Anda di halaman 1dari 42

Bismilahirahmanirahim .

Alhamdulillah. Syukur kehadrat Allah, s.w.t, dengan izin dan hidayahNya maka
dapatlah saya menyiapkan Modul PdPR (Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah)
bagi Pendidikan Prasekolah untuk murid Prasekolah di Sekolah Kebangsaan
Iskandar Perdana, Seri Iskandar.

Berdasarkan Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 3 Tahun 2020


:Garis Panduan Pelaksanaan Pengajaran dan Pem belajaran dari Rum ah (PdPR)
semasa Perintah Kawalan Pergerakan disebabkan penularan COVID -19.
Memandangkan kawasan telah diisytiharkan PKPB maka salah satu inisiatif guru
adalah menghasilkan modul untuk dijadikan sebagai bahan untuk murid membuat
aktiviti latihan dirumah agar masa semasa cuti dapat dimanfaatkan dan murid-
murid tidak tercicir dalam pembelajaran pendidikan Prasekolah. Untuk makluman
ibu bapa, murid-murid bercuti bukan bermakna cuti daripada pembelajaran.
Pembelajaran tetap dijalankan secara maya mengikut jadual waktu yang telah
dibuat oleh pihak sekolah.

Besarlah harapan saya, dengan adanya modul ini, dapatlah ibu bapa / penjaga
membantu dan memastikan anak-anak menyiapkan tugasan yang diberikan. Akhir
kata,terima kasih buat semua ibu bapa /penjaga yang membantu dan menjadi
guru dirumah. Kerjasama dua hala ini amat penting bagi menjamin kelangsungan
dan kejayaan anak-anak. ‘Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana
muafakat’

Terima kasih;

Pn. Nazatul Azlin


Guru Prasekolah
Prodigy RO 2021
1. Sebagai bahan sokongan aktiviti pengajaran dan pem
belajaran murid semasa di rumah sepanjang tempoh
Pergerakan Kawalan pergerakan Bersyarat(PKPB)agar
tidak berlaku keciciran dalam kalangan murid.

2. Memenuhi peruntukan minit minima berdasarkan


jadual waktu yang disediakan oleh pihak sekolah
sepanjang PKPB ini.

3. Membantu murid meningkatkan kemahiran 4M iaitu


membaca,menulis,mengira dan menaakul daripada
pelbagai sumber dengan betul dan dapat menguasai
kemahiran-kemahiran asas Prasekolah.

4. Murid dapat menghasilkan penulisan dengan baik.


Bagi murid yang galus disediakan bahan secara
berpandu.

5. Melalui jawapan yang diberikan oleh murid pada


soalan dan latihan yang diberikan, guru boleh
mendapatkan gambaran tentang prestasi dan
perkembangan murid dari masa ke semasa.
Sasaran modul ini untuk semua murid
prasekolah.

Modul ini digunakan sepanjang tempoh


Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),
mengikut masa yang telah ditetapkan
oleh pihak sekolah. Tarikh modul
pengajaran dan pembelajaran
berdasarkan Kurikulum Prasekolah (KSPK
semakan 2017 ) diajar bermula minggu
01 (20 Januari-29 Januari 2021).
Modul PdPR Prasekolah ini khas untuk murid-murid prasekolah yang
beumur 5-6 tahun. Modul ini diperuntukkan selama 1 jam 1 hari untuk
murid prasekolah. Saya memilih tema –tema yang berkaitan rapat
dengan kehidupan seharian murid- murid dan melalui perkembangan
serta isu semasa. Selain itu, modul ini memberi peluang kepada murid
-murid untuk mengasah kemahiran sedia ada dengan pelbagai aktiviti
yang dirancang oleh guru. Modul ini juga membantu murid-murid
belajar melalui pelbagai kaedah pendekatan pembelajaran yang
diperkenalkan oleh guru berdasarkan kurikulum penjajaran
Prasekolah. Akhir sekali, modul ini juga membantu guru melaksanakan
kemahiran-kemahiran asas dalam pentaksiran (IPPK) secara offline.

HARI SUBJEK MASA


ISNIN ➢ BAHASA MELAYU 8.00pg – 12.00 tgh

SELASA ➢ BAHASA INGGERIS 8.00pg – 12.00 tgh

RABU ➢ MATEMATIK AWAL 8.00pg – 12.00 tgh

KHAMIS ➢ SAINS AWAL 8.00pg – 12.00 tgh

JUMAAT ➢ PENDIDIKAN ISLAM 8.00pg – 12.00 tgh


❑ Setiap murid akan dibekalkan dengan satu set modul pembelajaran
prasekolah.
❑ Setiap modul pembelajaran mengandungi aktiviti pembelajaran
prasekolah selama tempoh PKP
❑ Murid dikehendaki menyiapkan tugasan dan aktiviti yang diberikan
dalam modul ini dengan mengikut ketetapan masa dalam jadual
waktu.
❑ Ibubapa/ penjaga haruslah membimbing anak-anak untuk
menyiapkan tugasan yang diberi mengikut tempoh masa yang
ditetapkan.
❑ Ibubapa harus menghantar tugasan yang telah siap samada
diletakkan di pondok pengawal sekolah atau menghantar gambar
melalui aplikasi whatsApp/telegram.
❑ Sebarang masalah / perbincangan aktiviti boleh berhubung dengan
guru kelas pada waktu bekerja.

Anda mungkin juga menyukai