Anda di halaman 1dari 7

TUGASAN 1 : ESEI

Pendidikan Khas Masalah Penglihatan merupakan program yang terdapat di


Malaysia yang memberi peluang kepada kanak-kanak masalah penglihatan untuk
mendapat pendidikan. Dari segi pendidikan, masalah penglihatan merujuk kepada
sekumpulan kanak-kanak yang memerlukan Pendidikan Khas kerana masalah
penglihatan. Kaedah penyampaian pembelajaran dan bahan bantu mengajar
perlulah

diadaptasikan

mengikut

keperluan

kanak-kanak ini

supaya

dapat

mengoptimakan pembelajaran dan pencapaian mereka. Walaubagaimanapun,


murid-murid bermasalah penglihatan masih mengikuti pelajaran yang sama seperti
murid normal menerusi aliran perdana.
Daripada analisis SWOT berdasarkan sekolah yang telah saya lawati didapati
terdapat beberapa kekuatan dari segi akademik yang telah dianalisis antaranya
adalah program Pendidikan Khas Masalah Penglihatan di sekolah ini menyediakan
kelengkapan teknologi untuk pendidikan masalah penglihatan. Hal ini dapat
dibuktikan apabila semua komputer di sekolah tersebut terutamanya di dalam
makmal komputer terdapat perisian JAWS (Jobs Acces with Speech). Perisian ini
membantu murid masalah penglihatan kategori buta untuk mengkases penggunaan
komputer. JAWS akan membaca sumber-sumber yang terdapat di dalam komputer
dan membantu murid-murid kategori buta untuk melakukan tugas dengan
menggunakan komputer. Selain itu, embosser juga terdapat di sekolah tersebut yang
memudahkan guru-guru unruk mencetak sumber-sumber rujukan secara braille
dengan mudah untuk digunakan oleh murid-murid semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran dijalankan.
Selain itu, kekuatan lain pula adalah jadual waktu yang sistematik. Perkara ini
membolehkan semua sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar.
Subjek akademik yang dianggap lebih kepada isi kandungan yang melibatkan
pemikiran kognitif yang lebih mendalam seperti subjek Matematik, Sains
kebanyakannya waktu adalah pada awal pagi. Hal ini disebabkan pada waktu ini,
murid-murid kelihatan lebih bersedia dan sesi pengajaran dan pembelajaran yang
melibatkan pemikiran kognitif yang mendalam lebih berkesan diajar pada waktu pagi
dan membantu guru untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Selain
itu, aktiviti Pendidikan Jasmani pula diadakan sebelum waktu rehat iaitu antara 7:30
2

pagi hingga 10:00 pagi. Pada waktu ini dianggap sesuai disebabkan cuaca tidak
terlalu panas. Jadual waktu yang disusun dengan teratur dan sistematik dengan
mengambil kira waktu yang sesuai untuk dimuatkan subjek yang patut diajar pada
waktu-waktu tertentu memberi impak positif terhadap kelancaran sesi pengajaran
dan pembelajaran harian di sekolah.
Kekuatan lain yang dilhat pada Program Pendidikan Khas Masalah
Penglihatan sekolah tersebut adalah kerusi dan meja murid-murid yang disediakan
di sekolah tersebut adalah sesuia untuk murid-murid bermasalah penglihatan dan
kategori kanak-kanak seperti mereka. Kerusi yang disediakan adalah sesuai dengan
saiz murid-murid manakala meja murid-murid adalah berbentuk L di mana sesuai
untuk murid-murid bermasalah penglihatan disebabkan murid-murid tersebut
menggunakan braille dan perlu mempunyai tempat untuk meletakkan braille semasa
sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Hal ini juga bagi menjamin
keselesaan para murid. Perkara ini juga menjadi motivasi untuk murid-murid
menjalani sesi pengajaran dan pembelajaran.
Kebanyakan guru berpengalaman juga merupakan antara kekuatan Program
Pendidikan Khas Masalah Penglihatan sekolah tersebut. Hal ini kerana kebanyakan
guru merupakan guru yang berpengalaman dan ada antara mereka yang menjadi
guru cemerlang. Ramai juga antara mereka telah melanjutkan pelajaran ke peringkat
yang lebih tinggi iaitu untuk memperbaik dan mepertingkat kemahiran khtisas
mereka. Hal ini menyebabkan program akademik dijalankan dengan bersungguhsungguh dan penuh komited oleh guru-guru. Guru-guru meyediakan banyak
program contohnya pada setiap hari Rabu terdapat program EW20 yang
memperuntukan masa 20 minit untuk semua pelajar untuk mengikuti aktiviti Bahasa
Inggeris. Hal ini disebabkan tahap Bahasa Inggeris murid-murid sekolah tersebut
adalah berada di tahap yang rendah Dengan adanya program ini, murid-murid diberi
peluang untuk menggunakan Bahasa Inggeris dengan aktiviti yang menyeronokkan.
Selain itu, kekuatan lain pula adalah unit bimbingan dan kaunseling memberi
sokongan sepenuhnya dalam program peningkatan akademik. Contohnya, untuk
meningkatkan kecemerlangan UPSR unit bimbingan dan kaunseling telah
melaksanakan program Mentor-Mentee. Program ini dilaksanakan dengan setiap
pelajar mendapat seorang mentor yang terdiri daripada guru-guru sekolah tersebut.
3

Mentor-mentor akan memantau tugasan-tugasan akademik yang dilakukan oleh


mentee dan membimbing mereka untuk melakukan tugasan tersebut. Selain itu, bagi
meningkatkan kecemerlangan UPSR unit bimbingan dan kaunseling juga banyak
mengadakan program motivasi bagi membakar semangat murid-murid untuk terus
bersemangat dalam menempuhi UPSR yang bakal tiba.
Melalui analisis SWOT yang dilakukan terdapat juga kelemahan yang
terdapat di dalam Program Pendidikan Khas Masalah Penglihatan sekolah tersebut.
Antaranya adalah, murid-murid lemah di dalam subjek Bahasa Inggeris. Hal ini
merupakan pengalaman saya sendiri yang telah ditugaskan untuk mengajar subjek
Bahasa Inggeris semasa praktikum fasa lepas. Saya berasa agak terkejut apabila
murid-murid tidak dapat mengeja perkataan hari contohnya Tuesday dengan betul
sedangkan perkataan tersebut adalah umum dan telah diperkenalkan semasa pra
sekolah. Semasa bertutur Bahasa Inggeris dwibahasa juga perlu digunakan kerana
kebanyakan perkataan Bahasa Inggeris tidak dapat dikenal pasti oleh murid-murid
tersebut. Hal ini juga berkaitan dengan kelemhaan lain yang telah dianalisis tentang
sekolah tersebut iaitu murid menganggap subjek Bahasa Inggeris sebagai subjek
yang tidak penting. Hal ini menyebabkan mereka tidak bersungguh-sungguh untuk
mempelajari Bahasa Inggeris dengan baik dan menyumbang kepada tahap
pencapaian subjek Bahasa Inggeris yang lemah.
Selain itu, kelemahan lain adalah ada antara guru yang tidak menguasai kod
braille. Walaupun terdapat banyak guru yang berpengalaman dan bagus dalam
penguasaan Braille namu begitu, terdapat juga guru yang tidak lagi menguasai kod
braille dengan baik. Hal ini menyebakan sesi pengajaran dan pembelajaran yang
dijalankan tidak berjalan dengan lancar. Guru tersebut terpaksa menyuruh pelajar
untuk mencari muka surat sendiri dan hal ini menyebabkan banyak masa terbuang
dan yang menjadi mangsa adalah murid-murid yang diajar. Hal ini boleh ditambah
baik dengan guru tersebut perlu mengikuti kursus-kursus untuk mempelajari kod
braille selain mengambil inisiati sendri untuk meningkatkan ilmu demi pengajaran
dan pembelajaran yang lebih bermakna.
Kelemahan lain yang telah dianalisis adalah pencapaian UPSR yang sangat
rendah.Pencapaian

UPSR

yang

semakin

tahun

semakin

menurun

amat

membimbangkan pihak sekolah. Hal ini menyebabkan pelbagai implikasi seperti


4

penyemakan semula sumber kewangan daripada pihak berwajib, dan status kluster
sekolah tersebut menjadi keraguan oleh pihak berwajib. Selain itu, hal ini
menyebabkan guru-guru seperti cacing kepanasan kerana perlu meningkatkan
usaha untuk mempertingkat pencapaian akademik sekolah tersebut.
Kelemahan lain pula adalah pembelajaran kendiri dalam kalangan pelajar
sangat rendah. Hal ini apabila semasa waktu prep, murid-murid tidak menggunakan
masa tersebut dengan sebaiknya. Kebanyakan mereka berlegar-legar di kawasan
sekolah, bermain-main dengan rakan. Selain itu, guru-guru juga sering mengadu
bahawa kerja rumah yang diberikan selalu tidak disiapkan oleh murid-murid di
sekolah tersebut. Hal ini juga merupakan faktor yang menyumbang kepada
ketidakcemerlangan pencapaian akademik sekolah tersebut.
Daripada analisis SWOT yang telah dilakukan juga didapati terdapat
beberapa peluang yang telah dikenal pasti. Antaranya adalah ibu bapa menyokong
program akademik sekolah. Hal ini dapat dibuktikan apabila terdapat program
seperti majlis restu untuk murid-murid yang bakal menghadapi UPSR, majoriti ibu
bapa sanggup datang dan menyokong program tersebut. Selain itu, mesyuarat PIBG
sekolah tersebut juga mendapat sokongan yang baik daripada ibu bapa. Hal ini
memudahkan sekolah tersebut untuk mengadakan aktiviti atau program untuk
kecemerlangan sekolah.
Selain itu, peluang yang terdapat pada sekoah tersebut adalah murid-murid
berminat dengan aktiviti menarik yang diadakan. Hal ini contonhya, murid-murid
sangat bersemangat untuk mengikuti program EW20 yang diadakan. Tanpa diberi
arahan ,pada setiap hari Rabu murid-murid akan berkumpul di dewan untuk
mengikuti aktiviti tersebut. Hal ini boleh dijadikan peluang oleh guru-guru untuk
mendapat sambutan yang baik terhadap aktiviti yang disediakan guru haru kreatif
dalam menyediakan aktiviti-aktiviti tersebut.
Hubungan yang baik antara sekolah-sekolah juga merupakan antara peluang
yang boleh dikenalpasti. Contohnya, sekolah-sekolah lain sering menjemput muridmurid di sekolah tersebut untuk mengikuti program yang diadakan di sekolah
mereka. Hal ini contohnya, program motivasi , program seminar akademik dan lainlain. Peluang ini adalah secara langsung dapat mempertingkat prestasi akademik
murid-murid di sekolah tersebut. Selain itu, usaha sama antara sekolah tersebut
5

dengan sekolah lain menyebabkan pelbagai maklumat yang berkaitan dengan


akademik dapat diperolehi secara mudah. Contohnya, teknik menjawab soalan
terkini.
Peluang lain yang telah dikenal pasti di dalam analisis SWOT adalah
kerjasama antara guruguru di sekolah tersebut yang sangat baik. Mereka
memberikan kerjasama yang positif di dalam setiap aktiviti yang dilakukan.
Contohnya, semasa program anjuran unit bimbingan dan kaunseling diadakan,
semua guru-guru terlibat dan sanggup menghabiskan waktu petang mereka
bersama-sama para pelajar. Guru-guru juga menjalankan tugas yang telah diberikan
semasa pembahagian ahli jawatankuasa dengan baik. Selepas mereka selesai
menyiapkan bidang tugas masing-masing, mereka juga membantu guru-guru lain
yang belum selesai.
Sokongan kewangan yang baik daripada pihak sekolah juga merupakan
peluang sekolah tersebut. Perkara ini amat baik kerana untuk menjalankan sesuatu
aktiviti atau program, sokongan kewangan sangat diperlukan. Pihak pentadbiran
sekolah ini hanya memerlukan guru-guru menunjukkan kertas kerja untuk sesuatu
program dan jika berkaitan dengan program akademik, aktiviti atau program
peruntukan kewangan senang untuk disalurkan. Hal ini memudahkan guru-guru
untuk mengadakan program dan aktiviti yang boleh memberi kebaikan kepada
murid-murid.
Ancaman yang dikenalpasti semasa melakukan analisis SWOT terhadap
program

Pendidikan

Khas

Masalah

Penglihatan

sekolah

tersebut

adalah,

kebanyakan murid-murid datang daripada keluarga yang mempunyai sosio-ekonomi


yang rendah. Hal ini menyebabkan apabila ingin mengadakan program, pihak
sekolah sukar untuk meminta jasa baik ibu bapa untuk menyumbang dari segi
kewangan kepada pihak sekolah. Selain itu, disebabkan murid-murid datang
daripada sosio-ekonomi yang rendah menyebabka pendedahan kepada kepentingan
pendidikan juga adalah sangat rendah.
Ancaman lain yang dikenal pasti adalah, ibu bapa kurang perhatian terhadap
penggunaan Bahasa Inggeris. Hal ini menyebabkan penggunaan Bahasa Inggeris
oleh murid-murid adalah sangat rendah dan menyebabkan penguasaan Bahasa

Inggeris murid-murid tidak begitu memberangsangkan dan membimbangkan pihak


sekolah.

Selain itu, murid-murid kurang menghormati guru juga merupakan ancaman


yang telah dikenal pasti dalam analisis SWOT. Hal ini apabila murid-murid sering
menjawab dan membuat loyar buruk apabila ditegur oleh guru. Tambahan pula,
apabila guru yang mengajar mereka adalah terdiri daripada mmasalah penglihatan
kategori buta, mereka sering mengambil kesempatam terhadap guru tersebut
dengan meletakkan kaki di ata meja, mengejek-ejek guru tersebut yang sedang
mengajar. Hal ini amat membimbangkan disebabkan melibatkan sahsiah murid yang
pada suatu hari nanti akan menjadi modal insan yang akan meneraju negara kita.
Murid-murid yang kurang serius semasa sesi pengajaran dan pembelajaran
juga merupa antara ancaman yang telah dikenal pasti. Hal ini apabila semua guru
mengadu bahawa murid-murid tidak mahu melakukan tugasan di dalam kelas dan
mereka sering bermain-main di dalam kelas. Punca utama yang telah dikenal pasti
adalah mereka kurang berminat untuk belajar dan mengganp segala perkara
berkaitan dengan akademik adalah tidak penting dan membosankan.
Selain itu, ancaman lain adalah murid-murid mempunyai masalah keyakinan
diri. Perkara ini dibuktikan apabila semasa di dalam kelas apabila sesi
pembentangan diadakan murid-murid kurang beri kerjasama untuk tampil ke depan
dan membentangkan projek yang diberikan.
Kesimpulannya, dengan menggunakan analisis SWOT, pihak sekolah dapat
menganalisis dengan lebih baik dan mendalam dalam

usaha untuk memajukan

sekolah ke arah yang lebih cemerlang.

Anda mungkin juga menyukai