Anda di halaman 1dari 5

Sejak tahun 2019, KPM telah memansuhkan peperiksaan pertengahan dan akhir

tahun murid Tahap l termasuk Program Saringan Literasi dan Numerasi


(LINUS2.0).

Sejak Mac 2020, Program Literasi dan Numerasi Sekolah Rendah mula
dilaksanakan.Tahukah anda apakah itu Program Literasi dan Numerasi Sekolah
Rendah?

Di sini kami kongsikan maklumat selanjutnya.

Isi Kandungan

Apakah Itu Plan (Program Literasi dan Numerasi Sekolah Rendah)?

Maklumat Lanjut

Apakah Itu PLan (Program Literasi dan Numerasi Sekolah Rendah)?


PLaN ialah Primary Literacy and Numeracy atau Program Literasi dan Numerasi
Sekolah Rendah.

Ia merupakan sokongan pengajaran dan pembelajaran yang komprehensif dan


menyeluruh berasaskan sekolah untuk murid Tahun 2 dan tahun 3.
OBJEKTIF PLaN
Objektif PLaN adalah untuk memastikan semua murid Tahun 2 dan Tahun 3 boleh
menguasai sekurang-kurangnya tahap penguasaan minimum iaitu Tahap
Penguasaan 3 dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan
Matematik.

Untuk makluman, hala tuju baharu program ini adalah berbeza daripada Program
Saringan Literasi dan Numerasi yang dikenali sebagai Program LINUS2.0 (2013-
2018) dalam tiga aspek, iaitu objektif, akauntabiliti dan sokongan.

FOKUS AKTIVITI PLaN


Fokus Aktiviti PLaN adalah seperti berikut:

 Pembinaan bahan pengajaran dan pembelajaran yang menarik


 Komuniti pembelajaran guru yang aktif
 Penyediaan bahan pentaksiran yang memenuhi keperluan murid
 Pemantapan pengurusan pentadbir sekolah
 Penetapan sasaran pencapaian murid
 Kempen Kesedaran Ibu Bapa / Penjaga / Komuniti
Pihak sekolah bertanggungjawab untuk menetapkan sasaran (KPI) bagi mata
pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik bagi murid Tahun 2 dan
Tahun 3 berdasarkan kemajuan dan pencapaian murid mereka bagi memastikan
usaha yang berterusan ke arah meningkatkan penguasaan dalam kemahiran
membaca, menulis dan mengira. 

Dengan penetapan KPI, pengajaran dan pembelajaran (PdP) dapat dipastikan ke


arah membina asas pencapaian baik sekolah.

Pegawai JPN dan PPD tidak terkecuali dalam bekerjasama membantu pihak
sekolah agar sasaran tahap penguasaan murid yang ditetapkan iaitu
sekurangkurangnya TP3 tercapai.

PERANAN IBU BAPA / PENJAGA & KOMUNITI


Bagi menjayakan matlamat PLaN, ibu bapa, penjaga dan komuniti perlu
memainkan peranan masing-masing.
Berikut adalah antara peranan tersebut:
IMPAK POSITIF PLaN
Impak positif melalui Program ini adalah seperti berikut:

 Peningkatan tahap penguasaan murid dalam kemahiran membaca, menulis


dan mengira
 Murid lebih seronok untuk mempelajari pelbagai bidang ilmu yang lain
 Membina keyakinan diri murid untuk belajar dan berkomunikasi dengan
berkesan

Anda mungkin juga menyukai