Anda di halaman 1dari 14

MINIT CURAI BENGKEL PENATARAN KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL 360 DARJAH SIRI KEDUA DI

BAWAH PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 DAERAH SARIKEI DAN DAERAH


MERADONG TAHUN 2022

Tarikh/Hari 02.08.2022
Masa 0800-1000
Tempat Dewan Sentral Market
Tajuk Ceramah Bimbingan Transformasi Sekolah 2025
Nama Penceramah En. Abdul Khalid bin Bujang

Agenda / Perkara
Bil Agenda / Perkara Tindakan
1.0 Falsafah Pendidikan Negara Makluman semua
- Tujuan: Hasilkan rakyat yang sejahtera

2.0 Nilai Bersama Makluman semua


2.1 Profesional, Integriti, Mesra peserta bengkel
- Dalam Dalam melaksanakan apa-apa tugas kita perlu bersikap
professional, jangan bersikap personal.
- Integriti (Kebertanggungjawab kita)
- Rujuk buku MySG, Garis panduan yang disediakan oleh JPA
untuk meluluskan gaji.
- Guru perlu bertugas selama 9 jam. (45 jam seminggu)
- MySG sebagai audit kerja pegawai si sekolah
- Mesra (sapa pegawai yang dating ke sekolah)
- Jangan cari kesalahan pihak sekolah. Beri bimbingan kepada
pihak sekolah (bantuan dan sokongan)

3.0 Matlamat JPN Sarawak 2020-2022


- Kemenjdian murid yang berilmu pengetahuan, berletrampilan,
membudayakan nilai murni serta bertanggungjawab kpd
masyarakat dan negara melalui sekolah yang berkualiti.
- Terapkan nilai murni kepada murid-murid terlebih dahulu
sebelum melaksanakan PdPC.

4.0 Fokus Hala Tuju JPNS 2020-2022 Makluman semua


4.1 memantapkan kualiti kepimpinan dan pengurusan
4.2 meningkatkan kualiti PdPC Guru.
4.3 Memaksimumkan pembelajaran murid.
4.4 Membentuk sahsiah & disiplin murid berteraskan nilai murni
4.5 memperkembangkan bakat murid secara holistic

4.6 Mengukuhkan pelibatan komuniti dan agensi luar. (Buka


sekolah kpd ibu bapa- minta ibu bapa bantu)

1
4.7 mengoptimumkan prasarana dan insfrastruktur. (lapor ke PPD,
PPD akan lapor ke JPNS)

5.0 Hala Tuju


Dalam sesebuah organisasi, seorang pemimpin akan menghalakan
sasarannya kpd pengikutnya dengan menguasai hala tuju strategik,
polisi dan struktur organisasi. Oleh itu, setiap pemimpin dapat
mempengaruhi keberkesanan organisasi melalui pengaruh ke atas
pengikut, pasukan dan organisasi kpd pencapaian Visi dan Misi.
Contoh: Sebagai PK1, boleh lantik guru mp yg berbeza kelas dalam
tahun yg sama.
Jan - Mac April – Jun Julai - Sept Okt – Dis
Ajar MT T1 Ajar MT T4 Ajar MT T2 Ajar MT T5

6.0 Guru dan Pemimpin Sekolah


Penggerak yang paling penting di peringkat sekolah utk
keberhasilan murid.

7.0 SKPMg2
ST1 – Kepimpinan
ST2 – Pengurusan Organisasi
ST3 – Pengurusan Kurikulum, Ko-kurikulum dan HEM
ST4 – Pembelajaran dan Pemudahcaraan
ST5 – Kemenjadian Murid
Perancangan, Pelaksanaan ada dibuat tetapi eviden tidak
dinyatakan

8.0 Standard Guru Malaysia 2.0

9.0 Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25)


- Sebahagian dari usaha kerajaan (KPM) kea rah meningkatkan
kemenjadian murid dan sekolah berkualiti.
- Melalui TS25 sekolah berupaya mengaplikasikan amalan terbaik
dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi
dalam pembelajaran dan pengajaran (PDPC) selari dengan
Hasrat yang terkandung dalam PPPM (2013-2025).
TS25 - melahirkan modal insan unggul
1. Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan
2. Disokong kepimpinan yang berkualiti berwawasan.
3. Guru yang kompeten dan beraspirasi tinggi
4. Komitmen kominiti yang padu.
Jangan mengharapkan perubahan yang drastik. Perubahan yang
baik biasanya mengambil masa untuk menampakkan hasilnya.

2
10 Konsep, matlamat dan objektif TS25
- kepakaran dalaman melalui latihan yang komprehensif dan
berstruktur
- Membangunkan persekitaran pembelajaran yang berkesan
dengan mengutamakan kemenjadian murid
- Mengaplikasi konsep dan amalan PdP terbaik yang berfokus
(PAT – perkongsian Amalan Terbaik-melalui media sosial seperti
facebook)

11 Fokus TS25 ( Bilangan Sekolah TS25 Sarawak)


Kohort 1 -10 Kohort 2-10 Kohort 3-43 Kohort 4-
64
Kohort 5 -263 Kohort 6-500 Kohort 7-403

12 Latihan Berstruktur TS25


Modul 1- Modul 5 (Modul Asas) – diberi kpd PGB dan barisan PK
Modul 6 – Modul 8 ( Murid)
Modul 9 – modul 10 (Guru BI dan Guru MT & SN)

13 Sokongan & Bimbingan Berterusan


IAB, IPGM, JPN, PPD, SIP+, SISC+, PGB (boleh minta bantuan untuk
TS25)

Peranan Rakan Elit IAB & IPG


- Merancang strategi bagi membimbing sekolah
- Menyediakan modul Latihan
- Membangunkan insturment untuk memantau keberkesanan
amalan TS25
- Membantu pihak sekolah menyediakan Program Intervensi
Transformasi Sekolah (PInTaS)
- Pelaporan kepada Jawatankuasa TS25 KPM
- Perbincangan berterusan dengan Rakan Pendidikan ELIT

Peranan Elit SIPartner + SISC+ (TS25)


- Merancang strategi bg membimbing sekolah
- Bimbingan berterusan
- Bantu pihak sekolah sedia PInTas
- Buat pelaporan kpd JK TS25 PPD
- Perbincangan berterusan
- Buat dialog prestasi

Peranan Rakan Elit PGB


- Merancang Pelan strategik sekolah jangka pendek dan jangka
Panjang
- Menetapkan matlamat dan hala tuju sekolah mengikut struktur

3
sekolah mengikut struktur TS25
- Merancang pembangunan profesionalisme berterusan
- Merancang pemantauan & penilaian pelaksanaan program
- Melaksanakan bimbingan pemantauan menggunakan system
pengesanan dan penilaian.

Peranan Rakan ELIT PKP


- Melaksanakan peningkatan pedagogi guru Bersama PGB dan
rakan ELIT.
- Merancang pembangunan professional berterusan (Latihan)
guru
- Merancang dan menyelaras Pelan Strategik sekolah jangka
pendek dan jangka Panjang
- Penyelaras Kurikulum, pelaksanaan pedagogi, pencerapan guru
- Pemantauan dan peilaian pelaksanaan program sekolah
- Melaksana bimbingan dalam peningkatan padagogi guru
- Melaksana pemantauan pengurusan kurikulum

Penilaian Kendiri Sekolah


14 14.1 Pengurusan SEkolah – keupyaaan kepimpinan
14.2 Pelaksanaan PAK 21
14.3 Kemenjadian murid
14.4 Sokongan ibu bapa, komuniti dan swasta
14.5 PAT

Rumusan Isu Kepimpinan


15 - Konflik kepimpinan, Komunikasi, Sikap
TS25 merupakan program strategik KPM. Dialog preatasi
merupakan program strategik KPM. Pelan Intervensi merupakan
program strayegik KPM

Program Pembangunan Guru Baharu 2.0


16 Rujuk Panduan Pelaksanaan Program pembangunan Guru Baharu
2.0

Guru Cemerlang
17 Laluan pantas untuk naik pangkat dan jadi role model kpd guru
lain

Penutup
Pendidikan membuka pandangan yang luas dan futuristic
‘Profesional, intergriti dan mesra’

4
Tarikh/Hari 2 Ogos 2022
Masa 1030-1230
Tempat Dewan Sentral Market
Tajuk Ceramah Modul 6: Merungkai DSKP
Nama Penceramah Dr. Roziah Bt Mohamad Ali

Agenda / Perkara
Bil Agenda / Perkara Tindakan
1. Merungkai Standard Makluman
- Merungkai DSKP Semua
- Kejelasan Guru & Pembelajaran Murid
- Model KmR
- Idea Utama
- Soalan Pencetus Idea

2. PDP- KmR
- Konsep KmR
- Merancang PdP-KmR (Peringkat 1-3)
- Rubrik

3. Pedagogi Kreatif Revolusi Pembelajaran Bermakna Murid


a) OBJEKTIF PEMBELAJARAN
- Memahami kepentingan merungkai DSKP dalam melaksanakan
PdPc
- Menjelaskan proses merungkai DSKP
- Membina Idea Utama & Soalan Pencetus Idea
- Menjelaskan kepentingn Kefahaman melalui Reka Bentuk (KmR)
- Merancang PdP-KmR
- Membina rubrik tugasan yang bersesuaian untuk pentaksiran bilik
darjah (PBD)

4. KRITERIA KEJAYAAN:
a) Merungkai standard kandungan dan standard pembelajaran
dalam DSKP
b) Menghasilkan Idea Utama dan Soalan Pencetus Idea
c) Melengkapkan templat PdP KmR (Peringkat 1-3)
d) Membina instrumen pentaksiran berdasarkan aktiviti dan
kaedah pentaksiran yang dipilih
e) Membina rubrik tugasan menggunakan Rubistar

5
5. Model KmR

CARTA ALIR PdP-KmR

6. a) Kurikulum
- Kenal pasti beberapa subjek
- Kenal pasti Standard Kandungan (SK) & Standard Pembelajaran
(SP)
- Kenal pasti pengetahuan & kemahiran
- Bina Idea Utama
- Bina Soalan Pencetus Idea
b) Pentaksiran
- Tentukan tugasan pembelajaran setiap subjek
- Pastikan setiap tugasan ada evidens, proses, produk bagi
pengetahuan, kemahiran & 6C
- Menyediakan rubrik atau kriteria
c) Pedagogi
- Bina Pelan Pembelajaran Prinsip W.H.E.R.E.T.O.

7. CIRI-CIRI IDEA UTAMA


a) RINGKAS - Antara 5-10 patah perkataan
b) KONSEPTUAL & BERMAKNA -Tiada jawapan ya atau tidak atau
dengan fakta Bermakna, Bermanfaat
c) TERBUKA-Tiada jawapan yang betul atau salah Semua jawapan
boleh diterima
d) BERKEKALAN (Enduring)-Tiada tempoh had masa, Idea itu
sentiasa relevan ,Boleh digunapakai pelbagai bidang

8. PROSES MERUNGKAI DSKP


a) Kenal pasti beberapa subjek
b) Kenal pasti Standard Kandungan (SK) & Standard
Pembelajaran (SP)
c) Kenal pasti pengetahuan & kemahiran
d) Bina Idea Utama
e) Bina Soalan Pencetus Idea

6
9. PELAN PERANCANGAN PENGAJARAN MELALUI KmR
a) TRADISIONAL
C-Menentukan hasil pembelajaran
P-Merancang aktiviti P&P dan tugasan
A-Menentukan Penilaian

b) BACKWARD DESIGN
C-Mengenal pasti hasil pembelajaran
A-Menetapkan bukti hasilan untuk dinilai
P-Merancang aktiviti P&P

10. RUMUSAN
Kefahaman melalui Reka Bentuk (KmR) menggunakan pendekatan
pembelajaran berasaskan projek mengupayakan pengajaran inovatif
dan pembelajaran bermakna murid.

7
Tarikh/Hari 3 Ogos 2022
Masa 0800-1000
Slot 3
Tempat Dewan Sentral Market
Tajuk Ceramah Modul 6: Merungkai DSKP (Sambungan)
Nama Penceramah Dr. Roziah Bt Mohamad Ali

Agenda / Perkara
Bil Agenda / Perkara Tindakan
1. Templat Perancangan PdPc KmR Makluman semua
- Cikgu-cikgu mata pelajaran yang mengajar berlainan subjek
tetapi bagi tahun yang sama perlu melengkapkan templat
Perancangan PdPc KmR berdasarkan DSKP mata pelajaran
masing-masing untuk dirungkai kemudian.
- Untuk merungkai DSKP, cikgu-cikgu perlu berbincang bersama
untuk mendapatkan satu tema (The Big Idea) yang dapat
memenuhi semua SK, SP, pengetahuan dan kemahiran daripada
DSKP kesemua subjek.

2. Templat Perancangan PdP-PBL


- Memindahkan maklumat dalam Templat Perancangan PdP KmR
PBL.
- Menerangkan projek tersebut seperti sinopsis atau abstrak.

3. Amalan Penting
- 2 templat sahaja yang penting dan perlu diselesaiakan sebelum
projek bermula iaitu templat Perancangan PdPc KmR dan
templat Perancangan PdP-PBL.
- Pembelajaran Berasakan Projek bermula berdasarkan templat
Perancangan PdP-PBL selepas menentukan garis masa
(Timeline) melalui Kolaboratif.Penambahbaikan bagi kumpulan-
kumpulan yang membuat pembentangan.
- Pengetahuan – dipetik daripada DSKP
- Konsep – perlu lebih terperinci / jelas / spesifik
- The Big Idea – menghubungkaitkan kesemua subjek
- Pencetus idea – 1H1W Questions
- Eviden / bukti – memperkayakan lagi mengikut subjek
- Pentaksiran – murnikan lagi bagi setiap subjek / perlu lebih
spesifik

8
Tarikh/Hari 3 Ogos2022
Masa 1400-1700
Tempat Dewan Sentral Market
Tajuk Ceramah Pentaksiran Bilik Darjah
Nama Penceramah En. Chula Ak Bina

Agenda / Perkara
Bil Agenda / Perkara Tindakan
1.0 1.1 Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Makluman
1.2 Pertimbangan Profesional Semua
1.3 PBD berasaskan Projek
1.4 Pemantauan PBD

2.0 Fokus DSKP


2.1 Kemahiran Abad ke-21
2.2 Strategi Pengajaran dan Pembelajaran
2.3 Elemen Merentas Kurikulum (EMK)
2.4 Pentaksiran Bilik Darjah

3.0 Kurikulum Standard


3.1 Ekuiti dan Kualiti
- Semua murid perlu diberikan pendidikan yang sama dan
berkualiti
3.2 Akauntabiliti
- Pentadbir dan guru memastikan murid melepasi piawai standard
yang ditetapkan
3.3 Skema dan piawai pengukuran
- Pengetahuan dan kemahiran yang perlu diukur dengan jelas
4.0
Perkembangan Dokumen Kurikulum Dan PBD
4.1 Lembaga Peperiksaan mewujudkan perekodan PS secara online
mulai 2011.
4.2 BPK mewujudkan perekodan secara offline mulai 2014
5.0
Objektif PBD
-Sebagai Pembelajaran (Formatif- Mentaksir Perkembangan sebagai
pembelajaran)
- untuk Pembelajaran (Formatif - Mentaksir perkembangan untuk
pembelajaran)
- Tentang Pembelajaran (Sumatif - Mentaksir perkembangan tentang
pembelajaran di akhir unit pembelajaran penggal, bulan, atau tahun)

6.0 Terdapat tiga Kaedah pentaksiran yang digunakan


 Lisan, Pemerhatian, Bertulis

9
7.0 Bincangkan kepentingan PBD dan makluma balas bagi pihak:
 Guru
 Murid
 Ibu Bapa
 Pihak berkepentingan

8.0 Pelaksanaan PBD


8.1 Proses PdP - (Aktiviti pembelajaran perlu menepati kurikulum dan
PAK 21)
 Tugasan individu atau kumpulan, sumbang saran, debat,
sketsa, pembentangan multimedia, projek atau aktiviti
mengeksperimen

8.2 Instrumen Pentaksiran - (Kaedah dan Instrumen pentaksiran )


 Kuiz, Kerja projek, Portfolio, Ujian bulanan, Peperiksaan,
Penilaian Kendiri, Refleksi kendiri dan Penilaaian Rakan
Sebaya.

8.3 Tahap Penguasaan (TP1-TP6)


 Merujuk standard prestasi yang dinyatakan dalam kurikulum
dalam kurikulum
 Menggunakan pertimbangan professional untuk menetapkan
tahap penguasaan murid.

8.4 Peranan - ( Pemimpin Pertengahan )


 Memperkasakan panitia melalui PLC
 Pemantauan berkala kepada guru
 Penyemakan rekod transit PBD
9.0
Pelaksanaan PdP dan PBD
9.1 Merancang & menyediakan instrument Pentaksiran
9.2 Melaksanakan PdP dan Pentaksiran selari dengan SK dan SP yang
telah dipilih
9.3 Merekod & menganalisis
9.4 Tindakan susulan perlu diambil jika didapati murid belum
menguasai TP yang ditentukan, iaitu menentu dan melaksanakan
strategi pengajaran serta kaedah pentaksiran yang lebih berkesan.
Guru perlu menyedia dan mentadbir instrumen mengikut keupayaan
murid.
9.5 Melapor tahap Penguasaan Murid
10
Merancang PBD menggunakan kaedah Plan, Do, Check dan Act
11 (PDCA)

10
Tujuan Pelaksanaan Projek
 Memberi peluang kepada murid untuk meneroka dan
menyelesaikan sesuatu isu / masalah secara praktikal melalui
proses perancangan, pelaksanaan, refleksi dan inkuari untuk
12 mencetuskan 4K + 1 N & 6K.

Tiga jenis model projek yang sedia ada:


 Model 1 (KMR)
 Model 2 (MYPIB)
13  Model 3 (Tugasan Projek)

Rubrik sebagai alat pentaksiran Projek.


Instrumen yang boleh membantu guru untuk mentaksir proses
pelaksanaan proses pelaksanaan projek.
 Senarai semak
 Rekod anekdot
 Running record

Definisi Pemantauan
 Memerhati dan memeriksa perkembangan (Kemajuan, perjalanan,
dan sebagainya) sesuatu perkara, fenomena secara kerap dan
teliti, biasanya
Bertujuan untuk mengawal, mencegah, memperbaiki, mengawasi.

Pengertian konsep dan Definisi Pemantauan PBD


 Satu proses mendapatkan maklumat bagi memastikan
pelaksanaan PBD dilaksanakan mengikut prosedur yang
ditetapkan.

Pemantauan PBD boleh dilaksanakan oleh SLT dan MLT

Tujuan Pemantauan PBD


 Mengenal pasti keberkesanan proses PdP
 Mengesan kepatuhan terhadap dasar/ SPI/ ketetapan
 Melihat keberkesanan pelaksanaan PBD
 Mengumpul data dan maklumat untuk tindakan susulan
 Membantu SLT/MLT melaksanakan penambahbaikan secara
sistematik

Kesediaan pemantau (SLT/MLT) Terhadap pelaksanaan PBD


 Mengetahui & memahami
 Menghadiri penataran
 Merujuk SPI/ Buku Panduan
 Menyebarluas pelaksanaan
 Membincang dalam mesyuarat

11
 Merancang pelaksanaan 6P
 Menyelia / memantau
 Mengajar & menguasai
 Menerima maklumat dari semua MP

Tarikh/Hari 4 Ogos 2022


Masa 0800-1000
Tempat Dewan Sentral Market
Tajuk Ceramah Pertimbangan Profesional PBD Berasaskan Projek
Nama Penceramah En. Chula Ak Bina

Agenda / Perkara
Bil Agenda / Perkara Tindakan
1.0 Pertimbangan Profesional Makluman
Idea Utama – Pertimbangan professional mengaspirasikan Semua
pentaksiran berkualiti

2.0 Asas Pertimbangan Profesional


-Pentaksiran Bilik Darjah
-Memerlukan guru membuat keputusan berdasarkan analisis dan
rumusan maklumat terhadap pembelajaran murid yang merangkumi
pengetahuan, kemahiran dan nilai secara beretika dan
bertanggungjawab.
-Merupakan satu proses berterusan sepanjang PdP.

3.0 Keperluan utama kepada pertimbangan professional


-Menentukan TP berdasarkan SP bagi setiap kelompok SK dan SP.
-Menentukan TP keseluruhan dalam mata pelajaran bagi melapor
perkembangan pembelajaran murid di akhir tahun.

4.0 Bagaimana melaksanakan pertimbangan professional?


-Berdasarkan kekerapan pemerhatian dan kekerapan interkasi di
antara guru dan murid dalam tempoh yang sesuai.
-Suatu pertimbangan professional yang boleh dipercayai, seseorang
murid harus diberi peluang yang mencukupi bagi menunjukkan
perkembangan kepada apa yang telah dipelajari.

5.0 Keperluan guru mengumpul Hasil Kerja Murid


-Mengumpul hasil kerja murid yang secukupnya
-Melakukan pemerhatian untuk mendapatkan gambaran yang
menyeluruh bagi membantu guru membuat pertimbangan terhadap
seseorang murid.
-Membolehkan guru membuat justifikasi terhadap pertimbangan
professional yang telah dilakukan.

12
6.0 Pelaksanaan Tugasan kumpulan
-Toolkit 8.2.1a
-Learning walk
-Toolkit 8.2.1b
-Perbincangan jawapan bersama peserta

7.0 Penggunaan Data dalam Pertimbangan Profesional


-Evidence (hasil kerja murid) sebagai bukti, maklumat atau data
berkaitan perkembangan pembelajaran murid.
-Maklumat atau data adalah secara kualitatif dan kuantitatif

8.0 Data kuatitatif dan Data Kualitatif


-Folio, Laporan, pembentangan, persembahan, hasil kerja
/projek ,Ujian ,Penyertaan , kuiz, kehadiran dll.

9.0 Moderasi
-tontonan video htttps://goo.gl/aAP2pE
-Satu proses penetapan standard penilaian di mana guru berkongsi
pengalaman, ilmu dan pemahaman kurikulum, pedagogi dan
pentaksiran bagi melaksanakan pertimbangan professional serta
membuat keputusan yang konsisten di dalam menilai tahap
pembelajaran murid.
-Berbincang sesama rakan sejawat bagi menghasilkan persetujuan
dalam kalangan guru terhadap sesuatu perkara sama ada dalam aspek
penentuan kaedah pentaksiran instrumen pentaksiran dan penentuan
tahap penguasaan.
-Mengambil kira keperluan dan ketetapan dalam DSKP mata
pelajaran.

Tujuan moderasi:
-Memastikan pertimbangan yang dibuat adil, konsisten, sah dan boleh
dipercayai
-meningkatkan komunikasi professional dalam kalangan guru
-Mewujudkan pembelajaran professional dalam kalangan guru
-Meningkatkan PdP.

Jenis /Model Moderasi:


-Model kalibrasi
-Model Persidangan
-Model Rujuk Pakar

13
Penyelarasan yang berkesan memerlukan perancangan yang teliti.
-kenal pasti guru terlibat
-jadual perancangan
-kenal pasti aspek yang diselarasakan
-Perkongsian
-Kolaborasi
-Jangka masa
10
Kesimpulan
-Pentaksiran pendidikan adalah satu proses mengumpul maklumat
tentang pembelajaran murid bag membuat keputusan (pertimbangan
profesional) tentang tahap penguasaan mereka.
-Guru perlu kompeten dan berpengetahuan luas serta menguasai
kesemua kandungan dan strategi PP bagi mata pelajaran yang diajar
untuk membantu mereka membuat pertimbangan profesional yang
benar-benar mencerminkan tahap penguasaan murid yang diajar.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

………………………… ……………………………
(LEONG CHEE YUNG) (KOH SIEN ENG)
Tarikh Disediakan: 4.8.2022 GURU BESAR

14

Anda mungkin juga menyukai