Anda di halaman 1dari 3

GGGE5082 PENGAJARAN MIKRO DAN MAKRO

SEMESTER 2 2023/2024
TUGASAN INDIVIDU : REFLEKSI

NAMA PELAJAR UMMI AISYAH BINTI MOHD BUSUL


AKLAN

NOMBOR MATRIK P129666

NAMA PROGRAM DIPLOMA PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH

NAMA KURSUS PENGAJARAN MIKRO DAN MAKRO

KOD KURSUS GGGE5082

NAMA PENSYARAH DR SYAFIQAH BINTI ABDUL RAHIM


Bagi tugasan individu, setiap pelajar telah ditugaskan untuk membuat satu rancangan
pengajaran harian (RPH) yang lengkap beserta bahan bantuan mengajar. Pelajar juga diminta
membuat demostrasi pengajaran selama 15 minit dan dinilai oleh rakan. Setelah itu penilai
perlu melengkapkan rubric penilaian. Untuk tugasan individu ini, saya telah memilih tajuk
Benda Hidup dan Benda Bukan Hidup. Tajuk ini merupakan tajuk bagi matapelajaran Sains
Tahun Lima. Pengajaran ini dibuat dalam masa tidak lebih 15 minit. Kekuatan sepanjang set
induksi ini dijalankan adalah saya menggunakan pelbagai bahan bantu mengajar (BBM) yang
menarik. Antaranya adalah penggunaan gambar bewarna yang menarik, penggunaan slaid
canva yang bergerak dan mampu menarik minat pelajar dan akhir sekali adalah menggunakan
aplikasi quiziz untuk latihan kepada pelajar. Bagi saya, tugasan membina rancangan pengajaran
harian ini sangat membantu saya untuk memikirkan bahan bantu mengajar yang pelbagai dan
menarik untuk saya aplikasikan apabila menjadi seorang guru. Bahan bantu mengajar yang
menarik juga membantu pelajar untuk lebih fokus dan memahami subjek yang diajar dengan
lebih berkesan. Selain itu, demostrasi juga telah saya jalankan bersama rakan saya iaitu Siti
Aishah binti Saiful Bahri dan dinilai oleh beliau juga. Demostrasi ini sangat menarik kerana
saya mendapat bayangan untuk menjalani sesi pengajaran sebenar pada masa hadapan. Sesi
demostrasi yang berlaku sangat menarik dan saya dapat belajar tentang kepentingan
komunikasi antara guru dan murid sangat penting bagi memastikan proses pengajaran berjaya.
Penyediakan RPH juga sangat penting bagi memastikan penggunaan masa yang ditetapkan
dapat dibahagikan sebaik mungkin supaya proses pengajaran berjalan dengan lancar.
Kelemahan bagi tugasan ini ialah masa yang diberikan adalah sangat singkat. Penggunaan
bahan bantu mengajar juga sangat terhad dan saya terkejar-kejar untuk menyiapkan proses
pengajaran dalam masa yang telah ditetapkan. Selain itu juga, saya kurang melaksanakan EMK
dan elemen EMK tidak dapat diterapkan dengan sepenuhnya. Sekiranya masa yang diberikan
lebih panjang, saya akan membaiki segala kelemahan tersebut dan memastikan proses
pengajaran berjalan dengan lancar.

Bagi tugasan berkumpulan pula, kami juga perlu membuat satu rancangan pengajaran
harian dan kami perlu melakukan demostrasi selama 30 minit. Ahli kumpulan kami hanya
terdiri daripada 4 orang. Bagi tugasan ini, kami dibahagikan dengan 1 guru dan 3 murid. Tajuk
yang kami pilih bagi tugasan ini adalah tajuk Bumi dan Angkasa dan topik yang kami fokuskan
adalah fasa-fasa bulan. Sepanjang demostrasi dijalankan, kami berjaya melakukan dengan
lancar dan kesemua bahan bantu mengajar dan set induksi berjalan dengan baik. Antara
kekuatan rancangan pengajaran harian kumpulan kami adalah kaedah pengajaran yang
dijalankan mudah difahami dan jelas. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan
adalah berpusatkan pelajar, bermakna guru telah melaksanakan pelbagai jenis aktiviti yang
memerlukan interaksi antara guru dan pelajar berlaku secara dua hala yakni mendorong pelajar
untuk melibatkan diri secara aktif sewaktu sesi pengajaran berlangsung di dalam kelas. Aktiviti
yang dilaksanakan seperti sesi soal jawab, penggunaan BBM yang menarik dan kuiz menarik
minat pelajar untuk mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan baik dan
membuatkan mereka kekal fokus semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung.
Lantunan suara dan intonasi guru yang berubah-ubah mengikut situasi pembelajaran sama ada
ingin bertanya soalan, bergurau senda dan memberikan pujian kepada murid menyebabkan
mereka lebih menumpukan perhatian kepada sesi pengajaran dan pembelajaran. Guru juga
berjaya menggunakan masa yang ditetapkan dengan bijak untuk melaksanakan semua aktiviti
yang dirancang dan menyatakan semua informasi yang ingin disampaikan kepada murid.
Disebabkan guru telah menguasai kandungan pembelajaran dengan baik maka guru dapat
merancang dan melaksanakan aktiviti yang lebih bersesuaian mengikut topik yang ingin
diajarkan kepada pelajar. Kelemahan kami adalah nilai murni ada diterapkan sepanjang proses
pengajaran dan pembelajaran namun kurang ditekan oleh guru secara verbal. Pelaksanaan
KBAT juga tidak dilaksanakan dengan sempurna. Antara cadangan penambahbaikan ialah
bahan bantu mengajar boleh ditambah dan dipelbagaikan lagi bagi mewujudkan suasana dan
proses pengajaran yang lebih menarik bagi menarik minat pelajar untuk lebih aktif semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan. Guru juga perlu menerapkan kemahiran berfikir
aras tinggi kepada pelajar untuk membantu pelajar berfikir dengan lebih kreatif dan kritis.
Secara keseluruhannya, aktiviti pengajaran dan pembelajaran telah dilaksanakan dengan baik
dan dalam suasana yang menarik. Guru telah berjaya mencapai objektif pembelajaran dengan
sempurna.

Kesimpulannya, kursus mikro dan makro ini sangat membantu saya dalam penyediaan
rancangan pengajaran harian yang baik untuk persediaan saya menjadi seorang guru kelak.
Saya bersyukur kerana pensyarah kami, Dr Syafiqah banyak membantu bagi memastikan saya
dan rakan-rakan yang lain memahami dan menguasai setiap topik bagi kursus ini dan beliau
membimbing kami menyiapkan setiap tugasan yang diberi dengan penuh kesabaran dan
ketekunan. Saya berharap suatu hari nanti saya dan rakan-rakan dapat menjadi seorang
pendidikan yang dedikasi dan baik dalam membentuk insan pada masa akan datang.

Anda mungkin juga menyukai