Anda di halaman 1dari 2

PROGRAM BACALAH SAYANG

PROGRAM BACAAN PRASEKOLAH

TAJUK : BACALAH SAYANG

1. TUJUAN PROGRAM
Supaya kanak-kanak prasekolah SK Matang Jaya dapat menguasai LINUS dengan cepat.

2. RASIONAL
Semua pihak khususnya para waris dan guru amat mengharapkan agar semua kanak-kanak yang
mendapat peluang belajar di prasekolah mampu membaca sebelum melangkah ke tahun satu.

3. MATLAMAT
Agar kanak-kanak yang terlibat dapat menguasai pembacaan dengan fasih dan lancar bagi mencapai
sasaran ZERO LINUS (Literasi).

4. OBJEKTIF
a. Memerlukan bimbingan
Kanak-kanak dapat membaca sekurang-kurangnya dua sukukata terbuka.
b. Sederhana
Kanak-kanak dapat membaca ayat mudah sekurang-kurangnya empat perkataan.
c. Cemerlang
Kanak-kanak dapat membaca plebagai bahan bacaan dengan lancar.

5. SASARAN
Semua kanak-kanak prasekolah SK Matang Jaya iaitu Prasekolah Perdana, Prasekolah Permata dan
Prasekolah Pertiwi seramai 75 orang.

6. SUMBER
v SUMBER KEWANGAN
Pihak Kewangan sekolah
v SUMBER TENAGA
Tiga orang guru dan tiga orang pembantu pengurusan murid.

7. STRATEGI PERLAKSANAAN
Ø Seramai 25 orang kanak-kanak akan dibahagikan kepada empat kumpulan.
Ø Dalam satu kumpulan seramai 6 atau 7 kumpulan.
Ø Setiap satu kumpulan akan diberi satu hari salam seminggu mengikut giliran.

8. BAHAN RUJUKAN
Buku yang digunakan
ü Buku Bacalah Sayang
ü Buku tulis
ü Lembaran kerja

9. RUMUSAN DAN HARAPAN


i. Adalah diharapkan agar program ini dapat melahirkan kanak-kanak prasekolah yang mampu
menguasai pembacaan serta lebih yakin untuk melangkah ke tahun satu.
ii. Kerjasama daripada pihak pewaris amat menyumbang untuk kejayaan program ini.

Anda mungkin juga menyukai