Anda di halaman 1dari 3

.

1

Laporan Program Kecemerlangan Tahun 5

Pada 20,23 dan 24 September 2013, Program Kecemerlangan Tahun 5 telah
dianjurkan di SJKC Kg Baru Pajam. Seramai sepuluh orang murid Tahun 5 telah
menyertai program ini. Program ini diadakan bertujuan untuk menambahbaik
kefahaman dan kemahiran murid bagi mendapat keputusan cemerlang dalam
peperiksaan akhir tahun yang akan menjelang tiba. Guru guru Tahun 5 boleh
mengambil kesempatan ini untuk menjalankan langkah-langkah pengukuhan dan
pengayaan bagi membantu pelajar memahami konsep atau menguasai kemahiran
yang belum dikuasai. Dengan ini, kami berharap peratus kelulusan keseluruhan
murid akan meningkat.

Kebanyakan murid dari sekolah adalah dari Kampung Baru Pajam, maka
murid di sini tidak banyak menghadiri aktiviti luar selepas pulang dari sekolah.
Program ini merupakan salah satu aktiviti yang sihat bagi mengisi masa terluang
murid-murid. Melalui programi ini akan melahirkan murid yang cergas, cerdas,
berwawasan, bersemangat tinggi, setia kawan, kreatif dan berinovasi dalam semua
aspek. Program ini mendapat sokongan daripada guru-guru Tahun 5.

Pada hari pertama iaitu Jumaat ( 20 Sept 2013 ), program bermula pada
pukul 2:00pm, dengan slot Bahasa Cina oleh saya. Semua pelajar hadir serta
memberikan tumpuan penuh dengan tips yang diberikan dan membuat latihan pada
lampiran yang dibekalkan. Slot diteruskan dengan matapelajaran Matematik oleh Cik
Wong Leng Wei. Komunikasi dua hala sentiasa diterapkan dalam slot ini dengan
pelajar menjawab soalan dan diberikan hadiah oleh guru Matematik.

Pada hari berikutnya ( 23 Sept 2013 ), slot dimulakan dengan matapelajaran
Bahasa Malaysia oleh Pn Lew Sich Lean. Pendekatan menjawab soalan dengan
cara yang betul juga tips mencari idea sebelum menjawab soalan membantu pelajar
menjawab kertas peperiksaan Bahasa Malaysia dengan format UPSR yang sebenar.
Lampiran dan lahihan tersebut dibekalkan oleh penceramah dan pelajar dipilih untuk
membentangkan jawapan di hadapan kelas. Hadiah diberikan kepada pelajar yang
dapat menjawab soalah dengan betul.

Slot program diteruskan dengan matapelajaran Sains oleh Pn Carolyn Tan
Eng Lim. Pelbagai teknik dan aktiviti dijalankan agar pelajar sentiasa peka semasa
berlajar. Murid-murid diminta datang ke depan kelas untuk menjalankan simulasi.
.

2

Slot ini berjalan dengan santai dan menghiburkan peserta program.

Hari terakhir ( 24 Sept 2013 )pula dimulakan program menjalankan slot
Bahasa Inggeris yang disampaikan oleh Pn Soon Swan Theng. Slot ini memakan
masa 1 jam 15 minit . Slot terakhir ialah slot Bahasa Cina Penulisan oleh saya. Slot
ini banyak membantu pelajar tentang cara-cara penggunaan bahasa serta
meminimakan kesalahan yang biasa dibuat oleh calon UPSR sebelum ini. Respond
pelajar juga adalah baik apabila sesi soal jawab dibuka kepada mereka.

Kesimpulannya, program yang dirancang ini dapat berjalan lancar, atas
kerjasama semua guru yang bertugas serta kerjasama daripada peserta program itu
sendiri.Program ini sememangnya dapat membuka minda semua murid-murid Tahun
5 yang Ibakal menghadapi peperiksaan akhir tahun ini. Ini dapat dilihat melalui
latihan serta tindakbalas mereka sepanjang program dijalankan.


Disediakan oleh,

________________
(YAP SIAK YEE)
SETIAUSAHA
PROGRAM KECEMERLANGAN TAHUN 5
SJKC KG BARU PAJAM




Guru Bahasa Cina Pn Yap sedang mengagihkan latihan.
.

3


Guru Matematik Cik Wong sedang mengadakan perbincangan soalan matematik
dengan murid.

Guru Bahasa Malaysia Pn Lew sedang menunjukkan cara menjawab kertas
penulisan BM.

Guru Sains Pn Carolyn Tan sedang membuat ulang kaji dengan murid.

Guru Bahasa Inggeris Pn Soon sedang mengadakan perbincangan dengan murid.

Anda mungkin juga menyukai