Anda di halaman 1dari 17

GGGC6033

ISU-ISU PENDIDIKAN DI MALAYSIA

AKTIVITI MOOC

PENSYARAH:

DR. MOHD RADZANI ABDUL RAZAK

DISEDIAKAN OLEH:

SU ING CHUI

NO MATRIK: GP 07120

PROGRAM SISWAZAH EKSEKUTIF SARJANA PENDIDIKAN

(PENDIDIKAN SAINS)

MOD CUTI SEKOLAH


TOPIK : 1 PENGENALAN

Aktiviti 1.1.

Setelah anda menonton Video 1.1 dan 1.2 tersebut di harap anda telah tahu apa itu isu
pendidikan dan senario yang berlaku dalam sistem pendidikan masa kini. Berdasarkan video
1.2 tersebut :-

a) Anda diminta untuk menyatakan apakah isu yang telah dipaparkan ?

Antara isu yang dipaparkan dalam video-video ialah masalah disiplin murid termasuk
masalah ponteng sekolah, buli, melawan guru, masalah kehadiran dan kekemasan diri serta
kegagalan murid menyiapkan kerja rumah yang diberi. Selain itu, isu keperluan penguasaan
lebih dari satu bahasa, beban kerjaya guru serta keuzuran bangunan sekolah juga turut
ditimbulkan.

b) Pada sudut pandangan anda, mengapakah isu tersebut berlaku ?

Pada pandangan saya, isu disiplin murid timbul kerana pengaruh negatif rakan sebaya.
Sekolah merupakan tempat pertemuan dan social murid. Murid seharusnya menimba ilmu
dengan bersungguh-sungguh namun murid mengambil sikap sambil lewa sahaja di dalam
pelajaran atas pengaruh rakan-rakan.

TOPIK 2: FALSAFAH PENDIDIKAN DIRI PELBAGAI PERSPEKTIF

Aktiviti 2.1

Aktiviti 1:

Terdapat 3 cabang utama Falsafah iaitu metafizik, epistemologi dan aksiologi. Analisiskan
hubung kait ketiga-tiga cabang tersebut dengan dasar dan amalan pendidikan negara.

Terdapat 3 cabang utama Falsafah iaitu:

1.      Metafizik yang berkaitan dengan kajian realiti.

2.      Epistemologi yang berkaitan dengan kajian ilmu.

3.      Aksiologi yang berkaitan dengan kajian nilai.


Ketiga-tiga cabang ini dapat dikaitkan dengan dasar dan amalan negara apabila ianya dapat
melahirkan masyarakat yang dapat berfikir secara kritis dan kritik serta berdaya saing.
Melalui 3 cabang utama ini dapat membuktikan kebenaran dan memberkan arah tujuan untuk
perkara-perkara penting dalam kehidupan.

Aktiviti 2:

Huraikan implikasi Fasafah Pendidikan Kebangsaan dalam pembangunan modal insan

Melalui Falsafah pendidikan kebangsaan dalam pembangunan modal insan dapat


memberikan kesan yang baik kepada negara kerana dapat melahirkan masyarakat yang
berakhlak dan berdisplin dan mempunyai fikiran yang tersusun dan teratur serta mempunyai
fikiran yang cerdas. Hal ini adalah kerana kemajuan sesebuah negara adalah berdasarkan
cerminan daripada rakyat negara tersebut. Jika rakyat yang mempunyai akhlak yang baik dan
fikiran yang cerdas akan menjadikan negara semakin bertambah maju dan makmur. Oleh itu,
setiap insan mempunyai peranan masing-masing. Dengan falsafah pendidikan kebangsaaan
jelas dapat memberikan kesan yang baik dalam pembangunan modal insan kerana
memberikan pedoman kepada manusia untuk mencari kehidupan yang sempurna serta
menentukan haluan untuk pembangunan dan kemajuan negara.

TOPIK 3: DASAR PENDIDIKAN DAN ISU

Aktivit 3.1

Aktiviti 1

1. Apakah amalan Pengetua/ Guru Besar terbaik setiap hari yang menjadikan mereka
berkesan dan bagaimana untuk memindahkan amalan ini dengan cepat? Apakah
pandangan ke atas penempatan Pengetua/ Guru Besar terbaik ke sekolah berprestasi
rendah/ kurang berkesan?

Amalan guru besar/pengetua menjadikan mereka berkesan dan memindahkan amalan ini
dengan cepat.

Amalan yang berkesan dan cepat:-

1. Komunikasi yang berkesan - menyokong guru berfikir secara kreatif dan kritis
2. Perhubungan kerja yang baik - iklim kondusif

3. Penguasan peribadi dan pengaruh yang positif - mengurus dengan berkesan

4. Menghadaptasikan falsafah pembelajaran organisasi - guru besar/pengetua menjadi


model , menyokong pembelajaran secara kolaboratif.

5. Menggalakkan pengaruh yang ideal, memberi sokongan motivasi dan inspirasi serta
membina stimulasi intelektual guru.

Pandangan saya sekiranya penempatan guru besar/pengetua terbaik kesekolah


berprestasi rendah:-

- Akan gigih dalam matlamatnya untuk meningkatkan keberhasilan murid dari segi
akademik dan bukan akademik.

- Guru besar/pengetua akan diberi insentif dan berperanan menjadi mentor dalam
komuniti yang lebih luas.

- Asas kepimpinan diperkukuhkan dengan menjadikan dan membangunkan guru


penolong kanan, ketua bidang dan ketua panitia sebagai pemimpin instruksional.

2. Apakah persediaan awal yang diperlukan oleh kepimpinan baru untuk mula
menjalankan tugas di sekolah? Bagaimanakah untuk menyokong dan membantu
mereka? Bagaimanakah meningkatkan tahap kemahiran kepimpinan sekolah sedia ada
dan akan datang supaya lebih berkesan dan berterusan?

 Guru besar/pengetua mendapatkan sijil kelayakan profesional bagi kepimpinan


pendidikan (NPQEL)
 Mengikuti program induksi bahan iaitu program pementoran selam satu bulan
dibawah bimbingan guru besar/pengetua yang akan berpindah atau bersama.
 Mengikuti suatu tempoh bimbingan dan pementoran daripada guru besar/pengetua
berpengalaman after school improvement partner di daerah sebaik sahaja mereka
memulakan tugas secara rasmi.
 Mengikuti CPD (pembangunan profesionalisme berterusan )menjadi sumber
untuk membolehkan guru besar/pengetua memperbaharuitahap profesionalisme
masing-masing.
 Membudayakan kecemerlangan profesionalisme pemimpin sekolah yang di
pimpin rakan sejawat.Pemimpin sekolah membimbing satu sama
lain,membangunkan dan menyebarkan amalan terbaik dan sama-sama
bertanggungjawab bagi mencapai standard profesional.

3. Bagaimanakah memotivasi Pengetua/ Guru Besar untuk meningkatkan keberhasilan


murid dan kualiti pengajaran di semua sekolah?

 Kepimpinan instruksional sebagai agen perubahan meyediakan iklim sekolah yang


kondusif ,bersedia hadapi cabaran dan mengimplimentasikan perubahan baru.
 Kepimpinan instruksional ini memotivasikan kepada guru-guru untuk
meningkatkan keberhasilan murid dan kualiti pengajaran di sekolah :-
 Amalan-amalan tingkah laku yang jelas
 Usaha menambah baik
 Meningkatkan program-program berkaitan proses PdP bagi mencapai matlamat
akademik yang ditetapkan
 Menentukan misi sekolah
 Menguruskan program pengajaran
 Mewujudkan iklim pembelajaran sekolah
 Menyelia dan menilai pengajaran
 Menyelaras kurikulum
 Mengamal waktu pengajaran
 Menyediakan insentif kepada guru
 Menggalakkan pembangunan profesional

Aktiviti 2

1. Bagaimanakah untuk mengenalpasti amalan terbaik di sekolah, kemudian mendapatkan


sekolah lain mempelajari dan mengaplikasi amalan tersebut?

Salah satu program yang boleh dijalankan bagi membantu sekolah yang lemah ini adalah
dengan mengadakan kolaborasi bersama sekolah yang berjaya mencapai tahap ‘Cemerlang’
di dalam penilaian SKPMg2 melalui perkongsian Komuniti Pembelajaran Profesional (KPP).
Sesi kolaborasi ini boleh dijalankan dengan mengadakan lawatan penanda arasan ke sekolah
yang menjadi contoh dan warga sekolah boleh melihat dan belajar melalui pemerhatian dan
perbincangan tentang budaya cara kerja sekolah berkenaan.

Untuk sekolah yang berada di dalam kategori ‘Baik’, salah satu program yang boleh
dijalankan adalah Program Guru Muda. Untuk Program Guru Muda ini, ia adalah satu
program yang dirangka khas bagi membantu pelajar lemah setiap mata pelajaran melalui
rakan sebaya mereka yang berprestasi baik dan bertindak sebagai Guru Muda untuk
membimbing mereka.

Untuk sekolah 'Sangat Baik', kolaborasi bersama IPTA dan IPTS dilihat sebagai antara
langkah terbaik bagi memastikan matlamat penubuhan SKK dan SBT dapat dicapai iaitu
menjadi sekolah contoh atau showcase  kepada sekolah-sekolah lain sama ada dalam
peringkat kebangsaan atau antarabangsa.

 2. Bagaimanakah menyediakan sokongan khusus kepada sekolah dengan tahap prestasi


berlainan?

1. Apakah jenis program yang paling berkesan untuk sekolah lemah, baik, sangat baik?

Berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran (PdP). SIP+ pula, berperanan sebagai
mentor kepada pentadbir dalam melakukan transformasi kepimpinan di peringkat sekolah.
Gabungan daripada kumpulan kerja ini diharapkan akan menjadi satu gabungan yang
mantap dalam usaha untuk menyeimbangkan pencapaian prestasi sekolah-sekolah yang
berprestasi rendah, sederhana dan tinggi.

Setiap sekolah mempunyai pencapaian tahap prestasi yang berlainan. Sekolah Kluster
Kecemerlangan contohnya akan menjadi contoh kepada sekolah-sekolah dalam kelompok
tertentu dan perlu menyediakan dan melaksanakan piawaian serta penadaarasan
berdasarkan kepada Petunjuk-Petunjuk Prestasi Utama.

Sokongan kepada sekolah-sekolah lain boleh dilakukan daripada guru-guru cemerlang


SISC+ dan SIP+ dalam sesebuah daerah. Merke akan menjadi mentor dan rujukan kepada
guru-guru.

Kaedah yang paling sesuai untuk mengenal pasti amalan terbaik setiap sekolah ialah
melalui penetapan Petunjuk-Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang sesuai dan tertentu
mengikut keupayaan pencapaian sekolah dalam bidang kurikulum dan kokurikulum
dengan merujuk kepada panduan KPI yang telah ditetapkan oleh Kementerian.

2. Bagaimanakah mengurangkan jurang pencapaian sekolah bandar dan luar bandar?

Jurang pencapaian sekolah bandar dan luar bandar dapat dikurangkan dengan menambah
baik frasarana dan kemudahan sekolah dan teknologi. Dengan menambah sekolah-
sekolah Seperti Sekolah Model Khas Komprehensif (K9) turut akan dapat mengurangkan
jurang pencapaian sekolah bandar dan luar bandar. Pembentukan dan pembangunan
kurikulum kontekstual, iaitu Kurikulum Asli dan Penan (KAP) yang disesuaikan untuk
murid Orang Asli dan Penan dan pelaksanaan Kelas Dewasa Asli dan Pribumi (KEDAP)
dengan organisasi lain juga dilakukan dalam usaha untuk merapatkan jurang pencapaian
sekolah bandar dan luar bandar.

 3. Apakah amalan terbaik antarabangsa yang boleh digunakan dalam sistem sekolah kita?

Amalan terbaik antarabangsa yang boleh digunakan dalam sistem sekolah adalah seperti
penggunaan ict dalam pendidikan. Misalnya, di Finland, walaupun murid-murid di sana di
benarkan membawa telefon bimbit ke sekolah, semua murid menggunakan peluang itu
semata-mata untuk pendidikan seperti merekod gambar eksperimen serta untuk mencari
maklumat. Mereka tidak sama sekali menggunakan telefon bimbit untuk melihat video
porno dan 'games'. Kejujuran serta nilai etika dan moral pelajar-pelajar di sana haruslah
diterapkan dan diambil contoh oleh murid-murid di negara ini.

Aktiviti 3

1. Bagaimanakah menarik lebih ramai graduan berkualiti tinggi memasuki profesion


keguruan? Apakah pandangan tentang sistem pengambilan terbuka?

Menarik minat graduan berkualiti tinggi memasuki profesion keguruan dengan membuka
peluang memilih perjalanan kerjaya yang dapat menarik prestasi dan potensi
mereka,contoh boleh memilih untuk menjalankan tugas mereka diperingkat
sekolah,daerah dan negeri atau persekutuan.Misalnya bidang pembangunan
kurikulum,pentaksiran dan program latihan untuk menghasilkan sistem yang luas.
Mewujudkan jawatan guru berwibawa dan pendeta guru yang memegang jawatan
tertinggi dalam perkhidmatan awam. Menyediakan kemudahan tempat tinggal,elaun dan
lainkenaikan pangkat daripada DG 41 kepada DG 54 dalam masa yang singkat.

Sistem pengambilan terbuka profesion keguruan yang boleh menarik minat dan membuka
peluang graduan berkualiti dalam pelbagai bidang akan menarik minat mereka menceburi
bidang keguruan.

2. Bagaimanakah meningkatkan program latihan praperkhidmatan guru (cth: latihan


praktikum)?

o Mengadakan program latihan integrasi Lesson Study, meningkatkan pengetahuan


kandungan pedagogi guru,meningkatkan amalan refleksi guru,membina pengetahuan dan
kefahaman guru mengenai masalah pembelajaran pelajar.
o Meingtegrasikan e-learning meningkatkan ilmu pengetahuan dan menyalurkan ilmu
kepada pelajar dan tidak bergantung kepada buku teks.
o Memperkasakan program mentor mentee melalui pendekatan demonstrasi reflektif.
o Penyesuaian personaliti guru dengan persekitaran.
o Memanjangkan masa praktikum .

3. Apakah sokongan yang guru perlukan supaya lebih berkesan dalam pengajaran?
Bagaimanakah untuk membantu guru berprestasi rendah?

Sokongan guru perlukan supaya lebih berkesan dalam pengajaran:-

 Sokongan ibubapa dan PIBG tiada salah faham dan pandangan serong terhadap
guru. 
 Sokongan Komuniti Pembelajaran sekolah ,warga sekolah,penglibatan semua
untuk mencapai visi dan isi sekolah.
 Sokongan persekitaran meningkatkan diri dengan menerima lebih banyak
pendedahan kepada perkembangan terkini.
 Guru perlu kreatif mempelbagaikan strategi pembelajaran yang lebih efektif dan
menarik yang berpusatkan kepada murid dengan merancang aktiviti yang terbaik.

Membantu guru yang berprestasi rendah :-

 Memberi motivasi, daripada pentadbir serta rakan rakan sekerja


 Melibatkan guru berkenaan dan bekalkan mereka pembangunan profesion menjadi
lebih berkesan.
 Pentadbir sentiasa peka dan mengenal pasti guru berkenaan dapat mengambil
kaedah untuk membantu.
 -Memperkasakan 'Team Building" meningkatkan pengetahuan,kemahiran
berterusan,motivasi,membina semangat intelek,menambah pengetahuan
guru,menyelami rakan sekerja dengan lebih mendalam dan sebagainya.

TOPIK 4: ISU-ISU BAHASA MELAYU

Aktiviti 4.2

Aktiviti 1:

Penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa perpaduan semakin terpinggir
dan diancam dengan sikap rakyat Malaysia dan dominasi Bahasa Inggeris. Bincangkan.

Terdapat beberapa punca yang mengakibatkan Bahasa Melayu dipinggirkan:

a) perspektif masyarakat di negara ini khususnya dalam kalangan masyarakat Melayu


apabila ramai yang bertanggapan bahawa bahasa Melayu merupakan perkara yang
telalu remeh untuk dipelajari .
b) Bagi masyarakat bukan Melayu pula, mereka lebih mementingkan bahasa ibunda
mereka.
c) Bahasa Inggeris lebih diutamakan kerana bahasa inggeris adalah bahasa antarabangsa
yang boleh digunakan lebih meluas.

Untuk memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, langkah-langkah


penyelesaian adalah seperti berikut:

a) ibu bapa mestilah menggunakan bahasa yang betul apabila bertutur dengan anak-
anak.-
b) Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) haruslah menjalankan kempen yang berkesan
untuk memupuk kesedaran dalamkalangan masyarakat agar cintakan bahasa melayu
c) Pihak sekolah menjalankan program-program yang berkaitan dengan bahasa Melayu
seperti bengkel mempromosikan bahasa Melayu dan kempen kesedaran tentang
kepentingan bahasa Melayu.
Aktiviti 2:

Dengan memberikan lima contoh gambar, bincangkan kesalahan dan kesilapan bahasa yang
selalu anda temui dalam aspek pengiklanan.

Gambar 1 kesalahan menggunakan “bilek”

Gambar 2 kesalahan menggunakan “sembulan”


Gamabar 3 dan 4 menunjukkan penggunaan perkataan yang salah.

Gambar 5 menunjukkan kesalahan ejaan.

Aktiviti 3:

Sebagai seorang rakyat Malaysia, memartabatkan Bahasa Melayu sewajarnya dipikulkan


bersama-sama tanpa mengira etnik. Bincangkan, bagaimanakah anda boleh membantu
kerajaan dalam usaha memartabatkan Bahasa Melayu ini.

Langkah yang boleh saya lakukan untuk memartabatkan Bahasa Melayu adalah seperti
berikut:

a) Mengamalkan minggu Bahasa Malaysia di sekolah untuk menggalakan guru-guru dan


murid-murid berkomunikasi dengan penggunaan Bahasa Melayu.
b) Membaca novel Bahasa Melayu bersama-sama kawan-kawan.
c) Menggalakan murid-murid meminjam dan membaca buku cerita Bahasa Melayu.
d) Menonton filem Bahasa Melayu bersama murid-murid.

TOPIK 5: PENDIDIKAN KEUSAHAWANAN DAN ISU

Aktiviti 5.1

Keusahawanan merupakan elemen penting dalam pendidikan. Pendidikan keusahawanan


perlu bermula dari murid-murid di bangku sekolah lagi. Dengan pendedahan sedemikian,
guru-guru dan ibu bapa dapat mendidik murid-murid pengajaran nilai seperti berjimat cermat
dan bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu pekerjaan.

Aktiviti 5.2

Soalan 1 : Kebergantungan pada sektor kerajaan dan swasta untuk mendapatkan peluang
pekerjaan semata-mata sememangnya berhadapan persaingan yang tinggi dalam kalangan
graduan berikutan jumlah graduan semakin meningkat. Huraikan bagaimanakah keterlibatan
dalam keusahawanan dapat dilakukan oleh seorang mahasiswa bersesuaian dengan bidang
pembelajaran masing-masing?

Pada masa kini, golongan graduan tidak seharusnya bergantung kepada sektor kerajaan mahu
pun sektor swasta semata-mata. Para graduan seharusnya bijak mengambil peluang dengan
membina kemahiran diri dalam bidang-bidang yang berpotensi mempunyai pasaran luas pada
masa kini.  Dengan itu, lepasan graduan perlu lebih peka mempelajari bagaimana mencari
inisiatif, melihat dan merebut peluang, membentuk kecekalan, mencari maklumat, menitik
beratkan mutu kerja yang tinggi, komitmen terhadap perjanjian kerja, berorientasi ke arah
kecekapan, membuat perancangan yang sistematik, menyelesaikan masalah secara kreatif,
yakin terhadap keupayaan diri, ketegasan, meyakinkan orang lain dan menggunakan strategi
yang tepat untuk menjadi usahawan yang berkaliber mengikut keperluan antarabangsa.

Soalan 2 : Apakah inisiatif yang boleh dilakukan oleh institusi masyarakat dalam memupuk
minda keusahawanan dalam kalangan graduan sejajar dengan pemikiran masyarakat di
negara-negara maju terutamanya negara G-7.

Institusi masyarakat boleh memupuk minda keusahawan dalam kalangan graduan dengan
mewujudkan pusat komersial yang membantu graduan memulakan perniagaan seperti
membuka pusat tusyen dan sebagainya. Selain itu, bantuan kewangan dan modla perniagaan
yang diberikan juga dapat membantu graduan memulakan perniagaan. Penganjuran kursus
mengenai bisnes juga dapat membantu graduan menambahkan ilmu tentang perniagaan.

Soalan 3 : Pemikiran usahawan mampu melahirkan masyarakat yang unggul sejajar dengan
dunia moden pada hari ini. Keperluan akademik berasaskan kurikulum ataupun silibus
semata-mata tidak menjamin keupayaan perekonomian negara dan individu. Bagaimanakah
kombinasi akademik dan keusahawanan dapat dijana bagi melahirkan usahawan-usahawan
yang lahir daripada graduan yang dihasilkan dari sebuah universiti?

Kombinasi akademik dan keusahawan dapat diterjemahkan melalui aktiviti ataupun latihan
tindakan. sebagai contoh pansyarah memberi tugasan untuk pelajar menjana pendapatan
untuk sepanjang tempoh pengajian. implikasi tugasan ini mungkin pada peringkat awal
pelajar kurang berminat kerana "mindset" usahawan belom difahami. namun begitu, pelajar
akan teruskan tugasan selepas keseronokan dapat disampaikan. 

TOPIK 6: PENDIDIKAN KAUNSELING DAN ISU

Video 6.1

Kaunseling islah suatu proses perhubungan menolong yang sistematik berasaskan prinsip


psikologi. Ia dijalankan oleh kaunselor bagi membantu perkembangan dan penyesuaian
peribadi klien yang baik dan menyeluruh. Bimbingan pula merupakan satu proses di mana
seorang yang lebih mahir memberi bantuan kepada individu yang memerlukan bantuan
secara cepat manakala kaunseling pula ialah proses bersemuka antara klien dan kaunselor. 

Aktivit 6.1

SOALAN 1

Berdasarkan Video 6.1 tersebut, cuba anda nyatakan secara  ringkas mengikut pemahaman
anda perbezaan antara BIMBINGAN dan juga KAUNSELING ? ( panjang jawapan anda
tidak melebihi 80 patah perkataan)

Bimbingan adalah satu proses bantuan, khidmat nasihat, panduan ataupun arahan yang diberi
secara langsung oleh individu yang lebih berkemahiran kepada yang memerlukan.
Kaunseling pula ialah proses bersemuka antara seorang kaunselor (individu berkemahiran)
dengan klien (individu yang ingin dibantu) melalui satu sesi kaunseling. Berbeza dengan
bimbingan, proses kaunseling mengambil masa yang lebih lama dan lebih formal.
SOALAN 2

Berdasarkan Bahan Bacaan yang telah disediakan, anda dikehendaki membuat refleksi
ringkas mengikut pemahaman anda berkaitan PSIKOLOGI. ( panjang refleksi anda tidak
melebihi 100 ptah perkataan)

Psikologi berasal dari perkataan greek.Menerangkan tentang serta meneliti, mempelajari


semua tingkah laku manusia yang sememangnya terlibat dalam proses pendidikan.Refleksi
psikologi melihat sifat naluri,desakan,motivasi dan keperluan.Manusia mempunyai naluri
ingin tahu,meminta tolong,hidup berkumpulan,memiliki dan bermacam-macam lagi. Begitu
juga manusia memerlukan keperluan seperti tempat tinggal,makanan,air. Kecenderungan
menjalankan aktiviti untuk mencapai matlamat ,keinginan secara semulajadi .Motivasi wujud
secara semulajadi dalam diri manusia ,semakin tinggi motivasi keinginan seseorang ,maka
semakin tinggi motivasinya. Kesimpulannya refleksi tentang psikologi adalah ilmu yang
mempelajari tentang perilaku manusia didalam dunia pendidikan yang meliputi pembelajaran
sistematik tentang proses - proses dan faktor -faktor yang berhubung dengan pendidikan
manusia yang tujuannya mengembangkan dan meningkatkan jati diri serta keefisien di dalam
pendidikan.

TOPIK 7: PENDIDIKAN SAINS DAN ISU

Video 7.1

Konsep sains dalam pendidikan adalah proses dalam mencari ilmu, seterusnya menghasilkan
ilmu baharu. Dalam pendidikan sains, murid dibawa untuk meneroka ilmu bukan sekadar apa
yang ada di dalam buku teks, malah juga meneroka ilmu sains dalam situasi sebenar. Konsep
sains juga merangkumi kemahiran saintifik iaitu kemahiran proses sains dan kemahiran
manipulatif serta pemupukan sikap saintifik dan nilai murni. 

Aktiviti 7.1

1. Terdapat empat elemen yang telah diterapkan dalam sistem pendidikan Malaysia
iaitu Dasar 60:40, PISA dan TIMSS, Program i-Think/KBAT dan FROG VLe. Sila
jelaskan isu dan cabaran perlaksanaan elemen-elemen tersebut dalam arus pendidikan
masa kini. Penjelasan anda haruslah tidak melebihi 150 patah perkataan.
Dasar 60:40, PISA dan TIMSS, Program i-Think/KBAT dan FROG VLe merupakan antara
beberapa elemen yang diterapkan dalam sistem pendidikan Malaysia semasa. Namun begitu,
dalam melaksanakan elemen-elemen tersebut, wujud isu dan cabaran dalam
melaksanakannya. Sebagai contohnya dalam Dasar 60:40, seseorang murid itu dinilai 60%
melalui peperiksaan dan 40% daripada pentaksiran yang dilaksanakan oleh guru-guru pada
peringkat sekolah melalui penglibatan murid dalam bidang kokurikulum, kepimpinan,
perkembangan jasmani, amalan pembacaan (NILAM) serta sahsiah dan sikap murid semasa
di sekolah.

Namun begitu, tanggapan ibu bapa yang masih melihat peperiksaan itu adalah yang paling
penting, begitu juga dengan sistem kementerian yang hakikatnya masih mengelompokkan
murid dan sekolah kepada gred yang tertentu masih mengikat JPN, PPD dan sekolah dan
seterusnya guru dalam memberi fokus kepada pendidikan yang berorientasikan peperiksaan
semata. Apabila sekolah, guru-guru, murid dan ibu bapa hanya fokus dalam sistem
peperiksaan ini, dasar 60:40, PISA dan TIMSS, Program i-Think/KBAT dan FROG VLe
hanya dilaksanakan secara ala kadar sahaja bagi memenuhi tuntutan pelaporan yang diminta
oleh pihak yang tertentu.

Kesannya, peruntukkan yang telah dilaburkan dalam program tersebut (sistem, fasiliti,
pembinaan modul) lebur begitu sahaja kerana kurang penekanan daripada sebilangan sekolah
dan PPD.

2. Berdasarkan empat elemen yang telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan, sila jelaskan
keberkesanan elemen tersebut dalam pendidikan Malaysia pada masa kini. Penjelasan anda
haruslah tidak melebihi 100 patah perkataan bagi setiap elemen yang diterangkan.

4 elemen yang berjaya dilaksanakan dalam sistem pendidikan di Malaysia oleh pihak
kerajaan, maka akan lahir pelajar/murid-murid yang saintifik dan progresif dan mempunyai
daya perubahan tinggi serta berpandangan ke depan dalam bidang sains dan teknologi.
TOPIK 8: PEMBANGUNAN MODAL INSAN DAN ISU

Berdasarkan Video 8.1, anda dikehendak:

1. Menjelaskan secara ringkas ( tidak melebihi 50 patah perkataan ) kefahaman anda


mengenai pembangunan modal insan dalam konteks pendidikan.

Pembangunan modal insan yang dikenali juga sebagai  pembangunan sumber manusia,
boleh dimaksudkan sebagai ciri-ciri yang dimiliki oleh manusia (rakyat sesebuah negara)
ke arah lebih produktif. Untuk memperolehnya ia perlu dibentuk melalui bimbingan
melalui latihan-latihan pelbagai kemahiran yang menghasilkan kemenjadian sumber
tenaga yang berkualiti. Namun untuk menghasilkannya, memerlukan modal/pelaburan
yang besar dalam bidang pendidikan. Buktinya kerajaan telah memperuntukkan sebanyak
RM56 bilion secara keseluruhan dalam pendidikan. Oleh itu dapatlah disimpulkan
bahawa sistem dan pengurusan pendidikan yang baik dan terkini serta mengambil kira
nilai-nilai keinsanan, sememangkan akan dapat melahirkan pembangunan modal insan
yang diharapkan.

2. Menjelaskan dua contoh yang relevan, bincangkan bagaimana pembangunan modal


insan dapat membantu visi Malaysia menjadi negara maju. Bincangkan juga tiga isu/
cabaran utama yang berkaitan ( tidak lebih 200 patah perkataan )

Anda boleh menggunakan bahan dari YouTube, Slide Share, jurnal dan artikel sebagai
rujukan untuk menjawap soalan-soalan berikut. Sila sertakan rujukan (Attach a file) anda
tersebut di ruang Comments .

Antara isu ialah rohani dan sahsiah pelajar yang perlu diambil berat supaya menjadi insan
yang baik berikutan pengaruh media sosial yang berleluasa dengan era teknologi. Selain itu,
kadar pengangguran dalam kalangan graduan berikutan pertambahan bilangan graduan tamat
pengajian. Oleh itu, graduan perlu didedahkan dengan pelbagai kemahiran dan pengalaman
dalam menghadapi alam pekerjaan. 

Sumber Rujukan:

http://ejournals.ukm.my/jhadhari/article/view/20016
Aktiviti 8.1

Berdasarkan video pada aktiviti 8.2, anda di kehendaki menjelaskan secara ringkas tiga
konsep modal insan yang telah dibincangkan dalam video tersebut. Ringkasan anda haruslah
tidak melebihi 80 patah perkataan.

3 konsep modal insan yang telah dibincangkan dalam video tersebut ialah Keupayaan,
Pengetahuan dan Kepakaran.

Keupayaan merupakan dalam aspek pendidikan, melahirkan modal insan yang berkeupayaan
untuk berdaya saing dengan negara luar. Modal insan yang berkeupayaan setanding dengan
negara luar dapat meningkatkan produktiviti negara. 

Pengetahuan merupakan pelbagai usaha kerajaan telah dilakukan untuk memperkasa


golongan yang tercicir dalam pelajaran bagi melahirkan modal insan yang berpengetahuan.
Berdasarkan video 8.2 telah dinyatakan bahawa RM330 juta peruntukan telah dikeluarkan
untuk membantu para pelajar kurang cemerlang menjadi tenaga mahir untuk mencapai hasrat
negara maju. 

Kepakaran merujuk kepada pembangunan modal insan adalah satu pelaburan penting dalam
konteks pembinaan negara maju. Melahirkan modal insan yang berkepakaran tinggi dan
profesional menjadi kunci utama kejayaan organisasi sama ada dalam sektor swasta atau
kerajaan. Pelbagai inisiatif telah dilakukan bagi meningkatkan kualiti kerja seperti Anugerah
Per-khidmatan Cemerlang (APC). Melalui APC yang dianjur selama ini, diharap dapat
meningkatkan motivasi kepada pegawai dan kakitangan untuk terus memberikan komitmen
dan meningkatkan daya usaha. Dengan melahirkan modal insan yang pakar dalam bidang
tertentu juga dapat membantu sektor kerajaan dan swasta mengurangkan kos pengambilan
kepakaran daripada luar. 

Anda mungkin juga menyukai