Anda di halaman 1dari 3

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG REPOH

34500 BATU KURAU


PERAK DARUL RIDZUAN
Kod Sekolah : ABA 6026 Tel : 05-8882933

MINIT CURAI

Daripad FAUZIAH BINTI MOHD JUNID Salinan kepada:


a GURU PENYELARAS PBD Fail Kurikulum
SK KAMPUNG REPOH. Fail PBD

Kepada Semua Guru


Perkara DISKUSI MENTOR PBD TAHUN 2021 DAERAH LARUT MATANG DAN
SELAMA

Tarikh: 4 Mac 2021


Masa : 9.00 Pagi
Pautan Google Teams
CATATAN MINIT:
Pertimbangan Profesional adalah pertimbngan terhadap pentaksiran murid yang dilakukan dengan
menggunakan pengetahuan profesional terhadap apa yang terkandung didalam DSKP yang telah
ditetapkan oleh KPM dalam matapelajaran masing-masing
Terdapat 4 komponen utama pertimbangan profesional iaitu:
1. Pengetahuan
- berpengetahuan luas dalam matapelajaran yang hendak ditafsir,memahami apa yang terdapat
dalam DSKP.Arif mengenai strategi pengajaran serta tahu kaedah pentaksiran yang pelbagai,
dilakukan secara adil, telus dan konsisten.
2. Tanggung jawab Profesional
-melaksanakan pentaksiran dengan penuh bertanggungjawab dan beretika berdasarkan pengetahuan
dalam matapelajaran tersebut. Mengambil kira tentang input murid serta melakukan pentaksiran
degan adil, telus, sistmatik dan holistik.
3. Input murid.
-Guru dapat mebuat pertimbangan dalam pentaksiran berdasarkan pelbagai kaedah dan cara seperti
pemerhatian, perbincangan, hasil kerja murid, aktiviti aktif dalam bilik darjah juga di luar bilik darjah.
4. Pengalaman
Mentaksir murid berdasarkan pengalaman yang sedia ada guru degan murid yang hendak
ditafsir.Guru sudah kenalpasti apa kebolehan dan potensi murid serta cikup mengetahui latar
belakang murid. Walaubagaimana pun hendaklah taksir murid dengan penuh tanggungjawab.

Namun dalam melaksanakan pertimbangan profesional juga, guru perlu ingat bahawa PBD adalah
pentaksiran secara berterusan sepanjang tahun. Pertimbangan profesional akan dapat dilaksanakan
kerana guru berinteraksi dan keberadaan yang kerap dengan murid akan dapat membantu guru.
Hasil kerja yang secukupnya serta aktiviti-aktiviti dan tugasan yang guru dapat maklumat dan input
mengenai potensi dan kebolehan murid secara menyeluruh. Ini akan memudahkan guru mebuat
pentaksiran secara adil dan telus.

Beberapa elemen yang perlu diambil kira selain 4 elemen utama ialah:
1. Hasrat kurikulum
- Guru perlu memahami dah faham apa yang ditetapkan dalam objektif kurikulum dalam DSKP
matapelajaran panatia masing-masing.
Fahami apa yang terkandung dalam KSSR termasuk standard kandungan/pembelajaran/prestasi.
2. Tujuan Pentaksiran
-Pentaksiran yang dilakukan bukan untuk membezakan potensi murid tetapi untuk mengukur setakat
mana kemampuan dan kebolehan murid berdasarkan apa yang dikehendaki oleh kurikulum.
3. Kaedah Pentaksiran
- kaedah pentaksiran berdasarkan pengetahuan guru terhadap keupayaan dan kemahiran murid
masing-masing. Pengisian TP selepas habis matapelajaran tanda secara offline. Boleh guna pakai
borang perekodan offline. Pemberian TP hendaklah merujuk kepada DSKP/DSP yang telah di
tetapkan bagi setiap mata pelajran.
4. Suasana pentaksiran
- Guru menjalankan pentaksiran secara santai bukan dalam suasana yang boleh memberikan
tekanan kepada murid. .Pentaksiran haruslah dilakukan dalam suasana yang tidak memberi tekanan
kepada murid. Rujuk PAK21. Kaedah pentaksiran dijalankan adalah pelbagai dan bukannya berfokusr
peperiksaan didalam dewan atau secara formal.
5. Amanah
-Guru kena amanah dalam membuat pentaksiran. Dalam membuat pentaksiran dan justifikasi, sikap
keterbukaan dan profesional akan memberikan gambaran sikap amanah dan dapat meyakinkan
semua pihak terhadap pertimbangan profesional yang guru lakukan.Pastikan tidak wujud tidak
puashati ibubapa/penjaga dalam perkembangan pentaksiran anak-anak mereka.
6. Peluang
Guru berpengetahuan dan berpengalaman melakukan pertimbangan professional dalam
melaksanakan pentaksiran.Perkembangan murid sepanjang tahun boleh diukur melalui pemerhatian,
interaksi dan lain-lain lagi. Guru haruslah memberikan peluang kepada murid dalam menunjukkan
potensi dan bakat mereka dalam apa yang mereka telah pelajari. Kebolehan dan bakat murid tidak
sama bergantung kepada latar belakang keluarga/kesihatan/sekolah/ kemudahan prasarana dan
juga pergaulan. Guru berilah peluang untuk murid buktikan dengan mempelbagaikan cara
pentaksiran . Murid tidak sama tahap penerimaan mereka dalam satu-satu matapelajaran.

MODERASI
Proses menetapkan TP terhadap murid. Para guru berkongsi pengalaman, pengethuan, kebolehan
yang ada pada mereka dengan dibantu oleh DSKP, pertimbangan profesional dapat dijalankan
dengan konsisten, kesahan dan kesaksamaan. Guru juga dapat mengurangkan jurang pertimbangan
profesional diantara guru yang lain.
Tujuan moderasi:
Membantu meningkatkan PDPC
Komunikasi antara guru-guru dapat ditingkatkan.
Pertimbangan yang dibuat adalah adil dan kosisten
Akan wujud pembelajaran profesional dikalangan guru.

Model/Kaedah dalam Moderasi.


a. Kalibrasi
- Guru taksir beberapa hasil kerja murid kemudian dibawa dalam perbincangan dalam panatia untuk
mendapatkan persetujuan dan pemahaman yang sama.
b. Persidangan
-
C. Rujuk Pakar

PENTING:
Terima hakikat bahawa tidak semua murid mempunyai tahap kemahiran yang sama berdasarkan
latar belakang keluarga, sekolah dan persekitaran.

MOTIVASI:
Perkongsian pengalaman dikalangan guru-guru. Perbincangan dengan guru lain yang lebih
berpengalaman.
Pentaksiran dilakukan secara perbincangan pendapat semua guru bukan seorang guru sahaja.
DSKP/DSP amat penting sebagai rujukan. Pilih hari yang sesuai sebagai hari perbincangan
professional untuk membincangkan perkembangan murid masing-masing.

TINDAKAN SEGERA
Laksanakan LADAP bersama semua guru matapelajaran di sekolah anda. Jika memerlukan bantuan
PPD (En Raman Nusi) untuk memberi penerangan dalam LADAP boleh bincang dan adakan LADAP
dlm slot Google Meet atau Google Teams.
Sessi soal jawab bersama Puan Yang.

Disediakan oleh,
___________________
FAUZIAH BINTI MOHD JUNID
PENYELARAS PBD SK KAMPUNG REPOH.

Anda mungkin juga menyukai