Anda di halaman 1dari 3

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN EHSAN

JALAN 25, DESA JAYA,


52100 KEPONG, SELANGOR

LAPORAN
MESYUARAT/SEMINAR/BENGKEL/KURSUS DAN LAIN-LAIN

 BUTIRAN LAPORAN

1. Tajuk Minit Curai


Kursus Penataran KSSR Pendidikan Khas Tahun 4
2. Mesyuarat/Seminar/Bengkel/Kursus
Zon 1 Tahun 2019
3. Tarikh 24 & 25 Julai 2019 ( Rabu & Khamis)
4. Tempat SK Lembah Beringin
5. Masa 8.30 pagi hingga 5.00 petang
6. Anjuran Unit Pendidikan Khas JPNS
7. Nama Pegawai Pelapor Anis Adibah Binti Zurkipili
8. Pegawai Lain Yang Hadir Urusetia dan Jurulatih Utama

 PERKARA YANG DIBINCANGKAN

BIL. PERKARA
1. 24 Julai 2019 (Rabu) – Pendaftaran 8.30 pagi

Slot Pertama :
Taklimat Urus Setia dan Pengenalan Umum KSSRPK
 Pengenalan kepada Jurulatih Utama yang bertanggungjawab membuat kursus ini.
 Penerangan mengenai tanggungjawab peserta kursus untuk menyebarkan bahan
kursus kepada semua guru di sekolah.
 Peserta kursus perlu membuat minit curia dan berikan kepada Guru Besar/Guru
Penolong Kanan Pendidikan Khas.

Konsep KSSR PK ( Taklimat Matapelajaran Teras)


 Guru perlu cungkilkan pengalaman dan juga penglibatan murid dalam bilik darjah
semasa pdpc berlangsung.
 Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) perlu diterapkan dalam aktiviti pdpc seperti
berikan peluang kepada murid untuk bercakap, banyakkan pilihan aktiviti dan juga
banyyakkan bahan bantu mengajar.
 Pdpc juga perlu dirancang dengan baik dimana perlu ada objektif yang mengikut
standard kandungan dan pembelajaran yang betul, strategi yang ingin digunakan serta
bahan yang ada, pentaksiran perlu dibuat, RPI yang perlu dilaksanakan dan jadual
yang fleksibel.
 Pembentangan tentang jumlah masa bagi semua subjek Tahun 4 adalah sama iaitu
untuk masalah Buta Lihat, Pendengaran dan juga Masalah Pembelajaran adalah sama
iaitu 800 jam setahun.
 Perbezaan DSKP 2014 dan semakan 2017 adalah subjek Pengurusan Tingkah Laku
digugurkan dan jumlah jam setahun bagi Pengurusan Kehidupan adalah 96 jam dan
perlu dibahagikan kepada dua iaitu bagi subjek Kemahiran Manipulatif dan juga
Pengurusan Diri.
Slot Kedua :
Penerangan mengenai Domain, Intervensi dan PBD
 Domain adalah suatu proses yang dijalankan kepada MBK untuk mengetahi tahap
kebolehan murid.
 Saringan domain masih boleh digunakan untuk murid yang baru masuk ke PPKI, untuk
membuat RPI, RPT dan juga RPH.
 Saringan domain juga boleh diberikan pada murid sebelum waktu persekolahan tamat
pada hujung tahun untuk menyemak kembali perkembangan murid.
 Pelaksanaan domain akan dapat memberikan impak yang positif kepada murid iaitu
meningkatkan tahap kesediaan belajar murid.
 Intervensi akan dijalankan selepas tahu kelemahan murid.
 Boleh dibuat secara individu, berpasangan atau berkumpulan.
 Boleh dilaksanakan sama ada di dalam atau di luar bilik darjah.
 Kaedah pelaksanaan intervensi boleh dilakukan melalui kaedah gabungjalin subjek
dengan subjek yang lain.
 PBD adalah pentaksiran yang berterusan dalam sesi pdpc bagi mendapatkan
maklumat tentang perkembangan kemajuan, kebolehan dan pencapaian murid.
 Pentaksiran boleh dilakukan selepas habis sesuatu topik.
 Pelaporan adalah 2 kali setahun.
 PBD tahap 1 adalah berdasarkan kepada domain.

Slot Ketiga :
Penerangan mengenai Penulisan Rancangan Pendidikan Individu Secara Manual (RPI)
 RPI adalah wajib dilaksanakan oleh guru.
 RPI adalah lebih kepada perlakuan yang boleh membantu murid.
 Guru boleh memilih sama ada ingin meneruskan penulisan secara atas talian atau
secara manual.
 Sebelum RPI dilaksanakan, guru perlu mendapatkan persetujuan daripada ibu bapa
terlebih dahulu.
 Murid yang tidak memerlukan RPI adalah murid yang mempunyai masalah penglihatan
dan pendengaran yang telah lulus ujian pada pertama kali dan juga murid yang
mengikuti kelas inklusif penuh.
 Penubuhan jawatankuasa RPI perlu ditubuhkan.

Slot Keempat :
Penerangan mengenai Program Pendidikan Inklusif (PPI)
 Pendidikan Inklusif terbahagi kepada 2 iaitu Inklusif Penuh dan juga Inklusif Separa.
 Sebelum menjalani program inklusif, perlu isi borang kesediaan inklusif dahulu.

2. 25 Julai 2019 (Khamis) – Pendaftaran 8.30 pagi

Slot Pertama :
Penerangan mengenai Pendekatan Modular dalam PDP
 Pendekatan Modular dalam RPH mungkin akan dilaksanakan selaras bagi Negeri
Selangor pada masa akan datang.
 Pendekatan ini perlu menggabungkan dua atau tiga matapelajaran dalam satu RPH
yang dihasilkan.
 Matapelajaran yang digabungkan perlulah sesuai dengan pemilihan tajuk yang ingin
diajarkan kepada murid.
 Setiap RPH perlulah mengandungi tema, objektif, aktiviti, strategi pengajaran dan
pembelajaran, kemahiran berfikir, elemen merents kurikulum, PAK-21, bahan bantu
belajar dan juga pentaksiran di dalam bilik darjah.
 Instrumen senarai semak bagi setiap matapelajaran yang dipilih juga perlu dihasilkan
bersama dengan RPH.
Slot Kedua :
Aktiviti Bengkel
 Peserta kursus diagihkan kepada 6 kumpulan.
 Setiap kumpulan perlu membina dan menghasilkan satu RPH yang mengandungi
pendekatan modular dan segala item yang diperlukan dan perlu sesuai dengan tahap
murid yang rendah, sederhana dan tinggi.

Slot Ketiga :
Pembentangan Berkumpulan
 Setiap kumpulan yang telah diagihkan perlu membentangkan RPH modular yang telah
dihasilkan.
 Kumpulan yang terbaik diberikan hadiah oleh pihak penganjur kursus.

Slot Keempat :
Sesi Refleksi dan Penutup
 Peserta kursus bersoal jawab dengan JU yang telah dilantik jika mempunyai sebarang
pertanyaan, masalah dan cadangan penambah baikkan untuk kursus pada masa akan
datang.
 Semua perserta kursus perlu menjawab soalan penilaian melalui link yang telah
diberikan.
 En. Azhar Bin Minai, Pegawai dari Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas
JPNS telah memberi ucapan seterusnya membuat penutupan bagi Kursus Penataran
KSSR Pendidikan Khas Tahun 4 Zon 1 Tahun 2019.

 TINDAKAN YANG PERLU DIAMBIL :


- Guru yang menghadiri kursus perlu menyerahkan minit curai kepada Guru Penolong Kanan /
Guru Besar.
- Peserta kursus perlu membuat in-house training di sekolah dalam jangka masa 2 minggu
setelah bermulanya hari pertama kursus.

Disediakan oleh : Disemak dan Disahkan oleh :

……………………………………… …………………………………….

(ANIS ADIBAH BINTI ZURKIPILI) (EN. MOHD FAIZAL BIN ALIAS)

Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas

SK Taman Ehsan

Anda mungkin juga menyukai