Lerner, J. & Mardell, C. (1987). Special education for the early childhood
years. (2nd ed). NJ: Prentice Hall.

Dettmer P.A., Dyck N. T. (1996). Consultation, collaboration and teamwork


for students with special needs. USA: Allyn & Bacon.

Halbrook, M. C. & Koenig, S. J. (eds) (2000). Foundations of education vol. I:


history and theory of teaching children and youths with visual
impairments (2nd ed) AFB Press (USA).

Jawatankuasa Penyelarasan Pemulihan Dalam Komuniti Kebangsaan,


Malaysia. Garis panduan latihan pemulihan OKU dalam komuniti : garis
panduan latihan intervensi awal bagi kanak- kanak 0-6 tahap.

Knight, P. & Swanwick, R. (2002). Working with deaf pupils. London : David
Fulton. Matthews, J. & Williams, J. (2000). The self-help guide for
special kids and their parents. London: Jessica Kingsley.

Niemann, S. & Jacob, N. (2000). Helping children who are blind: Family and
community support for children with vision problems. Cal: Hesperian
Foundation.

Sacks, S. Z., Kekelis, L. S. & Gaylord-Ross, R. J. (2001). The development of


social skills of blind and visually impaired students. NY: AFB Press.

Smith, D.D. (2005). Introduction to special education teaching in an age of


opportunity. Fifth Edition. Allyn And Bacon.

69
PKU3033 Intervensi Awal Dan Khidmat Sokongan Individu Berkeperluan Khas

PANEL PENULIS MODUL


PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU
(PENDIDIKAN KHAS MASALAH PENDENGARAN PENDIDIKAN RENDAH)

NAMA KELAYAKAN

Habsah binti Yusof Sarjana (Pendidikan Khas)


Sarjana Muda Teknologi serta
Pensyarah Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik)

habsah.y@ipgm.edu.my Penolong Pengarah Bahagian Buku


Teks
Guru Teknik dan Vokasional – 14 tahun
Pensyarah IPG 2007 - sekarang

Madinah binti Mohd yusof PhD (Pendidikan Khas)


Sarjana Pendidikan Khas
Pensyarah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan
Khas)
madinah@ipik.edu.my
Guru Pendidikan Khas – 5 Tahun
Pensyarah Pendidikan Khas 2004 -
sekarang

Shahrul Arba‟iah Othman PhD (Pendidikan Khas)


Sarjana Pendidikan Khas
Pensyarah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan
Khas)
shahrul_arbaiah@yahoo.com
Guru -29 tahun
Pensyarah – mulai 2010 hingga
sekarang

Anita Sapura Bt Shaari Sarjana Muda (Pendidikan BM Moden)


Sarjana Pendidikan (Pendidikan Khas)
Pensyarah
Guru -20 tahun
anita@ipik.edu.my Pensyarah – 3 tahun

Hajarul Bahti Bt Zakaria Sarjana Usuluddin


Sarjana Muda Usuluddin
Pensyarah
Guru Pendidikan Islam
hajarul@ipik.edu.my Pensyarah Pendidikan Khas – 2007
hingga sekarang

70
PKU3033 Intervensi Awal Dan Khidmat Sokongan Individu Berkeperluan Khas

IKON

Rehat

Perbincangan

Bahan Bacaan

Buku Rujukan

Latihan

Membuat Nota

Senarai Semakan

Layari Internet

Panduan Pengguna

Mengumpul Maklumat

Tutorial

Memikir

Tamat

71
PKU3033 Intervensi Awal Dan Khidmat Sokongan Individu Berkeperluan Khas

72

Anda mungkin juga menyukai