Anda di halaman 1dari 6

SEKOLAH KEBANGSAAN KOTA RENTANG

06000 JITRA, KEDAH

MINIT MESYUARAT INDUK KURIKULUM KALI KE DUA 2022/2023

Tarikh: 26/10/2022

Hari:rabu

Masa: 1.30 petang

Tempat:DEWAN SRI SAUJANA, SKKR

Kehadiran:

AGENDA:

1. Perutusan Pengerusi
1.1 Pengerusi mengucap salam dan mengalu alu kehadiran semua guru bagi Mesyuarat
Kurikulum Kali ke 2 2022/2023.

1.2 Pengerusi menyatakan fokus utama Unit Kurikulum ialah pada aspek PBD, Pemulihan
Khas dan Khatam Al Quran.

1.3 Sekolah mempunyai kekuatan yang cukup dan mantap sekarang. Semua guru berijazah
dan berpengalaman dalam bidang masing-masing. Cikgu2 jgn simpan pengalaman2
bagus, cemerlang di sekolah lama utk membantu menaikkan tahap kecemerlangan
murid sekolah ini. Apabila kita keluar dari SKKR nanti semoga ianya menjadi pengalaman
indah utk cikgu.

1.4 Bagi pihak pentadbir, GB memohon maaf atas beberapa kelemahan dari segi
pengurusan kurikulum cth Pemantauan Kurikulum Berkualiti (PKB). Walaubagaimana
pun pihak pentadbir percaya cg2 telah melaksanakan tugas dengan sebaik mungkin.
Insya Allah baki 2 bulan yg ada bagi thn 2022 akan digunakan utk memantau kelas
merangkumi PBPPP.

1.5 GB percaya semua guru telah mendapat pendedahan tentang pedagogi yang sepatutnya
untuk murid cg. Malahan cg2 saya ramai yg masih muda dan boleh meneroka kaedah
terbaik atau amalan baik serta menggembeleng tenaga sebaik yg boleh untuk
meningkatkan keberhasilan murid.

1.6 Kita semua termasuk saya diperingatkan untuk meningkatkan Tahap Tindakan dalam
bidang masing-masing.
2. PESANAN PIHAK ATASAN

2.1 11/10 DIALOG PROFESIONALISME BERSAMA PENGARAH


1. PENDIDIKAN KEDAH SETAHUN KE HADAPAN
- PENDIDIKAN KEDAH BERKUALITI
- PEMULIHAN PENDIDIKAN
- MELONJAKKAN KECEMERLANGAN AKADEMIK
- MEMPERKASAKAN PBS
- MELONJAKKAN PENCAPAIAN AKADEMIK
- MENCEMERLANGKAN INSANIAH MURID
- PEGAWAI BERPRESTASI TINGGI
- PENGAJARAN DINAMIK, AKTIF DAN BERMAKNA
- PEMANTAPAN PENDIDIKAN BERKONSEPKAN DIGITAL
- TADBIR URUS YANG CEMERLANG

2. INTEGRITI, AKAUNTABILITI DAN NILAI


- NILAI: Kecepatan, Ketepatan, Kesopanan, Keboleh percayaan, Ketahanan
- Integriti : kualiti unggul yang wujud secara keseluruhan dan padu pada individu
dan organisasi. Integriti berkait rapat dengan etika.
- Akauntabiliti: Menjalankan tugas dan kewajipan dengan penuh tanggungjawab
berpandukan peraturan dan undang-undang.
- INTEGRITI PENJAWAT AWAM: Laksana amanah dan kuasa yang
dipertanggungjawabkan menurut kepentingan umum.
- AMARAN KEPADA PENJAWAT AWAM DARI SEKTOR INTEGRITI TENTANG ISU
PILIHANRAYA:
-Jgn terlibat dengan sebarang unsur berkempen utk PRU.
-Utk jadi calun PRU isi borang pencen. Skim pencen, boleh bersara. Skim KWSP
boleh letak jawatan.
-Jgn guna sebarang lambang parti pd pakaian, topi dsb nya.

- e2PK- laman web literasi undang- undang kakitangan awam.


- Semua guru digalakkan untuk merancang PDPC menarik dengan cara tersendiri.

3. Mengesah minit mesyuarat yang lalu


………………………………..

4. Perkara berbangkit
5. Analisa Pentaksiran Sekolah 2022/2023
5.1.1 PBD

BIL M/PELAJARAN TP1 TP2 TP3 TP4 TP5 TP6


1 BAHASA 1 7 21 37 38 17
MALAYSIA
2 BAHASA 2 16 38 42 23 2
INGGERIS
3 MATEMATIK 2 16 39 41 19 6
4 SAINS 0 0 3 74 38 2
5 PNDIDIKAN 1 2 45 38 25 0
ISLAM
6 BAHASA ARAB 0 1 35 32 52 0
7 PENDIDIKAN 0 0 0 40 59 0
SENI VISUAL
8 MUZIK 0 1 5 69 30 0
9 PENDIDIKAN 0 0 3 69 45 2
JASMANI
KESIHATAN
10 SEJARAH 0 0 6 20 24 1
11 RBT 0 0 2 21 28 0

5.1.2 Target pencapaian mata pelajaran dan refleksi


5.1.2.1 Tidak Mencapai Tahap Minima ( TP 1 (6 org) dan TP 2 (43 org))
5.1.2.2 Mencapai Tahap Minima ( TP 3(197)- TP4(483))
5.1.2.3 Cemerlang (TP 5(381)-TP6 (30 ORG) )
5.1.2.4 ISU DAN CADANGAN INTERVENSI
ISU MURID: PENCAPAIAN TAHAP PENGUASAAN KESELURUHAN tp 1 DAN TP
2
1. Murid sering tidak hadir ke sekolah menyukarkan guru-guru untuk
menjalankan pentaksiran.
2. Masalah murid kerap ponteng menyebabkan murid ketinggalan dan
akhirnya hilang minat untuk belajar.
3. Lemah dalam matapelajaran kerana kekurangan perbendaharaan kata
(vocab) serta murid ini juga tidak kuasai perkataan asas.
4. Persekitaran tempat tinggal (rumah) melemahkan semangat murid dan
waris.

INTERVENSI UNTUK MURID TP 1 & TP 2

1. Murid yang sering ponteng akan dirujuk kepada Unit Bimbingan dan
Kaunseling serta Unit Disiplin untuk diambil Tindakan selanjutnya.
2. Tingkatkan perbendaharaan kata murid dengan menjalankan
program/kaedah tersendiri.
3. Menggalakkan murid menyertai pdpc dan menyiapkan tugasan yang
diberi dengan memberi saguhati (token). Jika tidak siap maklumkan
segera kepada waris melalui wasap.
4. Murid tidak hadir maklumkan kepada PK HEM untuk tindakan
selanjutnya.
5. Membincang kaedah pembelajaran dan pengajaran serta menilai
kelemahan-kelemahan serta cadangan penambahbaikan.
a. Penggunaan buku teks- baca kuat untuk bantu murid boleh
membaca.
b. Baca sifir.
c. Penggunaan buku tulis- banyakkan Latihan menulis utk memahir
dan beranikan murid menulis.
d. Kaedah pengajaran: menarik minat murid (PAK 21)

5.1.3 Sasaran kualiti dan kuantiti


5.1.3.1 Sifar TP 1 & TP 2
5.1.3.2 Meningkatkan bilangan TP 5 & TP6
5.1.3.3 Jangan selesa dengan TP 3 yang telah diberi. Mungkin TP 3 adalah jalan
penyelamat kepada intervensi sedangkan hakikatnya murid tersebut berada
di TP 1 dan TP 2. Hanya guru m/pelajaran shj yg tahu kedudukan sebenar
muridnya. Buat lah intervensi sendiri atau amalan baik yg boleh menjelaskan
TP yang sebenar utk murid tersebut.
6. AGENDA KPM
6.1 Program Bantu Membaca: edar senarai nama murid dan guru terlibat. Program Sinar
Pagi yang sedang berjalan adalah sebahagian dari Program Bantu Membaca. Tahniah Cg
Abdullah yg tak pernah jemu dan putus asa untuk memastikan program berjalan dengan
bantuan murid-murid cemerlang. Waktu bacaan Yasin, murid dan guru yang terlibat
seperti tersenarai diminta membawa murid keluar dari dewan dan berada di dalam kelas
. Buat bacaan intensif Bersama murid.

6.2 Pra sekolah: Minta laporan dari guru pra.

6.3 J qaf dan Kem Bestari Solat: Bincangkan tarikh utk tahap 1 & tahap 2. Boleh minta
bantuan guru KAFA. Sebaiknya hari rabu & khamis.

6.4 PAJSK: Tarikh akhir pada 28/2/2023

6.5 Psikometriks: TAHUN 4,5,6 MULAI 2023

6.6 SEGAK: minta penyelaras buat laporan

6.7 LDP dan PLC

6.7.1 LDP : Laporan program dan aktiviti sekolah yang boleh meningkat kualiti dan
kuantiti. Proses pemindahan ilmu pengetahuan secara kemas, berdisiplin,
bertujuan untuk menambah pengetahuan dan kemahiran untuk memenuhi
keperluan dan tuntutan secara dalam organisasi (sekolah). Ini dicapai melalui
sebarang bentuk pembelajaran seperti kursus, Latihan semasa bekerja, program
mentoring dan coaching )bimbingan) atau yang seumpama dengannya yang
menyumbang kepada pembangunan individu dan kecemerlangan organisasi. –
boleh diisi oleh setiausaha LDP.
6.7.2 PLC (Komuniti Pembelajaran Profesional): Program PLC merupakan satu
pendekatan baru  dalam usaha memimpin pengurus sekolah dan guru-
guru untuk melakukan satu perubahan dalam PdPc dengan matlamat
meningkatkan prestasi dan pencapaian sekolah secara bersepadu.  PLC
adalah merujuk kepada para pendidik yang komited dan bekerja secara
kolaboratif serta berterusan dalam membuat inkuiri atau kajian tindakan
untuk mencapai prestasi murid yang lebih baik.
6.7.3 PLC perlu diisi oleh ketua panitia, atau setiausaha, penyelaras perlu mengisi
melalui system e splg (PLC) dengan merujuk kepada nombor rujukan panitia
untuk mengisi program2 yg telah dilaksanakan

6.7.4 PLC sesama ahli panitia: perbincangan yang menjurus kepada isu dalam pdp
matapelajaran dan kaedah baru untuk mengatasi isu tersebut. Cth penguasaan
sifir
6.7.5 PLC dengan panitia lain: perkongsian amalan terbaik yang dilakukan oleh
sesuatu panitia dalam memperbaiki kualiti dan kuantiti PBD. Cth panitia sains
yang tiada TP 1 & TP 2 serta terdapat TP 6 dalam pentaksiran lalu.

6.8 PKB (Pemantauan Kurikulum Berkualiti)


6.8.1 Pemantauan kelas oleh pentadbir: semua PK akan melakukan pemantauan pdpc
seperti kumpulan PBPPP bermula 1 November-15 November 2022.
6.8.2 Pemantauan buku tulis oleh pentadbir bermula 30/10/2022. Mulai esok cg2
boleh menyemak buku2 tulis dan hantar kepada pentadbir untuk disemak
berdasar agihan berikut:
BM- PK HEM
BI-PK KO KURIKULUM
MATETAMTIK- PK PENTADBIRAN
SAINS & P.ISLAM – GURU BESAR

6.9 JADUAL WAKTU

6.9.1: Jadual terkini telah diedarkan. Maaf atas kelewatan. Syafzan direhatkan bg

memberi laluan kepada beliau menyiapkan tugasan dokumentasi sekolah. Semoga


tidak timbul masalah kepada cg2. Kalau ada, sila maklum kpd PK 1.

6.9.2: Analisa minit jadual waktu : 8W (1), 12W(1),14W(2),16W+PEMULIHAN (1), 20W


(2),

24W(4)26W (4),27W (1), 36W (1). Tahniah kepada semua yang mendapat jadual di
bawah 28 waktu, kecuali Cg Rozita

6.9.3: Guru2 yg posting sebelum thn 2000 mendapat jadual 36 waktu, dengan gaji
rendah.

Bersyukur sangat2 sebab terpilih untuk mendapat pekerjaan dan dapat


menanggung keluar dan ibu ayah masing2. Semoga mendapat berkat.

6.10 RPH
6.10.1 Dihantar setiap hari khamis untuk semakan pentadbir. RPH perlu dihantar setiap
minggu supaya tidak menyusahkan cikgu2. . GB sendiri telah dipantau oleh Tuan
PPD. Rakam pdpc hantar kepada tuan PPD pada minggu lepas. RPH dan laporan
pemantauan sekolah perlu dihantar setiap minggu utk semakan.
6.10.2 Merujuk kepada kes Cg Fadli, RPH dan punch card menjadi dokumen penting
sebagai evidens penting untuk membela diri.

6.11 PEMULIHAN KHAS: minta penyelaras bentang


6.11.1 Program Bantu Membaca adalah program untuk membantu pemulihan
mengatasi masalah tidak boleh membaca.
6.11.2 Di cadangkan kepada PIBG supaya mengadakan Program Pemulihan Bersama
anak-anak Kota: dalam perancangan utk menjemput bekas murid utk bantu
murid pemulihan ketika cuti .

6.12 LDP & PLC


6.13 PSS: minta penyelaras buat laporan.

6.14 ICT/DELIMA: minta penyelaras buat laporan.


6.15 PAK 21: bahan di beri
6.15.1Morning Drill/ Perhimpunan PAK 21: minta laporan dari ketua panitia sebab GB
selalu sampai sekolah jam 7.40 (masa program dah tamat)

6.16 SKPMg2: ada penambahbaikan system

6.17 PBPPP: DIBACA KRITERIA INSTRUMEN PENILAIAN KHAS PBPPP

6.18 Sekolah TS 25: sehingga kini tiada maklumat baru. Hanya PPD minta nom ac sekolah
shj untuk masukkan peruntukan.

6.19 PCG Matapelajaran: mana-mana panitia yg beum membuat belian sila ambil
tindakan.

6.20 Hal-hal lain

- PIBG

Anda mungkin juga menyukai